Mr Right To Be




Engku Elissya meletakkan fail dan buku-buku tebal di atas meja café. Dia mengeluh penat. Kelas yang berlangsung selama 6 jam membuatkan dia terasa mahu pengsan. Di tambah pula dengan karenah lecturer yang kuat membebel dan memberi tugasan yang banyak. Izara dan Fathia hanya tersenyum dan menggeleng melihat teman mereka yang cemberut. 

“ You ni kenapa? 24 hours, after class je mesti muncul mulut itik tu. Kalau one day senyum tak boleh ek?” soal Izara. Frasa ‘mulut itik’ yang digunakan oleh Izara membuatkan Fathia ketawa. Namun sebaliknya bagi Engku Elissya. Dia semakin cemberut. Fail nipis diambil dan ditepuk di bahu Izara. Dia mendengus geram

“ Sir Edward tu lah! Penat-penat I buat assignment, suka hati dia je nak campak. Sakit hati I ni,” Engku Elissya mula mengadu. Peristiwa dimalukan dihadapan rakan-rakan sekelas tadi masih terlakar di mindanya. Sir Edward adalah antara barisan pensyarah yang termasuk dalam list ‘harus dibenci’ yang selalu menyakitkan hatinya. Setiap hari ada sahaja masalah yang ditimbulkan. Mengapa tidak, setiap assignment yang dihantar pelajar lain tidak pernah di cek dalam kelas. Tetapi bila tiba giliran dia menghantar assignment, pasti pensyarahnya itu akan menyemak satu persatu dan cuba mencari kesalahan. 

“ Ala, you bukan tak tahu. Dia sengaja buat macam tu, sebab you tolak jadi kekasih in dark dia kan” seloroh Fathia. Kata –kata Fathia disambut ketawa Izara. Engku Elissya hanya tersenyum sinis. Dia kemudian bangkit ingin membeli makanan. Namun belum sempat dia melangkah, ada tubuh yang menghalang. 

“ Hai sayang. Nak pergi mana ni?” Tengku Rafique menahan sambil cuba memeluk pinggang Elissya. Elissya pantas mengelak dan menjauhkan diri. ‘datang dah buaya gatal ni’ getus hati kecilnya. 

“ You nak apa ni Fiq? Jangan nak bersayang-sayang dengan I boleh tak? Rimaslah!” 

“ Sombongnya you ni. I ingat nak ajak you tengok wayang malam ni. Jom” 

“ Pleaselah. Tengok wayang dengan you? Hey, listen. I tak akan sesekali menjatuhkan martabat I untuk keluar dengan lelaki buaya darat macam you. Jangankan tengok wayang, nak berjalan sebelah pun I tak sudi. Faham? Tepilah!” Engku Elissya bersuara lantang, cukup untuk membuatkan sebahagian pengunjung café mendengarnya. Izara dan Fathia sudah menekup mulut menahan ketawa melihat wajah Tengku Rafique yang sudah diserbu malu. Elissya kembali ke meja dan mengambil barang yang ditinggalkan sebentar tadi. 

“ Jom balik. Nak termuntah I tengok muka buaya tembaga dekat sini. Buat mati selera I je!” ucap Engku Elissya sambil menjeling Tengku Rafique. Izara dan Fathia terkocoh-kocoh bangun dan mengekori Elissya. 



Engku Elissya melabuhkan punggung di atas astaka. Air mineral ditangan diteguk perlahan. Hilang dahaga setelah hampir dua jam menjalani latihan bola tampar. Izara dan Fathia yang masih dalam gelanggang berlari naik menyertainya. 

“ nak air”  ujar Izara. Elissya menghulurkan botol mineral kepada temannya. Sesekali pandangannya dilempar ke gelanggang sebelah. Beberapa orang siswa sedang melepak ditengah  dataran keranjang. Seorang siswa yang sedang bermain bersendirian mencuri pandangannya. Setiap kali shoot, bola akan tepat memasuki jaring.
“ You tengok apa?” Fathia menepuk bahu Elissya , hingga membuatkan dia tersentak. Fathia turut melemparkan pandangan ke gelanggang sebelah, kemudian dia tersenyum. 

“ usha pakwe lah tu” ucap Fathia sambil mencuit pinggang Elissya. Elissya mencubit lengan Fathia. Mukanya sudah diserbu malu. Izara ketawa melihat wajah Elissya yang sudah merah. Dia memanjat astaka dan duduk di sebelah Elissya. 

“ You ada berkenan dengan siswa sebelah tu ke. You tunjuk yang mana satu, biar I adjust kan. Tapi tunang I, cannot, cannot!” Izara memancing. Dia melambai pada tunangnya, Farish yang turut memandang ke arah mereka. 

“ Mana ada. Mengarut je you ni, dahlah. I laparlah. Kita pergi cari western food nak? Lama dah tak makan”  Engku Elissya cepat menukar topic. Izara dan Fathia sudah mencebik. Namun bercakap soal makanan membuatkan mereka cepat lapar. 

“ Kita pergi Big Taste seksyen 7. Amacam? Rindu nak makan pizza romeo Juliet dengan steak kat sana. Sedapnya” Izara sudah mula membayangkan makanan yang sedap-sedap. 

“ Ok jom! I belanja”  jawapan Elissya membuatkan Izara dan Fathia tersenyum senang. Untung kawan dengan anak raja ni!


“ Kenapa you susah sangat nak bercinta?” soal Izara sewaktu mereka sedang makan di restoran Big Taste. Engku Elissya mempamer riak bosan. Cinta, cinta cinta! Sudah habis cerita yang hendak dibualkan ke dalam dunia ni? Alih-alih bab cinta jugak. Bosan, bosan. 

“ Nak kata you tak cantik, girl generation pun kalah. Lagilah you keturunan kerabat. Petik jari sepuluh , eh bukan, seribu yang datang. Tapi you lah, jual mahal sangat”  Fathia menambah. Elissya hanya tersengih. 

“ I bukan jual mahal. Tapi berhati-hati. Kalau seribu prince charming yang datang sekalipun, tapi perangai buruk macam si Fiq tu, erghh.. lupakanlah!” 

“ Hah, ni I nak tanya. Kenapa you benci sangat dengan Fiq tu? Dia boleh tahan lah” 

“ Boleh tahan you kata? Eiii.. you know what, I jumpa dia tengah kiss dengan junior kita dekat mall ok! Not her cheek, but her lips. Crazy kan?” kata-kata Engku Elissya cukup untuk membuatkan kedua temannya itu terlopong. 

“ You biar betul? Cerita hot ni. Ada gambar tak?” soal Izara. Elissya hanya tersenyum sinis. Dia mengeluarkan ipad miliknya. Gambar sebagai bukti ditunjukkan kepada kedua temannya itu. 

“ WOW! Bagi I. Biar I tweet semua orang” Izara mencapai ipad ditangan Elissya. Fathia hanya menggeleng perlahan. Masak dengan perangai Izara yang gemar menyebarkan gossip serata kampus. 

“ You cari lelaki yang macam mana? Handsome? Cute?” soal Fathia. Engku Elissya berfikir sejenak. Kemudian dia tersenyum. 

“ I nak lelaki yang low profile , agak-agak nerd, and yang penting bukan jenis yang kaki perempuan macam si Fiq tu. Paras rupa I letak nombor dua. Kalau dapat yang handsome and cute, itu satu bonus” 

“ Kalau macam tu, sampai matilah you tak akan dapat” ucap Izara separuh mengejek. Fathia mengangguk setuju. 

“ Kenapa pulak?” soal Engku Elissya. 

“ Ada ke prince yang yang low profile, nerd and bukan playboy? I don’t think so. Of course Engku Elissya perlu mencari jodoh hanya dalam kalangan kerabat sahaja. Bukankah begitu peraturan yang sudah diberikan oleh ayahanda Engku?” jelas Izara sambil tersengih. 

“ Kecuali kalau prince Syahran” ucap Fathia. Pandangannya dilempar pada seorang lelaki yang baru menapak masuk ke dalam restoran. Fathia menyiku lengan Izara. Izara turut sama memandang. Kemudian mereka sama-sama memandang. 

“ ouh , Min Hoo! Handsome sangatt!” Izara berbisik perlahan. Engku Elissya turut memandang. Kala itu hanya mereka bertiga dan seorang lelaki yang duduk di kerusi paling hujung dan agak tersorok. Eh? Itu lelaki yang dia lihat di gelanggang bola keranjang tadi. 

“ For your info, yang handsome macam Min Hoo tu , Tengku Syahran bin Tengku Syed Iskandar. Anak sulung pada Tengku Syed Iskandar dan cucu sulung Tengku Syed Mahzan, dengan kata lain, abang kandung pada Tengku Rafique yang you benci tahap dewa tu” Fathia bersuara. Engku Elissya menjengilkan mata. 

“ What? Abang Fiq? Huh, alergik!” Engku Elissya mempamer riak menyampah. 

“ Dengar dulu. Even dia abang kepada Fiq, dan cucu kerabat, tapi dia sangat low profile, otak geliga, tak layan perempuan dan sangat bertepatan dengan ciri lelaki yang you cari tu” ucap Fathia perlahan, bimbang didengari Tengku Syahran. 

“ So?” Engku Elissya sudah menyilangkan tangan. 

“ So, I cabar you. In a month, you jadi BFF dia, dan cuba hidup cara dia. Dia tu keturunan raja, tapi hidup macam orang biasa. I think dengan cara ni, you akan tahu  ciri lelaki idaman you yang sebenar”  Izara membuka cabaran . Fathia tersenyum dan mengangguk. 

Engku Elissya menjeling Tengku Syahran sekilas kemudian berpaling pada temannya. Kemudian dia bangkit. 

“ Ok, I terima cabaran you. Sekarang jugak I pergi pada dia” Elissya bergerak menuju Tengku Syahran yang sedang membaca. Lelaki itu mengangkat wajah. Hanya dua saat memandang dia kembali menundukkan wajah, terus membaca. Langsung tidak menunjukkan minat pada Elissya yang sudah duduk di hadapannya. Elissya mengetap bibir geram.


" Tengku Syahran!" Engku Elissya menjerit geram pada lelaki itu. Sudah tiga hari dia cuba mendekati lelaki itu, namun langsung tidak di endah. Hari ini dia nekad, untuk bersemuka dengan lelaki sombong itu. Dia mencapai bola keranjang di hujung kakinya dan dibaling geram pada Tengku Syahran yang sedang baring di tengah gelanggang. Tengku Syahran membuka mata. Perlahan dia bangun.

" You lagi?"  Tengku Syahran ingin berlalu. Engku Elissya pantas menahan.

" I belum habis dengan you. Listen!"

"what?"  Tengku Syahran bertanya bosan. Dia mencapai bola keranjang dan mula bermain. Sekali shoot , tepat masuk ke dalam jaring. Engku Elissya merampas bola yang bergolek.

" You listen here. Kawan I cabar I untuk jadi BFF you dalam masa sebulan. I Engku Elissya , seorang yang sangat pantang dicabar. Sama ada you mahu atau tidak, you wajib jadi BFF I. Faham?"

" Heh, murahnya you ni. Masalah I ke kalau you dicabar? " soal Tengku Syahran. Tangannya disilang. Dia bersandar di tiang jaring. Engku Elissya mengetap bibir geram. ' aku kena merayu ke ni?' gumam Elissya dalam hati.

" You sepatutnya bangga sebab I pilih you Tengku Syahran. Lelaki lain melutut nak dekat dengan I , tau tak?"

" I tak sebodoh lelaki lain yang nak melutut pada gurl tiang kayu macam you ni. You makan apa? tak makan ea? Macam playwood tau"

" Hey! watch your mouth ok! "

Tengku Syahran ketawa sinis. Dia menapak mendekati Engku Elissya.

" Fine. If  I  jadi BFF you, I dapat apa? Apa kebaikannya pada I ? soal Tengku Syahran.

" Cukup sebulan, you just mintak anything you want. Kereta, duit, gadget. Semua I boleh bagi. Apa saja permintaan you"

Tengku Syahran mencebik. Dia kemudian berjalan mengelilingi Engku Elissya. Kemudian Elissya dipandang dari atas ke bawah.

" Setakat benda macam tu, I boleh dapat sekarang jugak. Maybe you lupa, I ni TENGKU" Tengku Syahran sengaja menekankan perkataan Tengku. Engku Elissya  mempamer riak menyampah.

" Ok. you kata apa sahaja kan? If  we manage to be BFF dalam masa sebulan, I nak you as reward, i mean , your body. boleh?" soal Tengku Syahran berani. Mencerlung mata Engku Elissya. Tangannya diangkat tinggi ingin menampar lelaki itu. Namun pantas di halang Tengku Syahran. Dia ketawa sinis.

" I rasa that part tak tersenarai dalam 'apa sahaja' yang I boleh request, betul? So, better think before speak. Jangan sebab berlagak, tergadai body"   pedas kata-kata Tengku Syahran membuatkan  Engku Elissya terdiam. Berdetap giginya menahan geram.

" I think game ni seronok jugak. Not bad. So, I setuju jadi BFF you, dengan syarat, you kena follow I every second bila I suruh. Ok? I tak akan minta apa-apa as reward. Kita kan best Friend Forever" ucap Tengku Syahran sambil mengenyitkan mata. Dia ketawa sinis dan berlalu meninggalkan Engku Elissya yang masih termanggu di tengah gelanggang.



Engku Elissya mengeluh bosan. Semenjak  menjadi 'teman baik' lelaki bernama Tengku Syahran, hidupnya berasa tersiksa dan memeningkan. Saban hari ada sahaja tempat-tempat dan aktiviti pelik yang dibuat lelaki itu. Kadang kala sesuatu yang langsung tak masuk dek akal. Hari ini entah kemana destinasi mereka berdua, Elissya tidak tahu. Sudah puas dia bertanya, namun Syahran hanya diam. Dia perlu bersabar. Dua hari sahaja lagi penyiksaan ini akan berakhir. Sabar Elissya! Kau akan bebas!

" Jom, dah sampai" Elissya turun dari kereta dan mengekori Syarhan. Namun langkahnya segera terhenti. Dahinya berkerut. Dia menarik hujung baju Syarhan.

" Tempat apa ni? Crowded nya" ucap Elissya. Dia memandang kiri dan kanan. Di sana sini masing-masing menjerit-jerit  seolah menarik orang untuk datang dekat pada mereka. Elissya memandang lantai yang basah dan kotor. Kembang tekaknya melihat kotoran dan lumut yang melekat di lantai dan dinding bangunan. Skirt labuh yang dipakai diangkat sedikit. Dia jalan menjingkit , cuba mengejar Tengku Syahran yang sudah jauh ke depan.

" Ini namanya pasar. I nak beli barang basah. Ikan dan ayam dekat sini semua segar-segar" jelas Tengku Syahran. Dia berhenti di hadapan seorang peniaga. Peniaga itu menyambut dia  mesra.

" Tengku Elissya. Kenal saya tak?" soal peniaga itu. Elissya memandang pelik. Masakan dia mengenali orang seperti itu. Elissya pantas menggeleng.

" Lupa agaknya. Saya kerja bahagian dapur dahulu di Istana"

" Sorry, I tak ingat. I tunggu you dalam kereta lah Syahran. Panaslah dekat sini" ucap Elissya dan berlalu pergi. Syarhan hanya memandang sinis pada Elissya. Dia menyeluk kunci kereta dipoket seluarnya. 'Matilah kau kepanasan dekat sana. Sombong!'


Hampir setengah jam menunggu di tepi kereta, barulah Tengku Syahran muncul. Elissya menghentak kaki geram. Bibirnya digigit tanda dia betul-betul marah. Tengku Syahran hanya tersenyum sinis dan masuk ke dalam kereta seperti tiada apa yang berlaku.Tengku Syahran memandu tenang sebelum berhenti di sebuah warung kecil.

" Sarapan. Jom" ucap Tengku Syahran sambil tersenyum. Tatkala dia sudah melangkah masuk, Elissya masih dalam kereta. Tengku Syahran berpatah balik.

" You nak mogok duduk dalam kereta lagi ke? Kunci I ambil" Syahran menayang kunci kereta yang sudah berada dalam tangannya. Mahu tidak mahu Elissya terpaksa turun. Dia memandang geli pada warung kecil itu. Saat Syahran sudah duduk di bangku kayu , Elissya masih berdiri.

" You nak makan sambil berdiri? Boleh je. I tak kisah. Tapi kita ni orang melayu. Orang Islam. Tak elok"

Elissya mendengus geram. Dia mengeluarkan sapu tangan miliknya dan mengalas tempat duduk. Tengku Syahran ketawa sinis melihat gelagat Elissya. Seorang remaja lelaki datang pada mereka dan mengambil pesanan.

" Roti canai dua . Kopi satu. You, minum?" soalnya pada elissya. Elissya hanya menggeleng.

" Ok , itu saja dik. Thanks" Remaja lelaki itu tersenyum dan berlalu. Syahran mencapai sebungkus nasi lemak. Bungkusan daun pisang itu dibuka. Elissya hanya memerhati lelaki itu makan dengan penuh berselera. Perutnya menjadi lapar namun mengenangkan dia berada di tempat seperti ini, segera mematikan seleranya.

" You tak ada tempat yang lagi elok ke nak bawa I. Ini dengan melekitnya, kotor, berbau. Ni kayu ni, macam nak roboh je"  Elissya bercakap kuat tanpa menyedari ada mata-mata yang melihatnya. Tengku Syahran menjentik dahi Elissya kuat bagi menyedarkan puteri yang tak sedar diri itu.

" You kalau bercakap, boleh kawal tak? Kita dekat public. Tolong hormat orang lain! " Syahran bersuara tegas. Cukup membuatkan Elissya terdiam dan mengunci mulut. Seketika kemudian roti yang dipesan sampai. Syahran menolak sekeping roti canai ke hadapan Engku Elissya.

" Baik you makan. Jangan harap I nak bawa you makan tempat lain. Lepas ni kita terus jalan. Non stop!Faham?"  Elissya akur. Dia mengambil sudu di atas meja. Di lap beberapa kali sebelum digunakan. 'sedap pulak roti ni' getus hati Elissya. Namun untuk meminta sekeping lagi, Elissya jadi malu. Sudahnya dia hanya diam.



Dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur, mereka tiba di sebuah kampung.Elissya menelan air liur. Biar betul Syahran ni. Nak suruh aku stay dua malam dekat sini? Oh tidak! habislah aku!

" Turun , dah sampai"  ujar Tengku Syahran. Teragak-agak Elissya turun dari kereta. Rumah kayu di hadapannya dipandang. Tengku Syahran menghampiri bodyguard Elissya yang sudah sebulan mengikuti mereka. Dia menyerahkan beberapa keping not 50 ringgit. Kemudian, pengawal itu mengangguk faham dan berlalu pergi. Elissya terjerit perlahan.

" Hey! nak pergi mana tu?? Kenapa tinggal I! Baju I belum ambil lagi lah!!"

" Tengku Syahran menarik keras rambut Elissya yang diikat ekor kuda.

" Aaaa! Sakitlah!

" Dah you menjerit macam orang gila sapa suruh. Ingat ni apa? Istana you, sesuka hati nak menjerit macam tu.Tolong respect sikit"

Elissya mendengus geram. Kakinya dihentak ke tanah tanda protes. Tengku Syahran menjeling sekilas pada kasut tumit tinggi Elissya yang sudah terbenam ke tanah.Dia tersenyum sinis dan melangkah masuk ke dalam rumah.

" Arghhh!! I hate you Tengku Syahran!" jerit Elissya, namun hanya mampu dilepaskan dalam hati. Bimbang sekiranya Syahran akan naik marah.


Engku Elissya sudah tidak keruan. Keadaan rumah kampung yang panas itu membuatkan badannya melengas. Hendak mandi, baju ganti tidak ada. Mustahil dia mahu menyarung semula baju yang sudah seharian dipakai. Elissya melangkah keluar dari bilik dan mendapatkan  Tengku Syarhan di luar rumah.

" Syarhan!"

Tengku Syarhan yang sedang menghidupkan enjin motor , mengeluh. Dia turun dan naik ke rumah mendapatkan Elissya. Wajah Elissya yang masam dipandang malas.

" Ada apa?"

" Panaslah. I nak mandi"

" So? Nak suruh I mandikan ke?" soal Syahran selamba. Amirah , adik angkat Syahran ketawa mendengar kata-kata abangnya. Elissya mengetap bibir geram.

" I tak ada baju nak pakai"

" Oh. Ingat nak suruh I mandikan tadi. Mira, pinjamkan baju"

" Okeh along. Jom kak"

" Elissya please" ujar Elissya , tidak senang membahasakan diri sebagai 'akak'

" Baik, Tengku Elissya. Mohon ikut patik ke dalam ya" ucap Amirah sambil tercebik. Syahran hanya tersenyum nipis.


Engku Elissya  turun ke rumah dengan wajah yang masam. Baju tshirt lusuh dan seluar track milik Amirah benar-benar membuatkan dia tidak selesa. Seumur hidupnya, baju seperti itu hanya layak dibuat lap meja dan alas kaki tukang cuci. Dia menjeling geram pada Tengku Syahran yang sedang bergelak ketawa bersama Amirah di beranda rumah. Namun hatinya sedikit terkesan. Sepanjang mereka bersama, itu lah kali pertama dia melihat Syahran seceria itu. Jentikan di dahi Elissya membuatkan dia tersedar.

" You pekak atau berangan? Dah siap belum ni. I nak gerak dah"

" Dah. Nak pergi mana?"

" Kebun" ucap Syahran dan mula memanjat naik ke atas motor. Elissya membeliakkan mata. Nak suruh aku naik benda buruk ni ke? tak nak!

" you naik Amirah"  Elissya melempar pada Amirah yang sudah sedia menunggu. Dibandingkan motor Amirah dan Syahran, lelaki itu punya lebih elok walau yang nyatanya dua-dua buruk. 

" I naik kereta boleh?"

" Princess Elissya wannabe, kita nak ke kebun. Bukan ke shopping complex. Jangan mengarut boleh tak? Naik je lah cepat" Syahran sudah mula bersuara. Elissya memprotes perlahan.

" I nak naik you" ucap Elissya. Dia tidak yakin untuk naik bersama Amirah. Syahran menghela nafas. Kemudian dia mengangguk.

" Dont you ever dare nak pegang I. Berani you pegang, I campak you tengah jalan" Syahran memberi amaran. Elissya mencebik. Agak kekok untuk dia naik ke atas motor. Kenderaan yang tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menaiki benda itu. Elissya menjarakkan sedikit dirinya dari tubuh Syahran. Syahran tersenyum sinis. Syahran membonceng perlahan motorsikal. Namun tatkala Amirah sudah memotongnya dan ketawa, Syahran jadi lupa akan Elissya di belakang. Dia memulas kuat dan motor menderu laju.

" Syahran! I takut! Stop!!!!!"

Namun akibat deruan angin yang kuat, Syahran tidak dapat mendengar hingga tiba ke kebun.

" Ok, dah sampai. Turun"  ucap Syahran. Namun tiada respon. Yang ada hanya esakan kecil dari belakang. Syahran menongkat motor dan turun. Elissya yang masih di atas motor tersedu-sedu menahan tangis.

" You nangis ni kenapa?"

" I dah cakap... I takut.. tapi you ... you bawa makin laju.. I ... takut .. nak jatuh.. " ucap Elissya dengan sedu yang ditahan-tahan. Syahran menepuk dahi perlahan. Terlupa ada tuan puteri yang membonceng motorsikalnya.

" Sori, I tak perasan. Kalau takut jatuh, pegang jelah I. Tak kan jatuh punya"

"You yang kata tak boleh pegang kan?? You ugut nak campak I atas jalan!"

" You percaya sapa suruh. I saja je" ucap Syarhan selamba. Dia berlalu meninggalkan Elissya yang masih menangis. Di bibirnya terukir senyum.


Engku Elissya menepis nyamuk yang asyik menghisap darahnya. Dia mengeluh perlahan. Menyesal pula menolak ajakan Syahran untuk mencari buah. Elissya mundar mandir di sekitar pondok kecil di kebun itu. Baru dia berkira-kira untuk bergerak lebih jauh, terdengar suara Syahran dan Amirah yang bergelak ketawa. Ditangan mereka terdapat bakul dan guni. Elissya kembali duduk di pondok.

" Hah, ni macam-macam buah ada. Makan" Pak Abu, pemilik kebun itu bersuara. Dia mengeluarkan buah durian, rambutan dan duku dari bakul. Elissya memandang buah itu. Sedapnya!

" Nak?" soal Syahran. Elissya mengangguk perlahan. Syahran mencapai parang dan mengopek buah durian. Bulat mata Elissya melihat isi durian yang kuning. Memang jadi kegemaran dia isi durian yang kuning sebegitu. Entah mengapa, dalam kalangan keluarga, dia seorang yang amat suka dengan buah itu. Baru sahaja dia ingin mencapai isi buah itu, Syahran terlebih dahulu mengunjuk padanya.

" I suapkan. Tak ada air nak basuh tangan ni.Sudu pun tak ada. Kotor tangan puteri nanti" ucap Syahran. Elissya  terasa dirinya disindir. Dia mengeluh perlahan.

" I boleh buat sendiri. Thank but no thanks" 

Tengku Syahran ketawa kecil, bersambut dengan ketawa Amirah dan Pak Abu. Elissya yang pada mulanya marah, turut sama tersenyum  tatkala melihat mereka semua ketawa.

" Cantik pun senyum" teguran Amirah membuat Tengku Syahran berpaling. Mata dia dan Elissya bertembung. Elissya tertunduk malu. Entah mengapa jantungnya berdebar laju.



" Dah lama kenal dengan along?" soal Amirah. Pandangan masih dilemparkan pada Tengku Syahran yang sedang bermain bola sepak di padang bersama anak kampung yang lain. Sesekali Amirah ketawa melihat Syahran yang tergelincir dan tersembam ke tanah.

" Baru. Nak masuk sebulan" jawab Elissya. Amirah hanya mengangguk perlahan.

" Dah lama baik dengan Tengku Syahran?" giliran Elissya bertanya. Amirah sekali lagi mengangguk.

" Lima tahun dah. Along baik sangat. Jaga saya dengan mak. Emak baru meninggal tahun lepas.setiap bulan along bagi duit pada kami. Semua dia guna duit poket dia, kerja sendiri"

Engku Elissya menghela nafas. Mungkin Syarhan bekerja pada malam hari. Kerana setiap kali dia mengajak lelaki itu keluar, pasti akan ditolak.

" Emak dulu pengasuh along. Tapi lepas abah kemalangan dan meninggal, Engku Sofea halau mak. Mungkin sebab along terlalu marahkan tindakan Engku Sofea, along ikut kami ke sini. Masa tu , rumah masih tak ada. Kami merempat tumpang tidur di masjid. Along langsung tak dedahkan siapa dia sebenarnya. Di kampung ni tak ada siapa yang tahu dia sebenarnya kerabat. Semua kerja kampung dia buat. Berkebun, potong getah, meniaga. Semua along buat. Bayangkanlah bakal pewaris takhta buat semua kerja ni. Emak selalu menangis suruh along balik pada Engku Sofea. Tapi along just diam. Lama kelamaan , nama along digugurkan, Tengku Rafique dan Tengku Hazriz naik" Amirah terhenti seketika. Ada airmata yang bertakung di tubir matanya.

" Along kerja untuk sekolah kan saya. Saya terhutang budi dengan dia. Demi saya, orang biasa ni, Tengku sanggup korbankan masa depan dia. Bagi dia, kebahagiaan adalah bila menjadi orang seperti kami. Sampai mak dah nazak pun, mak nasihatkan along supaya kembali pada keluarga along. Tapi, macam yang nampak, along still here" ucap Amirah sambil tersenyum. Airmata yang sudah membasahi pipi diseka laju tatkala Tengku Syahran sudah menghampiri mereka.

" Jom balik, dah maghrib ni"


Elissya memandang lauk di atas meja. Dahinya berkerut. Lauk yang langsung tidak membangkitkan seleranya. Amirah hanya tersengih melihat wajah Elissya yang berkerut itu. Amirah masih lagi kelakar melihat cara Elissya mengikat kain batik. Kain digulung tinggi dan dipasang tali pinggang. Mungkin Elissya bimbang kain akan tercabut. Tengku Syarhan mengawal ketawa dan cuba mempamer riak selamba. Dia mencuit Amirah yang terang-terang ingin meletuskan tawa.

" Dah , jom makan"

" Lauk ni ke?" soal Elissya.

" Sorry lah. Saya terlupa ada Engku Elissya dekat rumah ni. Sebab tu saya masak simple-simple je ni. Err, kalau nak ayam, saya boleh gorengkan. kejap ea" Amirah sudah bangun dan menuju ke dapur. Namun Syahran menghalang.

" you kata nak belajar jadi orang biasa kan. Ni makanan orang biasa. Nak makan, silalah. Tak nak makan, saya tak boleh nak paksa. Amirah, duduk" Syahran bersuara tegas. Amirah hanya tersenyum tawar dan kembali duduk. elissya mengeluh perlahan dan menarik kerusi. Ikan masin, kacang botol dan sambal belacan. Elissya menyenduk sedikit sambal belacan ke dalam pinggan.Kemudian dia menggaul pada nasi, selepas melihat Syahran melakukannya.

" Arghhh! Pedas! Air!" Elissya terjerit kecil. Amirah menahan ketawa dan menghuluskan secawan air masak kepada Elissya yang kepedasan. Syahran hanya tersenyum sinis dan meneruskan suapan.

" Puteri masuk kampung. Kejutan budaya lah tu" perlahan Syahran menuturkan, namun masih dapat didengari Elissya. Dia menjeling geram. Nasi ditolak dan dia berlalu masuk ke bilik. Sakit hatinya dengan Tengku Syarhan yang bagai tiada perasaan. Sering sahaja menyakitkan hatinya. Elissya memegang perutnya yang lapar. Dia memejamkan mata berharap kelaparan itu akan hilang. Setengah jam kemudian, kedengaran ketukan di pintu bilik.

" Along belikan nasi ayam. Makanlah. Nanti masuk angin perut tu" ujar Amirah sambil meletakkan bungkusan itu di atas katil. Elissya hanya memandang. Setelah Amirah keluar dia tersenyum memandang bekas makanan itu. Segera dibuka dan dihabiskan.



" Tak nak mandi ke?"  soal Tengku Syahran. Waktu itu mereka berada di air terjun. Engku Elissya hanya menggeleng. Tengku Syahran memanjat batu dan duduk di sebelah Elissya. Rambut yang basah dikibas perlahan.

" boleh I tanya something?" soal Elissya. Syahran hanya mengangguk.

" Kenapa you sombong?" soalan Elissya membuat Syahran memandangnya.

" Err, no. Maksud I , you suka menyendiri , duduk sorang-sorang dekat campus. Kategori sombong lah kan"

Tengku Syahran ketawa kecil.

" Tak ada siapa yang nak kawan dengan I. Boleh dikatakan I ni kera sumbang lah"

" Eh mana ada. You famous . Ramai gurl kenal you. Just you yang tak layan diaorang"

" Orang kenal sebab tau I Tengku. Rapat dengan I untuk apa? Duit? Nama? Huh! "

" Tak semua orang macam tu"

" I tau. Macam you lah. Dekat dengan sebab di'cabar' . kan? I pun tak tahu kenapa I accept you. Kalau you nak tahu, you gurl pertama pernah keluar dengan I sepanjang I hidup dekat muka bumi ni"

" Tipulah"

" I bukan buaya tembaga macam Fiq" kata-kata Syahran membuatkan Elissya meletuskan tawa. Begitu juga Syahran. Wajah Elissya ditatap lama.

" I suka bila tengok you marah. But, I lagi suka bila you ketawa. Comel" ucap Syahran sebelum dia turun kembali menyertai Amirah yang masih berendam. Wajah Elissya diserbu malu. Dia mengangkat wajah dan saat itu juga Syahran tersenyum dan mengenyitkan mata padanya. Elissya dapat merasakan jantungnya berdegup lebih pantas dari biasa.


Engku Elissya tersenyum sendiri. Kenangan manis bersama Tengku Syarhan tidak dapat dia lupakan. Setiap kali dia ingat, pasti bibirnya akan mengukir senyum. Gelang tangan yang tersarung ditangannya di sentuh lembut. Walaupun hanya gelang pasar malam, namun dia terasa istimewa apabila Tengku Syarhan menghadiahkan padanya.

" Hei, berangan!" tepukan lembut di bahu, membuatkan Elissya tersentak.Dia mengurut dada perlahan. Izara dan Fathia ketawa kecil. Elissya memeluk kedua kawannya itu. Dua hari tidak bertemu sudah membuatkan dia rindu.

" Apa cerita? I dengar you kena seksa dengan Syarhan. Hari ni dah habis contract sebulan you dengan dia kan?" soal Izara. Elissya hanya mengangguk pelahan. Dia tidak gembira sebenarnya. Ini bermakna, selepas ini dia dan Syarhan bukan lagi BFF.

" Mana ada dia dera I. I je yang tak boleh nak adopt suasana kampung. Tapi I rasa kalau stay lama sikit,I boleh je sesuaikan diri. Kampung dia sangat best tau"

" Seriously? Ni betul ke Engku Elissya ni? You sangat lain lah" ucap Fathia. Selalu bukan main mengutuk lagi Tengku Syahran. Hari ini elok pula.

" I sebenarnya .... " belum sempat dia menghabiskan kata-kata , seorang pelajar junior menghampiri mereka.

" Engku, your boyfriend bergaduh dekat court. Bertumbuk dengan Tengku Rafique!"

" Boyfriend I?"

" Tengku Syarhan lah! Cepatlah, jom!"


Elissya berlari menuju ke gelanggang  bola keranjang. Benar, kdua beradik itu sedang bergelut. Elissya segera berlari dan meleraikan keduanya.

" Stop it, Fiq! Syarhan!"

" Elissya. Bagus you datang. You sedarkan diri Syarhan ni sikit. Dia tak layak untuk you! You sendiri yang kata kan, you benci pada dia. Kampung boy yang sombong dan berlagak. Memang, dia dasar duduk merempat! Mejatuhkan kerabat, tinggal bersepah, membela orang tua keparat nak mampus tu!"

Tengku Syahran mara dan melepaskan tumbukan padu di perut Tengku Rafique. Pantang dia tatkala soal ibu angkatnya dibangkitkan. Matanya mencerlung marah pada Elissya yang sudah menundukkan wajah. Elissya hanya diam. salah dia kerana menghantar tweet tentang keburukan Tengku Syahran selama ini. Namun, sejak mengenali lelaki itu dua hari yang lalu dengan lebih mendalam, persepsi dia sudah  berubah.

" Kau boleh hina aku! Bunuhlah aku sekali pun! Tapi, jangan belagak bangsat! jangan sesekali kau berani sentuh pasal mak aku. Aku cukup pantang kau mengata dia! seburuk-buruk aku, aku tak menyusahkan orang!  jangan ingat gelaran yang ada pada kau , boleh buat kau berkuasa! " ucap Syarhan dan ingin segera berlalu. Namun dia kembali berpaling.

" Kalau perempuan ni yang kau nak pertahankan , dan lindungi dari lelaki merempat macam aku. Kau ambillah. Aku tak hadap. Free je aku bagi kau! Dasar perempuan tak sedar diri!" Syarhan merengus dan melangkah pergi. Engku Elissya  terdiam. Selayaknya dia di label sebegitu. Memang sudah salah dirinya. Elissya mengeluh berat.


Seharian Elissya berkurung di dalam bilik. Dia hanya menangis , menyesali perbuatannya pada Syarhan. Gelang tangan di tatap lama. Izara dan Fathia mengeluh melihat teman mereka itu. Izara mendekati Elissya.

" Go and find him, if you really love him"

" I nak cakap apa kalau dah jumpa? I malu"

" Kalau fikirkan malu, sampai bila-bila you akan jadi macam ni. Baik you bertindak sebelum dia bertambah marah. you kena minta maaf pada dia"

Elissya mengeluh perlahan. Lama dia berfikir. Keputusannya nekad. Dia bangkit dan mencapai kunci kereta. Izara dan Fathia tersenyum.

" Wish me luck!" ucap Elissya sebelum melangkah keluar. Dia memandu tenang Kereta di parkir di kawasan berdekatan gelanggang. Dia tahu Syarhan ada di sana. Dia mengatur langkah perlahan. tatkala terpandang Tengku Syarhan yang sedang bersendirian di gelanggang , Elissya jadi tidak keruan. Hatinya berdebar. Dia menarik nafas panjang dan melangkah mednekati Syarhan.

" Syarhan" tegur Elissya perlahan. Tengku Syarhan hanya memandang sekilas. Dia kembali menghadap jaring, tidak mengendahkan keberadaan Elissya di situ. Elissya mengetap bibir geram. Bola ditangan Syarhan cuba dirampas namun tidak berjaya. Syarhan tersenyum sinis, dan bergerak menjauhi. Semakin Elissya cuba mengejar, semakin seronok dia berlari.

" Stop it! I nak minta maaf"

" you ada buat salah ke pada I?

" Please Syarhan"

" I tak rasa you pernah buat salah pada I. Ada ke?"

" I admit ok. I sebarkan semua tu pada kawan-kawan . Tapi tu semua sebelum.. sebelum" Elissya mati dengan kata-kata. Tidak tahu apa yang harus diungkapkan.Tengku Syahran menghampiri Elissya. Wajah mereka begitu dekat.

" Sebelum? Kenapa tak habiskan kata-kata you tu? You takut nak beritahu you dah jatuh cinta dengan I? soal Tengku Syahran separuh berbisik. Dagu Elissya disentuh agar Elissya mengangkat pandangannya. Elissya kembali menundukkan wajah. Mukanya merah diserbu malu.

" Mana ada! you jangan nak perasan! " ujar Elissya. tengku Syahran menyembunyikan senyum. Dia menseriuskan wajah.

" Oklah, tak apa macam tu. I pun tak ada masalah dengan you. Tentang nak maafkan you tu, nantilah I fikirkan. Tapi I rasa, tak perlulah maafkan. you pun tak nak mengaku kan sebab apa you berubah tanggapan pada I" ucap Tengku Syahran , segera ingin berlalu. Elissya pantas menahan. Wajahnya sudah dibasahi airmata.

" Please, jangan buat I macam ni. Its only take 3 second for me to fall in love with you, but to forget you in 3 second, its impossible. I  really love you and dont wanna lose you"

Tengku Syarhan mengukir senyum.

" Kan senang bila mengaku. Tak perlu I berlakon susah payah dari semalam"

" apa maksud you?"

" you ingat I tergamak ke nak pukul adik I? Lakonan je tu. you susah sangat nak mengaku perasaan sendiri"

Elissya memukul bahu Tengku Syarhan. Rasa marah kerana dipermainkan. Dia sudah cemberut dan memasamkan muka.

" I kan dah cakap, I suka bila tengok you marah. But, I lebih suka tengok you senyum. So, sekarang I nak you senyum"

Elissya sudah melangkah ingin meninggalkan Tengku Syarhan. Namun pantas dihalang.

" This is an order, Engku Elissya,"

" Muka I, suka hati I lah nak marah ke , nak senyum ke. You sapa, suka hati nak arah I??"

" I kan your Mr Right to be" bisik Tengku Syarhan perlahan. Kata-katanya membuatkan  elissya kembali diserbu malu. Elissya mengetap bibir. Namun sesaat kemudian dia tersenyum bahagia. Dia sudah bertemu dengan prince charming idamannya.  =)


2 comments:

  1. buat ending tu tak best mana .so,kalau boleh you buat sampai diaorang kahwi..lagi i suka but it still sweet plus romance..

    ReplyDelete
  2. best la..-iezahtakuya

    ReplyDelete

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.