Antara Dua Cinta


              

ANTARA DUA CINTA


                 
                " Kak Bella. Please... sekali ni je. Boleh lah. Pleaseeeee..."


            Nabilah Dhaliyah mengeluh perlahan. Malas benar mahu melayan kehendak adik bongsunya itu. Semakin diturutkan , semakin mengada-ngada. Semalam tidak cukup terpaksa mengikut dia untuk membeli barang hantaran, hari ini mahu Bella ikut dating pula.


                " I said no, Aira. Kak Bella penat lah, banyak kerja nak buat" 


          Aira muncung bibir. Dia bangkit dan menghilang disebalik dapur. Bella mendengus. Nak guna mama lah tu! Kalau dah gunakan mama sebagai senjata, memang Bella tidak dapat lari. 


                 " Bella, ikutlah Aira tu. Nanti Bella boleh tolong tengok-tengokkan. Dieorang ni darah manis. Nanti jadi apa-apa kan susah. Ikut ya?" 


               Hah, kan betul, nampak tak? Mama sudah muncul dari dapur bersama Aira yang sudah tersengih-sengih. Bella menjeling sekilas. 


                    " Dah tahu darah manis, duduk jelah rumah. Gatal nak keluar buat apa?" bidas Bella. Aira kembali muncung. Lengan mamanya ditarik agar memujuk kakaknya.


                " Bella.........." seru mama perlahan. 


                 " Isyhhh, yelah!" 


           Setuju dalam paksa. Memang Bella akui dia kalah bila mama sudah bicara selembutnya. Tidak sanggup hendak melawan cakap mama. Bella bangkit dengan muncung sedepa. 


                  " Kak Bella nak balik sebelum pukul 4, faham? Tak lebih, tak kurang!" Bella seakan beri amaran pada Aira. Buntang mata Aira mendengarnya. 


                  " Alah , kak Bella! Mana sempat pukul empat, sekarang dah pukul dua. Lewat sikit lah, takpun balik malam. Nanti singgah lah solat dekat masjid. Boleh lah kak, please please please!" 


                   " Nope. I said pukul 4, maksudnya pukul 4. Nak or tak nak?" 


          Aira tarik muncung. 


                    " Fine" Aira terpaksa setuju. Dari rencananya gagal, lebih baik setuju sahaja dengan syarat Bella. Aira tersengih senang. Dia pasti rancangannya kali ini akan berhasil. 


                  " Apa tercegat lagi tu? Cepatlah!" Bella berteriak dari atas tangga. Aira pantas berlari naik ke atas bilik , menyiapkan diri. 



*****************************************


            Bella mengeluh rimas. Sedari tadi Khairi mencuri pandang ke arahnya. Dia ni dah kenapa? Tunang dekat sebelah pun nak jeling-jeling aku lagi. Tempah maut ke apa?!


              " Dhiya, kenapa tak makan steak tu. Tak sedap ke?" 


            Sapaan teman disebelah mengejutkan Bella. Ni lagi sorang. Entah mamat mana yang diheret Aira untuk jadi temannya hari ini. Entah Aira ni tak faham bahasa agaknya. Sudah beribu kali dibilang, jangan carikan dia jodoh segera! 


               " Dah kenyang. Encik Adam makanlah" ucap Bella perlahan. Kenyang? Tidak, perutnya sedang berkeroncong kala ini. Tapi selera mati saat mata asyik bertembung dengan Khairi di hadapannya.


                  " Janganlah berencik dengan saya. Just call me Adam" 


              Bella hanya menguntum senyum. Tidak berminat mahu berbual. 


                 " Kak Bella, lepas ni kita pergi shopping nak? Ada sale tadi Aira tengok" 


           Bella mengeluh perlahan. 


                  " Dah lewat ni Aira. Kak Bella banyak kerja. Akak kan dah cakap tadi"


       Aira muncung mulut.Hah, start dah tu mengada dia dah keluar. 


                " Aira belum nak balik lagi lah , kak. Lepas ni abang Khai pergi fitting. Jomlah , kejap je" 


              " Aira....." 


              " Macam nilah, if Dhiya tak kisah. Saya boleh hantarkan Dhiya balik. Aira pergilah teman Khai fitting. Boleh?" 


           Aira mengangguk laju. Namun Bella menggeleng dan berkerut dahi. Matanya dicerlung pada Aira yang sudah tersengih-sengih.


              " Its ok, Encik Adam. Saya boleh balik sendiri. Akak balik dulu" Bella sudah bangkit dan berlalu tanpa menunggu jawapan dari Aira dan Adam. Khairi memerhati Bella yang sudah melangkah pergi. Ikutkan hati mahu sahaja dia mengejar Bella. Namun kewarasan akal membatasi kata hati. 


              " Aku kejar dialah.Gerak dulu!" Adam turut sama bangkit dan menyaingi Bella yang sudah semakin menjauh. Aira tersenyum panjang melihat kakaknya dan Adam. Dia pasti rencana mahu menyatukan Adam dan Bella akan mejadi. 


                  " Jom, sayang" Aira memaut lengan Khairi. Khairi sedikit tersentak kerana sedari tadi matanya tidak lepas memandang Bella yang sudah semakin hilang dari padangan. 


                   " Erm... jom" jawab Khairi ringkas. Tubuhnya di sini, namun hati dan fikirannya pada Bella. Keluhan berat dilepaskan sebelum bangkit dan melangkah beriringan dengan Aira. 



*******************************************

            
                 Khairi memandang Bella tidak berkelip. Kertas putih dihadapannya dikerling hanya sebentar, kemudian kembali memandang Bella. 


                   " Why?" soal Khairi. Bella menghela nafas perlahan. 


                    " Nak ubah angin" jawab Bella ringkas. 


             " Khai tak boleh terima!" bentak Khairi keras. Surat perletakan jawatan Bella dikenyuk dan dilempar jauh menandakan kemarahannya. Bella sedikit tersentak. Namun wajahnya masih tenang.


               " Terpulang. Saya dah tetap dengan keputusan saya. Terima kasih atas semuanya. Maaf kalau selama saya bekerja dengan Encik Khairi, ada kerja yang saya tak laksanakan dengan baik. Assalamualaikum"  


              Bella sudah mahu bangkit, namun Khairi lebih dahulu menarik tangannya. 


                   " Khai tak boleh lepaskan Bella. Khai sayangkan Bella" 

                 " Encik Khairi...." sengaja Bella menekankan perkataan 'encik' . Nafasnya ditarik perlahan. 

                 " Sedarlah. Buka mata encik. Antara kita dah tak ada apa. Saya bakal kakak ipar Encik Khairi, bukan kekasih hati " 

          Bergetar suara Bella mengucapkannya. Hanya mulut berkata tidak, tapi jauh disudut hati, dia juga masih menyintai lelaki itu. Diluar mungkin dia tersenyum, tapi hati menangis siapa yang tahu. 


               " Khai tahu Bella tak boleh nak lupakan Khai. Orang lain Bella boleh tipu, tapi bukan Khai. Dan yang penting, diri Bella sendiri. Bella jangan nak tipu hati tu, yang kenyataannya masih terukir nama Khai!" 


            " Enough Encik Khairi. Tolong hormat saya sebagai...." 


         Belum sempat Bella menghabiskan bicara,pintu pejabat Khairi terkuak dari luar. Bella dan Khairi sama-sama berpaling. Keduanya tergamam.


             " Sayang!!" Aira memandang wajah tunang dan kakaknya silih berganti. Kemudian jatuh pada tangan Bella yang digenggam Khairi.


              " Aira.... nothing. Cuma tadi kak Bella rasa nak pitam. Khai just......" Bella cuba menyelindungi perkara sebenar. Wajahnya adiknya dipandang, mohon pengertian. Lega hatinya melihat senyuman yang terukir di bibir Aira.


                " Oh, Aira ingat akak dengan abang Khai scandal tadi. Buat terkejut je!" Aira sudah tersengih. Langkah di atur mendapatkan Bella, dan kepala kakaknya diraba perlahan.


                  " Kak Bella demam ek? Kita pergi klinik, nak?"


            Bella lempar senyum.


                " Its ok. Kak Bella rehat dekat rumah je. Aira jangan risaulah"


          Wajah adiknya dipandang sekilas, sebelum melangkah keluar dari pejabat Khairi. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Hatinya sakit bercampur sedih. Keluar sahaja dari  bangunan pejabat , airmata Bella merembes laju.


               " Tabahlah wahai hati..... tabahlah ......" Bella membisik perlahan, sambil mengusap dadanya yang dihurung sebak. Kata-kata Khairi sebentar tadi kembali terngiang di telinganya. Pedih menusuk hati bagai sembilu. Mengapa hal itu mesti dibangkitkan lagi. Dia hanya mahu melihat mereka bahagia.


                  " Cinta Khai bukan untuk dijual beli, Bella! Khai cintakan Bella, bukan Aira!" Khairi meluahkan rasa ketika mereka duduk berbincang , sehari sebelum dia disatukan dengan Aira.


                   " Lupakan Bella , Khai. Bella tak layak. Aira pasangan yang sesuai dengan Khai. Bella tak nak hancurkan harapan dia. Khai sendiri nampak, macam mana Aira sayangkan Khai, lebih dari segala-galanya"


          Khairi mengeluh berat. Wajah kekasih hatinya ditatap lama.


                " Please Bella. Berhenti fikirkan kepentingan dan kebahagiaan orang lain. Fikirkan diri  Bella. Khai tak nak korbankan cinta kita, semata-mata untuk turutkan kemahuan Aira!"


                " Khai, listen. Mama, papa, Aira .. dah banyak berkorban untuk Bella. Bella terhutang budi, malahan terhutang nyawa dengan mereka Khai. Bella dah anggap Aira, macam adik Bella sendiri. Bella tak sanggup nak tengok dia sedih. Biar Bella berkorban, asalkan dia bahagia"


                " Bella betul-betul pentingkan diri sendiri! Tak fikir perasaan Khai. Fine, Khai akan turutkan, akan ikut permainan Bella. Khai akan terima Aira. Tapi ingat, cuma jasad. Hati dan cinta Khai tak akan pernah berubah untuk Bella, sampai mati!"


             " Dhiya!"


        Bella tersentak saat namanya di seru. Hilang lamunan bersama Khairi. Bella tala wajah. Sebuah kereta BMW dihadapannya. Bella menundukkan wajah , mengintai di balik cermin. Huh, Adam Naufal. Satu-satunya manusia dalam dunia ini yang memanggil namanya begitu.


               " Dhiya nak ke mana? Saya tumpangkan" Adam Naufal bersuara sedikit nyaring, bimbang Bella tidak mendengar. Bella sekadar melempar senyum hambar. Airmata yang masih bersisa diseka perlahan. Kemudian dia menggeleng.


                " Tak apa. Saya naik teksi" tolak Bella. Adam Naufal menguntum senyum. Cermin kereta dinaikkan. Fikir Bella lelaki itu akan pergi, namun sebaliknya Adam turun dari kereta.


                    " Marilah, saya tumpangkan. Nak tunggu bas or teksi, lama lagi ni"


                 " No, its ok.......... saya....


                 " Bella!"


          Belum sempat menghabiskan bicara, satu suara melaung. Bella berpusing ke belakang. Buntang matanya melihat Khairi yang melangkah semakin mendekat. Bibir diketap, bimbang. Kenapa dia turun? Mana Aira?


              " Saya tumpang ya?" ucap Bella dan buru-buru masuk ke dalam kereta. Adam Naufal ketawa kecil. Namun dia masuk juga ke perut kereta dan meluncur pergi.



******************************************************


             " Dhiya dari mana tadi?" Adam sekadar berbasi-basi, kerana suasana sepi menghambat kala ini. Bella memandang wajah Adam sekilas sebelum kembali melempar pandangan ke luar.


             " Dari ofis"


             " Oh, kerja satu ofis dengan Khai lah ni. I see"


              " Dah resign pun"


       Terangkat kening Adam mendengarnya.


                " Kenapa?"


               " Encik Adam, itu urusan peribadi saya" ucap Bella pedas. Adam hanya melempar senyum, langsung tidak terasa hati.


              " Ok, maaf. Erm... nak saya drop kat mana ya?"


            Bella melilau mata ke sekeliling. Dia sendiri tidak tahu hendak ke mana. Jika pulang sekarang, pasti mama banyak soal. Berita dia berhenti kerja, masih belum ada sesiapa yang tahu. Tapi pasti sudah bocor sebentar tadi, sebab Aira datang ofis. Bisinglah mama nanti. Dari kena bebel dengan mama, baik tak payah balik dulu.


               " Berhenti depan tu jelah, depan restoran tu"



            Adam turut memanjangkan leher, melihat tempat yang dimaksudkan. Tatkala semakin dekat, dia memberi signal belok. Wajah Bella dikerling sekilas.


               " Nak lunch ke?" soal Adam. Bella sekadar mengangguk. Yeke? Entah.


               " If you dont mind, boleh saya join sekali?"


            Berkerut dahi Bella. Namun apa kuasa dia hendak menghalang. Bukan restoran ni bapak dia yang punya.


                " Suka hati Encik Adam lah" ucap Bella . Adam sudah tersenyum lebar. Kereta dipusingkan ke ruang parking. Usai,mereka beriringan masuk ke restoran Chicken Grill Bistro.



*******************************************************


              Adam Naufal termenung diruang tamu rumahnya. Peti televisyen yang menyala dipandang kosong. Tumpuannya langsung hilang. Di fikiran kini hanya terbayang wajah Nabilah Dhaliyah.Masuk hari ini, cukup sebulan Dhiya bekerja sebagai setiausaha disyarikatnya. Setiusaha yang membuatkan dia semakin hari semakin angau. Pertemuan penting sebulan yang lalu kembali terlayar diminda.


              " So, sekarang Dhiya menganggur lah ye? Ada dapat tawaran kerja baru ke?" 


         Bella tidak langsung menjawab. Air mocca disisip sekali dua. Wajah Adam Naufal dipandang. 


               " Saya baru beberapa jam yang lepas resign Encik Adam. Logik lah sikit , kalau nak dapat kerja baru kan?" jawab Bella ,agak pedas. Adam meletuskan tawa. Kemudian mengangguk. 


              " Ok, faham. By the way, apa kata Dhiya tak perlu susah-susah cari kerja. Kerja je dengan saya. Boleh?" 


           Bella berkerut dahi. 


                " Kerja apa?" 


               " Dhiya nak kerja apa? Tea Lady pun tengah kosong ni" 


       Bella menghela nafas. 


               " Main-mainlah Encik Adam ni" 


       Adam ketawa lagi. 


           " Ok, sorry. Jadi setiausaha sayalah. Lagipun bidang kerja saya lebih kurang je dengan Khairi. So, tugas Dhiya tak lari jauh. Kalau Dhiya setuju, esok saya boleh keluarkan surat lantikan. Setuju?" 


         Bella memandang wajah lelaki dihadapannya itu. Sungguh ka ni? 


            " Setiausaha Encik Adam? Habis tu selama ni tak kan Encik  Adam kerja tanpa setiausaha?" 


         " Ada, cuma sekarang setiausaha saya tengah cuti bersalin. Suami dia pun dah cakap, nak suruh isteri dia rehat terus, means berhenti kerja lah. So, saya memang tengah mencari pengganti sekarang. Ingat minggu depan baru start interview.Tapi dah alang-alang ni, saya lantik Dhiya jelah. Setuju ya?" 


        " Menung apa anak ibu ni?" 


       Lamunan Adam Naufal terhenti saat bahunya ditepuk lembut. Adam paling wajah. Tersenyum pada Umi Halifah, ibunya. 


           " Menungkan puteri idamanlah, ibu" 


    Terjengil mata Umi Halifah mendengarnya. 


           " Sungguh?" 


        Adam tersengih. Bahu ibunya dipaut. 


            " Love at first sight. Dia cantik, manis ... sejuk mata memandang , macam ibu"  


           " Hurm.. kalau cantik je yang dipandang, hatinya macam mana tu? Takut muka cantik, hati buruk" Umi Halifah mengingatkan. Tidak mahu anaknya patah hati lagi, seperti cinta lalu. Adam Naufal menguntum senyum. 


         " Adam yakin, ibu mesti suka dengan dia jugak. Ibu dah kenal pun" ujar Adam sambil menguntum senyum penuh makna. Dahi Umi Halifah berkerut. Cuba memikirkan siapa yang dimaksudkan anak terunanya itu. 


          " Dah kenal? Siapa? Sarah, Lydia, Amirah? Semua tu kan dah kawin. Adam jangan main gila naa" Umi Halifah menyebut teman sekerja anaknya yang sudah rapat dan mengenali dirinya. Adam Naufal ketawa kuat. Kemudian dia menggeleng. 


              " Ada pulak bini orang disebutnya. Dhiya lah bu. Setiausaha Adam tu" 


        Giliran Umi Halifah pula menguntum senyum. Jika setiausaha manis itu yang dibualkan, memang dia cukup setuju. Bukan sahaja manis, malah bicaranya juga lembut dan menghormati orang tua. Sejak pertama kali bersua dengan Dhiya, juga hatinya sudah tertambat untuk dibuat menantu. 


       " Sungguh Dhiya yang Adam suka? Baguslah, ibu pun suka. Bila nak kenalkan betul-betul dengan ibu ni?" ujar Umi Halifah, lagak seperti tidak sabar bersua dengan calon menantu. 


           " Ish ibu ni. Adam baru berangan je. Dia belum tentu suka Adam" 


          " Alah, cubalah risik-risik. Tak tanya mana nak tau" 


      Adam tertawa kecil. Wajah Dhiya kembali berlayar ditubir mata. Wajah yang sentiasa manis kala menguntum senyum itu benar-benar membuat dia gila. Ikutkan hati, sekarang juga dia mahu menghubungi Dhiya dan meluahkan rasa. 'Dhiya.... Dhiya....'  seru Adam perlahan. 



**************************************************


          Bella terbatuk kuat tiba-tiba. Tersedak. Tak ada angin tak ada ribut. Dada yang perit diusap perlahan. Aira dan mamanya serentak memandang Bella yang masih batuk. Aira bangkit dan mengusap belakang tubuh kakaknya. 


        " Hai, tiba-tiba tersedak ni. Mesti ada yang sebut-sebut nama kak Bella ni. Adam kut?" Aira mengusik. Pinggang Bella dicuit galak. Bella membuntangkan mata dengan gurauan tidak bertempat adiknya itu. Mama Zahrah hanya ketawa kecil dengan gelagat dua beradik itu. 


           " Jangan mengarut boleh tak? Tak sukalah!" tungkas Bella. Letih sudah telinganya mendengar usikan itu, sejak dari hari dia mengkhabarkan hendak bekerja dengan Adam Naufal. Sejak hari itu, pelbagai usikan tidak henti keluar dari bibir Aira, apalagi kalau bukan mahu menjodohkan mereka berdua. 


            " eleh, mulut cakap tak, hati kata mahu. Kan, kan kan..!" Aira masih mengusik. Bella hanya mampu menjeling. Tangannya mencubit lengan Aira agar berhenti mengusiknya. Bella pura-pura menyiapkan gubahan hantaran saat perasan mata Khairi asyik menjelingnya tajam . Marah barangkali mendengar tentang Adam. 


       Suasana kembali sepi , dan tiada usikan dari Aira. Handphone Bella pula berbunyi nyaring. Aira terlebih dahulu mencapainya. 


              " Wah, Adam Naufal! Ada jodoh ni. Mama tengok. Adam call kak Bella!" Aira pula yang eksited semacam, seperti dia yang menerima panggilan itu. Bella mengambil telefon dari tangan adiknya. Aira dikerling geram. Aira hanya tersengih dan mencebik. 


              " Hello, Encik Adam. Saya tengah busy dengan family. Esok cerita dekat ofis ye. Bye, Assalamualaikum" seringkas itu, Bella mematikan talian sebelum sempat Adam bersuara. Kemudian handphone diletakkan di sisi. Bimbang jika Aira gatal tangan mencapainya lagi. 


             " Kejamnya kak Bella!" Aira marah. Sakit pula hati melihat layanan Bella terhadap Adam. Bella pamer riak selamba. Kerja menggubah diteruskan. Selang beberapa ketika, nada tanda mesej baru masuk pula bergema. Bella mencapai handphonenya malas. 


             Maaf gngu mlm mcm ni. ttibe rindu dkt Dhiya.Love you mrs.secetary - Adam Naufal , bos terhensem abad ini. 


         Buntang mata Bella membaca pesanan ringkas itu. Love you? ewwww, yucks! Demam ke apa bos aku ni? Adam Naufal , bos terhensem abad ini? HAHAHHAHA. Sah, tak sihat! 


           En.Adam ni tak sht ye? Mhon jumpa doktor ye. Pakar jiwa should be fine. Kut2 ade fius yang rosak. Kasik repair. hehehe....   - mrs secetary tercute abad ini =P 


          Send. 

          Bella tersenyum sendiri, saat membaca kembali pesanan yang dihantar. Beberapa saat sahaja mesej berbalas. 


           Wah, lwn taukeh ni. Nk mintk potong gaji ek? btw, Adam memg kena jmpe pakr jiwa. hati Adam dh dicuri mrs.secetary. cm ne ni? tk tidur malm dibuatnya. 


         " Wahhh! Sweetnya Adam!!!"  


        Aira bersuara kuat. Menyentakkan Bella yang tergamam membaca mesej itu. Adiknya dijeling geram. Cis, curi baca mesej orang! 


          " Apa ni, sebuk je. Tepi!"  


         Bella menolak Aira agar menjauh. Dia bangkit dan melarikan diri ke atas kerusi. Aira sekadar mencebik , namun dalam hatinya gembira melihat kakaknya. Seakan ada cinta yang kian berputik. 


          klau tk blh tdur, better amik wuduk, baca Al Quran. Lagi baik, dari rindu sy. Tak elok tau rindu2 org yg tk halal dengan kita. Mksiat hati tu. hehe... 


          Send. 


           " Khai balik dululah. Dah lewat ni" Khairi tiba-tiba bangkit . Panas punggung duduk dirumah ini lama-lama. Hatinya sakit melihat Bella berbalas mesej dengan lelaki lain dihadapannya. ' apa hak kau Khai? Dia bukan milik kau lagi. Dia bebas bersama siapapun' entah dari mana datang bisikan itu, Khairi mengeluh kuat. 


             " Cepatnya nak balik. Tidur sini jelah"  Mama Zahrah bersuara. Khairi memandang tajam Bella. Mata mereka bertentangan. Namun Bella pantas melarikan wajah dan pura-pura menyibukkan diri. 


           " Takpelah. Esok Khai ada meeting pagi. Hujung minggu Khai datang" 


       Aira bangkit mengiringi tunangnya hingga ke muka pintu. Bella menghantar dengan pandangan kosong. Terasa mahu menangis saat melihat reaksi Khairi sebentar tadi. Pantas Bella bangkit dan mengunci diri di kamar. Hatinya tidak semena sebak. 


            " Tolong jangan buat Bella serba salah, Khai..." bisik Bella perlahan, seiring dengan airmata yang gugur tanpa dipinta. Bella bersandar di tepi jendela kamar. Memerhati kereta milik Khai bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya. 


    Mesej masuk lagi. Bella melangkah malas mencapai handphone di atas katil. 


          Ada ya mksiat hati? bru Adam tahu, hehe.. k,lah. dh lewat ni. Adm nk tdr dh. Dhiya tke care yep, sweet dream. Aslmualaikum. 


       Bella hanya membaca mesej itu sekali lalu.Langsung dia hilang mood, mengenangkan sikap Khairi tadi.  Baru ingin meletakkan kembali, handphone berbunyi. 


             khai bukan tunggul. klau bella buat mcm tu , semata2 nk skitkan hti khai n srh khai lupakn bella, bella silap. cinta khai xkn berubh. ingat jnji khai. cinta smpi mati.  


       Bella menghela nafas panjang. Mesej dari Khairi dibaca berulang kali. Semakin deras airmatanya gugur. 


         " Maafkan Bella........." bisik Bella sayu. Tubuhnya direbahkan ke katil . Mata dipejam rapat. Dia hanya ingin berehat, dan melupakan masalah yang melanda. Berharap esok bakal menjadi hari baru buatnya, tanpa bayangan Khairi lagi. 



*****************************************


    " Assalamualalaikum!!!"


       " Oii, mak kau, mak aku mak nenek oii!!"


       Bella tersentak. Hampir terpelanting fail ditangannya. Dada diurut bagi menghilangkan rasa terkejut. Adam Naufal ketawa kuat melihat respon spontan Bella. Ketawa hingga keluar airmata. Serius kelakar!


          " Sorry, Adam buat Dhiya terkejut ek?" ujar Adam dengan tawa yang masih bersisa. Bella hanya menjeling dan mempamer riak geram. Ikutkan hati sudah ditelan bosnya itu. Geram!


           " Encik Adam ni, kalau saya ada sakit jantung tadi, sia-sia mati terkejut tau!"


          " Eh, jangan cakap macam tu.Mana boleh Dhiya mati dulu. Kita kan belum kahwin" Adam berseloroh dengan senyuman meleret. Dhiya tala kepala, pamer riak pelik.


         " Apa kena mengena ek?" soal Dhiya bodoh. Padahal dalam hati sudah bagai mahu tercabut keluar jantungnya. Dia akui, sejak bekerja dengan mahluk Allah yang bernama Adam Naufal ini, ruang hatinya sedikit terbuka buat lelaki itu.


            " eleh, buat-buat tanya. Yelah, siapa ku dihatimu"  Adam menjawab berbaur rajuk. Wajahnya juga tampak sayu. Namun, tidak terkesan dihati Bella. Buat dia ketawa kuat adalah.


              " Tolonglah Encik Adam. Jangan buat muka macam tu. Serius buruk, cam beruk!"


      Buntang mata Adam mendengarnya. Kemudian dia ketawa kecil. Senang dengan sikap Dhiya yang selamba dan lurus. Kerna sifat itu dia jadi jatuh cinta. Pasangan begini yang dia cari, tidak berpura-pura kala berhadapan dengan siapapun.


             " Dahlah, sakit perut layan Dhiya ni, gelak memanjang. Teman Adam lunch jom. Laparlah" Adam mengusap perutnya tanda lapar, dengan riak wajah seakan kanak-kanak mahukan makanan. Dhiya tertawa kecil dan menggeleng. Bajet comel lah tu ye, bos?!


             " Saya bawak bekal sendiri lah Encik Adam. Sorry ye?"


      Adam menunjuk riak hampa. Namun kemudian dia tersengih.


              " Bekal apa Dhiya bawak?"


      Bella pusing, menghadap bosnya. Kemudian dia senyum meleret sambil mengangkat kening.


            " Nasi goreng ayam special. Nyum.. nyum...."


           " Beli ke masak?"


                " Hello. Tengok oranglah.Masaklah encik Adam. Kalau tak buat apa saya bawa bekal susah-susah. Buang karen jek"


             " Wah , ni yang tambah tak sabar nak makan. Adam join Dhiya makan , boleh?"


              " Boleh, kalau tak malu" selamba Bella menjawab sambil menapak keluar dari bilik fail. Adam mengikut dari belakang. Sah, memang muka tak malu incik bos ni.


             " Nak malu apa, future wife Adam jugak yang masak, kan?"


         Bella mencebik. Cis, bila masa iktiraf ni? Memandai jek!


          " Minum?"  soal Bella . Dia sudah menapak ke pantry dan mengeluarkan dua biji mug.


           "Ikut Dhiyalah"


           " Kalau ikut saya , air masak je, bos"


            " Takpe. Ada Dhiya depan Adam, air masak pun rasa manis"  Adam menjawab selamba. Namun terhambur juga ketawa saat Bella sudah mencerlung  mata geram. Mahu sahaja mug dilempar, biar jendul kepala Adam Naufal.


              " Eleh, marah-marah sayang , ye?" Adam masih mengusik. Bella sudah berangin. Cawan plastik dicapai dan dilempar tepat mengenai dada Adam Naufal. Terkejut lelaki itu dengan tindakan berani setiausahanya.


          " Wekkk!" Bella menjelir lidah pada Adam yang seakan mahu marah. Gaya itu berjaya menghilangkan rasa marah Adam 100% dan diganti dengan ketawa kuat. Comelnya Dhiya! 



***************************************


        Bella memerhati Aira dan Khairi yang sedang bergambar di atas pelamin. Sengaja Bella melarikan diri.Tidak mahu menjadi perosak majlis. Sejak dari usai nikah, hingga kini, Bella perasan air muka Khairi yang langsung tidak ceria.


         " Hai, menung sorang je?" Adam Naufal menarik kerusi dan duduk di sebelah Bella. Bella hanya melempar senyum. Mujur dia menolak untuk menjadi pengapit adiknya, jika tidak pasti makin giat teman sekerja yang lain mengusik dan menyatukan mereka berdua.


             " Saya tengok Encik Adam ni bukan macam pengapit. Dah macam pengantin" Bella berseloroh. Adam tersengih. Yeke? Penampilannya hari ini sebagai pengapit tidaklah berlebih. Baju melayu berona krim dengan samping songket. Macam pengantin ke?


             " Tulah, ingat nak nikah je tadi. Tapi pengantin perempuan Adam jual mahal"


    Bella memandang wajah Adam.


            " Ha, sapa, sapa sapa? Malangnya......" soal Bella selamba. Pura-pura tidak mengerti.


           " Nakallah Dhiya ni. Geram Adam" Adam bertindak mahu mencuit hidung Bella, namun pantas Bella mengelak. Bukan prinsip dia bergurau senda bersentuh dengan lelaki bukan mahramnya. Adam tersengih, lupa sebentar antara mereka belum ada ikatan.


        " Bella, Khai nak cakap sekejap"


    Khairi tiba-tiba muncul, menganggu perbualan antara mereka. Bella berkerut dahi. Tidak senang dengan sikap lelaki itu yang datang melulu tanpa isyarat dan salam. Adam memandang Bella dan Khairi silih berganti. Sejak dari hari pertama dipertemukan dengan Bella, Adam dapat menghidu sesuatu antara mereka berdua ini.


             " Cakap jelah kat sini" ucap Bella kurang senang. Khairi mengeluh berat. Adam dipandang.


             " Just two of us. Jom, sekejap je"


             " Tak naklah. Nanti apa orang kata. Aira mana? Nanti dia fikir bukan-bukan pulak"


           " Jangan degil boleh tak? Khai kata sekejap je kan?!" sedikit melengking suara lelaki itu. Pantas tangannya menarik kasar tangan Bella, membuatkan gadis itu tersentak. Sedayanya tangan ditarik agar Khairi melepaskan genggaman.


             " rilekslah, Khai. Dia dah kata tak nak kan?" Adam bangkit , ikut campur. Semakin dibiar, semakin geram pula. Tadi dia hendak mencuit hidung pun sudah ditegah Bella, inikan tangan ditarik cara paksa begini.


           " Kau jangan nak campur urusan aku lah!" Khairi jadi berang. Melihatkan wajah Adam sahaja dia sudah sakit hati. Lelaki ini yang membuatkan Bella berubah hati terhadapnya.


         Bella kaget. Jika dibiarkan mahu bertumbuk dua lelaki ini. Bella bangkit dan mengalah.


           " Ok, Lets talk" Bella bersuara dan melangkah mendahului Khairi. Khairi tersenyum menang pada Adam sebelum mengekori langkah Bella. Adam mendengus geram. Dia kembali duduk dan memerhati mereka dari jauh.


***************************************

       Adam Naufal memerhati Nabilah Dhaliyah dibalik tirai pejabatnya. Setiausahanya itu saban hari termenung. Dia perasan perubahan itu sejak Bella berbicara dengan Khairi waktu perkahwinannya sebulan lalu. Adam menghela nafas. Iphone dikeluarkan , dan pesanan ringkas dihantar ke Bella. 

        salam mrs secetary. Curi tulang ye? Adm psang cctv tau. hehe... buatkn Adam coffee , blh? Adm tnggu dlm blik yep. thnx. 


    Send. Adam kembali mengintai tirai dibalik cermin kaca. Tersenyum dia melihat Bella yang kelam kabut mencari handphonenya. 



" Masuk " 

       jawab Adam ringkas saat pintu bilik diketuk. Terjengul wajah Bella dibalik pintu bersama mug ditangan. Wajah setiausahanya itu ditatap. Tiada riak ceria seperti dahulu. Wajah itu ditemani duka dan sayu. 'Andai sahaja aku bisa menghibur hatimu, sayangku'


            " Dhiya, wait"  Adam menahan Bella yang ingin melangkah keluar. 

           
            " Ada apa Encik Adam?" 


            " Nothing.. cuma.. Adam tengok Dhiya macam tak sihat dua tiga hari ni. Sakit ke? Nak Adam bawa pergi klinik?" 


        Bella sekadar menggeleng. Memang dia diserang demam , sudah berlarutan hampir dua minggu. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin kerana tertekan dengan masalah yang melanda, atau sememangnya antibodi badannya lemah. 


            " If rasa tak sihat, Adam boleh bagi cuti. Jangan paksa diri tu" 


       Bella menguntum senyum hambar. 


               " Its ok Encik Adam. Thanks for your concern. Kalau tak ada apa lagi, saya keluar dulu"


      Adam mengeluh dan mengangguk. Apa lagi yang boleh dikatakan. Dia bukan siapa-siapa mahu memaksa Bella. Setiusahanya itu dilepaskan menyambung tugas dengan separa hati. 


      " Hello" Adam menyambut telefon yang berdering. 


      " Encik Adam. Saya ni Hafizi. Klient dah sampai. Encik Adam dah dalam perjalanan ke?" 


     Adam Naufal menepuk dahi. Terlupa akan temujanji dengan pelanggan dari Brunei. Jam ditangan dilirik sekilas. Kemudian dia mencongak masa yang diambil untuk sampai ke tempat temujanji. 

        
       " Ok, Fiz. Hold dulu for about..... 15minutes? But if tak boleh tunggu, you brief mereka dulu. Saya nak gerak dah ni" 


        Usai mematikan talian, Adam bergegas keluar dari bilik pejabat. Tempat duduk Bella dipandang, namun tiada di situ. Adam meliarkan pandangan ke sekeliling pejabat, namun turut tiada. Niat mahu mencari lagi dibatalkan, mengenangkan klient yang sudah menunggu. 


       Adm keluar jumpe client. Ada apa2 call adm ye. Dhiya rest je klau xsihat. jgn pksa diri. take care. 


   Send. Adam menarik nafas panjang. Dia perlu segera pergi, dan segera pulang. Hatinya tidak tenang memikirkan Bella. 




******************************************


       Hampir 3 jam berbincang bersama pelanggan, barulah mencapai kata sepakat dan persetujuan. Adam tidak menunggu lama. Adam menitipkan pesan pada Hafizi agar melayan klient dan menyiapkan kontrak perjanjian mereka. Mesyuarat ditunda hingga minggu hadapan. 

     
    ' Kenapa tak angkat call ni, Dhiya. Please.. jangan buat Adam risau!' gumam Adam perlahan. Berpuluh kali nombor Bella dihubungi,namun tidak bersambut. Adam mendengus. Handsfree ditanggalkan dan kelajuan ditambah. Dia memecut ke pejabat. 


             " Dhiya! Dhiya!" Adam melaung nama Bella sebaik sahaja tiba di tingkat atas. Suasana pejabat sudah sunyi sepi. Adam melirik pada jam ditangan. Sudah melangkaui angka 6 petang. Adam yakin Bella belum pulang. Dia sudah bertanya pada guard di bawah. 


            ' Mana dia ni?' bisik Adam perlahan. Iphone dikeluarkan dan nombor Bella didail. Beberapa ketika, telinganya dapat menangkap deringan telefon bimbit Bella. Adam mencari dari mana bunyi itu datang. Langkahnya mati di pintu tandas. Semakin mendekat, semakin nyaring bunyinya. 


         " Ya Allah, Dhiya! Kenapa ni?! Dhiya!" Adam menerpa mendapatkan Bella yang tersandar lesu di tepi dinding.Kagetnya bertambah kala melihat hidung Bella yang berdarah. 


         " Dhiya, wake up... Dhiya!" Adam menampar perlahan pipi Bella, namun tiada reaksi. Dia bangkit dan mengambil air, dipercikkan ke muka Bella. Masih begitu. Adam mati akal. Tubuh Bella dicempung dan sedayanya dia bergerak pantas keluar dari ruang pejabat. Wajah Bella yang pucat dipandang. 


        " Bertahan... Adam ada.... bertahan Dhiya" bisik Adam perlahan. Takut dan bimbang bercampur satu. 



*****************************************


        " Assalamualaikum...." 


       Bella memalingkan wajah ke arah pintu wad. Senyuman dilempar pada Adam Naufal yang muncul dibalik pintu. Sejak hampir seminggu Bella menjadi penghuni hospital, tidak pernah sekali Adam terlepas melawatnya. Membuatkan Bella jadi terharu. 

     
         " Waalaikummusalam" jawab Bella mesra. Adam menguntum senyum, menarik kerusi dan melabuhkan punggung di hadapan Bella. 


           " Macam mana hari ni? Sihat?" 


     Bella mengangguk. Sekadar sihat biasa. Jika ditanya tentang penyakit yang dihidapi, jawapannya tidak sihat. 


           " Baru seminggu Dhiya dekat wad, dah tinggal tulang je Adam tengok. Ni Adam bawa bubur ayam, makan ea?" 


        Bella menggeleng. 


            " Bukan tak nak makan, tekak ni. Tak ada selera" 


       Adam mengeluh perlahan. Wajah pucat Bella dipandang lama. 


           " Betul tak nak makan? Penat Adam masak"


     Bella ketawa kecil.     


             " Boleh caya ke ni?" soal Bella tidak percaya. Adam tersengih. 

          " Adam tolong tengok. Ibu Adam yang masak. Makan sikit ea? Sesuap dua jadilah. Dhiya kena makan. Nanti badan tu lemah. Adam suap" 


              " eh, takpe. Saya ada tangan, Encik Adam" 

               " alah, baru nak manja-manja" ucap Adam sambil ketawa kecil. Bella menjeling geram. Sempat pulak nak bergurau senda ye? 


       " Dhiya... Adam dah buat check up. Positif" 

    Dahi Bella berkerut. 

         " Check up? Untuk apa?" soal Bella walau dia dapat meneka. 

      Adam menguntum senyum. 


            " Adam kan dah janji. Kalau positif, Adam akan dermakan sumsum tulang Adam untuk Dhiya" 


         Bella mengeluh perlahan. Pengorbanan lelaki itu terasa begitu besar untuk diterima. Walau risiko pemindahan sumsum tulang tidak merbahaya, Bella masih serba salah. 


            " Kenapa Encik Adam perlu susah payah untuk saya? Saya bukan siapa-siapa" 

      
            " Siapa cakap Dhiya bukan siapa-siapa? Adam tahu, Dhiya faham perasaan Adam pada Dhiya. Walau Adam tak terus terang, tapi Adam sayangkan Dhiya lebih dari seorang kawan. Adam sanggup sakit, tapi kalau Dhiya sakit, hati Adam tak tenang" 


   Dhiya tersenyum hambar. 

          " Saya belum nak matilah Encik Adam" Bella cuba berseloroh, namun kata-katanya membuatkan Adam berubah wajah. 


             " Janganlah cakap macam tu.... selagi boleh usaha, kita usaha. Insya Allah. Leukemia boleh diubati. Adam janji akan bantu sehabis daya Adam" 


          " Ajal maut ditangan Allah...." Bella mengingatkan. Adam mengeluh perlahan , dan mengangguk. 

        " Adam tahu. Tapi itu bukan maksudnya kita perlu menyerah tanpa buat apa-apa. Allah ada bersama Dhiya, Adam juga akan jaga Dhiya, Adam janji" 


      " Encik Adam.. saya minta... tolong, jangan letak apa-apa harapan pada saya. Saya tak nak kecewakan
Encik Adam" 

       Adam menguntum senyum. 

       " Saya bukan berharap, cuma berdoa agar ada jodoh antara kita. Jika tak ada, Insya Allah saya redha dan terima dengan hati ihklas" 


      Bella sekali lagi tersenyum hambar. 


         " Encik Adam ni memang kepala batu kan?" 


           " Batu tak batu sangatlah.Tapi boleh tahan keras kepalanya" selamba Adam menjawab dengan sengihan panjang. Bella menjeling geram, namun kemudian dia turut sama ketawa. 


         " Oklah, dah lewat. Adam balik dulu. Take care ye. Ada apa-apa call Adam. Assalamualaikum" 


**************************************


        " Nak muntah lagi Bella?" 


         " Tak ma.. thanks" Bella menyisip air suam yang dihulur mama Zahrah.

    
     Bella bersandar dikepala katil. Lemah seluruh tubuhnya. Hampir setengah jam tekaknya loya, dan memuntahkan air yang membuatkan tekaknya perit. Matanya dipejam rapat, cuba melawan kesakitan yang menghambat seluruh tubuhnya kala ini. 


         " Hidung Bella darah lagi tu, sayang " mama Zahrah bersuara dan menghulurkan tisu pada Bella. Ada getar dihujung suaranya, melawan rasa sebak. Tidak sanggup melihat anaknya derita begini. Saban hari mengadu sakit, dan berteman airmata melawan kesakitan. 


        " Mama , nangis lagi ke? Bella ok, ma. Jangan risau" ujar Bella perlahan, walau matanya juga sudah bergenang airmata, tidak mampu melawan kesakitan yang menyucuk tulang. 


       " Macam mana mama tak sedih, tengok anak mama sakit macam ni. Mama rela ambil alih tempat Bella, asalkan anak mama sihat"  ucap mama Zahrah sayu. Kepala Bella diusap lembut.Terasa rambut anaknya semakin menipis disebalik tudung yang tersarung. 


         " Mama jangan cakap macam tu. Bella tak rasa sakit ni satu beban. Malah Bella syukur, Allah beri ujian ni pada Bella. Itu tanda Allah sayangkan Bella, kan?" 


    Mama Zahrah mengangguk sayu. Airmata yang ditahan gugur jua. Tubuh anak dipeluk penuh kasih dan ubun-ubun Bella dikucup perlahan. 


       " Bella dengan Adam macam mana?" 

       " Maksud mama?" 

      " Mama tahu, Adam tu bukan sekadar kawan biasa kan? Dia sanggup nak jadi penderma Bella, jaga anak mama ni siang malam. Itu bukan kawan biasa" 


    Bella sekadar menguntum senyum. Tangan mamanya diusap perlahan. 

     " Kalau ada jodoh, adalah ma" 

      " Atau Bella masih mengharap pada Khai?" 


         " Ma, Bella nak tidur sekejap. Sakit kepala ni" Bella cuba berdalih.

     Mama Zahrah mengeluh perlahan dan mengangguk.Faham anaknya tidak suka hal itu dibangkitkan. Dia membantu Bella baring dengan selesa sebelum membiarkan anaknya berehat sendirian. 


*************************************


       " Cik Bella, ada pesanan dari Encik Adam" 

        Jururawat yang bertugas merawat Bella mengulurkan sejambak bunga ros merah. Bella menyambutnya dengan senyuman mesra. 

         " Terima kasih" ucap Bella sebelum jururawat itu keluar dari bilik wad. Bella mendekatkan bunga itu ke hidung. Haruman ros menusuk ke hidungnya. Wangi. Kad yang terselit di jambangan ros dicapai. 


ku biarkan pena menulis , meluahkan hasrat di hati.... 
moga terubat segala, keresahan dijiwa, tak pernah ku ingini.... 
- yang menantimu, Adam Naufal. 


    
       Bella menghela nafas berat. Nota kecil itu dibaca berulang kali. Tanpa sedar ada senyum yang terukir. Mungkin benar, Adam jodoh buat dirinya. Sejak dari Adam meluahkan rasa padanya, Bella sudah mula berfikir. Jika Adam tiada alasan mencintai dirinya, mengapa tidak Bella cuba dan belajar mencintai Adam. 

     Bella mencapai handphonenya, dan jarinya menghantar pesanan ringkas kepada Adam. Usai, bibirnya menguntum senyum. Yakin , pilihannya tidak salah. 



************************************


       Adam Naufal meregangkan leher. Berdetak tulang lehernya , kerana menghadap komputer dan lembaran kerja berjam lamanya. Jam dilirik, sudah melepasi angka 8 malam. Seharian ini, dia dipejabat menyiapkan projek terbaru syarikat. Hendak melawat Bella pun tiada kesempatan. 


        " Baru tak jumpa sehari, dah rasa rindu. Hai... parah kau ni Adam" bisik Adam perlahan.Iphone dicapai, dan folder yang menyimpan gambar Bella ditatap lama. Semua gambar itu ditangkap curi tanpa pengetahuan Bella. Jika kantoi, pasti mengamuk sakan jantung hatinya itu. 


      " Miss you.........." ucap Adam. Gambar Bella disentuh perlahan. Baru hendak meletakkan kembali iphone, telefon pintar itu berbunyi. Berbunga hatinya melihat nama yang tertera.                            


antara cinta Adam dan Hawa,
hadir dahulu cinta Allah
Andai ada jodoh antara kita
hati ini tidak akan ragu dengan aturanNya. Insya allah... =)


       Buntang mata Adam membaca pesanan ringkas itu. Dibaca semula dan mata digosok berkali-kali. Pipi dicubit. Terasa sakit. Bukan mimpi! Pantas tangannya mendail nombor Bella. 
      " Assalamualaikum...."

       " Waalaikummusalam. Dhiya, Adam ni" 

    Bella ketawa kecil dihujung talian. 


           " Ya saya, Encik Adam. Kenapa call saya?" soal Bella dengan ketawa yang masih bersisa. 


         " Dhiya buat Adam nerveouslah. Betul ke ni, Dhiya terima Adam?" 


            " Insya Allah, dengan izinNya" ringkas jawapan Bella, namun cukup membahagiakan hati Adam. Dalam hati dia memanjat syukur , kerana doanya selama ini dimakbulkan. 


       " Alhamdulillah, terima kasih Dhiya. Adam gembira sangat" 


         " Alhamdulillah. Sama-sama. Encik Adam... "


       " Wait, buang perkataan 'encik' tu boleh? Sakit telinga Adam ni dengar" 


  Bella ketawa lagi dihujung talian. 


          " Ok, maaf. Adam ye? Erm... sampai sini dulu ya? Saya tak larat nak bual panjang. Letih sangat badan ni. Maaf ya?" 


        " Eh, takpe. Dhiya rest dulu. Take care k. Insya Allah, tak ada aral, esok Adam datang. Assalamualaikum" 


              " Waalaikummusalam" 



**************************************


       "Alhamdulillah"

Masing-masing mengucapkan syukur saat Adam Naufal melafazkan akad nikah. Adam mencuri pandang isteri yang baru dinikahi, dan mereka berbalas senyum.Manis wajah Bella dengan sepasang busana pengantin muslimah berona biru putih lembut dipadankan dengan tudung dan veil labuh. Terserlah seri pengantinnya. 

Saat Adam bangkit, masing-masing berganjak memberi laluan kepada pengantin lelaki. Bella tertunduk malu. Berdebar pula rasa saat mata dia dan Adam bersatu. Adam menguntum senyum bahagia. Cincin di capai, dan penuh berhati-hati disarungkan ke tangan Bella. Bergetar dada Bella saat bersentuhan kali pertama dengan Adam. Merah pipi jangan ditanyalahh! 

" Hold,Hold!" arah photographer saat Bella tunduk mengucup tangan suaminya. Kedengaran Adam ketawa kecil . Mungkin dapat merasakan perasaan Bella saat ini. Usai, giliran Adam pula mengucup dahi Bella. Bella mengetap bibir. Dia benar-benar malu. Apalagi saat Adam tidak henti merenung matanya. 

" Hold , hold" sekali lagi arahan itu keluar, menyebabkan bibir Adam melekap lama di dahi Bella. Tanpa sedar satu perasaan halus beraja di hati mereka. Masing-masing terasa sayu. Bergetar bibir Bella menahan sendu, Adam juga sudah merah matanya. Bersyukur mereka disatukan dalam redhaNya. 

 *****************************************************************************

" Sayang....." Adam menyahut manja Bella yang sedang berdiri di balkoni bilik mereka. Bella berpaling dan tersenyum senang. Tangan Adam dikucup hormat. Dari hari pertama menikahi Adam hingga ke hari ini , banyak perkara yang dia belajar dan tahu tentang Adam. Ternyata, suaminya itu seorang yang baik dalam dan luaran. Adam rajin ke masjid terutama waktu maghrib hingga Isyak. Jika tidak uzur, Bella akan turut sama menyertai suaminya. Namun hari ini, bukan kerana uzur, tetapi badannya serasa kurang sihat. 

" Sakit kepala lagi? Kenapa tak rehat, hurm?" soal Adam seraya melekapkan tangan di dahi Bella. Syukur panas di dahi isterinya berkurangan. Bella sekadar tersenyum dan menggeleng. Dia berpaling menghadap balkoni semula. 

" Kenapa sayang abang ni?" soal Adam lembut. Rambut Bella dielus perlahan, sebelum memeluk pinggang isterinya dari belakang. Satu kucupan kasih di daratkan di pipi Bella. Bella melepaskan keluhan perlahan. 

" Nothing... just penat je" jawab Bella ringkas. Jujurnya bukan kerana itu. Tapi bahunya sedang menggalas sesuatu yang sangat berat. Dilema yang selama ini ditakuti, sedang melanda dirinya sekarang.Difikirannya terbayang-bayang wajah sendu Aira.

" Aira yakin kak Bella, dia ada perempuan lain. Abang dah lain sangat sekarang. Lepas kahwin ni baran dia menjadi-jadi. Lepas tu dia selalu cakap, Aira musnahkan kebahagiaan dia. Aira tak faham kak, Aira tak faham..." luah Aira dalam diselangi sendu.

Bella mengusap perlahan bahu adik kesayangannya. Dalam masa yang sama dia jadi takut, takut sekiranya rahsia yang disimpan selama ini akan terbongkar. ' Perempuan tu akak , dik. Akak punca semua ni!' Andai sahaja dia bisa meluahkan segalanya pada Aira, pasti dia akan melakukan itu. 

" Aira tak cuba bincang dengan dia ke, tanya baik-baik? Mungkin salah faham je ni" Bella cuba memujuk. Aira sekadar menggeleng.

" Dia dah lama tak balik kak. Sejak dia tahu Aira mengandung, dia tak jejak kaki lagi dekat rumah ni. Dia cakap anak dalam perut Aira ni..... " Aira tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Esakannya menjadi-jadi. Terhenggut-henggut bahu Aira menahan tangisan. 

" Dia kata apa, Aira? Bagitahu akak, dia cakap apa?" 

Aira angkat wajah. Wajah Aira penuh dengan kelukaan. Mata Bella ditatap sayu.

" Dia kata anak ni.... satu kesilapan... dan menikah dengan Aira... keputusan paling bodoh yang pernah dia lakukan...." Aira kembali teresak sebaik menghabiskan kata-katanya. Dia rebah dalam pelukan Bella, melepaskan sendu semahu-mahunya. Bella mengucap dalam hati. 

'maafkan akak, Aira. Akak punca semua ni.. maafkan akak' 

" Hey, kenapa menangis ni?" teguran Adam mengejutkan Bella dari lamunan panjang. Baru sedar dia masih berdiri di balkoni bersama Adam. Bella tersenyum hambar , seraya menggeleng. Airmata disapu laju, menyingkirkan segala kekusutan dalam hati. Wajah Adam dipandang dengan senyuman manis. 

" Jomlah masuk, sejuklah" ucap Bella , menarik lengan Adam agar masuk ke dalam. Adam tersengih dan menurut. Tubuh Bella dipeluk erat, dan dia berbisik perlahan.

" Sejuk-sejuklah sedap tidur. Boleh peluk sayang kuat-kuat" ucap Adam seraya mengucup pipi Bella. Bella menjeling suaminya geram. Adam tersengih lagi, dan kenyitan mata nakal dihadiahkan buat isterinya. 

" Gatal, malas nak layan!" Bella segera melarikan diri sebelum gatal suaminya semakin menjadi-jadi. Adam Naufal ketawa kuat melihat isterinya. Niatnya sekadar mahu mengusik. Maklumlah, Bella bila marah teramatlah comel!

*********************************************************************************

" Assalamualaikum"  Bella menjengukkan kepala di muka pintu pejabat Adam. Suaminya yang sedang leka menghadap lembaran kerja mengangkat wajah. Senyuman manis dilempar pada Bella, dan menggamit isterinya itu masuk. 




" Banyak lagi ke kerja, bang?" soal Bella. Tangan dijatuhkan pada bahu suaminya dan diusap perlahan. Adam tersenyum lagi dan mengangguk. Dia bersandar ke kepala kerusi, menegakkan badan. Lenguh seharian menghadap kerja. Bella tidak menunggu, pantas sahaja jemari comelnya menari di bahu Adam, menghilangkan penat suaminya. 

" Ermm, sedapnya... terima kasih sayang" 

Tangan Bella ditarik dan dikucup perlahan. 

" Sini...." Tubuh Bella ditarik dan didudukkan atas ribanya. Bella ketawa kecil. Suaminya ni memang, dekat mana-mana pun jadi kalau nak bermanja. Hidung suaminya dicuit geram. 

" Manja!" 

" Biarlah, nak manja dengan sayang abang sorang je... errm... rindu sangat..." pipi Bella dikucup lama. 

" Eishh, abang ni. Nak manja-manja pun dekat rumahlah. Sekarang... jom kita balik ye?" 

Dahi Adam berkerut. Kemudian dia melirik ke arah jam. 

" Ya Allah, pukul 5 dah sayang? Langsung abang tak perasan" 

" Hurm.. yelah, abang memang. Kalau dah hadap kerja ni, sayang pun abang boleh lupa" ujar Bella seakan jauh hati. Adam ketawa kecil. Pelukan dipinggang Bella dieratkan. Kemudian mata isterinya ditenung lama. 

" Isteri abang yang manis ni......" pipi Bella diusap perlahan.  " Mana boleh abang lupa.. siang..." tangan beralih ke kening. " petang...." jatuh ke hidung. " malam.... " dan akhirnya jatuh di bibir Bella. " selalu teringat sayang...." bisik Adam perlahan. Baru sahaja bibirnya ingin mendekat mengucup bibir Bella, Bella segera menahan. 

" Opppssssss.... sorry ye bang. Lebih-lebih tak boleh. Ni bukan rumah kita, sayang" ucap Bella sambil tersengih. Adam sudah tarik muka masam. Haishh, bini sorang ni, pandai mengelak. 

" Boringlah sayang ni.." Adam tarik muka dan kembali bersandar di kerusi. Bella tersengih lagi. Kemudian dia bangkit dari ribaan Adam. 

" Dah, abang tau tak muka abang sangat buruk bila merajuk. Jomlah balik, penat dah badan ni" Tangan suaminya ditarik. Adam sengaja memberatkan badan. Malas pula mahu memandu pulang. Semakin geram Bella dibuatnya. 

" Ok, jom balik" ucap Adam malas . Namun melihatkan wajah Bella yang sudah buat muka, terpaksa Adam turutkan. 

" Abang , kita singgah mall kejap, boleh? Mengidam nak makan choc fudge lah" 

Adam terangkat kening. Tadi nak sangat balik, ni nak singgah mall pulak? 'sayang...sayang.. macam-macamlah' 

" Hurm, isteri kesayangan abang ni memang , seminggu sekali kalau tak dapat feveret dia tu, tak sah kan?" ucap Adam seraya mencuit mesra hidung Bella. Bella tayang muka selamba. Cakaplah apa pun, di fikirannya kini hanya terbayang-bayang dessert kegemaran. Erm, tak sabar!
 
" Abang......" Bella melunakkan suara.  

" Hurm.. ye, nak apa sayang?" Adam bersuara, dan memandang isterinya sekilas sebelum kembali memberi tumpuan pada pemanduan. Bella tersengih. Suaminya dikerling manja.  

" Tadi kan, sayang online. Sayang tengok banyak novel baru dah publish bang. Dekat kedai buku mesti dah ada..... so... erm... boleh tak....

" Yelah sayang. Sayang nak mintak beli kedai buku tu pun, abang boleh belikan" Adam berseloroh. Bella menjeling, kemudian mencubit geram lengan suaminya. Adam ketawa kuat melihat isterinya yang sudah menarik muncung. Comel !

*****************************************************************************

" Sedap sangat ke sayang kek tu, sampai tak pandang kiri kanan?" 

Bella sekadar senyum dan mengangguk. 

" Nah..." sudu disua ke arah Adam. Kemudian Adam pula mencapai sudu, dan menyuap butterscotch kepada Bella.

" Abang tunggu jap, sayang nak pergi ladies"

Adam sekadar mengangguk.Saat Bella menghilang disebalik toilet, telefon pintar milik isterinya berbunyi. Adam mengerling skrin yang bercahaya. Khairi?

Dahi Adam berkerut. Baru sahaja panggilan ingin dijawab, panggilan mati. Beberapa ketika kemudian, pesanan ringkas masuk. Nama yang sama tertera. Pantas Adam menekan. Namun kata laluan diperlukan.

'sejak bila sayang pandai letak password ni' bisik Adam. Dia mencongak seketika. Kemudian cuba menekan kata laluan. Kemudian senyum terukir bila telefon pintar itu kembali aktif. 

'guna nama abang rupanya..' bisik Adam lagi beserta senyuman. Namun, senyuman Adam mati tatkala membaca pesanan ringkas kiriman Khairi. Tidak semena hatinya membara. 

" Abang, ok dah. Jom" Bella muncul dengan senyuman, namun dibalas hambar oleh Adam. Dia bangkit dan menuju ke kaunter, tiada senyuman terukir dibibirnya seperti selalu. 

" Eh.. abang, kejap!" Bella menahan Adam yang sudah berjalan jauh ke depan. Langkah Adam terhenti. Hilang moodnya untuk melayan Bella. 

" Nanti-nantilah beli novel tu, abang penat, nak balik" ujar Adam malas. 

" Tak, bukan. Tu... Aira, jom kejap" 

Tanpa menunggu, Bella menarik Adam agar mengekorinya. Kelihatan Aira sedang tertinjau-tinjau di satu sudut sebuah kedai. Pantas adiknya itu disapa. 

" Aira, buat apa dekat sini?" Bella menegur, cukup membuatkan Aira tersentak. 

" Aira ikut abang Khai curi-curi. Dia nak jumpa kekasih dia hari ni" 

Bella dan Adam sama-sama terdiam. Dua perasaan yang ada kini. Bella terdiam kerana takut dan Adam diam kerana marah dengan kenyataan yang baru didengarinya itu. 

" Dahlah Aira. Kesihatan Aira tu penting. Kesian anak dalam perut ni. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Jomlah, akak hantar Aira balik. Jom" 

" Tak nak kak. Selagi Aira tak tahu siapa perempuan tu, hati Aira tak akan tenang. Aira kena bersemuka dengan dia kak. Demi keluarga Aira. Demi anak ni," Aira sudah tersedu. Bella mengeluh kesal. Entah sampai bila semua ini akan berakhir Ya Allah. 

" Dah Aira. Jom abang dengan akak hantar balik. Aira ingat dengan jumpa perempuan tu , masalah boleh settle dekat sini? Silap-silap Aira dapat cerai dari Khairi. Nak ke jadi macam tu?" Adam bersuara serius. Mendengarkan itu Aira menggeleng laju. Bella mengangguk setuju. Sekali lagi adiknya dipujuk. Akhirnya Aira akur jua, dan mereka melangkah pergi. 


********************************************************************************

" Abang...." 

Sahutan Bella menyentakkan Adam Naufal yang sedang termenung diberanda. Dia menarik nafas perlahan. Serta merta perasaannya jadi bercampur baur. Hilang kemesraan antara mereka kala ini. Adam berpusing dan ingin berlalu ke dalam rumah, namun ditahan Bella. Lengan suaminya di usap perlahan. 

" Abang kenapa ni, ada masalah ke? Share lah dengan sayang" ucap Bella lembut. Adam mengeluh buat kesekiankalinya. 

" Nothing. Penat je. Dahlah, abang nak tidur" Adam membalas hambar. Langkah diatur ke dalam rumah, dan tanpa menunggu dia masuk ke bilik. Bella terdiam , namun langkah Adam diekori dari belakang. Dia turut sama merebahkan diri di atas katil. Dia tahu Adam hanya pura-pura tidur. 

" Tak kisahlah abang nak marah ke, apa ke. Tapi sayang tak boleh tidur kalau abang belakangkan sayang macam ni. Kalau ada masalah abang ceritalah. Jangan buat sayang macam tunggul" bisikan Bella walau perlahan kedengaran sayu dipendengaran Adam. Dia tahu isterinya menangis. 

" Selalu kalau nak tidur abang peluk sayang, kita baca doa sama-sama. Lepas tu abang cium dahi sayang. Tapi dah dua malam abang tak buat macam tu . Sayang tak boleh tidur. Sayang takut..." Bella terus-terusan meluahkan rasa. Esakannya semakin kuat. 

Adam berpaling. Luluh hati saat melihat wajah isterinya yang sudah basah dengan airmata. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Tanpa dapat menahan perasaan, Bella ditarik jua dalam dakapan. Sungguh, dia juga merindui Bella. 

" Syhhh.. abang minta maaf... stop crying please" bisik Adam lembut, seraya menyentuh perlahan pipi mulus milik isterinya. Dakapan dieratkan, dan Bella membalasnya. Erat. 

" Abang jangan buat macam ni lagi ea?" soal Bella. Adam sekadar mengangguk. 

" Dahlah, tidur " ucap Adam seraya menarik selimut untuk Bella. Kemudian, ciuman didaratkan di dahi isterinya. Biarlah malam ini dia melupakan segala kekusutan dan kemarahan yang merajai hati. Dia letih.

********************************************************************************


" Khai dah cuba , sayang. Tapi Khai tak boleh. Tolong faham keadaan Khai. Khai penat untuk terus menipu diri sendiri. Tolong Bella, kita mulakan semula, ya?" 

Bella mengeluh keras. Entah perkataan apa lagi yang perlu diungkapkan agar lelaki dihadapannya ini mengerti. Wajah Khairi dipandang lama. Tiada seri di wajah itu sejak perkahwinan mereka. Hilang sifat ceria dan senyuman milik Khairi yang dikenali dahulu. 

" You need to understand , Khai. Jodoh kita setakat itu sahaja. Kita masing-masing dah berkeluarga, Khai nak jadi ayah dah pun. Please, be matured!" 

" Apa yang Bella nak suruh Khai faham? Bella suruh Khai kahwin dengan Aira, Khai dah turutkan! Sekarang Khai dah penat nak fikirkan orang lain, sedangkan diri Khai terseksa. I love, sayang. Really love you. Please..."   

Tangan Bella cuba diraih, namun pantas ditarik Bella. Satu keluhan berat. 

" Enough Khai. Bella dah letih dengan semua ni. Bella rayu pada Khai, jangan cari Bella lagi. Bella isteri orang, dan Bella cintakan suami Bella, tak ada yang lain selain dia. Belajarlah mencintai Aira, Insya Allah, Allah akan buka ruang cinta dan kasih dalam diri Khai. Berubahlah Khai, demi rumahtangga Khai dan anak yang bakal lahir tu"  

usai menghabiskan kata-katanya , Bella segera bangkit dan ingin berlalu. Namun Khairi bertindak lebih pantas. Tangan Bella dipulas ke belakang, dan mulut Bella ditekup dengan kain, hingga dia pengsan. Setelah yakin Bella tidak sedarkan diri, Khairi melonggarkan sentapannya. 

" Aku akan tuntut apa yang sepatutnya jadi milik aku, Bella..." bisik Khairi perlahan sebelum mengheret Bella ke dalam keretanya. 


*********************************************************************************

" Sayang, buka mata sayang" 

pipi Bella ditampar lembut, membuatkan dia membuka mata. Pandangannya berpinar. Tubuh terasa panas tidak semena. Bayangan Adam menyinggah ditubir mata Bella. 

" Abang...." 

" Ya sayang, abang ni" 

Tanpa dapat menahan Bella memeluk tubuh Adam. Rasa cintanya membuak-buak. Bahagia hatinya saat pelukannya berbalas, tidak seperti hari-hari sebelumnnya, Adam begitu dingin. Satu kucupan hangat singgah di pipi dan leher Bella. Bella memejam mata perlahan. Merelakan kehendak suaminya. 

" Setan kau , Khai!!!" 

Satu suara yang menyergah dari belakang membuatkan mereka terhenti. Bella tidak tahu apa yang berlaku. Pandangannya semakin berpinar saat melihat bayangan Adam menjadi dua. Sedayanya Bella cuba untuk bangkit namun dirinya seolah khayal dan berada diawangan. Akhirnya dia rebah di atas katil.


*********************************************************************************

Bella termenung ditaman buatan mamanya. Hampir seminggu peristiwa hitam itu berlalu. Khairi juga telah ditahan polis atas perbuatan bodohnya itu. Sekarang ini masalah lain pula yang mendatang. Aira seolah bermusuh dengan Bella setelah mengetahui segalanya. Adam pula .... 

" Bella..." mama Zahrah mengusap bahu Bella lembut. Mengejutkan anaknya itu dari lamunan. Bella sekadar tersenyum hambar. Airmata yang sejak tadi menemaninya diseka perlahan. Begitulah rutinnya. Menangis dan termenung. 

" Sampai bila sayang nak macam ni? Cubalah bincang baik-baik dengan Adam" 

" Bukan Bella tak nak ma. Tapi Bella takut abang Adam tak nak terima Bella lagi" perlahan suara Bella menuturkannya. Kata-kata terakhir Adam sebelum suaminya itu keluar dari rumah masing terngiang ditelinga Bella. 

" Seronok Dhiya mainkan abang macam ni?" soalan sinis Adam menusuk pedih dalam hati Bella. Dia cuba menahan perasaan sedih yang menyerang hatinya. Tiada lagi panggilan sayang seperti selalu.

" abang, tolonglah percaya. Dhiya ke sana semata-mata nak selesaikan semua kekusutan. Dhiya tak nak Khai kacau Dhiya lagi. Dhiya nak bahagia dengan abang. Tapi Khai... dia perangkap Dhiya, dia bagi ubat tidur.. sebab tu.. sebab tu Dhiya...

" Stop blaming others Dhiya!" lengkingan suara Adam mengejutkan Bella, hingga terangkat bahunya. Dia diam menjeruk rasa. 

" Ask your self! Dhiya patutnya salahkan diri Dhiya sendiri. Dhiya tak jujur dengan abang" suara Adam mulai kendur, tidak selantang tadi. Keluhan dilepaskan,yang entah kali ke berapa keluar dari bibirnya. 

" Dhiya minta maaf , bang. Tak ada niat Dhiya nak bohong abang. Dhiya cuma tak nak abang salah faham" sendu mulai kedengaran. Rasa bersalah menghurung hati Dhiya kala itu. 

" Mana letaknya diri abang ni dalam hati Dhiya? Siapa abang pada Dhiya? Susah sangat ke untuk Dhiya jujur, beritahu abang yang selama ni Khairi gangu Dhiya. Susah ke?" 

" Abang, tolonglah faham..." 

" Dhiya yang tak faham abang! Dhiya sedar tak abang ni suami Dhiya? Tindakan Dhiya ni seolah membelakangkan abang sebagai suami" 

" Tak! Sebab Dhiya hormat abang sebagai suami, Dhiya rahsiakan semua ni. Dhiya sayangkan perkahwinan kita. Dhiya tak nak abang salah faham. Tolonglah faham kenapa Dhiya buat semua ni , bang" 

Adam memejamkan mata. Cuba menenangkan diri agar tidak terlalu mengikut perasaan. Dia bangkit dan menjauhi Bella, kemudian duduk di sofa di sudut bilik. Tangannya didaratkan di kepala dan menunduk. 

" abang cintakan sayang, tapi sayang tak pernah faham hati abang" ucap Adam perlahan. Bella bangkit dan bersimpuh dihadapan suaminya. Tangan Adam dicapai, dan dikucup sayu. 

" Dhiya minta maaf, abang" 

Namun bukan jawapan yang diterima, sebaliknya Adam menarik tangannya, seolah tidak rela. Perlahan Bella mengangkat wajah sendunya, cuba mencari sinar kemaafan di wajah milik Adam. Terkejut saat melihat mata Adam yang bergenang dengan airmata. Perlahan tangan Adam menyentuh pipi Bella. 

" You are my everything. I love you, care for you. Dhiya tahu tak betapa takutnya abang bila fikirkan kemungkinan sayang akan pergi, dan tinggalkan abang? Dhiya pernah tahu tak betapa peritnya hati abang bila ada lelaki lain yang menagih kasih Dhiya? Pedih sayang... hati abang pedih... "  

Adam terhenti. Tidak mampu berbicara lagi. Seumur hidup, baru hari ini dia benar-benar menangis, tewas dengan airmata lelakinya kerana Dhiya. 

" Maafkan Dhiya..." hanya itu yang termampu diucapkan. Dia turut tenggelam dalam airmata. Sedar akan tekanan perasaan yang melanda suaminya kala ini. Dia juga begitu, merasa akan peritnya. 

" Abang perlukan masa... untuk terima semua ni. Bagi abang ruang" 

" Abang ... abang nak pergi mana? Jangan ..." 

Adam mengelus pipi Bella. Kemudian kucupan didaratkan di dahi Bella. Lama. Kemudian wajah isterinya ditatap lama sebelum dia bangkit. 

" Jangan cari abang..." 

Tepukan lembut di bahu Bella menyentakkan Bella dari lamunan panjang. Hilang bayangan Adam Naufal. Tersenyum mama Zahrah pada anaknya yang sempat mengelamun itu. 

" mama bercakap sorang-sorang rupanya.Fikirkan apa lagi Bella? Pergi cari dia sebelum Bella menyesal”

“ Nak cari dia dekat mana ma. Bella pening dah. Masalah dengan Aira lagi. Dia langsung tak nak dengar penjelasan Bella , ma”

“ Pasal Aira jangan bimbang. Biar mama dengan papa yang uruskan. Dia tengah marah, sebab tu emosi. Nanti tahulah kami pujuk dia. Dahlah, mama nak masuk dulu. Nanti papa balik membebel pulak, mama tak masak lagi" 

Bella sekadar mengangguk. 

" Kejap lagi Bella tolong mama k" 

" Hurm, tak payahlah. Habis hangus nanti Bella masak, kalau asyik termenung sana sini. Sambung jelah termenung tu, mama boleh masak sorang" mama Zahrah berseloroh sebelum menghilang disebalik pintu rumah. Bella sekadar ketawa kecil dan menggeleng. 

******************************************************************************

Adam Naufal memicit perlahan kepalanya. Entah mengapa, demamnya berlarutan sehingga begini lamanya. Sudah tiga hari tidak kebah. Hendak bangkit ke pejabat pun dia tidak mampu. Seharian ini dia hanya terbaring di kamarnya. 

" Assalamualaikum" 

Berdecit mulut Adam saat masa rehatnya diganggu. siapa pula datang mengetuk pintu rumah pagi-pagi buta begini. Dengan perasaan malas, Adam bangkit dan menjengah di muka pintu. 

" Waalaikum..... " jawapan salam Adam terhenti. Terpegun melihat gerangan yang menjengah di pintu rumahnya. Wanita itu tersenyum mesra. Adam pandang tanpa berkelip. 

" Room service sir!" tanpa dipinta dan dijemput , wanita itu menapak masuk. Tengok cara berpakaian pun , memang persis seorang tukang bersih. Entah baju dari mana dirembatnya. Adam mengekorinya dari belakang. 

" Awak buat apa dekat sini. Mana tahu rumah saya ni?" soal Adam bingung. Seingatnya, ibu sendiri tidak diberitahu di mana dia tinggal sejak berpindah ke Melaka. Namun 'tukang bersih' itu buat tidak dengar dan meneruskan tugasnya. Meja yang berselerakan dengan cawan dan pinggan kotor dikemas. Selesai di ruang tamu, dia masuk ke dapur.

" Awak, saya tanya ni. Berhentilah , awak" 

Masih tidak dilayan. 

" Sayang, stop it!" Adam menarik Bella agar berpusing dan menghadapnya. Bella mengukir senyum manis dan merenung wajah dirindui dihadapannya itu. 

" Perkataan 'sayang' tu yang Dhiya tunggu dari tadi. Ingat abang dah tak sudi nak panggil sayang macam tu" ucap Bella manja.

" why are you here?" soal Adam serius. Walau dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa dia rindu akan Bella. Mahu sahaja tubuh isteri kesayangannya itu dipeluk bagi melepaskan rindu yang menggunung.Namun, ego lelakinya membatasi.

" Why? hurmmm...." Bella jeda seketika. Dia beralih ke sinki, dan sambung membasuh pinggan. Sengaja membiarkan soalan dijawab lambat. 

" Sebab , sayang rindu nak masak untuk abang, basuh baju abang... jaga abang..." 

" Tu je sebabnya? no need. Saya ada pembantu rumah sendiri" 

Bella mengukir senyum. Dia berpaling dan merangkul leher suaminya mesra. 

" Yes, you are. But, sepuluh ribu maid pun tak kan sama dengan sayang sorang tau! I'm your wife encik Adam Naufal. Remember?" 

" Yes puan Nabilah Dhaliyah. I will always remember that you are my wife. Now and forever" 

Terdiam Bella mendengar kata-kata Adam. Terharu pun ada. Tanpa menunggu satu kucupan singgah di pipi suaminya. Adam terdiam. Jadi terpana seketika. Seketika kemudian dia berdehem. Rangkulan dilepaskan. 

" But, that does'nt meant i forget what you have done. Tiada maaf bagimu" Adam menarik wajah dan berlalu ke ruang tamu. Bella ketawa kecil mendengarnya. Ni padahnya bila orang tua merajuk. Buruk bebenor!  

" Its ok.Sayang tak perlukan maaf abang dulu. Sekarang ni abang rehat, sampai abang sembuh. Sayang tak nak abang sakit macam ni. Lepas dah ok, baru abang fikir nak maafkan sayang ke tak, boleh?" Bella memberi kata dua. 

" Diam tanda setuju bang. Oklah, abang sekarang bangun, rehat dalam bilik. Biar sayang kemas rumah dulu, then sayang masak untuk abang , ok? Jom" Bella menyambung bicara saat melihat Adam hanya diam. Tangan suaminya dicapai dan Adam ditarik masuk ke bilik. 

" Rest baik-baik ,ok. Sayang abang" satu kucupan singgah di pipi Adam sebelum Bella menutup pintu dan berlalu keluar dari bilik. Adam diam memerhati. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. 


*********************************************************************************

" Abang... buat apa tu?" 

Bella merangkul leher Adam Naufal dari belakang. Bibirnya mengukir senyum saat Adam menyembunyikan handfone pintarnya. Sedari tadi dia sudah tahu apa yang dibuat suaminya. Sengaja mahu menyergah sebegini, biar Adam gelabah. 

" Nothing" 

" Urm... yelah tu. Abang marah sayang lagi?" 

Adam mengangguk. 

" Merajuk ?"

angguk lagi. 

" Tak nak langsung maafkan sayang?" 

" Tak nak" Adam menduga. Ingin melihat reaksi isterinya itu.

" Oklah, sayang balik kalau macam tu" 

Rangkulan dilepaskan dan ingin berlalu pergi. Namun tangannya ditarik Adam, dan tubuhnya jatuh diribaan suaminya. 

" Tak nak pujuk abang?" giliran Adam pula menyoal. 

" Nope. Dah penat" 

" Tak sayang abang ke?" 

" Kalau tak sayang, orang tak susah-susah datang sini" 

" And for that answer, abang sangat yakin yang sayang cintakan abang" 

" errr... no komen!" 

Adam mengukir senyum. 

" abang akan maafkan sayang, but with one condition" 

Dahi Bella berkerut. Main syarat-syarat pula hubby sorang ni. 

" Deal!" 

" Ok, kalau sayang boleh cari satu barang dalam rumah ni yang menjadi kepunyaan sayang, tak termasuk barang yang sayang sendiri bawa datang sini tau... satu barang je.. kalau jumpa baru abang akan maafkan" 

" Alahai senangnya syarat. Sekarang juga sayang cari" 

Bella mula bangkit dan menuju ke bilik. Dia yakin beberapa hari lalu dia terlihat sepasang baju kurung miliknya dalam almari baju Adam Naufal. 

" Ada , sayang?" soal Adam sinis. Dia lebih bijak. Awal-awal lagi semua barang milik Bella yang dia bawa semasa berpindah telah disimpan dalam kereta. 

" Tak aci, abang main tipu!" Bella menarik muka masam. Habis licin barang miliknya, entah disorok mana. Geram melihat Adam yang tersengih-sengih dimuka pintu. Bella diam seketika. Memikirkan kewajaran syarat yang diberi suaminya. Melihatkan muka Adam yang ceria, tidak mungkin Adam berniat untuk tidak memaafkan dirinya. 

'think Bella, think!' Bella mengasak mindanya agar bekerja. Sekeliling bilik, ruang tamu dan sekitar rumah dipandang. Saat matanya jatuh pada wajah Adam, serta merta dia terfikirkan sesuatu. 

' you are my everything' 

kata-kata Adam pada malam terakhir mereka kembali terngiang. Yes, thats the point! Senyuman terukir di bibir manisnya saat dia mendekati Adam Naufal.

" I know..." 

Terangkat kening Adam. Sebelah tangan diangkat, meminta barang yang dimaksudkan. Bella tersenyum lagi. Tangan Adam dicapai , dan dibawa ke dadanya. 

" Tiada apa yang penting dalam rumah ni, yang menjadi kepunyaan sayang, melainkan abang.You are my everthing, abang" 

Tangan Adam digenggam dan dikucup penuh kasih. Ada airmata yang bergenang di tubir mata, dan gugur membasahi pipi. 

" Maafkan, sayang. Atas semua dosa sayang pada abang. Sayang sakitkan hati abang, lukakan perasaan abang. Forgive me?" 

Terukir jua senyuman dibibir Adam Naufal.Airmata di pipi isterinya diseka perlahan. Dia mengangguk dan menarik Bella dalam dakapan. Kucupan penuh kasih dihadiahkan buat isteri tersayang. 

" Abang pun minta maaf sebab merajuk lama-lama. Saja je nak uji sayang, ajar sikit isteri abang yang comel ni" ucap Adam seraya mencuit hidung Bella perlahan. Bella menepis geram. Namun hatinya bahagia. Dakapan dieratkan. 

" Abang jangan lari macam ni lagi tau, sayang tak boleh tidur abang tak ada" 

" Really? Erm... kena qada baliklah malam-malam yang terlepas tu ea?" Adam bersuara nakal. 

" Erghhh, ingat dah hilang penyakit gatal tu. Makin menjadi-jadi pulak kan?" 

Adam ketawa kuat mendengarnya. Bahagia. Sudah tidak perlu menanggung rindu yang selama ini dipendam. Ti amo sayang!


No comments:

Post a Comment

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.