2 tahun

Assalamualaikum

ok, takde niat pun nak mulakan entry pertama untuk blog yang diberi nafas baru ni dengan mukadimah yang panjang berjela dan ayat berbunga-bunga. *padahal.

First of all, selamat berpuasa and selamat hari raya.*eh . Ekceli, rasa membuak nak start berblogging balik ni timbul dalam masa 24jam , iaitu seharian aku menghadap latop hari ni. *nampak tak menipu.
Entah , tetiba rasa nak menaip-naip semula setelah 2 tahun menyepikan diri dalam dunia blogging. Cemburu sebenarnya tengok kengkawan blogger main balas-balas kad raya, apdet iftar *amboi dan sebagainya, aktiviti blogger sepanjang ramadhan ni. Jeles ok.

Nak jadi cerita la, dulu time aktif menceburkan diri dalam bidang berblogging ni *gittew , bila menjelangnya syawal aku akan dapat tak kurang dari 20 kad raya. tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni, aku dah macam orang gila, bagai pungguk rindukan bulan dok menjengah peti kot-kot ade blogger baik hati yang masih ingat alamat rumah aku setelah dua tahun untuk poskan kad raya. *haha. mampoo? Nan hadoooo. Rindu weih. Rindu.

Kekadang jejengah gak blog kawan-kawan blogger yang sama ektip dulu, tapi dey'all pon sama dengan je dengan aku, tak hapdet. Ade yang siap stop dekat entry gathering 3 tahun lepas. Haha. Sumpah. Rindu. Kekadang kan *kekadang lagi . Kekadang aku nak tegur-tegur la dey'all, mesraaaa macam dulu, tapi nak buek camno, sejarah tak mungkin berulang lagi~  dah tak mesraaaa gitu nak gurau senda macam dulu.

ok. cukuplah imbas-imbas kenangan mengusik jiwa tu *klasik.fm sangat~ . Blog baru atas nama " Mengarut itu seni" sebab orang-orang yang kretip je akan faham kesenian orang yang suka mengarut dan mencarut ni. Ahah! aku nak letak caption "mencarut itu seni" or "mencarut itu jujur" tapi macam tah pape kan nama tu? Oihh, lecturer aku yang cipta caption tu sebab dia memang suka carutkan budak. Haha.

Eilma Zara pula nama baru takde la baru sangat. Nama ni aku guna as nama pena untuk tulis novel online. *cerpen ekceli. So, dalam bahasa mudahnya, aku malas nak cari nama pelik-pelik yang lain. Eilma Zara ni pun dah cukup pelik untuk aku. Ok bahasa sopannya, unik. Nama ni aku dapat dari ... err... dari? maafla.. semut-semut yang aku dah telan sejak lahir dah menguasai otak dan daya ingatan aku untuk ingat benda yang tak perlu diingat ni. Hoho.

and until aku menaip lagi... duhai dunia blogging and blogger, terimalah kembali newbie cabuk ni dalam dunia kalian semula. Even time untuk aku aplod new entry nanti agak hambar, aku tak kesyahhh. yang penting, aku ade blog balik! harharhar. Okbai.

No comments:

Post a Comment

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.