Selamat Tinggal Cinta 1


Selamat Tinggal Cinta :: Eilma Zara

       Athirah menggenggam akhbar ditangannya. Satu perasaan yang sukar untuk diluahkan. Akhbar itu dibawa ke dada. Tanpa sedar airmata bertakung ditubir mata dan tumpah ,mengalir di pipinya. 'Dugaan-Mu ini amat berat Ya Allah' Athirah merintih dalam hati.

" Assalamualaikum," 

Athirah tersentak. Pantas akhbar ditangannya disorokkan dibawah kusyen. Airmata yang tumpah sebentar tadi, diseka laju. Senyuman diukir pada insan yang menyapa.

" Waalaikummusalam.Lambat angah balik?" 

Aisyah sekadar tersenyum. Tubuhnya dilabuhkan disofa. Terasa tegang pada seluruh urat sarafnya hilang saat membaringkan diri. 

" Hari ni ada mesyuarat , untuk hari PIBG minggu depan. Lepas tu angah tolong print sijil budak-budak cemerlang tu. Penat sangat badan ni,"

" Yelah, kalau penat pun. Pergilah bangun, mandi dulu. Segar sikit badan tu. Asar pun nak habis dah ni. Dah solat belum?" 

Aisyah tersengih sambil menggeleng. Dia bangkit dan mencuit pipi adiknya yang kuat membebel itu, persis ibu. 

" Membebel macam mak nenek," ucap Aisyah sebelum menghilang disebalik bilik. Athirah sekadar mampu tersenyum. Dia bangkit ke dapur bagi menyediakan makan malam. Sepanjang menumpang dirumah kakak keduanya ini, dia selesa untuk membuat kerja rumah, membantu meringankan beban kerja kakaknya sementelah Aisyah tidak mahu menerima duit sewa. 




" betul ke ni tak nak angah hantarkan?Tahu ke alamat pejabat tu?" ujar Aisyah. Tangannya sibuk menyusun fail dan kertas ujian anak muridnya. Athirah muncul disebalik dapur. Dia mengangguk perlahan

" Insya Allah, tau. Takpe, uda naik lrt je. Kalau tak jumpa nanti uda call la angah," ucap Athirah sambil tersengih. 

" Haa, lepastu satu keje lah angah nak kene ambil uda kat tempat uda sesat nanti?" 

" Alah, sekali sekala berkorban untuk adik, takkan tak boleh?"

" Suka hatilah. Malas angah nak layan. Angah pergi dulu. Kunci rumah jangan lupa bawa. Angah dah bawa kunci sendiri. Hati-hati pergi tu. Ada apa-apa call angah," 

" Baik , boss!" 



"Assalamualaikum,"

Aisyah berpaling ke arah muka pintu. Dia menyahut salam perlahan. Melihat wajah adiknya yang sugul itu, dia jadi jatuh kasihan. Pasti letih seharian menghadiri temuduga kerja. 

" Macam mana?" 

Athirah sekadar tersenyum tawar. Bukan mudah hendak mendapat peluang pekerjaan bagi fresh graduate macam dia. Kebanyakkannya mahukan yang sudah mempunyai pengalaman bekerja. Kalau semua mahu yang berpengalaman, apa yang fresh graduate nak buat? Tanam anggur lah jawabnya. 

" Dalam surat tawaran takde pulak dia kata nak pengalaman kerja 3 tahun. Teruk betul. Buat penat je pergi sana jauh-jauh," 

Aisyah menggeleng. 

" Takde rezeki," Aisyah mengusap bahu Athirah perlahan. Athirah mengangguk. Dia bersandar lemah di sofa. Hampir 3 bulan usaha dia mencari kerja di Kuala Lumpur ini. Semuanya masih belum membuahkan hasil. Dia serba salah sebenarnya tinggal dirumah Aisyah tanpa mengeluarkan duit walau sesen pun. Semua kos makanan, sewa ditanggung Aisyah sepenuhnya. Walaupun kakaknya itu bukan jenis yang berkira, tapi rasa malu dan segan itu tetap ada. 

" Dahlah termenung tu. Angah masak dah. Pergilah makan,"

Athirah sekadar mengangguk. Menghantar Aisyah yang sudah menghilang disebalik bilik dengan pandangan mata. Dia melepaskan keluhan berat. Fikirannya melayang pada peristiwa yang berlaku tadi. Hatinya jadi jatuh kasih dan sedih melihat keadaan lelaki itu. 

"Allahuakhbar!" Athirah mengucap kebesaran Allah saat tubuhnya berlanggar dengan seorang wanita. Segera mulutnya memohon maaf. 

" takpe. Makcik yang tak perasan tadi. Maaf ya?" 

Athirah sekadar tersenyum dan mengangguk. Fail dan sijil yang bertaburan di tangan disusun semula. Plastik ubat yang turut sama jatuh dari tangan wanita itu tadi turut sama dicapai.

" Terima kasih, maaf sekali lagi , ya. Makcik nak cepat tadi. Anak tu dah bising," ucap wanita itu. Athirah turut sama melemparkan pandangan ke arah yang dimaksudkan. 

Athirah tersentak. Segera wajahnya dipalingkan ke arah lain, sebelum pemuda itu sempat memandang wajahnya. 

" Saya minta diri ye makcik, assalamualaikum," Athirah mengucap salam, dan segera melangkah. Wajahnya diselindungkan disebalik shawl yang panjang. Saat melewati pemuda itu, tidak semena airmata athirah gugur dan dadanya terasa sesak menahan tangis. 




" Angah tak setuju!" 

Athirah mengeluh perlahan. Sudah dijangka reaksi dari kakaknya itu. Tapi dia sudah nekad. Sementelah dia masih belum mempunyai pekerjaan, apa salahnya dia mencurah bakti dirumah itu. Dia merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas itu.

" Lebih baik uda yang jaga dia daripada orang lain, ngah,"

Aisyah menggeleng. Tidak faham dengan pendirian adiknya itu. 

" Dengan jadi orang gaji?" soal Aisyah geram. 

Athirah bangkit dan duduk disebelah Aisyah. Tangan kakaknya itu digenggam memohon pengertian. 

"Angah, dari kecil angah je yang faham uda. Angah tahu kenapa uda nak buat semua ni. Ibu dengan ayah dah tak ada, untuk uda minta restu. Along memang dah benci dengan uda. Uda ada angah je sekarang ni. Tolong angah. Uda minta angah untuk izinkan uda jaga dia,"

Airmata Athirah mula menitis. Sayu hatinya saat membicarakan hal ini. Merungkai segala keperitan dan kesedihan yang bersarang dalam hati selama bertahun-tahun lamanya. 

" Sebab uda cuma ada angah, angah tak izinkan. Angah tak nak uda terluka lagi," 

Athirah menggeleng. Airmata yang mengalir diseka perlahan

" Insya Allah. Uda pandai jaga diri , angah. Uda janji, lepas dia sembuh, uda akan berhenti kerja. Izinkan uda, ngah?" 

Aisyah mengeluh. Melihatkan wajah Athirah yang bersungguh, hatinya jadi lemah. Dalam keterpaksaan dia mengangguk, memberi keizinan. Athirah tersenyum gembira dan mendakap erat tubuh Aisyah. Esok, episod baru dalam hidupnya bakal bermula. Berikan aku kekuatan , Ya Allah. 




" Pergi!!" 

Bahu Athirah terjungkit saat mendengar jeritan itu. Dia mengurut dadanya ekoran terperanjat seketika tadi.Puan Qalsom tersenyum hambar. Dia memandang anak gadis yang sedang duduk menghadapnya. .

" Awak dengar tu. Sanggup ke awak nak hadapi semua ni, Athirah? "

Athirah tersenyum. 

" Insya Allah,Puan. Dulu saya jaga arwah ayah saya sakit. Biasalah, emosi mereka mudah terganggu saat-saat macam ni. Saya akan cuba," 

" Saya bukan apa Athirah. Saya dah penat cari pengganti mak Wa. Sejak pengasuh dia berhenti kerja, dah macam-macam orang yang silih berganti kerja di sini. Satu pun tak tahan dengan perangai anak saya tu. Entah yang macam mana lagi saya nak cari,"

"Puan,macam ni lah. Puan anggap je saya dalam tempoh percubaan. Kalau saya tak mampu laksanakan tugas saya, saya akan berhenti tanpa gaji. Saya ikhlas , puan. Niat saya nak membantu," 

Puan Qalsom tersenyum. Dia mengangguk perlahan,yakin. 

" Baiklah. Kalau awak betul dah bulat hati, awak boleh mula kerja esok.Pukul 8 pagi mula dan Lepas pukul 10 malam, Mirwan pemandu saya akan hantar awak balik rumah.Boleh?"

Athirah mengangguk, menerimanya dengan senang hati. 




"Mama, Zaliq bukan budak kecil lah!" Tangannya menolak saat ibunya mahu membantunya bangun. Dia menolak keras tangan wanita tua itu. Dia mendengus geram. Dirinya kini bagaikan mayat hidup. Mahu bergerak sendiri pun tiada daya. 

" Memang Liq bukan budak kecil, tapi perangai tu lagi teruk dari budak kecil Liq tahu tak? Janganlah degil macam ni, Liq. Mama dah lambat nak pergi kerja ni , sayang," dia memujuk lagi. Namun Zaliq masih berkeras dan menolak. 

" Just go! Biar Liq mati sorang-sorang dalam rumah ni pun takpe! Mama tak payah nak ambil kisah pasal Liq!" 

" Liq...,

" Assalamualaikum," 

Belum sempat Puan Qalsom menghabiskan kata, satu suara menyapanya. Zaliq dan Puan Qalsom sama berpandangan. Keduanya terpana. Lebih-lebih lagi Zaliq. Matanya tidak lepas merenung wanita itu. 

" Waalaikummusalam. Athirah, awalnya sampai? Kan saya kata pukul 8?" 

Athirah senyum paksa. Seram saat melihat wajah bengis Zaliq yang tidak henti merenungnya. Digagahkan jua kakinya menapak masuk ke ruang bilik besar itu. Tangan puan Qalsom dikucup penuh hormat. 

" Kebetulan kakak saya keluar rumah awal hari ni. Saya tumpang dia ke sini. Tak boleh ke saya datang awal, puan?" 

Puan Qalsom tersenyum senang. Dia menggeleng. 

" Auntie lagi suka kalau Athirah datang awal. Tapi kesianlah dekat kamu, awal pagi sangat kena bangun, nak ke sini?"

Athirah sekadar membalas senyum.

" Saya ok je . Puan, pergilah turun siap-siap pergi kerja , ya? Biar saya uruskan encik Zaliq," 

" Betul ni? Hari ni kan hari pertama awak,"

Athirah mengangguk . " Insya Allah"




Zaliq memerhati Athirah yang sedang tunduk mengutip bantal. Sedari tadi dia sengaja membaling segala apa yang ada didalam bilik itu, hanya dengan niat mahu menaikkan suhu kemarahan gadis itu. Namun , Athirah masih diam, tidak bersuara mahupun melawan. 

" Apa niat kau datang ke sini,hah?" soal Zaliq keras. Andai tubuhnya dapat digerakkan, pasti dia akan mengerjakan gadis itu secukupnya, semahu hatinya. 

" Niat saya hanya satu, bekerja," ucap Athirah setelah lama mendiamkan diri. Diluar mungkin dia nampak tabah, namun dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa hatinya menangis kala ini. Kuat Tirah, kuat. 

" Kau...," Zaliq mencengkam tangan Athirah saat gadis itu menghampiri sudut katil. Athirah berkerut dahi menahan sakit. 

" Apa ni encik Zaliq. Lepaslah!" Athirah cuma menarik tangannya, namun cengkaman itu begitu kuat. 

" Kau ingat ,kau datang sini kau boleh nak ugut aku? Kau nak apa hah? Kau nak harta aku? Jangan haraplah perempuan tak sedar diri! Aku dah bagi amaran pada kau kan, jangan cari aku. Kau memang tak faham bahasa kan? "

" Saya dah kata , saya cuma nak bekerja. Tak ada niat lain," 

" Hey!!" Zaliq hilang sabar. Dia menarik selendang Athirah dan mencengkam rambut gadis itu, kuat. Athirah meraung kecil. Airmata yang ditahan sedari tadi gugur jua. 

" Kau ingat kau siapa hah?! Kau dengar sini baik-baik. Kau nak sangat main game dengan aku kan? Mulai hari ni, aku akan pastikan hidup kau lebih dasyat dari neraka. Aku akan buat sampai kau sembah dan sujud dekat kaki aku ni, faham?! " usai, dia melepaskan cengkamannya dan menolak Athirah hingga gadis itu tersembam ke lantai. 

Athirah tersedu perlahan. Tubuhnya terasa lemah dan menggigil. Sedayanya dia cuba bangkit. Tangannya yang merah akibat cengkaman tadi diusap perlahan. Namun, kesakitan itu tidak setanding dengan luka dihatinya. 

" berambus! Aku tak nak tengok muka kau , berambus!!" 

Jeritan kuat itu menarik perhatian Mirwan yang sedari tadi berada di bawah. Dia menggeleng perlahan. Segera dia menarik tubuh Athirah agar keluar dari bilik anak majikannya itu. Jika dibiarkan, dia bimbang gadis itu akan kenapa napa. 

" Ya Allah. Kamu tak apa-apa Athirah? Dia buat apa pada kamu?" soal Siti, tukang masak di rumah Datin Qalsom. Dia yang memanggil Mirwan agar naik ke atas, sementelah dia tidak berani untuk masuk ke kamar anak majikannya itu disaat lelaki itu sedang marah. 

Athirah senyum hambar, kemudian dia menggeleng. 

" Saya ok, kak. Jangan beritahu puan , ya," ucap Athirah. Dia melangkah menuju ke kamar mandi, mahu melepaskan segala perasaannya dan menenangkan diri. 




Zaliq bersandar lesu di kepala katil. Fikirannya hanya terbayangkan Athirah. Wajah sendu dan sayu itu sering menjamah tidurnya dua tiga hari ini. Selama dia menyiksa gadis itu 3 bulan ini, tidak pernah terkesan langsung pada hatinya. Athirah pernah ditampar berkali-kali oleh tangan sasanya. Langsung tiada rasa kasihan pada hatinya terhadap gadis itu. Tapi entah mengapa sejak malam itu, hatinya jadi walang. 

" Hey perempuan. Kau mari sini," 

Athirah yang sedang meletakkan dulang makanan di atas meja, bergerak menghampiri Zaliq. Entah apa lagi layanan buruk yang mahu diberikan pada dirinya. Athirah sudah redha. Zaliq menepuk hujung katil agar Athirah duduk disisinya. Athirah teragak-agak. Namun melihatkan wajah tenang lelaki itu, Athirah menurut. Biarlah malam ini berlalu tanpa marah dan kesedihan. 

" Kenapa kau takut sangat ni. Aku bukan nak marah," ucap Zaliq seraya menarik Athirah agar lebih rapat dengannya. Athirah mula rasa tidak senang. 

Pipi Athirah dielus perlahan. 

" Buka tudung kau ni. Aku nak tengok rambut kau," 

Athirah tersentak dengan permintaan lelaki itu. Dia segera menarik tangannya dari genggaman lelaki itu dan segera bangkit. Namun tindakan Zaliq lebih pantas. Dia kembali menarik tangan Athirah dan memaksanya untuk duduk. Wajah Athirah dicengkam kuat. 

" Kau kenapa suka sangat bagi aku marah , hah? Aku cakap baik-baik kan?" bisik Zaliq keras. Athirah memejamkan matanya. tubuhnya mulai menggigil. Zaliq mengetap giginya kuat, berdetap menahan marah. 

" Bila aku suruh, kau buatlah, faham? aku suruh kau buka tudung bodoh kau ni, kau bukaklah!" zaliq bersuara keras, seraya merentap tudung yang membalut kepala Athirah. Bergetar nalurinya saat rambut lurus jatuh ke bahu Athirah. Haruman menusuk ke dalam hidungnya. 

Dia mengusap rambut Athirah perlahan, kemudian jatuh ke pipi. Bibirnya menggarit senyuman sinis. 

" Kenapa kau nak takut ni? Aku kan ada hak. Rambut kau, muka kau, tubuh kau...semua hak aku...kan?" bisik Zaliq. Athirah menggeleng. Airmatanya sudah merembes laju. Sedayanya dia cuba menolak tubuh Zaliq, namun genggaman lelaki itu begitu kejab. 

" Jangan buat saya macam ni,saya merayu...," ucap Athirah dalam rintihan sayu. Zaliq ketawa kecil. Dia puas mendengar rayuan itu. Malam ini Athirah akan sujud dikakinya. Dia mencengkam wajah Athirah kuat dan memaksa agar bibir dia dan gadis itu bertaut.

" Liq...Athirah ada ke dalam bilik Liq? Lewat dah ni, dia kena balik," Ketukan di muka pintu mematikan niat lelaki itu. Zaliq mendengus geram. Dia melepaskan wajah Athirah, namu sebelah tangan masih mengenggam tangan gadis itu. 

" aku nak hak aku," Zaliq bersuara perlahan. Athirah menggeleng. Tangannya yang digenggam cuba dilepaskan. 

" Hak encik dah lama hilang saat encik buang saya dari hidup encik dulu," ucap Athirah dalam sendu.Saat itu juga pintu terkuak dari luar, dan Zaliq segera melepaskan genggaman tangannya. Athirah mengusap airmata yang mengalir dan menarik selendang yang terlurut di bahunya. 

" Athirah, ada apa ni?" soal Puan Qalsom melihat keadaan itu.Zaliq sekadar membatu, namun matanya memandang Athirah. Athirah sekadar menggeleng,dan meminta diri. 

" what you have done, Zaliq?" soal Puan Qalsom, tegas. Dia pasti anaknya itu cuba menyakiti Athirah. Dia tahu bengkak dan luka diwajah Athirah sebelum ini pun berpunca dari anaknya itu. Dia bukan bodoh untuk membezakan kesan jatuh dan kesan pukulan. 

Zaliq sekadar merengus dan merebahkan dirinya. Sengaja dia memejamkan mata tanda dia tidak mahu diganggu lagi. Puan Qalsom menggeleng melihatkan perangai anaknya itu. Dia sudah letih. Dia menapak keluar dari kamar anak bujangnya itu dengan perasaan sebal.



" Sampai bila, uda?" soal Aisyah. Tangan adiknya yang merah dicapai dan disentuh perlahan. Sebal, marah, kecewa, semua bertaut dalam satu. Ikutkan hatinya, malam ini juga dia mahu bertemu empat mata dengan lelaki dayus itu. 

" Selagi mana uda mampu,ngah...," ucap Athirah perlahan. Airmata yang masih setia mengalir, diseka. Dia yang memulakan langkah ini, dia tidak harus berhenti. 

Aisyah menggeleng. 

" Dah cukup dengan apa yang dia buat, uda. Angah tak izinkan uda balik lagi ke rumah tu. Dia dah melampau , tahu tak?" 

Athirah mengeluh perlahan. 

" Ngah, sikit masa je lagi. Sampai dia habis terapi,sampai dia boleh berjalan semula. Uda janji angah,"

Aisyah mendengus. 

" Angah tak faham dengan uda ni, tahu tak? Kenapa uda nak buat semua ni? Dia tu layan uda macam uda ni bukan manusia. Tak ada hati dan perasaan. Uda sedar tak semua tu?" 

Athirah mengangguk. Dia sedar. Tapi dia masih mahu bertahan. 

" Sebab dia suami uda. Tanggungjawab uda sebagai isteri dia ,jaga kebajikan dia, ngah,"

" Itu pada mata kau. Lelaki dayus macam tu kau nak mengaku sebagai suami?!Dia sendiri dah buang kau dari hidup dia, inikan sebagai isteri.Buka mata uda luas-luas. Dia tu tak layak bergelar suami!"

Athirah menunduk. 

" Hakikatnya dia tetap suami uda. Sejauh mana pun uda cuba untuk menafikan, dia tetap suami uda, ngah," Athirah sudah tersedu. airmata yang mengalir sedari tadi , kembali deras dan bahunya terhinggut menahan tangis. Aisyah mengeluh perlahan. Dia menarik tubuh Athirah dalam dakapnya. 

" Jangan seksa diri macam ni, uda. Angah tak sanggup tengok uda menderita macam ni," ujar Aisyah sayu. Dia juga sudah tenggelam dengan airmata. Entah sejauh mana episod luka ini akan bertemu penghujungnya.
 

3 comments:

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.