3 minit cinta segera






“ 3 minit !” 

      Qlya kalih pandangan ke kiri, memandang Tia Fatiah yang tiba-tiba berteriak. Kemudian pandangannya diliarkan ke sekeliling. Mata tertacap pada seorang lelaki segak dihadapan mereka. Ah, sudah , Tia buat perangai dah! 

        “ Kenapa dia tersenarai dalam ‘3 minit’ pulak?” 

      Tia tersengih sambil menjungkit-jungkit keningnya. Lelaki segak dihadapan mereka itu ditatap lama. 

        “ Nampak je smart and muka suci. Tapi lelaki jenis ni, confirm perempuan lilit pinggang” 

   Qlya menggeleng kepala. 

       “ Kau ni , tak sudah-sudah prejudis dengan lelaki kan? Tak semua lelaki macam tulah” 

             Tia mencebik. Entah, memang begitu prinsipnya. Dia anti dengan lelaki. Minat dan kagum dia pada lelaki hanya akan datang dalam masa 3 minit, tak lebih dan tak kurang. Setelah itu perasaannya kosong! 

        “ Nak buat macam mana. Hati ni yang berperasaan macam tu. Kau buat ku rasa kosong~ kosong~ oowwowo…” Tia mengalunkan rangkap lagu ‘kosong’ nyanyian Najwa Latif sambil tersengih. 

        “ Malaslah nak layan kau! Dah , jom pergi makan. Laparlah beb” 

     Tia menarik muka bosan. Jauh kot nak menapak ke kafe tu. Haishhh. 

          “ Qyla sayang… tolong belikan ea? Macam biasa. Pleaseeee” Tia pamer aksi gedik dan manja seperti selalu. 

    Qyla menjelingnya geram. 

       “ Pemalaslah hang ni Tia! Nasib dapat kawan baik macam aku ni, tau?” 

Tia tersengih. Pipi Qyla dicuit perlahan. 

      “ Ni buat aku makin sayang sangat-sangat dekat kau. Meh nak kiss pipi sikit!” 

    Tia mengacah mahu mengucup pipi Qyla. Rakannya itu menolak kuat bibir Tia yang sudah memuncung. 

         “ Hang gila ka apa? Nampak ni? Cheq sekeh satgi baru tau!” Qyla menunjuk penumbuk pada Tia. Tia ketawa kuat. 

       “ Eleh, berlagak. Yelah! Aku nak nasi lauk daging lemak cili api tau, pastu kau bubuh ulam ngan sambal belacan sikit. Tu je. Lepas tu…”

        “ Ah, sudah. Nak tambah makanan lagi lah tu?” 

  Tia tersengih lebar. 

         “ Belikan burger abang Din ek? Aku kalau sehari tak dapat makan burger dia, rasa something lah. Belikan ea, ea?” 

   Qyla sekadar menjeling. Kemudian dia mengeluh perlahan. 

        “ Yelah! Ni cakap pakai air liur je? Duit mana?” 

   “ Alah, dengan cheq pun nak berkira. Masuk buku 555 lah hutang naa. Aku gerak dulu, assalamualaikum!” 

Tia tersengih lagi , dan bangkit meninggalkan Qyla.
         *****

          Tia Fatiah melirik jam ditangan. Setengah jam sudah dia terpacak dihadapan fakulti kejuruteraan, namun kelibat Qyla masih belum kelihatan. Tia panggung kepala. Bosan betul tunggu orang dating ni. Dia syok, kita ni sengsara. Macam tunggul duduk  menunggu lama-lama. 

         " Cari mangsalah!" bisik Tia perlahan. Matanya diliar sekitar kampus. Beberapa orang siswa dan siswi melintasi dia, namun tidak menarik minat matanya. Pandangan diliar lagi. Kemudian jatuh pada sekelompok siswa yang sedang bergurau senda , baru sahaja melewatinya. 

           " 3 minit..." ujar Tia saat matanya tertarik pada seorang siswa yang berkemeja hitam putih , dipadankan dengan jeans biru gelap. Smart and hensem! Namun seperti biasa, hanya 3 minit minatnya datang, kemudian hilang. Tia tersengih sinis. 

           Tia bangkit dan mengatur langkah. Sudah tidak betah mahu menunggu lagi. Pandai-pandailah Qyla mencarinya nanti. Iphone dikeluarkan dan folder lagu dibuka. Earphone dipasang dan Tia mula bernyanyi kecil mengikut rentak lagu 'punk rock jalanan' yang dimainkan. 

                   " ku tunggu kau ku tunggu , ku nanti kau ku nanti ~ walau sampai akhir hayat nanti ..."
                " kau dah pergi tak stall baru yang ganti burger abang Din? Hensem sangat mamat tu!"  
        Langkah kaki Tia terhenti saat mendengar perbualan siswi yang melintasinya. Stall baru? Kenapa dia tidak tahu akan khabar itu. Patutlah sudah hampir seminggu Qlya katakan Abang Din tak bukak stall burgernya. Haihh, kempunanlah dengan burger special abang Din. 

      " Tia!"  

        Terangkat bahu Tia saat pinggangnya dicuit. Mujur tak melatah. Jika tidak jatuh sahamnya berguling-guling. Qlya pamer riak tidak bersalah dan tersengih-sengih. Tia lirik jam ditangan. Satu jam 5 minit temannya itu lewat. 

            " Awal kau sampai kan?" perli Tia. Qlya tersengih lagi. Kemudian tangannya mengunjuk ke belakang, membuatkan Tia berpaling. Kemudian dia menjeling Qyla geram. Patutlah lambat bukan main. Pi shopping dulu. Tia berbalas senyuman pada Zarif, teman lelaki Qyla yang menjinjit barang-barang milik Qyla.Barang bertukar tangan, dan Zarif meminta diri kerana dia ada kelas yang perlu dihadiri.

            " Teman aku makan dulu yuk. Lapar ni. Kelas lambat lagi kan?" 

         " Dah pulak. Janji nak pi library kan?" ujar Tia geram.Namun Qyla sudah menarik wajah cemberut dan menepuk perutnya seperti anak kecil yang meminta makan. 

               " Eishhh, jomlah! Tapi lepas makan , kau kena teman aku beli burger. Mengidam ni!" 

           " Ok bos! Sayang kau!" Qyla sudah tersengih gedik dan memeluk bahu Tia. Mereka jalan beriringan menuju ke kafe. 
*****

            " Panjangnya Tia orang beratur. Mesti sedap kan burger kat stall ni?" 

         Tia sekadar angkat bahu. Dia memerhati barisan siswi yang beratur panjang di hadapan stall burger itu. Eleh, ni nak beli burger ke, nak menggedik? Masih terngiang di telinga Tia pujian siswi tadi tentang penjual burger yang hensem kononnya.  

            " Esok jelah beli. Dah lambat ni nak gi kelas" Qyla bersuara apabila sudah hampir 15 minit menunggu, pelanggan lain masih beratur. Tia mengeluh hampa. 

             " Yelah, malam ni janji ek, wajib beli!" 

           Qyla mengeluh perlahan. Kemudian dia mengangkat tangan tanda janji. Tia tersengih kemudian mengangguk dan beriringan meninggalkan gerai burger itu. 

         'hai, kalau dah hantu burger tu... gian mengalahkan orang yang mengidam!' ucap Qyla dalam hati. 

*****
             Seperti yang sudah dijanjikan , Qyla menemani Tia ke stall burger. Pelanggan tidak seramai petang tadi. Mungkin baru dibuka semula setelah rehat usai maghrib tadi. Tia melangkah laju ke stall burger dan terpacak melihat menu yang tergantung. Pelbagai jenis burger yang dijual. Oblong dan roti john pun ada. 

          " Ya dik? Nak burger apa?" soal abang yang menjual. Tia mengerling sedikit. 'Eh, abang ni ke yang digembar gemburkan sebagai handsome? Tak mungkin lahhhh.... tengok muka tak muda pun, hensem? jauh sekali' Tia berbisik dalam hati. 

                " Apa yang special dekat sini bang?" Qyla bersuara saat melihat Tia hanya diam. 

            " Haaa , dekat sini semua special dik. Burger ayam, daging, arnab semua ada. Tapi ada satu ni, special betul... sekejap... 

       " Pojie ! Ada customer ni!"  abang jual burger tu berteriak pada seseorang. Qyla dan Tia sama-sama memanjangkan leher , menjengah di belakang gerai. Kelihatan seorang pemuda sedang baring melunjur kaki.
Wajahnya ditekup dengan topi. 

          " Adik tunggu kejap. Kawan abang lagi satu tu burger dia special dik. Burger Cinta namanya. Abang gerenti, kalau adik makan, 3 minit je, dah boleh jatuh cinta . Tunggu jap ek!" ucap abang burger itu sambil ketawa.

       Qyla sudah ketawa kuat, manakala Tia tersedak. Qyla menyiku lengan Tia sambil mencebik. 

             " Jodoh kau lah tu, 3 minit! Hahahaha" Qyla menekup mulut , mengawal ketawanya. Tia sudah menjeling dan mencubit geram pinggang Qyla. Eishh, gedik!

           " Nak berapa , dik?"  entah bila lelaki itu sudah berada dihadapan mereka, masing-masing tidak perasan. Tia paling wajah. Sedikit tersentak melihat wajah lelaki itu. 

          " Dua bang " Qyla menjawab. Dikerling Tia yang tidak lepas memandang pemuda itu. Wah , rekod baru ni! Qyla lirik jam ditangan. Seminit, dua minit, tiga minit... hingga minit kelima, mata Tia masih tidak berkalih. 

      Burger sudah bertukar tangan dan harga siap dibayar. Qyla pandang Tia lagi. Sahabatnya masih seperti itu. Pemuda itu turut sama memandang Tia yang berdiri bagaikan patung itu. 

        " Wei, beb!" Qyla menepuk kuat bahu Tia hingga gadis itu tersentak. Seakan tersedar dari mimpi yang panjang, Tia cepat-cepat menundukkan wajah. Malu pula saat mata dia dan pemuda itu bertembung. Lekas dia menarik tangan Qyla pergi dari situ. 

*****
          Tia menggigit burger bersulam dengan air mineral di sisinya. Asyik menikmati makanan kegemarannya itu hingga tak pandang sekeliling. Langsung tidak sedar ada mata yang memerhati perbuatannya sedari tadi. 

             " Sedap sangat ke burger saya buat tu?" 

            Teguran tiba-tiba itu, membuatkan Tia tersedak. Pantas mineral dicapai dan diteguk rakus. Suara yang menegurnya tadi bertindak mengusap belakang tubuh Tia lembut. Tia tersentak. Tubuhnya dilarikan dari terus disentuh pemuda itu. 

            " Err, sorry. Saya just..." pemuda itu garu kepala. Malu pula dengan sikapnya yang bertindak melulu. Tia senyum hambar , kemudian menggeleng. 

              " Takpe. Tak sengaja kan? Tapi lainkali jangan main sergah je. Beri salam dulu, kita kan orang islam" ucap Tia perlahan , namun agak sinis dan pedas. Sakit juga hatinya. 

         Pemuda itu tersengih lebar. 

            " Sorry again. Khusyuk sangat awak makan saya tengok, sebab tu main sergah je tadi. Sedap ek burger tu?" soal dia lagi. Tia sekadar tersenyum dan mengangguk. 'Dia tengok aku makan? Eii, malunya. Dah lah aku ni hantu burger, entah macam mana rupa aku makan tadi!' desis hatinya. 

              " First time saya tengok orang obses dengan burger macam awak. Hari-hari datang stall saya ni" 

      Tia sudah tersengih malu. Wajahnya merah. Malu weyh!. Tia bangkit ingin berlalu. 

          " Eh, nak blah dah?" 

       Tia garu kepala yang dibaluti dengan tudung dua tone berona biru turqoise. Tersengih lagi. 

            " Err, ha,ah. Kawan saya tunggu kat bilik nun. Nanti lapar pulak dia tunggu makanan tak sampai-sampai. Saya gerak dulu ek?" 

         Tanpa menunggu jawapan dari pemuda itu, Tia melangkah laju. Ah, malunya! 

*****

               " Kau ni Tia, cubalah makan makanan berkhasiat sikit. Burger tu kau dok hadap hari-hari. Tak elok lah sayang" 

       Tia tarik muncung. Tangannya disilang ke dada tanda protes. 

          " Ah, tak kira! Kau pun tau kan, aku kalau sehari tak hadap burger yang aku suka, tak boleh tidur malam dibuatnya" 

          Qyla mendengus geram. 

          " eiii, letihlah cakap dengan  kau ni. Suka hatilah. Kau pergi sorang, aku malas. Nak naik bilik!" Qyla sudah melangkah meninggalkan Tia terpinga keseorangan. Tia ketap bibir geram. 

        'nak pergi tak nak? nak pergi tak nak?' Tia bermonolog. Kalau tak pergi kempunan, tapi kalau pergi sendirian, dia masih malu dengan peristiwa beberapa hari yang lalu. Aduh, payahnya! 

       " Awak, kenapa terpacak tengah jalan panas-panas buta ni?" 

         Terjungkit bahu Tia. Dadanya diusap perlahan.Entah bila lelaki itu berdiri disebelahnya, Tia tak perasan. 'Apalah nasib. Asal bersua, mesti terkejut macam ni. Dia ni memang tak geti beri salam ek?' gumam Tia dalam hati. 

          " Nak beli burger ke? Jomlah" pemuda itu melangkah mendahului Tia, dan mencelah masuk ke stall dikerumuni ramai siswa dan siswi. Tia mengeluh dan melangkah. Dia duduk di salah sebuah meja kosong. Malas mahu beratur. Dalam diam dia memerhati pemuda itu yang lincah bekerja. Dari satu meja ke satu meja. Kemudian mengambil tempahan yang lain pula. Kerja tanpa henti. 

 
             " Nah, burger special. Sorry lambat sikit" 

            Tia mengalih mata dari ipad. Burger di atas meja dikerling. Wah, bagus. Tak order , pesanan dah sampai? Tia tersenyum lebar. Ipad disimpan dalam beg, dan pinggan berisi burger dan kentang goreng ditarik dekat padanya. 


           " Bagus servis. Tip top! Saya makan dulu ek" ucap Tia sebelum mencuit sedikit burger dan dimasukkan ke mulut. Malu nak gigit sekaligus macam selalu dia buat. hihi.... 


                    " Kita ni hari-hari jumpa, tapi belum kenal pun. Nama siapa ya?" soalnya. Tia pandang wajah pemuda itu sekilas. Betul gak. Hari-hari Tia datang ke gerai ni, tapi nama penjual burger tu pun dia tak tahu. yang dia tahu 'abang burger' . 


                " Nama saya Tia Fatiah. Panggil Tia je"  jawab Tia mesra. 


       Pemuda itu mengangguk dan tersenyum. 


               " Panggil saya Pojie je" 


            " Nama panjangnya apa?" 


          Pojie angkat kening.


        " Shh... rahsia kerajaan . Tak boleh tahu" ucap Pojie sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Tia mencebik. Burger dikunyah lagi, malas mahu melayan Pojie. Pemuda itu ketawa senang. Dia menongkat dagu. Memerhati Tia yang sedang leka mengunyah.


             " Awak ni memang hantu burger kan?" 


        Tia kalih pandang. Barulah dia perasan Pojie sedang merenung wajahnya. Aduss, kantoi lagi. Tulah, makan tak pandang kiri kanan. 


             " Yup, burger ni faveret saya" 


              " Kenapa suka makan burger? Tak berkhasiat lah makan hari-hari" 


           " Tak berkhasiat, tapi kenapa awak jual?" 


    Tia menyoal kembali. Pojie sudah tersengih dan menggaru kepala. Terperangkap dengan soalan sendiri. Tia tersengih. 


            " Saya ada seseorang yang saya kenal dulu. Dia suka makan burger and pandai buat burger yang sedap, macam awak. Burger yang dia masak, memang the best in the world lah. Entah apa ramuan yang dia pakai. Tapi memang sedaplah" 


             " Hurm... ni buat saya rasa tercabar  ni. Kenalkanlah dia pada saya. Boleh saya berguru dengan dia" 


         Tia tersenyum  hambar. Kentang goreng dikuis perlahan. 


          " I wish... tapi saya dah dekat 4 tahun tak jumpa dia. Entah ke mana dia menghilang. Last jumpa dia masa hari dia konvo. Itu pun sebelum dia masuk dewan. Lepas keluar dewan , kawan-kawan kata dia dah balik. Lepas tu terus hilang, macam tu je" 


              " Thats why, sekarang. Saya suka makan burger. Berharap, mungkin akan jumpa dia lagi one day" 


         Pojie berkerut dahi. Wajah sayu dihadapannya dipandang lama. Ada satu perasaan yang menjalar di tangkai hatinya. 


             " Mesti dia someone yang special untuk awak kan? Siapa nama dia. Mana tahu kot-kot saya kenal" 


       Tia ketawa kecil, kemudian menggeleng. 


           " Mustahillah awak kenal. Dia bukan orang sini. Nama dia Ikhmal Hairi" 


          Kening Pojie sedikit terangkat mendengarnya. 


         " Oh... " Pojie menjawab ringkas. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. 


        " But, satu kebetulan tau. Wajah awak saling tak tumpah macam dia. Sebab tu hari pertama saya jumpa awak, saya terpegun. Awak mengingatkan saya pada dia"  ucap Tia sambil tersenyum hambar. 


      Pojie angkat bahu dan mengangguk. 


           " Ow, no wonderlah. Ingatkan saya lelaki pilihan awak. Baru nak rasa bangga" 


     Tia tayang muka pelik.     " Maksud awak apa ni? Tak faham" 


        " Adalah beberapa orang student , tanya saya ada hubungan ke dengan awak. Sebab depa kata awak ni 'miss 3 minit' . Tak pernah pandang lelaki lebih dari tiga minit, inikan pulak nak berbual macam sekarang ni" 


           Tia ketawa kuat. Segera mulutnya ditekup mengawal ketawa yang bukan dibuat-buat.


           " Saya selesa berbual dengan awak. That's all. Tak ada sebab lain. Jangan nak perasan lebih-lebih ya" ucap Tia usai ketawanya reda. Giliran Pojie pula ketawa mendengar kata-kata Tia. Kepalanya digeleng. 'Tia....tia....  special betul awek sorang ni' desis hati kecil Pojie.

             *****

           Tia memandang assigment yang melambak dan berselerakan di atas meja. Pening kepala melihat hasil lakaran binaan yang sedari tadi tidak menjadi. Nafas ditarik panjang. Akhirnya Tia mengalah. Tidak boleh meneruskan lagi, di tambah dengan kepala yang berdenyut-denyut.

              " Tido, tido!" ucap Tia lalu bangkit dan merebahkan diri di atas katil. Terasa selesa dan tegang urat tubuhnya saat kepalanya di darat di atas bantal empuk. Mata dipejam sesaat dua, menghilangkan rasa sakit kepala yang menyerang. 
kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
pegang erat tanganku 
bila aku jatuh

                      Dahi Tia berkerut mendengar irama yang berputar ditelinganya. Irama yang terasa familiar dan sebati dalam jiwa. Sering dia mendengar lagu itu, namun matanya semakin layu. Tidak mampu menghadam derianya untuk mencari dari mana datangnya lagu itu. 
             " Tia , bangun. Subuh gajah dah ni!" Qyla menggerakkan tubuh Tia yang tidur pulas. Berkali-kali dikejut, namun Tia masih begitu. Minah sorang ni, liat betul nak bangun subuh! 

                   " Nak apa... esoklah... baru tidur ni..." Tia mengomel perlahan dengan mata yang masih terpejam. Selimut kembali ditarik menyelubungi seluruh tubuh. Qyla ketap gigi. Geram benar dengan temannya itu. Punggung Tia ditepuk kuat. 

             " Bangunlah minah. Terlepas subuh satgi" 

        Tia bangkit dan menggosok mata. Masih kuyu dan separuh terbuka. Rambut yang kusut dikuak ke belakang. 

              " Dah pukul berapa ni?" 

                  " Pukul 7 dah. Tadi aku kejut ingat kau dah bangun. Terbongkak lagi rupanya! Dah bangun-bangun. Aku turun bawah sat. Lepak dengan budak ni. Nanti kau turun lah ea?" 

              Tia sekadar mengangguk dan bangkit mencapai tuala. Langkah diatur ke kamar mandi. Usai mandi dan solat subuh, tubuhnya kembali direbah ke atas katil . Mujur hari ini tiada kelas. Boleh dia berehat-rehat. 

         " 30 miscall?! siapa ni?" ucap Tia sedikit terperanjat saat melihat icon notifikasi di iphonenya. Nombor yang tertera langsung tidak dikenali. Pantas tangannya mendail. Dua kali percubaan , tidak bersambut. 

         " Biar jelah. Nanti pandai-pandai call balik kan?" desis Tia perlahan. Kemudian dia menjungkit bahu, bangkit ke cermin dan menyisir rambut. Tidak lama , lagu 'sahabat' dari Najwa Latiff beralun. Pantas Tia mencapai iphonenya. 

            " Hello Assalamualaikum" jawab Tia sopan. Suara disebelah sana menjawab salam. Dahi Tia berkerut. Suara lelaki, siapa ya?

           " Tia , sayalah Pojie. Baru bangun ke? Saya call dari semalam tak angkat"  

           Tia gigit bibir. Oh, Pojie rupanya. Erk, kantoi aku baru bangun! Malu dussss! 

           " Eh, taklah, mana ada. Errr.. baru balik jogging ni. Semalam, saya tidur awal. Sorry ye?"  Tia bohong sunat. Nak cover line punya pasal.Pojie ketawa dihujung talian. 

             " yeke jogging? Tadi Pojie jog jugak. Tapi jumpa dengan Qyla sorang. Dia kata Tia tak bangun lagi. Hehe..."
 
          Erk?? ok kantoi lagi! cis dia ni. Dah tahu nak tanya pulak. Ketawa Pojie kedengaran lagi.Muka Tia jangan ditanya macam mana merahnya. Tak perlu blusher dah, merah bagai udang kena bakar. 

             " Deh, dia ni. Dah tahu, tanya lagi" 

            " Haha. Ok sorry. Pojie sebenarnya nak ajak Tia keluar hari ni. Boleh?" 

       Erk?! Tia terasa macam ada tulang ikan paus tersekat dekat kerongkong. Pojie ajak keluar? Biar betik, biar banana, biar papaya?!!

         " Hello, Tia. Still there?" 

        " Err.. ya ya... dengar..." 

           " So, boleh tak? Kita lepak makan je, pastu tengok wayang ke. Kalau tak nak keluar berdua dengan saya, ajaklah Qyla sekali. Saya ok je. Ajak ramai-ramai pun takpe" 

       Tia gigit bibir. Nak pi ke tak ek? Best gak kalau keluar ni. Tia fikir sejenak. 

            " Saya tengok dulu ek. Takut Qyla ada plan apa-apa. Nanti dalam setengah jam lagi, saya text awak confirmkan, boleh?" 

       " Ok, sure. Saya tunggu. Assalamualaikum" 

          " Waalaikummusalam" 

 ******

         Tia meliarkan pandangan mencari kelibat Pojie. Entah di mana lelaki itu menunggunya. Salah dia juga tadi, mahu pergi berasingan. Bukan apa, malu jika timbul gosip dikalangan siswi. Gila nak suruh Pojie jemput dia di hadapan hostel. Saja tempah mautlah tu. 

         ' saya tunggu dekat pos guard ek? Gen 2 silver '   Tia memutar kembali mesej yang dihantar Pojie 5 minit lalu, ketika dia sedang bersiap. Mata ditala ke tempat yang dimaksudkan. Ada! Tiba-tiba hati Tia berdebar sakan. Malu pula hendak keluar berdua dengan Pojie. Dating kah namanya? 

          " Assalamualaikum"   

          Tia mengucap salam , dan mengetuk cermin kereta. Pojie di dalam tersenyum dan membuka pintu dibahagian pemandu. Penampilan lelaki itu tidak begitu kelihatan, kerana cermin kereta agak gelap dek tinted. 

          " Waalaikummusalam" 

             Pojie menjawab salam dan menapak mendekati  Tia. Wajahnya ditemani segarit senyuman. Namun berbeda dengan Tia yang terpana. Kakinya tidak semena menggeletar dan dia hampir rebah di sisi kereta milik Pojie. Mujur pemuda itu sempat menyambutnya dari jatuh. 

          " Tia kenapa ni? Tak sihat ke?"  sebelah tangannya masih memeluk tubuh Tia yang seakan lemah. Dan sebelah lagi membuka pintu kereta sebelah penumpang , dan membantu Tia duduk di kerusi penumpang. Usai dia tunduk dan menghadap wajah Tia yang pucat. 

            " Are you ok? Kenapa ni?" soal Pojie lembut . Tia tidak lepas memandang wajah Pojie. Bibirnya bergetar dan ada airmata yang gugur melihat lelaki itu. Rambutnya, wajahnya, penampilan dari atas ke bawah, persis seseorang yang dirindui selama bertahun-tahun ini. 

                 " Ikhmal.... awak.. awak Ikhmal Hairi kan? Beritahu saya, awak Ikhmal kan?" ucap Tia dalam nada sayu. Airmatanya tidak henti mengalir. Mahu sahaja dia melonjak tubuh dan memeluk lelaki dihadapannya ini. Insan yang terlalu dirindui. 

                   " Bukan Tia... saya Pojie. Bukan Ikhmal Hairi" jawab Pojie. Wajah sendu dihadapannya itu meruntun hati dan nuraninya. Andai sahaja dia dapat menenangkan gadis dihadapannya itu di bahunya kala ini, pasti dia akan lakukan. 

                " Allahuakhbar... Ya Allah..." Tia menekup mukanya dengan tangan. Cuba melawan kesedihan yang bersarang. Namun dia tidak mampu. Tangisannya terus berlagu sayu. Pojie mengeluh berat. Perlahan dia bangkit dan berundur. Memberi ruang pada Tia menenangkan hatinya. 

 
penampilan Pojie yang seratus peratus berubah .. dari berpakaian sempoi, kepada smart. Camne Tia tak terkejut beruk kan? huhu... sobb sobb.. srotttttt

******
          Qyla memerhati Tia yang sedang bersiap di hadapan cermin. Sejak beberapa bulan ini, dia dapat melihat temannya itu ceria. Dia tahu, malah seluruh universiti tahu, 'miss 3 minit' sudah punyai kekasih hati. Siapa lagi kalau bukan Pojie, abang yang menjual burger di luar kolej kediaman mereka. 

           " Tia, duduk kejap boleh? Aku nak cakap sikit"   

      Tia mengintai Qyla dibalik cermin, kemudian berpusing menghadap temannya itu. 

           " Nak cakap apa? Aku lambat dah ni" 

          " Alah kau ni. Tak lari mana si Pojie tu. Sekejap je, sinilah"  Qyla menarik tangan Tia agar duduk bersamanya di atas katil. Tia mengeluh perlahan dan menurut. 

           " Ha, nak cakap apa?" 

     Qyla menghela nafas. Wajah sahabatnya ditatap dalam. 

              " Happy aku tengok kau sekarang ni, Tia" 

             " Eh, selama ni aku nampak tak happy ke?"  

    Qyla menguntum senyum dan menggeleng. 

         " Bukan. Maksud aku, ceria kau ni, bertambah-tambah sejak kau bersama dengan Pojie. Dah lama aku tak tengok kau ketawa and senyum segembira sekarang ni" 

       Tia tersenyum lebar. Ada benar kata Qyla. Ramai yang menegur, mengatakan dia sudah jauh berubah. Tidak menakutkan seperti dahulu. 

        " Tapi Tia... aku nak cakap... serba salah.. tapi kalau aku tak cakap, lagi aku serba salah" 

      Tia garu kepala. Tidak faham apa yang cuba disampaikan Qyla. 

            " Kau ni. straight to the point je boleh tak? Berbelit-belit, peninglah aku!" 

           " Ok, aku cakap. Tapi kau jangan marah, ok?" 

       Tia menarik nafas dan mengangguk. Tumpuannya diberikan pada Qyla. Seperti serius saja lagaknya. 

               " Kita dah kenal lama dah kan? Since form 3 lagi. Semua rahsia kau, ada dalam kocek aku. Aku...

    Qyla kalih badan ke kanan. Susah pula mahu menyampaikan rasa hati kala ini. Kemudian wajah Tia kembali dipandang. 

             " Kau jawab soalan aku dengan jujur. Kau betul-betul cintakan Pojie atau kau rapat dengan dia sebab Ikhmal?" 

            Tia terdiam mendengar soalan itu. Wajahnya dipaling ke arah lain. Setiap kali nama itu disebut, hatinya dihurung debar. Qyla mengeluh buat kesekiankalinya. Tangan Tia digenggam , dan diusap perlahan. 

            " Tia, aku tahu dalam hati kau masih ada Ikhmal. Bertahun Tia, bertahun kau terperangkap dalam kesedihan sebab kau kehilangan dia. Tak mungkin sekelip mata kau boleh lupakan dia, lepas kau bertemu dengan Pojie. Jujur dengan aku Tia, kau lihat Pojie sebagai Ikhmal kan?" 

             Tia menekup telinganya dan menggeleng. Airmata  tidak semena gugur satu persatu dari tubir mata. Tangisannya berlagu hebat. 

             " Cukup Qyla, cukup! Aku tak nak dengar lagi nama tu! Cukup!!" Tia berteriak , namun hampir tidak kedengaran, dek kerana tenggelam dalam tangisan. Tia tertunduk sayu. Dada yang terasa perit diusap perlahan. Mata dipejam rapat. Bayangan Pojie dan Ikhmal datang silih berganti. 

             " Aku tak tahu.... aku tak tahu Qyla..." sayu suara Tia. Qyla pantas mendakap tubuh Tia erat.Belakang tubuh Tia diusap lembut. Rasa bersalah menerpa hatinya. Namun itu tanggungjawab dirinya sebagai teman. Dia tidak mahu Tia terus hanyut dengan cinta dusta ini. 

             " Ikhlaskan hati kau mencintai dia. Tapi kalau kau tak mampu buang bayangan Ikhmal, lepaskan dia Tia... dia berhak mendapat cinta orang lain, yang benar-benar mencintai dia kerana dirinya..." bisik Qyla perlahan. Tia hanya diam. Airmata dibiarkan mengalir tanpa diseka. Kata-kata Qyla menusuk ke sudut hati yang paling dalam. Namun dia sendiri buntu. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. 

******

           " Menungkan apa , Tia?" 

         Terangkat bahu Tia saat ditegur dari belakang. Tia paling wajah. Wajahnya mengukir senyum pada gerangan suara yang menegur. 

                " Tak menung apa, tunggu bulan jatuh ke riba je. Hehe... lambat awak hari ni?" soal Tia. Dia sudah bangkit dan mencapai tas tangan. 

                 " Sorry, ada hal sikit dekat studio tadi" ucap Pojie sambil tersenyum. Tia mengangguk faham. Pojie merupakan jurugambar sepenuh masa dan mempunyai studio sendiri. Waktu malam dan jika ada masa senggang, Pojie akan turun ke gerai, membantu abang Man menjual burger. 

                " Terima kasih " Tia tersenyum pada Pojie yang membukakan pintu kereta untuknya. Pojie mengangguk tanda sama-sama. Kemudian dia masuk  ke tempat pemandu. Tangannya meliar di kerusi belakang kereta, dan mengeluarkan sebuah beg kertas. Diunjuk pada Tia. 

               " Sourvenir from langkawi. Hope you like it" 

            Tia tersenyum menyambutnya. Pojie ni memang tak makan saman. Sudah banyak kali Tia katakan, jangan beli buah tangan untuknya jika ada kerja di luar. Namun, setiap kali pulang dari mana-mana bengkel atau photoshoot, pasti tidak ketinggalan ole-ole buat dirinya. 

              " Susah-susah je.Thanks ye, awak. Erm, kita nak pergi mana ni?" 

         Pojie angkat kening dan tersenyum lebar.

              " Kita pergi rumah umi saya" 

    Dahi Tia berkerut. Setahunya Pojie sudah kematian kedua orang tuanya. Umi? Siapa pulak ni. 

             " tunggu jelah sayang. Kejap lagi sampai" ucap Pojie sambil mengenyit mata. Tia menjeling geram. Pantang betul orang yang tak ada ikatan dengan dirinya dok panggil 'sayang-sayang'. Alergik tahu?? 

          Hampir satu jam perjalanan barulah mereka tiba di destinasi yang dituju. Tia melirik Pojie di sisi. Kemudian, dia kalih pandangan ke rumah kampung separa batu dihadapannya itu. Tertera nama 'rumah anak yatim titian Raudhah' . Fahamlah Tia akan 'umi' yang dimaksudkan Pojie sebnetar tadi. 

           " Tia, mari sini. Umi ada benda nak cakap" Umi Kalsom menarik Tia yang sedang leka memerhati Pojie dan adik-adik lain yang sedang bermain air. Mereka beriringan masuk ke ruang rehat, bertentangan dengan bilik warden. 

                " Ada apa umi?"    ucap Tia sambil tersenyum manis. Baru setengah hari berada disini. Warga Raudhah menyambut dan melayani dia dengan mesra, seperti saudara lama yang sudah saling mengenali. Keramahan mereka itu membuatkan Tia tidak kekok. 

                    " Umi nak sampaikan hajat Pojie" ucap Umi Kalsom  tenang. Wajah yang semangnya tidak pernah lekang dengan senyuman itu, semakin melebar dengan senyuman di bibirnya. Umi Kalsom bangkit dan datang semula dengan sebuah bekas baldu merah ditangannya. 

                          " Pojie suruh umi sampaikan ini. Dia berhajat melamar kamu sebagai isterinya"

        Tia terasa seakan dunia terhenti berputar. Nafasnya tersekat. Bagai tidak percaya akan apa yang didengari sebentar tadi. Bermimpikah dia? Namun saat bekas cincin itu sudah dialih ke genggaman tangannya, Tia sedar ini bukan satu mimpi. Ada airmata yang bergenang dipelupuk mata. Tidak tahu akan perasaan hati sendiri. Gembirakah atau sedih? Sungguh, dia tidak mengerti. 

             " Pojie sungguh-sungguh sayangkan Tia. Setiap hari dia cerita dengan umi. Insya Allah, kalau ada jodoh kalian , tak ke mana. Umi tahu Tia terkejut. Balik buat istikharah. Kalau petandanya baik, yakinlah. Pojie lelaki yang baik, umi kenal dia" 

        Tia sekadar mengangguk dan mengukir senyuman hambar. Airmata yang gugur diseka perlahan. Bekas baldu merah dalam tangannya digenggam kuat. Menangkan hati yang gundah kala ini. 

          " Kak Tia, jomlah main air! Jomlah!" Aira , penghuni yang berusia 5 tahun entah bila muncul. Menarik-narik tangan Tia agar keluar ke laman bersamanya. Tia menguntum senyum. Tidak sampai hati mahu mengampakan permintaan anak kecil itu. Pantas dia bangkit dan meletakkan cincin ke dalam tas tangan sebelum keluar bersama Aira. 

             " Kak Tia! Simbah kak Tia!" Anak-anak kecil yang tadinya bermain air dengan Pojie, mengubah sasaran kepada Tia yang baru menyertai mereka. Tidak sempat untuk Tia menghalang, hampir lencun tubuhnya ditembak dengan pistol air. 

                " Tepi, tepi! Pojie backup!" Pojie meluru berdiri di hadapan Tia dan menghalang air dengan tubuhnya. Tia ketawa kecil melihat sikap Pojie yang ke anak-anakan. Berbalas tembakan dengan anak kecil itu. Relevan lah sikit! 

                     " Umi dah beritahu?" soal Pojie, dengan tubuhnya masih berada dihadapan Tia, menghadang serangan dan tembakan pistol air. Tia sekadar tersenyum dan mengangguk. Pojie tersenyum lega. Dia tidak bertanya lanjut. Faham, Tia memerlukan masa untuk berfikir. 

*******
                  Pojie mengerling Tia di sisi. Sejak pulang dari rumah anak yatim kelmarin, kekasih hatinya itu banyak berdiam diri. Tiada seri seperti awal perhubungan mereka. Tia selalu ditemani dengan senyuman dan ketawa. Pojie mengeluh perlahan. Sengaja radio kereta dikuatkan, namun tiada reaksi dari Tia. Sah termenung lagi. Selalu jika dia menguatkan radio, Tia akan marah dan cepat-cepat menutupnya.

            " Tia, kenapa ni. Tak sihat ke?" Pojie bersuara memecahkan kesunyian. Namun tiada respon. Pojie tersenyum. Pipi Tia dijentik perlahan, membuatkan gadis itu tersentak dari lamunan panjang. 

             " Apa?" soal Tia dengan dahi berkerut. Pojie ketawa kecil dan menggeleng. 

            " Berangan apa awak ni, sampai saya cakap awak tak layan?" 

     Tia garu pipi. Err, bila masa dia ada cakap apa-apa ye?

               " Bila awak cakap dengan saya?" soal Tia bodoh. Pojie ketawa lagi dan menjentik geram pipi Tia. Tia tarik muncung. Pipi yang terasa perit, digosok perlahan. 

              " Sakitlah... eishh..." rungut Tia. Pojie mencebik. 

              " Tau pun sakit. Lain kali jangan berangan. Saya tanya awak kenapa dua tiga hari ni senyap je? Tak sihat ke?" 

           Tia diam. Tidak tahu nak jawab apa. Sejak pulang dari berjumpa umi kelmarin, Pojie masih belum bertanya soal cincin itu. Perkara itu yang dikhuatirkan. 

           Pojie mengerling Tia yang senyap. Eh, berangan lagi?

          " Awak kalau ada masalah, sharelah. Saya tak sukalah awak diam je macam ni. Kalau saya boleh tolong , Insya Allah saya tolong" 

          Tia menggeleng.   " Bukan... saya tak ada masalah. Cuma saya... "    

        Tia diam lagi. Jarinya memintal hujung tudung. Benda yang selalu dilakukan bila dihambat resah. Pojie berkerut dahi. Cuba menganalisis apa yang hendak disampaikan Tia. Lama berfikir kemudian Pojie ketawa. 

         " Atau... Tia fikir pasal lamaran saya ye?" teka Pojie seraya memandang Tia. Perlahan-lahan Tia mengangguk. Pojie tersenyum. 

             " Kita bincang kejap lagi ea. Kita pergi makan dulu, lepas tu kita bincang" 

           Tia sekadar mengangguk perlahan. 

******

            " Awak tahu kan, tentang Ikhmal Hairi?"  Tia memulakan bicara saat mereka duduk di hadapan kolam sebuah taman rekreasi. Pojie mengangguk. Tangannya mencuit sedikit roti dan dilempar ke tengah kolam. Berebut 'ikan tak tahu kenyang' menyambut makanan. 

             " Saya tak tahu kemana dia menghilang. Bertahun saya cari , tapi sampai sekarang tak ada khabar. Tipu kalau saya kata, hati saya dah dapat lupakan dia. Mungkin jasad saya ketawa, ceria. Tapi dalaman saya, masih rindukan dia" 

            Pojie masih diam dan tenang. Namun, perasaan yang berperang dalam hatinya, hanya dia dan Tuhan yang tahu. Tia diam seketika. Berperang dengan rasa sedih dan pilu. Airmata yang gugur diseka. Namun mengalir lagi. 

             " Saya keliru dengan perasaan saya, awak. Antara cinta terhadap awak, atau bayangan Ikhmal Hairi. Saya tak tahu. Sebelah hati saya kuat mengatakan, cinta saya pada awak bukan dusta. Tapi sebelah hati lagi, cinta saya pada Ikhmal... "  Tia menarik nafas perlahan. Tidak sanggup mahu meneruskan bicara lagi. 

          Pojie menghela nafas perlahan. Pandangannya dilempar ke tengah kolam yang luas. Rambut dikuak ke belakang. 

             " Saya bukan kejam Tia. Saya faham apa yang awak lalui sekarang. Mungkin saya terlalu awal buat keputusan, hingga buat awak terjerat dengan perasaan sendiri..." Pojie menghela nafas lagi. Kemudian dia ketawa kecil. 

               " Awak tahu tak, awak cinta pertama dalam hidup saya, tahu? Selama ni saya tak pernah terfikir nak bercinta. Tapi awak punya magnet, daya tarikan tu, 3 minit je dah buat saya jatuh cinta"  ucap Pojie dengan senyuman panjang. Tia tersenyum hambar mendengarnya, namun tidak mampu menenangkan hati yang gundah. 

            " Its ok Tia. Saya faham. Mungkin belum ada jodoh kita, atau mungkin memang ada jodoh lain yang ditetapkan buat kita berdua. Saya redha, Insya Allah. Redha itu ikhlas, dan saya ikhlas terima keputusan awak, seadanya" 

        Tia tertunduk. Malu dengan diri sendiri kerana mempermainkan hati insan yang tulus mencintai dirinya. Sungguh dia malu pada lelaki ini. Apakah salah rasa hatiku ini Ya Allah? 

           " Dahlah, jangan nangis lagi. Saya tak marah awak, sikit pun tak marah. Malah saya bersyukur awak terus terang . Insya Allah , kita masih boleh berkawan, kan?" 

         Tia diam. Wajahnya ditundukkan lagi.Airmata terusan mengalir, sudah tidak mampu diseka lagi. 

          " Saya minta maaf... " ucap Tia perlahan. Tiada jawapan. Sebaliknya sapu tangan milik Pojie berada di wajahnya. Pojie tersenyum memandang Tia yang sudah mengangkat wajah. Sapu tangan di tangannya digerakkan , menyeka airmata yang membasahi wajah Tia. 

            " Awak tak salah... takdir Allah memisahkan kita. Siapa kita hendak menghalang takdirnya kan?" ucap Pojie lembut. Tia mengangguk akhirnya. Pojie mengukir senyum lagi, namun dalam hati seakan mahu menangis , kehilangan insan yang amat dicintainya itu. ' kerana cinta... aku relakan' bisik Pojie dalam hati.

 ******

                Tia berteleku di tepi court tennis. Mood untuk bermain hilang. Matanya ralit memerhati Qyla yang lincah di atas gelanggang, namun fikirannya melayang ke arah lain. Hampir sebulan sudah dia memutuskan hubungan dengan Pojie. Seharusnya hati lebih tenang. Namun entah mengapa, dia seakan berasa kehilangan. 

              " Hei, menung apa ni? Tak nak main ke?" 

        Entah bila Qyla sudah berada di sisi, Tia langsung tidak perasan. Dia sekadar tersenyum hambar dan menggeleng. Earphone dipasang ke telinga, dan lagu dikuatkan. Cuba melupakan perasaan yang bercampur baur dalam hatinya. 

              " Jomlah balik. Dah macam tunggul aku tengok kau dekat sini. Aku pun takde mood dah nak main" ucap Qyla seraya menarik earphone dari telinga Tia. Tia sekadar mengangkat bahu dan menurut. Mereka beriringan keluar dari gelanggang tenis. 

              " Kau fikirkan apa lagi , Tia?"  soal Qyla. Beg tennis digalas dibahu, dan mereka berjalan perlahan. 

         Tia menjungkit bahu. 

                 " entahlah , Qyla. Aku asyik fikirkan dia" ucap Tia sedikit sayu. Nafas dihela perlahan. Qyla mengeluh berat dan mengusap bahu Tia lembut. 

                   " Kau rindukan Pojie atau Ikhmal?" 

          Soalan Qyla itu membuatkan Tia mengangkat wajah. Temannya dipandang lama. 

               " aku tak tahu. Cuma... aku rasa kehilangan" 

         Qyla menjungkit bahu. Apalagi yang boleh dikatakan , jika Tia sendiri keliru dengan rasa hatinya. Mereka meneruskan langkah tanpa ada bicara lagi. Saat melewati  gerai burger Pojie, Tia menghentikan langkah. Matanya dihala pada seorang pemuda bertopi yang sedang berehat di ruang belakang gerai. 

           " Pojie, Qyla! Pojie! " ucap Tia teruja, dan pantas mengatur langkah ke arah pemuda itu. Tidak sempat Qyla mahu menahan, Tia sudah mengejutkan pemuda yang sedang tidur itu.

               " Pojie, bangun. Tia ni... Pojie" Tia menggerakkan pemuda itu. Sedikit bergerak. Kali ketiga dikejutkan, pemuda itu bangkit. Topi yang menutup wajahnya diangkat. Tia terpana. 

                    " Ada apa?" soal pemuda itu mamai. Tia sekadar menggeleng dan berundur. Terus berlalu tanpa pamitan. Qyla melepaskan keluhan berat. Kepada pemuda itu , dia memohon maaf, sebelum mengejar Tia yang sudah menjauh. 

                " Tia , kau ok tak ni?" ucap Qyla sambil mengusap bahu Tia yang jalan menunduk. Dari sisi dia dapat melihat airmata yang gugur dari pipi mulus itu. Tia hanya diam, tidak menjawab. Namun esakannya mulai kedengaran. Qlya mengeluh perlahan. Bahu Tia dipeluk kejab dan diusap lembut, cuba menenangkan sahabatnya itu. 

            " Dahlah tu. Sabar... Kita balik bilik k" Qyla bersuara. Tia sekadar mengangguk dan menyeka airmata yang gugur. Siswi yang memandang mereka, langsung tidak dihiraukan, dan langkah diatur kembali ke hostel. 

******

            Qyla melekapkan tangan ke dahi Tia. Masih tiada perubahan. Hampir 3 hari sudah demam sahabatnya itu tidak kebah. Risau hati Qyla dibuatnya. 

              " Tia... bangun Tia..." Qyla menggerakkan tubuh Tia. Perlahan Tia membuka mata, sedikit terganggu kerana dia baru sahaja dapat melelapkan mata. 

                 " Demam kau tak surut lagi , Tia. Kita pergi klinik ea?" ujar Qyla. Tia sekadar menggeleng. Dia bangkit dan bersandar lemah di dinding. Sesekali bantuk kedengaran. 

                    " Aku ok, Qyla. Esok baiklah ni. Kau jangan risau" ucap Tia lemah dengan suara sedikit serak. Qyla mengeluh berat. Degil! 

                     " Hurm, dahlah. Ni aku belikan bubur. Makan sikit, lepas tu makan ubat" 

           Tia menyambut bubur yang disua. Namun hanya sesuap , dia menolak. Perit tekak dirasakan. Air mineral diteguk perlahan, dan kembali bersandar. 

              " Makanlah, sikit lagi. Nanti perut kau kosong" pujuk Qyla. Tia menggeleng. Bukan dia tidak mahu, tetapi tekaknya tidak dapat menerima. Sakit saat mahu menelan.Qyla menggeleng melihat kedegilan Tia. Ubat dihulur. Usai, Tia kembali baring dan memejamkan mata. Qyla melangkah ke katilnya sendiri. Tidak mahu menganggu Tia berehat. 

             " Assalamualaikum! Kak Qyla" 

             Qyla bangkit saat pintu bilik mereka diketuk dari luar.  Kemey, junior mereka dimuka pintu. 

         "Waalaikummusalam. Ada apa Kemey?" 

           " aa, kak Tia ada? Ada orang nak jumpa dekat bawah. Saudara dia katanya" 

          Qyla berkerut dahi. Saudara? Sepanjang Tia disini, tidak pernah pula ada yang datang melawatnya dalam waktu begini. Qyla menguntum senyum pada Kemey dan mengucapkan terima kasih, sebelum kembali menutup pintu. 

          " Tia... Tia...." Qyla mengejutkan Tia. 

            " Ada apa lagi Qyla?" 

            " Maaf aku kejut kau. Ada orang nak jumpa dekat bawah. Aku tak tahu siapa. Kau nak jumpa dia, atau nak aku tolong cakap kau tak sihat?" 

          Tia berkerut dahi, dan bangkit. 

          " Takpelah. Aku turun. Kau teman aku, boleh?" 

       Qyla tersenyum dan mengangguk. Dia menuju ke locker dan mengambil sweater dan tudung untuk Tia. Usai, mereka beriringan turun ke lobi hostel. 

            " Assalamualaikum" Tia terlebih dahulu menyapa seorang wanita yang duduk membelakangi mereka. Dari susuk tubuhnya, Tia tidak dapat meneka siapa gerangan tetamu itu. 

            " Waalaikummusalam" wanita itu berdiri dan berpaling. Tia tergamam. Nafasnya seolah terhenti dan saat itu juga dia rebah di sisi Qyla. 

******

                Tia pegun di tempat duduk sebelah pemandu. Berat kaki mahu melangkah dan menapak keluar dari kereta. Qyla mengusap lengan Tia perlahan. 

              " Kau nak aku temankan?"  soal Qyla lembut. Dia faham Tia berperang dengan perasaan sedih, dan masih terkejut. Tia sekadar menggeleng. Dia menarik nafas panjang, mengumpul kekuatan diri. Perlahan dia menapak keluar dari kereta, dan menuju ke tanah perkuburan islam. 

                " Astagfirullahaladzim... Ya Allah... " Tia terduduk sayu di sisi kubur Ikhmal Khairi. Batu nisan disentuh perlahan. Kesedihan yang merajai hati tidak mampu dibendung. Tia tewas dengan airmata. Lama meladeni hati yang sedih, baru Tia dapat menenangkan diri. 

            " Bismillahirrahmannirahim... Yaasin....." Surah Yaasin dibaca perlahan. Sesekali airmata yang gugur diseka dengan hujung tudung. Usai membaca, Tia berteleku di tepi kubur. Rumput yang tumbuh meliar di atas kubur dibersihkan. 

              ' Maafkan Tia Ikhmal... Tia tak ada dengan Ikhmal saat-saat akhir Ikhmal di dunia ni... Ya Allah, tempatkan dia dalam kalangan orang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin '

******

                " Nah, burger special. Favrouite hang kan?" Qyla menghulurkan burger kepada Tia. Tia melirik temannya. Kemudian ketawa kecil. 

                    " Aku tak minat burger dahlah. Dah pencen" ucap Tia sambil tersenyum. Namun bungkusan burger itu tetap disambut. Pandangannya dilempar ke tengah kolam. Di sini, tempat pertemuan akhir dia dan Pojie. Entah di mana lelaki itu. Sihat ke? 

                " Wah, dah pencen? Rugilah abang-abang burger tu, tak ada fan tegar lagi" Qyla berseloroh. Tia tersenyum lagi, namun hambar. Qyla perasan tiada ceria lagi di wajah temannya itu. Sejak berpisah dengan Pojie lagi, dan ditambah dengan berita pemergian Ikhmal. Memang satu tekanan besar buat Tia. Pertemuan dengan Anis, kakak kepada arwah Ikhmal kembali berlegar di mindanya.

             " Akak sekeluarga tak ada niat nak pisahkan Tia dengan Ikhmal. Semua ni permintaan dia sendiri. Kami tahu tentang penyakit lukimea dia pun, beberapa minggu sebelum majlis konvokesyen. Ikhmal minta akak rahsiakan daripada Tia. Dia minta untuk pulang terus ke Kedah, kampung atuk kami, lepas konvo. Akak minta maaf ya?"   

               "  Tapi kenapa mesti rahsiakan dari saya kak? Saya sanggup jadi penderma, kalau sum sum saya sesuai. Saya sanggup kak. Dua tahun saya hidup dalam keresahan kak, menunggu sesuatu yang tak pasti. Saya menanti dan mengharapkan Ikhmal untuk datang dan jumpa, sedangkan dia dah lama tak ada.. Ya Allah..."   Tia memegang dadanya yang terasa perit. Airmata sudah tidak mampu diseka lagi, dan dibiarkan sahaja gugur membasahi pipi. 

          Qyla hanya mampu mendengar dan tumpang simpati. Bahu Tia diusap lembut bagi menenangkan sahabatnya itu. 

              " Maafkan akak Tia. Ikhmal mungkin ada sebab , dia rahsiakan semua ni. Kami dah sehabis daya cuba bantu dia. Tapi akak sekeluarga tak dapat derma, sebab tak sesuai. Dua tahun dia terseksa, tanggung penderitaan , menunggu penderma. Setiap hari, malah setiap detik , Ikhmal tak pernah lupakan Tia. Dia betul-betul sayangkan Tia" 

           " Hei, kau pulak yang termenung ni, kenapa?" sergahan Tia mengejutkan Qyla dari lamunan. Dia tersengih sambil menggaru pipi. Wajah Tia dipandang sekilas. 

               " Kau tak nak cari Pojie, Tia?" soal Qyla. Pemuda itu berjasa besar. Jika bukan kerana dia, mungkin hingga kini Tia tak akan tahu apa yang berlaku pada Ikhmal. Menurut kak Anis, dia bertemu dengan Pojie, atau nama penuhnya Ikhmal Fauzi ketika di embassy Korea. Pemuda itu melanjutkan pelajaran ke sana. Dari situ, timbullah cerita tentang Tia, dan kesudahannya kak Anis mencarinya hingga ke sini.

                     " Aku belum cukup kuat nak jumpa dia, Qyla. Rasa bersalah dalam hati aku, masih belum hilang. Tapi tak sangka kan, dia tu adik kembar arwah Ikhmal. Patutlah... sifat dia saling tak tumpah macam arwah" 

               " Hurmm..... tapi kau sendiri dah yakin hati kau kan? Cinta kau pada Pojie, bukan sebab arwah Ikhmal, tapi sebab kau memang benar-benar cintakan dia. Aku pun nak minta maaf. Kalau bukan aku tanya kau tentang ni dulu, mesti kau dah bahagia sekarang" 

           Tia tersenyum hambar. Kemudian dia menggeleng. Bahu Qyla diusap perlahan. 

            " Ada hikmahnya semua ni jadi , Qyla. Aku dah redha. Pojie pun mungkin dah bahagia dengan orang lain"   ucap Tia perlahan , bernada sayu. 

             " Kau belum jawab soalan aku. Kau cintakan dia, kan?" 

            Tia diam. Namun, perlahan dia mengangguk. Ada airmata yang bergenang di tubir mata. Pantas diseka, tidak mahu melayan rasa sedih lagi. Dia perlu kuat menghadapi semua ini. 

                " Kalau kau betul sayangkan dia, jangan lepaskan. Aku tahu jodoh pertemuan tu ditangan Allah. Tapi kita kena usaha jugak. Macam yang kau kata, ada hikmah disetiap kejadian. Mungkin, hikmahnya Allah temukan kak Anis dengan kau melalui Pojie.Untuk menyatukan kalian semula, Insya Allah" 

              Tia mengangguk lagi. Ada benarnya kata Qyla itu. Dia menghela nafas. Pandangan kembali dilempar ke tengah kolam. Qyla tersenyum dan mengusap bahu Tia lembut. 

               " Aku pergi beli air kejap ea. Kau jangan berangan lama-lama. Nanti kut-kut ada jodoh turun dari langit, tak perasan pulak"  Qyla berseloroh. Segera dia bangkit saat Tia mahu mencubitnya. Tia ketawa kecil dan menggeleng dengan gelagat Qyla. 

KLIK!KLIK! 

         Tia tala kepala ke kanan. Seorang lelaki sedang merakam gambarnya. Tia mendengus geram, dan segera bangkit. Berhadapan dengan pemuda itu. Wajahnya kurang jelas ekoran mata yang ditutup dengan cermin mata hitam, bertopi dan kepala di selubung dengan hood sweater. 

             " Hello, awak ambil gambar saya ek?" soal Tia geram. Lelaki itu menggeleng dan segera ingin  berlalu. Tia mendengus geram. 

              " Huh, 3 minit!"  bisik Tia perlahan, namun sampai ke pendengaran pemuda itu.Dia berpusing menghadap Tia. Wajah itu ditenung dalam. 

                " Apa? Tak puas hati? Bak sini kamera kau. Suka hati nak ambil gambar aku kan?" 

                 " 3 minutes stand for what?" pemuda itu bertanya dalam bahasa inggeris, namun  'slang'nya seperti orang asing. Tia menggigit bibir. Tidak yakin untuk 'speaking' walaupun penguasaan bahasa inggerisnya baik. 

             " Non of your bussiness!" 

            Tia bersuara ringkas dan segera berlalu. Namun tangannya ditarik dari belakang, membuatkan langkahnya terhenti dan hampir terjatuh di atas pemuda itu. 

             " eii, lepaslah!!" 

            " 3 minit untuk apa? Sebab mata saya tak bulat?... " pemuda itu membuka kaca matanya. Cukup membuatkan Tia tergamam. Dia kenal mata itu. Mata yang selalu memandangnya dengan pandangan kasih dan cinta. Tia menekup mulut bagai tidak percaya.  Pemuda itu tersenyum. 

             " Atau, sebab saya tak bergaya?"  sekali lagi dia bertanya dan melepaskan hood dari kepala. Tia sudah basah dengan airmata. 

                   " Atau sebab awak tak mahukan saya, lelaki yang sentiasa mencintai awak dan merindui awak setiap masa dan detik , datang menemui awak dalam cara begini?" soalan terakhir itu disusuli dengan topi ditanggalkan. Terpampang wajah Ikhmal Fauzi, tersenyum dihadapannya. 

            " Awak...." Tia mati kata. Wajah Pojie ditatap dalam. Sungguh, dia merindui senyuman di wajah lelaki itu. 

              " Ya, saya. Abang burger awak" Pojie bersuara lembut. Tia ketawa kecil mendengarnya. Dia tertunduk malu. Airmata yang gugur diseka perlahan. 

               " Saya minta maaf... saya kecewakan awak..." ucap Tia sayu. Pojie tersenyum lagi, dan menghulurkan sapu tangan miliknya. Sama seperti tiap kali Tia menangis.

                 " Saya dah lama maafkan awak. Dan... saya dah penat tengok airmata ni. Tak boleh ke awak ceria sikit, bila jumpa saya?" soal Pojie dengan dahi yang berkerut. Tia menjeling dan memukul bahu Pojie geram. Orang tengah sedih, main-main pulak dia. 

                 " Menyampahlah!" Tia tunjuk rajuk. Dia berpaling dan ingin melangkah meninggalkan Pojie. Namun satu kejutan lagi saat dibelakangnya sudah beratur anak-anak yatim rumah Raudhah, bersama sekuntum ros ditangan masing-masing. Seorang demi seorang menghulurkan bunga ros merah itu kepada Tia. 

              " bukan 3 saat... bukan 3 minit... bahkan 3 tahun juga tak mampu untuk gambarkan betapa dalamnya cinta saya pada awak. Tia Fatiah, saya Ikhmal Fauzi, benar-benar ikhlas , ingin menjadikan awak suri di hati saya" 

          Tia menekup mulutnya. Tangisan yang sudah reda sebentar tadi kembali berlagu. Rasa terharu yang amat sangat melihat kesungguhan dan kejujuran Pojie. 

              " Nak jawab apa ni?" soal Tia dalam tangisan, membuatkan Pojie ketawa mendengarnya. Dia menghampiri Tia dan memberikan bunga ros merah terakhir yang sedari tadi dalam tangannya. 

                " Kalau saya melamar awak sekarang, awak kena cakap I do lah" usik Pojie. Tia sudah tertunduk malu. Bibirnya diketap geram. Aduh, dia ni! 

                " Saya tak akan lamar awak di sini. Biar semuanya kita jalankan dengan beradat. Minggu depan saya hantar rombongan ke kampung awak ya?" 

           Tia tertunduk malu lagi, dan perlahan mengangguk. 

            " Tapi jangan yakin sangat. Kalau ayah saya reject, padan muka!" ucap Tia. Pojie tersengih. 

           " Jangan risau. Bakal menantu ni dah kaw tim dengan pak mertua awal-awal. Tinggal nak pikat hati anaknya je ni"  ucap Pojie dengan senyuman lebar, membuatkan Tia kembali tertunduk malu. Pipi jangan ditanya, merah sungguh! 

               " ehem... ehem. Udah-udah lah tu nak gedik malu-malu pun. Panas dah ni . Matahari terpacak kat kepala ni pun, nak berdrama lagi. Dah, Pojie awak janji nak belanja adik-adik ni aiskrim kan? Jom cepat!" Qyla bersuara tiba-tiba membuatkan Tia bertambah malu. Arghh, malu-malu! Pojie hanya tersenyum. 

             " Jom sayang... kita bawa anak-anak pergi makan ye?" usik Pojie sambil menarik hujung lengan blous Tia. Tia memukul lengan Pojie geram. 

                 " Awak ni, eiii bencilah!" Tia sudah tarik muncung dan melangkah laju ke depan. Malas mahu melayan Pojie. Makin dilayan, makin kuat mengusik pula. Pojie ketawa kuat melihat Tia yang malu-malu. Alah, comelnyaaa! Bahagia hati , dipertemukan jodoh dengan 'miss 3 minit' . Moga jodoh mereka berkekalan . Amin Ya Rabb.



No comments:

Post a Comment

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.