cinta ini buat dia




“Yaya, aku sayang kaulah sengal!” 

“ Aku tak sayang kaulah bongok!”

Yaya berlari ke belakang ibunya yang sedang menanti di muka pintu. Wajahnya disembunyikan. Benci melihat muka A’an yang cuba menariknya keluar. 

  Sudah A’an. Kamu kejar Yaya ni kenapa? Takut dia nanti” 

Mak Munah menarik anak lelakinya yang masih mengintai-ngintai Yaya yang bersembunyi dibelakang Mak Senah. Yaya mencebik-cebik menahan tangis. A’an hanya tersengih sambil menggaru kepalanya. 

“ A’an sajalah mak ngah, usik Yaya tu. Yaya je yang feeling lebih. Sinilah Yaya” 

“ Tak nak! A’an jahat!” Yaya berlari masuk ke dalam rumah. 

A’an mencebik. Malas mahu memujuk lagi. Dia berpaling dan pulang ke rumahnya yang hanya selang sebuah rumah dari rumah Yaya.



Aesya Humairah menanti dengan sabar. Satu jam menunggu tunangnya Qaisy Farhan , namun masih tidak kunjung tiba. 

“ Assalamualaikum, awak. Sorry, saya lambat” satu suara menyapa dari belakang dan mengambil tempat di sisi Aesya Humairah. Risya dan Haiyyan Raziq turut sama menyertai mereka. Ketiga-tiga sahabat itu tersengih. 

“ Awak dari mana ni? Sejam dah sya tunggu tau. Sabar jelah” Aesya mempamer riak sedih. Farhan tersengih  dan sekali lagi mengucap maaf. 

“ Ada hal sikit tadi. Assigment prof Zam tu, ada problem. Kiteorang pergi bilik dia tadi” 

Haiyyan Raziq berkerut dahi mendengar kata-kata Qaisy Farhan itu. Kemudian dia mengerling Risya. Wanita itu hanya mempamer riak selamba. Haiyyan menggeleng kepala. 

“ Ha,alah  Sya. Busy sangat tadi. Banyak kerja. Tak tipu” Risya menyokong kata-kata Farhan. 

“ Urm, oklah. Jom order makanlah. Sya dah lapar ni” Aesya sudah bangkit dan mengajak Farhan agar bangun bersamanya. Namun lelaki itu mempamer riak serba salah. 

“ Err… Sya.. sebenarnya ..kiteorang dah makan tadi. Ingatkan Sya terus makan tak tunggu kiteorang dulu” Risya menjawab bagi pihak Farhan. Aesya berkerut dahi. Dia tidak jadi untuk bangkit. Aesya duduk kembali. Wajahnya bertukar masam. 

Risya menyiku lengan Farhan. Farhan mengeluh perlahan. 

“ Sya.,. sorry sangat. Tak sengajalah. Pliss, jangan marah. Ok Sya makan, saya teman . Jom” Farhan ingin menarik tangan Aesya namun, gadis itu menolak. Rajuk benar hatinya. Yelah, sejam tahan lapar, alih2 semua dah makan. Huh, menyampah! 

“ Takpelah, its ok. Sya dah kenyang” jawab Aesya ringkas. Farhan tersenyum hambar dan mengangkat bahu. Wajah Risya dan Haiyyan di sisi dikerling sekilas. 

“ Urm.. ok takpelah kalau macam tu. Actually, Saya dengan Risya tak boleh lama. Kiteorang ada kelas lagi lepas ni. Kan Risya?” 

Risya sedikit termanggu sebelum perlahan mengangguk. 

“ Ok”  Aesya menjawab malas. Entah mengapa sejak akhir-akhir ni, hubungan dia dan Farhan agak renggang. Mereka sudah tidak semesra dahulu, tidak seperti sebelum mereka bertunang. 

“ Saya pergi dulu ya. Nanti malam saya call, Assalamualaikum” Farhan mengucap salam sebelum bangkit bersama Risya. 

“ Ziq, kau nak balik tak? Aku hantar kau dulu” Farhan menepuk bahu Haiyyan Raziq. Lelaki itu menggeleng. 

“ Takpe. Aku lepak sekejap” Farhan mengangguk, dan melangkah pergi bersama Risya. Aesya hanya memandang sekilas sebelum kembali memasamkan wajahnya.

“ Cukup-cukuplah tu muncung itik tu. Makan nak? Aku laparlah” Aesya hanya diam. Namun terpaksa menurut sahaja tatkala Haiyyan Raziq sudah menarik tangannya. 

Haiyyan Raziq menolak sepinggan nasi goreng ayam dihadapan Aesya. Namun gadis itu tidak menunjuk minta untuk makan. Nasi itu hanya dipandang tidak bernafsu. 

“ Makanlah. Kau ingat buat mogok lapar tu boleh buat Farhan datang sini teman kau makan ke?” 

“ Diamlah!” bentak Aesya. Walaupun perlahan jelas amarahnya. Haiyyan Raziq hanya menguntum senyum. Dia mencapai nasi dan disudu. Kemudian perlahan di sua pada Aesya. 

“ Makanlah, nanti masuk angin perut kau. Kau tu kalau gastric menyusahkan orang , tahu? Nanti aku jugak jadi mangsa, kena belikan kau burger malam-malam” 

Aesya menjeling lelaki itu sekilas. Geram kerana diperli. Memang, dalam seminggu pasti dua tiga kali juga dia menyusahkan lelaki itu kerana terpaksa menghantar burger padanya di hostel. Yang sebetulnya, dia mengharapkan Farhan yang datang, tapi setiap kali dia perlukan, Farhan pasti banyak alasan. Alih-alih, lelaki ini yang akan datang menggantikan tunangnya itu. Kata Haiyyan Raziq, dia sekadar menolong kawan. 

“ Tak ikhlas ke apa tolong aku? Yelah, lepas ni aku tak panggil kau lagi” 

“ Ah, mengada kau nak touching dengan aku. Aku ni sayang kau, care pasal kau. Kau je yang tak sayang aku, pandang sebelah mata pun tak nak” ucap Haiyyan sambil ketawa kecil. Aesya turut sama ketawa dan mencubit lengan temannya itu. Lelaki itu memang suka bergurau. Aesya senang dengan sikapnya, sejak dari dulu lagi. 

“ Dahlah kau ni, melayan kau perut aku jadi lapar pulak. Aku makan ea” Aesya tersengih manja dan menarik nasi dihadapannya, namun lelaki itu masih tidak mahu menyerahkan sudu ditangannya. 

“ Aku suaplah. Buka mulut” sudu kembali disua. 

“ Main-mainlah dia ni. Aku lapar ni, jangan sampai aku telan kau nanti” 

“ Tu lagi bagus, aku rela kena telan dengan sayang aku ni” ucap Haiyyan sambil ketawa galak. Aesya kembali muncung. 

“ Haahaha… start dah muncung itik dia. Ok, silakan tuan puteri”sudu bertukar tangan, dan Aesya mula menyuap nasi ke dalam mulutnya. Tersenyum Haiyyan melihatnya.

“ Rakusnya. Naya buat bini lah kau ni. Botak Farhan dapat bini kuat makan macam kau ni” 

Aesya hanya mempamer riak selamba.

“ Farhan tak kisah lah. Makin sayang dia dekat aku adalah. Dia cakap aku paling comel time makan tau. Cute jek” ucap Aesya sambil tersengih gedik. Haiyyan mempamer riak hendak termuntah. 

“ Dahlah, lagi lama lepak dengan kau, boleh jem otak aku. Tergedik-gedik. Hantar aku balik ea. Ngantuklah” 

“ Pahal aku nak hantar kau pulak?Balik lah sendiri ” soal Aesya. 

“ Amboi, dah cukup baik aku teman kau makan ni. Tak kenang budi kan. Dah tu kau nak suruh aku jalan kaki panas-panas macam ni. Takde takde. Aku nak naik kereta kau jugak. Bak kunci!” 

Aesya sekadar mencebik dan menghulur kunci kereta miliknya kepada lelaki itu.



“ Alah, Yaya tak naklah. Asyik kena kawin dengan A’an jek. Boring! Yaya nak kawin dengan orang lain”  Yaya merungut. Asal main kawin-kawin je, mesti dipasangkan dengan A’an. 

“ Mana boleh, Yaya kan awek A’an. Yaya kena kawin dengan A’an sorang je. Duduk sini dengan A’an ” A’an menegah. Dia menarik yaya agar duduk rapat di sisinya. Tersengih A’an ketika wajah Yaya disolek dan dipakaikan gincu. A’an mengambil selendang milik  maknya dan diletakkan di kepala Yaya. 

“ Hah, cantik! A’an suka Yaya pakai tudung. Comel. Nanti besar kita dah kawin, Yaya pakai tudung tau! Nanti A’an sayang Yaya banyak-banyak “  selamba A’an mengucup pipi Yaya. Kala itu  budak-budak memang tidak matang, lagi-lagi lelaki. Belum baligh katakan. Tiada perasaan malu buat begitu. Namun tidak bagi Yaya. Dia memukul bahu A’an kuat. 

“ A’an jahatlah! Mana boleh cium-cium Yaya! Yaya tak suka!” Yaya berteriak. Airmatanya berjuraian turun dan dia berlari pulang ke rumah. A’an termanggu. Tidak mengerti silap apa yang telah dia lakukan.



Aesya Humairah tersenyum saat terkenang masa kecilnya. Bila difikirkan kembali , rasa suka, marah, bahagia, semua bercampur menjadi satu. Alangkah indahnya waktu kecil. Dalam fikiran hanya main sepanjang masa. Satu perkara yang paling manis sewaktu usia kecilnya, adalah bersama A’an. Hanya dia kawan yang Aesya ada sewaktu kecil. Kawan yang paling rapat. Hinggalah kini. A’an menjadi insan yang diperlukan dan penting dalam hidupnya. 

Deringan telefon mengejutkan Aesya. Tersenyum gembira melihat nama yang tertera. 

“ Assalamualaikum” Aesya menyambut panggilan ceria. Rindu dengan tunangnya itu. 

“ Waalaikummusalam. Sya sihat? Tengah buat apa tu?” 

“ Sihat Alhamdulillah. Tak buat apa, termenung, teringatkan  awak kut” Aesya ketawa kecil. Gedik! 

“ Wah, untungnya ada orang ingatkan saya. Erm, Sya… esok hari lahir saya kan? Saya ada something nak beritahu awak. Benda yang sangat penting. Berkaitan masa depan kita” 

Jantung Aesya berdebar tiba-tiba. Masa depan? Oh tidak! Jangan kata Qaisy Farhan nak melamar Aesya Humairah! Ya Allah!

“ Errr… penting.. penting macam mana tu ye?” soal Aesya sedikit gagap. Hatinya tidak semena menjadi tidak keruan dan berbunga bahagia. 

“ Erm.. adalah. Just wait and see. Saya nak awak tahu keputusan yang saya buat ni demi kebahagiaan kita, untuk our future. Saya dah fikirkan tentang kita berdua” 

Jantung Aesya semakin berdebar. Hampir pasti yang Farhan ingin melamarnya. Mahu sahaja dia menjerit dan mengatakan ‘yes I do!’ sekarang jugak. Huhu.. sabar Aesya. Esok Farhan akan propose kau . Mesti sweet gilak! Aduhh duh duh~ Aesya tidak sabar menanti esok. 

“ Erm.. ok awak. I’ll wait. Esok kita jumpa k. Saya nak tidur dah ni. Good night. Sweet dream. Assalamualaikum”

“ Ok Sya, good night awak. Sweet dream jugak, Waalaikummusalam” talian dimatikan sebelum sempat Aesya bersuara lagi. Eh, kenapa tak ada I love you. Alahhh.. dia lupa kot. Erm, takpelah, Esok beribu-ribu kali cakap I love you pun boleh. Eeeeee, tak sabarnya!



Aesya Humairah membelek dirinya di depan cermin. Dia tampil anggun dengan gaun labuh dipadankan dengan bolero dan pashmina berona sedondon. Cantik, comel dan anggun. Aesya memuji dirinya sendiri. 

“ Amboi cantiknya Sya. Nak ke mana ni?” Hana teman sebiliknya menegur Aesya yang sedang berpusing-pusing di hadapan cermin. Aesya tersenyum gembira. 

“Sya kan dah cakap,bufday my fiancée. So, nak celebrate” 

“ Awalnya siap. Bukan Sya kata pukul 9 janjinya?”

“ Urm, sengaja Sya nak keluar awal sikit. Biar Farhan surprise.. hehe…” Aesya tersengih nakal. Hana turut sama tersenyum. 

“ Urm yelah. Enjoy k. Hoping for good news” bisik Hana perlahan sebelum menghilang disebalik pintu bilik. Aesya tersengih lagi. Petang tadi dia sudah memberitahu Hana, yang Farhan mungkin ingin melamarnya. Aesya berdebar saat memikirkan hal itu. Dia tersenyum sendiri. 




Aesya mendail nombor Farhan berkali-kali, namun tiada sahutan. Mujur dia terserempak dengan teman sekelas Farhan, dan mereka memberitahu lokasi lelaki itu. Aesya menuju ke tempat yang dikatakan. 

Dari jauh dia sudah nampak kelibat Farhan. Wah, propose aku dekat hotel ni ke? Mesti mahal makan dekat sini. Romantik gila tunang aku ni. Hehhee…. 

Aesya mengekori tunangnya itu dari belakang tanpa lelaki itu sedari. Mana dia nak pergi tu? Namun langkah Aesya terhenti tatkala melihat Farhan berpamitan dengan seorang wanita, yang amat dikenali.

“ Qaisy Farhan!” 

Aesya Humairah menyahut nama itu kuat saat melihat tangan Farhan melingkari pinggang wanita itu.Risya dan Farhan sama-sama berpaling, dan jelas terpamer riak terkejut di wajah kedua pasangan itu.

“ Sya,. Sebenarnya… sa…salah faham je. Kami cuma.. “ tergagap Farhan cuba menerangkan, sebetulnya cuba mereka satu pembohongan. Risya sudah menunduk tidak berani bertentang mata dengan Aesya yang sedang mencerlung marah. Aesya mara dan melepaskan tamparan di pipi Farhan. Tangannya menggigil menahan amarah. 

“ Sya percaya pada awak. Kenapa buat Sya macam ni. Hina sangat ke Sya sampai  awak sanggup buat saya macam ni..dengan kawan baik saya sendiri..awak..astagfirullahadzim…..” Aesya mengurut dadanya yang terasa perit. Farhan cuba menyentuh tangan Aesya namun gadis itu segera menepis. 

“ Don’t you ever touch me Qaisy Farhan! Sya bukan semurah perempuan ni! Kita putus, no more engagement, no more relationship. Semoga awak bahagia!” teriak Aesya sebelum berpaling dan berlalu pergi. Tidak mahu lagi berpaling. Walau kala itu hatinya benar-benar sakit dan terhiris luka. 

‘I hate you, Farhan. Sya takkan maafkan awak sampai bila-bila’ 

Aesya tersedu dan terduduk di dalam lif. Sudah tidak mampu menahan kesedihan lagi. Tangisan dilepas semahu-mahunya. 

“ Sya… kenapa ni?” saat pintu lif terbuka, muncul Haiyyan Raziq. Aesya perlahan mengangkat wajah, dia masih tersedu menahan tangis. Wajah sahabatnya itu dipandang sayu.




“ Nah, minum dulu” Aesya hanya memandang kosong cawan dihadapannya. Airmata yang gugur hanya dibiar, tidak diseka. Kesedihannya tidak mampu dibendung. Dia benar-benar kecewa dengan perlakuan Farhan dan Risya. Terluka kerana dia diperbodohkan oleh dua insan yang benar-benar dia sayangi. 

“ Lepaskan Sya, lepaskan tangisan kau kalau itu boleh buat kau tenang. Aku ada” ucap Haiyyan.

“ Kenapa dia buat aku macam ni? Apa salah aku. Kenapa aku? Aku sayangkan dia” Aesya terus mengogoi. Hilang perasaan malunya pada Haiyyan. Haiyyan hanya diam , tidak berniat ingin membalas. Biarlah Aesya melepaskan perasaan semahu-mahunya. Hampir setengah jam Aesya menangis, baru keadaan kembali tenang. Tangisannya sudah surut dan hanya sesekali kedengaran sendu kecil. 

“ Sebenarnya, aku dah lama tahu” Haiyyan membuat pengakuan yang cukup mengejutkan aesya. Aesya memandang Haiyyan bagai tidak percaya. 

“ Kau tahu? Kau tahu semua ni dan kau tak beritahu aku? Kawan jenis apa kau ni??” Aesya melengking.

“ Dengar dulu Sya. Memang aku dah tahu lama,dah banyak kali dia kantoi dengan aku. Aku sendiri dah berhadapan dengan Farhan. Dia dah janji akan terus terang dengan kau dengan cara yang baik, Sya. Aku pegang janji dia. Aku tak nak kau tahu dari mulut aku, biar dia sendiri yang cakap. Dan, aku sebenarnya, tak nak hati kau terluka bila kau tahu hakikat ni. Aku tak sanggup tengok kau sedih” 

“ Dah berapa lama dieorang bersama?” soal Aesya serius. Haiyyan mengeluh berat. 

“ setahun “ 

Satu lagi kejutan. Setahun? Tempoh yang sangat lama. Satu tempoh di mana dia dan farhan masih belum lagi bertunang. Kenapa mesti Farhan lakukan semua ini? 

“ Farhan memang selalu bertukar pasangan sebelum kenal dengan kau Sya. Tapi Risya tetap setia dengan dia. Farhan ambil keputusan bertunang dengan kau bagi ubah sikap dia yang playboy dan dalam masa yang sama dia nak jauhkan Risya. Tapi … macam yang kau tengok.. dia dengan Risya….” Haiyyan tidak meneruskan kata-kata tatkala Aesya sudah mengangguk faham. 

“ Aku dipergunakan. Tak adil untuk aku . Aku diperbodohkan dan aku mencintai seseorang yang tak pernah cintakan aku. Bodohnya aku Ya Allah!” Aesya memegang kepalanya. Bagai terasa ada satu bebanan yang terlampau berat. 

Haiyyan Raziq menggeleng.

“ Kau tak salah Sya. Farhan yang bodoh sebab tinggalkan seseorang yang istimewa macam kau. Believe me, Farhan salah sebab tak pilih kau. So, tak ada guna kau nak hukum sendiri. Dia tak layak untuk ditangisi” 

Aesya tersenyum dalam airmata yang masih menitis. Haiyyan mencapai tisu dan dihulurkan kepada Aesya.Lelah sudah dia melihat airmata duka itu.

“ Smile please. Aku boleh jadi gila bila tengok kau menangis macam ni. Lagi happy aku bila tengok kau merajuk or marah, itu lebih sweet, dear”  seloroh Haiyyan. Aesya tergelak kecil. Senang dengan sikap Haiyyan yang bersahaja. Sedikit sebanyak terubat luka dihatinya. Aesya cuba menguntum senyum seikhlasnya. Benar kata Haiyyan , tiada guna dia menangis untuk lelaki seperti Farhan itu. 

“ thanks. Kau selalu ada bila aku memerlukan.  Kau memang sahabat aku yang baik” 

“ Aik, sahabat je? Bila nak tukar title jadi sayang ni?” 

Aesya mencerlung mata. Ketawa besar Haiyyan melihat Aesya yang seakan marah.

“ Dah, stop nangis. Air ni minum, penat aku buat. Special untuk sayang aku” ucap Haiyyan sambil tersengih. Aesya hanya menjeling. Namun seketika kemudian dia ketawa melihat cawan itu. Buihan krimer cantik membentuk smiley. Comel! 

“ Smile, coz you’re beautiful” bisik Haiyyan perlahan dan tertawa kecil. Aesya turut sama melempar senyum. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik Haiyyan Raziq.




Aesya menghempas tubuhnya di atas katil. Lepas satu masalah, satu lagi masalah mendatang. Dia bungkam di atas katil. Iphone yang sudah gelap dipandang lama. Perbualan dengan ibunya di kampung membuatkan hati Aesya berkecamuk. 

“ Kenapa kau ni Sya? Kusut semacam je. Takkan kau fikir lagi pasal Farhan tu?” soal Hana turut sama melabuhkan punggung di katil Aesya. Aesya menggeleng.

“ Bukanlah! Buat apa aku fikir pasal alien tu. Ni mak aku. Dia bising suruh aku kawin. Alasannya nak langsung sekali dengan kak Ngah aku tu. Kusut betul lah” 

“ Hah, jangan nak salahkan mak kau. Kau yang memandai janji dengan mak kau nak kahwin saing kak ngah kau kan. Dah beribu duit mak kau belanja nak siapkan semua. Memang salah kau pun” 

“ Alah kau ni, Jangan buat fikiran aku bertambah kusut boleh tak? Cuba tolong fikirkan masalah aku ni” 

“ Apa masalahnya, mak kau suruh kawin, kau kawin jelah” 

“ Amboi senangnya cakap, nak kawin dengan apa? Kucing? Aku mana ade calon. Kau tau tak, mak aku kata kalau hujung bulan ni, aku tak bawak balik calon menantu, mak aku dah atur majlis aku dengan calon pilihan dia. Eiiiii, sumpah aku tak nak. Entah siapa-siapa tah dipilihnya tu nanti” 

Hana terdiam. Betul jugak , sahabatnya tu baru putus cinta. Hana mengurut dagunya seakan berfikir sesuatu. Kemudian , dia tersenyum-senyum mendapat idea. 

“ Hah, aku tahu!” Hana menjerit kecil . Kemudian dia berbisik sesuatu di telinga Aesya.

“ Ah, kau dah gila ke? tak nak lah aku!” 

“ Kau ni bendol lah. Cuba beritahu sekarang pilihan apa lagi yang kau ada? Choose. Ikut cakap aku, atau kawin dengan pilihan mak kau yang entah muda ke tua ke tu. Nak?” 

Aesya pantas menggeleng. Tetibe dia terbayang calon suami pilihan maknya adalah lelaki tua, bermisai tebal, gatal, miang. Eiiiiii,, tanak!!!!





Aesya Humairah resah menanti Haiyyan Raziq. Tidak pernah lelaki itu lewat, namun hari ni, sudah hampir setengah jam lelaki itu lewat. Aesya sabar lagi menanti. Dia perlu melakukan ini. Antara hidup dan mati! Hoho..

“ Assalamualaikum, Sya . Sory, aku lambat. Ada hal sikit tadi” Haiyyan mendekati Sya yang sedang menunggunya di taman rekreasi. Aesya hanya tersenyum dan menjawab salam. 

“ Urm.. ada apa ni nak jumpa aku? Macam penting je?” 

“ Ermm.. sebenarnya.. aku….. “ 

Aesya takut untuk meluahkan kata-katanya. Tangannya dielus-elus. Terlihat resah diwajahnya. Haiyyan berkerut dahi. Dia menyentuh tangan Aesya dan mengusapnya perlahan. Kenal benar dengan sifat Aesya yang akan berkelakuan begini sekiranya risau akan sesuatu. 

“ Kenapa Sya? Ada sesuatu berlaku ke? Asal kau resah semacam ni?” Haiyyan bertanya risau. 

“ Err …. Tak .. Sya… erm.. eishh.,, susahnya nak cakap!” rungut Aesya. Haiyyan ketawa kecil. 

“ Rileks sayang. Tarik nafas, cakap perlahan-lahan. Bagi aku faham” Aesya berpaling saat Haiyyan memanggilnya sayang. Dia merenung mata lelaki itu. 

“ Kau sayang aku?” soalan Aesya itu membuat Haiyyan terpana. Macam kena sampuk hantu pun ada. Terkejut tak hengat. Haiyyan berdehem beberapa kali. 

“ Sayanglah. Kau kan kawan aku” 

“ Tak bukan sayang yang tu. Kau cintakan aku?” soal Aesya. Walau riak mukanya selamba , namun dalam hatinya bersarang seribu satu keresahan. Malu pun ada. Huhu… 

“ Kenapa kau tiba-tiba tanya macam ni? Kalau aku cintakan kau sekalipun kenapa?” 

Aesya agak terdiam. Adakah tadi itu satu pengakuan. Haiyyan baru sahaja beritahu yang dia cintakan aku ke? eh, ke itu sekadar soalan? Eh, pening! 

“ Sebenarnya macam ni, last week mak aku…” Aesya mula bercerita tentang permintaan emaknya dari awal hingga akhir dan sebab mengapa dia ingin bertemu Haiyyan hari ini. Haiyyan sekadar diam kemudian ketawa sinis. 

“ So kau nak suruh aku buat apa? Jadi suami segera, macam tu?” soal Haiyyan penuh sinis. Sedikit tercabar dengan permintaan Aesya itu. 

“ Tak, bukan macam tu.. maksud aku… kau….” Aesya mati kata-kata. Wajah Haiyyan di pandang sayu. Jelas lelaki itu salah faham, dan mungkin terasa dipergunakan. 

“Aku bukan patung yang tak ada hati dan perasaan Sya. Selama ni bila aku cakap yang aku sayang kau, nak jaga kau, aku betul-betul serius. Cuma kau yang tak pernah serius dengan perasaan aku. Tapi hari ni….. “ Haiyyan ketawa lagi. Marah dan kelakar bercampur satu. 

“ Aku minta maaf. Memang aku buta. Buta mata dan hati. Tak nampak insan sebaik kau…. Maafkan aku” begitu perlahan bisikan Aesya. Hatinya diruntun sayu. 

Haiyyan mengeluh buat kesekian kalinya. Dia berkalih ke kiri. Kini dia betul-betul menghadap Aesya.

“ Kau insan pertama yang bertakhta di hati aku, dan selamanya cinta aku takkan padam buat kau…

Aesya mengangkat wajah mendengar kata-kata Haiyyan. Begitu tulus. Mata mereka bertaut dan bersatu “ Haiyyan….”  Aesya menyeru nama itu. Benarkah lelaki ini begitu ikhlas menyintaiku? 

Haiyyan bermain dengan perasaannya sendiri. Bibirnya bergetar untuk menyambung bicara. Matanya terasa panas menahan airmata dari gugur. 

“ Aku sayangkan kau.. tapi….” 

“ Aku dah jadi hak orang” airmata gugur di pipi Haiyyan saat melafazkan kata-kata terakhir itu. Aesya tergamam. Hak orang? Apa maksud dia? 

“ Kau…. Maksud kau?.... 

Haiyyan menunjukkan cincin di jarinya. Dia tersenyum hambar. Airmata yang gugur diseka. Satu keluhan berat dilepaskan. 

“ Minggu depan aku nikah” 

Aesya terdiam. Bagai tidak percaya apa yang baru didengarinya sebentar tadi. Tiba-tiba wajahnya diserbu malu yang teramat sangat. Malu dengan tindakannya hari ini. Merayu dengan bakal suami orang untuk mengahwini dia. Terasa maruahnya jatuh menjunam-junam ke tanah. Aesya menutup matanya menghilangkan rasa tidak enak itu. 

“ Tahniah. Ak…. Aku… Aku doakan kau bahagia dengan future wife kau. Aku balik dulu” ucap Aesya dan terus bangkit tanpa berpaling lagi. Langkah diatur laju seiring dengan airmata yang tidak henti mengalir membasahi pipinya kala ini. Entah mengapa ada rasa kecewa yang bertandang.





 “ Aku malu Hana. Aku malu pada dia” Seharian Aesya menangis. Kalau orang lain timbul mata panda sebab study, dia pula sebab menangis. Hana mengeluh perlahan. Bahu Aesya diusap lembut. 

“ Dahlah tu. Hurm… salah aku jugak. Bagi idea gila pada aku. Kalau tak mesti tak jadi macam ni” 

Aesya memandang Hana dan menggeleng. 

“ Bukan salah kau Hana. Salah aku yang buta. Selama ni aku betul-betul tak pernah hiraukan kehadiran dia. Tapi sekarang bila dia dah jadi milik orang lain, baru aku terasa kehilangan, Hana. Aku sayangkan dia, aku tak sanggup lepaskan dia pergi” 

“ Aku simpati dengan kau Sya. Tapi semua ni dah takdir Allah. Ketentuan dia, kita tak boleh sanggah. Dah bukan jodoh kau dengan Raiyyan. Kau kena redha” 

Aesya menyembamkan mukanya ke bantal. Hatinya begitu perit kehilangan cinta Raiyyan. Baru kini dia sedar, hatinya sudah lama diserah pada lelaki itu. Namun semua kini sudah tiada erti. Lelaki itu bukan miliknya lagi. Aesya terus-terusan menangis. Hana mengeluh. Sudah tidak mampu memujuk lagi. Aesya dibiarkan melayan perasaan sendirian. Mungkin dia akan lebih tenang begitu.





Aesya bangkit malas menuju ke meja study saat iphone miliknya berbunyi nyaring. Sudah dua hari dia diserang demam. Butang answer ditekan tanpa melihat pemanggilnya. 

“ Helo… “ suara Aesya sedikit serak. Antara dengar dan tidak sahaja kala pemanggil sebelah sana mengutus salam. Namun seketika kemudian matanya membulat. Dia kembali memandang skrin telefon. Aesya menekup mulutnya. Dia sudah tidak berhubung dengan lelaki itu sejak pertemuan terakhir yang lalu. 

“ Sya, still there?” 

“ Erm.. yup.. aku dengar” 

“ Kenapa suara kau, tak sihat ke?” 

“ Erm.. ha.ah.. demam sikit” 

“ Hai, macam mana pengantin ni. Lagi berapa hari nak kahwin, demam pulak dia” 

Aesya berkerut kening. Macam mana lelaki ini tahu. 
“ Erm…. “ Aesya hanya menjawab ringkas. Tidak berminat untuk berbicara soal perkahwinannya. 

“ Actually, aku ada dekat area kampung kau ni. Boleh kita jumpa sekejap?” 

“ Erm.. jumpa. Aku tak sihatlah . Lagipun tak elok aku keluar. Majlis aku.. 

“ Sya… please. Kita mungkin jumpa untuk kali terakhir. Lepas ni kau dah berkeluarga, aku pun dah ada. Kita akan bawa haluan sendiri. Aku nak sangat jumpa kau. Please…” 

“ Erm… aku… tanya mak dululah. Nanti aku call kau” 

“ Ok, aku tunggu kau k. Kalau mak kau tak bagi keluar, biar aku datang rumah kau je. Aku nak sangat jumpa kau. Aku rindu sangat Sya” 

“ Haiyyan… tak elok kau cakap macam tu… kalau wife kau dengar, kecik hati dia” 

“ Ok, sory. Aku tunggu k Sya. Bye, Assalamualaikum”




“ Baru 3 minggu kita tak jumpa, kau berubah sangat Sya. Badan kau makin kurus. Kenapa kau tak jaga kesihatan. Kau kan nak jadi raja sehari. Nanti tak naik dah seri” 

Aesya hanya tersenyum hambar. Hanya Haiyyan yang menyedari perubahan dirinya itu. Keluarga yang lain langsung tidak menyedari. Benarlah lelaki ini sangat mengambil berat akan dirinya. Hati Aesya dirudung sayu. Tidak semena airmatanya gugur. 

“ Sayang… kenapa ni?” tidak tertahan hati Haiyyan tatkala melihat airmata yang gugur itu.Aesya memalingkan wajah.

“ Stop it . Don’t you ever call me like that. Kau hanya akan buat makin cintakan kau” 

Haiyyan terdiam mendengar pengakuan itu. Dia memandang Aesya dengan pandanga tidak percaya. 

“ Say it again, Sya. Aku tak salah dengar kan?” Haiyyan meminta kepastian. Aesya menundukkan wajah. Tangisannya semakin menjadi-jadi. 

“ Yes, aku admit. Sejak kau akui yang yang cintakan aku, aku baru sedar perasaan tu dah lama wujud dalam hati aku. Aku benar-benar rasa kehilangan bila pergi jauh dari hidup aku, Haiyyan.Bila Farhan tinggalkan aku, aku tak sesedih ini.Tapi kau...kehilangan kau buat hati aku jadi sakit” 

" Sya... aku tak tahu perasaan pada aku. Kalau aku tau...

“ Apapun perasaan aku pada kau, semuanya dah telambat Haiyyan. Kau dah pun punya isteri, dan aku akan menjadi hak orang selepas ni. Aku mohon kau lepaskan aku, jangan biar ada cinta yang tersisa buat aku. Aku doakan kau dan isteri kau bahagia” 

Haiyyan merenung mata Aesya dalam. 

“ Aku doakan kau,Sya. Insya Allah, akan ada senyuman yang terukir saat kau meniti bahagia bersama suami kau nanti” 

Haiyyan sudah bangkit meninggalkan Aesya. Aesya menutup matanya rapat dan menarik nafas panjang. ‘pergilah kau wahai kasih, cari cintamu yang baru. Aku bukan lagi milikmu’





Aesya termenung di beranda kamarnya. Baru beberapa jam yang lalu dia sah bergelar isteri pada menantu pilihan ibunya. Ada rasa tenang yang menghuni hatinya. Bila mengenangkan kembali majlis pernikahan ringkas tadi, hatinya jadi berbunga dan ada tawa yang terukir di bibirnya. 

Siapa sangka Haiyyan Raziq adalah calon suami yang diatur ibunya. Pada saat Haiyyan masuk ke kamar untuk sesi pembatalan air sembahyang, Aesya sudah hampir pengsan. 

“ Haiyyan! Kau buat apa dekat sini?” Aesya sedikit berteriak. Namun langsung tidak mengejutkan seisi keluarga yang ada dibilik itu. Masing-masing tersenyum melihat Aesya yang kebingungan. 

“ Nak jumpa isteri abanglah sayang. Kenapa, tak percaya?”

“ Abang? Eh jangan nak mengarut. Kau suami aku? Habis isteri kau? Mak apa ni??” 

“ Sayang… abang….

“ Kau jangan nak kata aku ni bini nombor dua kau?? Kau desperate ke apa ni? Mak Sya tak nak! Memang Sya sayangkan dia, tapi Sya tak segila ni jadi bini nombor dua lah mak! Tak nak!” 

“ Hisyyy, apa kamu ni Sya. Mana ada bini nombor dua. Kamu suami isteri, tak adanya isteri lain. Mengarut je. Dah sarung cincin cepat. Nanti lepas majlis boleh cerita-cerita”



“Sayang……..” satu kucupan hinggap di pipi Aesya , menghilangkan lamunan dia sebentar tadi. Aesya hanya menjeling suaminya yang sudah memeluk tubuhnya dari belakang. Haiyyan tersenyum melihat isterinya yang masih mahu melancarkan rajuk. Dagunya didaratkan di bahu Aesya. Lega segalanya telah selesai. 

“ You owe me an explaination ,Haiyyan…”

“ Abang, sayang… call me A.B.A.N.G” 

“ NOPE. Sya tak akan ubah panggilan Sya selagi tak terangkan semua ni. Pandaikan , plan dengan mak, satu family komplot. Sya je yang tak tahu” 

Haiyyan ketawa. Pipi isterinya dicuit geram. Aesya benar-benar comel saat merajuk begitu. 

“ Ok, erm… nak start dari mana ya? Banyak sangat lakonan ni….”  Haiyyan masih mahu mengusik isterinya. Aesya mencerlungkan mata dan mencubit pinggang suaminya. Haiyyan ketawa. 

“ Before abang cerita, nak hadiah dulu… “ Haiyyan mengunjukkan pipinya. Aesya menayang muncung itik. 

“ tak nak!” 

“ Ok then, tak ada story lah. Biar sayang tak tahu sampai bila-bila” 

Aesya mengembongkan pipinya. Benar-benar geram dengan Haiyyan Raziq. Mahu tidak mahu dia mendekatkan bibirnya ke pipi suaminya. Namun belum sempat landing, dah landing tempat lain. Haiyyan terlebih dahulu berpusing dan bibir mereka bersatu. Aesya memukul bahu suaminya geram. Haiyyan ketawa menang. 

“ Ok, thanks sayang. Biar abang cerita ok. Actually semua ni start dari cincin” 

“ Cincin?” 

Haiyyan mengangguk. Dia menarik tangan Aesya dan mengunjuk cincin hari lahir yang dihadiahkan  oleh ibu Aesya. 

“ This one, abang yang bagi. Bukan mak. Mak jadi orang tengah je. Ni cincin tanda, abang dah pun ikat sayang sebulan selepas sayang putus dengan Farhan. Abang tak sanggup nak lepaskan sayang pada orang lain. Abang terpaksa guna taktik ni, sebab masa tu abang tahu, sayang tak cintakan abang” 

“ eiii,, jahatnye dia….” Aesya membuat muka jengkel. Haiyyan hanya ketawa melihat mimik muka isterinya itu. 

“ dan, usaha ini takkan berjaya tanpa bantuan mak sayang. Mak suruh abang rahsiakan semua ni, hinggalah sayang bertemu abang, minta untuk jadi suami ekspress. Abang betul-betul tak sangka sayang akan pilih abang. Walau masa tu pedih lah jugak hati ni. Yelah, orang’terpaksa ‘ kan” ucap Haiyyan sambil ketawa. Aesya diserbu malu. Dia menepuk perlahan tangan suaminya. Malu mengingatkan peristiwa itu. 

“ Dan, pertemuan terakhir kita, abang betul-betul terharu bila sayang akui yang sayang cintakan abang. Saat tu bukan lagi lakonan, tapi abang sangat ikhlas. Abang bersyukur pada Allah, akhirnya pintu hati sayang terbuka buat abang. And now, sayang jadi isteri abang yang sah. Syukur Alhamdulillah” Haiyyan mengakhiri ceritanya dengan seukir senyuman.  

“ Tak baik tau . Membazir airmata je menangis untuk dia” Aesya bersuara, sedikit rajuk. Namun dalam hati dia bahagia. Dapat bersama dengan Haiyyan Raziq, suami yang sangat dicintai. 

“ Abang minta maaf ok sayang. Abang janji airmata duka tu, abang akan gantikan dengan kebahagiaan , forever till Jannah. 

Sejuk hati Aesya mendengarnya. Airmatanya gugur. Namun bukan kerana kedukaan, tapi kerana kebahagiaan yang dikecapi. Dia memeluk tubuh Haiyyan erat. Haiyyan tersenyum gembira. Ubun-ubun isterinya dikucup perlahan. 

“ A’an sayang Yaya” bisik Haiyyan perlahan. Aesya ketawa kecil mendengarnya. Sudah lama dia tidak mendengar ayat itu. Pipi suaminya dicuit perlahan. Tangannya dilingkar di leher Haiyyan. 

“ Yaya lagi sayangggggg sangattt sangattt dekat A’an” 

“ Tak. A’an lagiiiiiiiiiiiiii sayanggggggggggggggg sangattttttt sangattt sangattttt dekat Yaya” 

“ Eiii, suka tau abang ni. Tak pernah nak mengalah dengan sayang” 

Haiyyan ketawa besar. Pipi isterinya dikucup lama. 

“ Sejuk hati abang sayang panggil ‘abang’ . I love you sayang” 

“ I love you more” ucap Aesya tidak mahu mengalah. Haiyyan hanya tersenyum. Haiyyan menarik Aesya masuk ke dalam dan dia berhenti di birai katil. Tubuh isterinya didakap erat. 

“ Sayang……” 

“ erm?” 

“ Ingat tak A’an buat Yaya nangis dulu, sampai merajuk berminggu-minggu dengan A’an?” 

“ Erm…. Yang mana ek? Tak ingatlah” Aesya cuba mengerah ingatannya. Sukar untuk difikirkan , kerana memang setiap hari suaminya itu akan buat dia menangis. 

“ Kau selalu main kawin-kawin dengan aku. Akak aku cakap, orang kawin, baru boleh dapat baby. Hah, habislah kau, nanti dalam perut kau ada baby. Aku tak tau” Haiyyan mengajuk kembali usikannya pada Aesya suatu ketika dahulu. Kerana usikan itu, Aesya merajuk dengannya dan tidak mahu keluar rumah. Aesya juga jadi anti untuk bermain kawin-kawin. 

HAHAHHAHAHAHAHAHAH… 

Aesya ketawa kuat bila mendegar dialog itu. Ketawanya bersahut-sahutan hingga keluar airmata. Senak perutnya menahan tawa. Terasa bodoh kerana dia mempercayainya. Tapi, memanglah. Baru darjah dua, manalah nak tahu. Lepas Haiyyan berkata begitu padanya, dia menangis dan mogok tidak mahu sekolah dan keluar rumah selagi baby dalam perutnya hilang. 

“ Nak buang baby, nak buang baby” Haiyyan mengajuk kata-kata Aesya sambil ketawa. Kini giliran dia pula ketawa terbahak-bahak. Aesya mencubit lengan suaminya geram. Wajahnya diserbu malu. 

Haiyyan mengakhiri sisa tawanya. Pipi isterinya di usap dengan senyuman yang mekar. 

“ Kenapa abang tiba-tiba ungkit pasal tu? Malu sayang tau” 

“ Erm… abang nak buat eksperimen lah sayang. Nak buktikan kesahihannya” ujar Haiyyan perlahan dan menggoda. 

“ Hah?” Aesya terlopong tidak faham. Haiyyan tersenyum. Dia tunduk dan mengucup pipi Aesya.

“ Nanti kita tengok ea, ada baby ke tak dalam perut sayang” bisik Haiyyan sebelum ketawa kecil . Aesya mengetap bibirnya , faham dengan ‘eksperimen’ yang dimaksudkan. Namun seketika kemudian, dia menguntum senyum. Hatinya bahagia . Benarlah , jika kita mengizinkan orang yang ikhlas mencintai kita untuk masuk mengisi ruang dalam hati, cinta kita buat dia akan mekar dan bercambah seiring dengan rasa kecintaan pasangan pada kita. Insya Allah. Bahagia Forever till Jannah. Amin.


sweet tak cite nieh??? hehehe... (plz kata sweet  :p)  okbaii~


3 comments:

  1. sweet n gmpkkkk coiii!!!!!!!!!!-iezahtakuya

    ReplyDelete
  2. sweeeeeeeeeeeeeeeeet sangaaaat !

    ReplyDelete

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.