wewittt....
Misi Mencari Cinta versi Cinta ke? Ria dan Zeck... sapa tak kenal
memang nak kena ketuk kepala tuh.. hahahaa... okeh, this one di edit
khas oleh kak Ria sendiri.. enjoy reading kawan-kawan.... =)
Zeck
berkerut dahi melihat profile pekerja dihadapannya. Pekerja lain tidak
bermasalah, namun seorang ini sahaja. Pembantu pegawai pemasaran yang
mempunyai masalah kehadiran yang teruk. Baru sebulan bekerja, tetapi
sudah hampir seminggu tidak hadir ke pejabat.
‘Tanpa MC pulak tu.’ Zeck mengeluh kasar.
“Lina,
masuk bilik saya sekejap.” Zeck mengarahkan setiausahanya masuk ke
bilik dengan menekan butang intekom. Beberapa ketika sahaja, Lina yang
tinggi lampai itu sudah berdiri dihadapan Zeck sambil memegang planner.
“Ada apa Encik Zeck?”
Zeck
mencampakkan perlahan fail hitam dihadapan Lina. Matanya bagaikan
mengarah Lina mengambil fail tersebut dan menelitinya. Lina mengangguk
lalu membaca.
“Saya
dah seminggu masuk ofis. Kenapa dia masih belum datang? Makan gaji buta
ke apa?” Walaupun suara Zeck pada tahap yang perlahan dan bersahaja
tetapi tetap tegas dipendengaran Lina.
Lina menjadi gugup. Dia baru seminggu bersama dengan bos muda ini, belum pernah bosnya beremosi begini.
“Err... Cik Ria... Dia tak sihat. Saya tak pasti sama ada sakit teruk atau tidak. Cuma abang dia contact ofis, dan beritahu adik dia masih belum dapat hadir,” Lina bersuara dengan agak takut-takut.
“Dia dapat rawatan dari mana?”
“Erm, hospital luar Encik.”
“Hospital luar? Bukankah kita ada doktor panel? Ni tak lain nak claim cuti panjanglah ni. Saya cukup pantang dengan pekerja careless macam
ni. Saya tak kira. Awak hubungi dia dan beritahu, suruh dia masuk kerja
esok. Kalau tak saya akan gantung dia kerja selama 3 bulan!” tegas
sekali suara Zeck. Wajahnya serius.
Bulat mata Lina mendengar arahan itu. Kejamnya!
“Baik Encik Zeck. Ada apa-apa lagi?”
Zeck
hanya menggeleng kepala dan mengarah Lina keluar. Saat pintu sudah
kembali tertutup rapat, Zeck memandang fail hitam itu kembali.
‘Ria…..’ sebaris nama itu disebut dalam hati Zeck.
‘Betul
ke kau Ria?’ Zeck mengumam dalam hati. Dia hampir pasti pembantunya itu
adalah gadis yang dicari-cari selama 7 tahun ini. Zeck mengeluh
perlahan. Tidak sabar ingin bertemu empat mata dengan wanita itu, bagi
memastikan kebenarannya.
Ria
Aryantie kembali masuk ke pejabat setelah hampir dua minggu berehat di
rumah. Itu pun kerana dipaksa oleh abang-abangnya. Ikutkan hati,
seminggu sudah dia kembali tetapi memikirkan ugutan bos barunya itu.
“Ria,
rindunya dengan kau. Kau dah sihat ke?” Syaira menegur. Gadis itu yang
merupakan penyambut tetamu di meja depan menjadi orang pertama yang
menegur Ria.
Ria pun melemparkan senyuman manis dan mengangguk kepala.
“Alhamdulillah, sihat dah. Terima kasih rindukan Ria. Untung Ria. Hehe…”
Syaira ketawa kuat sambil memukul lembut lengan Ria. Dia senang dengan sikap Ria yang murah dengan senyuman dan peramah itu.
“Ria
naik dulu ye, Syai. Nanti kita borak lagi, Assalamualaikum.” Kata Ria
sambil melambaikan tangannya. Syaira menjawab salam tersebut dengan
senyuman yang manis. Sesuai dengan tugasnya sebagai penyambut tetamu.
Ria
melangkah menuju ke lif untuk naik ke pejabat di tingkat lima. Baru
sahaja pintu lif ingin tertutup, ada satu tangan yang menahannya.
“Sorry…”
satu suara dari luar menyapa. Ria hanya diam. Saat seorang lelaki
menapak masuk ke dalam lif itu membuatkan Ria terpempan. Wajah yang
begitu dikenalinya. Ria pantas menyembunyikan wajah di sebalik
pashminanya. Dia berpura-pura sedang batuk. Mujur pashminanya hari ini
dililit terjuntai sebelah. Memudahkan dia untuk menutup sebahagian
wajahnya.
‘Apa
dia buat dekat pejabat ni?’ bisik Ria dalam hati. Mujur lelaki itu
tidak memandang Ria yang berdiri sedikit ke belakang darinya. Ria
memerhati belakang tubuh lelaki itu yang lebih tinggi darinya. Walau
sudah lama tidak bertemu, dia kenal bentuk tubuh, rambut, mata, dan
segalanya tentang lelaki itu. Dia tak kan pernah lupa!
Ria
menapak laju menuju ke pejabatnya. Gara-gara lelaki itu dia sudah
terlambat. Tadi sewaktu lelaki itu turun di tingkat lima, Ria sengaja
tidak mahu keluar. Takut lelaki itu akan ternampak wajahnya.
Penghabisannya, Ria tersangkut hingga ke tingkat lapan dan terpaksa
bersesak-sesak dengan pekerja lain yang baru datang.
“Eh,
Ria?! Dah sihat ke?” Lina menyapa Ria yang terburu-buru membuka pintu
bilik pejabatnya. Ria hanya tersengih lalu mengangguk. Dia meletakkan
beg dan beberapa fail yang berada di tangannya di atas meja. Sebelum
kembali keluar, dia mendapatkan Lina yang sudah menghilang disebalik pantry.
“Morning!” Ria menyapa ceria dua orang pekerja lain yang sedang bersarapan di pantry bersama Lina. Dia duduk dan mengambil tempat.
“Lamanya cuti, Ria? Sakit apa?”
“Operate apendiks
kak. Sihat lama dah. Tapi faham-faham jelah abang-abang Ria dekat rumah
tu, bising. Suruh Ria rehat betul-betul , baru boleh masuk kerja.” Lagi
sekali Ria tersenyum.
“Oh
yeke? Baguslah ada abang-abang penyayang macam tu. Tengok aku ni,
dahlah yatim piatu. Anak tunggal pulak tu. Sakit pening tanggung sorang,
Ria oi!” Kak Fida bersuara sayu. Ria tersenyum.
“Tu
tandanya akak kena kawin dah. Sampai bila nak solo kak?” seloroh Ria.
Walaupun dia tahu Kak Fida memang tidak pernah memasang niat untuk
menamatkan zaman bujangnya.
“Tak
payah dilayanlah drama kak Fida tu Ria. Eh, cakap pasal solo ni, tu bos
baru kita tu... Solo lagi tau. Hensem pulak tu!” Asmira pula bersuara.
“Hah!! Ria, aku lupalah. Bos kata tadi, kalau kau dah datang, dia nak jumpa. Aku rasa better kau pi masuk bilik dia sekarang sebelum dia mengamuk.” Kata Lina dengan menjerit kecil dan menarik Ria agar keluar dari pantry. Ria sudah berkerut kening namun diturutkan sahaja langkah Lina ke bilik bos baru mereka itu.
“Kecil
betul dunia ni kan, Cik Ria Aryantie?” soal Zeck saat Ria sudah berada
dihadapannya. Jelas di wajah Ria yang gelisah dan tidak keruan. Zeck
tersenyum sinis. Namun dalam hatinya berbunga bahagia. Gadis yang
ditunggu dan dimimpi-mimpi setiap hari kini berada dihadapan matanya.
“Maksud
Encik?” Ria cuba berlagak tenang. Namun dadanya sudah berdebar bagai
mahu tercabut jantung. Siapa sangka Zeck yang ditemui dalam lif tadi
adalah bosnya.
Zeck tersenyum lagi. Dia bangun dari kerusi dan bersandar di meja, dekat dengan Ria. Tangannya disilang ke bahu.
“Jangan cakap yang awak dah lupa pada saya yang saya ni bekas teman lelaki awak, Nabil Fikir? I don’t think so,
Ria Aryantie. Wajah awak yang gelisah, menceritakan segalanya.” Zeck
cuba untuk menyentuh pipi Ria, namun Ria pantas mengelak dan berdiri
tegak. Dia menjauhi Zeck.
“Encik,
tolong hormat saya sebagai pekerja Encik. Saya minta maaf. Saya memang
tak kenal siapa yang encik sebutkan tadi. Kalau tak ada apa-apa, saya
keluar dulu.” Kata Ria.
Ria
sudah bergerak ke pintu , namun Zeck lebih pantas bertindak. Dia
menutup pintu dengan kuat dan menguncinya. Tangan Ria dicengkam kuat dan
tubuh gadis itu ditolak kasar ke dinding.
“Why did you do this to me Ria?
Awak tahu tak dah berapa lama saya cari awak? Separuh mati saya
rindukan awak? Hidup saya tunggang langgang bila awak tinggalkan saya!
Awak sedar tak? Mana awak menghilang? Mana awak pergi?” bertalu-talu
soalan yang disuarakan oleh Zeck.
Berdetap
rahang Zeck menahan marah. Wajahnya begitu dekat dengan Ria. Suaranya
perlahan namun begitu tegas dan sengaja ditekan menunjukkan yang dia
serius dalam setiap kata-katanya.
“Awak….”
Panjang nada Zeck lalu dia mematikan niatnya untuk terus bersuara saat
melihat keadaan Ria. Ria memejam mata dan berpaling ke arah lain. Hanya
esakan kecil yang kedengaran dan pipi mulus itu sudah basah dengan air
mata.
Zeck
tergamam. Dia seakan baru tersedar dengan tindakannya yang mengasari
wanita itu. Perlahan dia melepaskan cengkaman tangannya. Terkejut
melihat tangan Ria yang sudah merah.
“ Ria... Saya....” Zeck tidak terkata.
Tidak
sempat Zeck meminta maaf, Ria sudah melangkah keluar dari bilik
pejabatnya. Saat itu juga terdengar bunyi sesuatu jatuh di lantai. Zeck
tunduk dan mengutipnya. Kemudian dia mengeluh kesal.
“Saya
minta maaf awak……..” bisik Zeck perlahan, namun hanya sia-sia. Kelibat
Ria sudah tiada di depan matanya kini. Untuk memujuk Ria, dia tidak rasa
ini adalah masa yang sesuai. Sudahnya hanya dibiarkan sahaja.
Zeck
termenung di balkoni rumahnya. Sejak peristiwa tiga bulan lalu berlaku,
hidupnya jadi tidak menentu. Dia kembali terumbang ambing. Saban malam
difikirannya hanya Ria. Walau mereka bertemu hampir setiap hari di
pejabat, namun dia dapat rasakan Ria cuba mengelak dari bertembung
dengannya. Segala kerja dan dokumen, dihantar melalui Lina. Semasa
menyuarat pula, Ria hanya akan diam dan mencelah bila perlu. Habis
sahaja mesyuarat, Ria akan terus keluar sebelum sempat mereka bertegur
sapa.
“I miss you so much….”
Zeck berbisik perlahan. Dia mengeluh buat kesekian kalinya. Dia menapak
masuk ke bilik dan menghempas tubuh di atas katil. Gelang tangan milik
Ria dikucup perlahan. Rindu pada gadis pujaannya itu membuak-buak.
“Kita putus....” Ria bersuara perlahan ketika pertemuan terakhir mereka. Zeck terpempan.
“Tapi kenapa? Tiba-tiba je? Saya ada buat salah ke?” wajah Zeck berkerut seribu.
Pantas
Ria menggeleng. Air mata yang gugur diseka perlahan. Dia hanya
menundukkan wajah. Sesekali terdengar sendunya. Zeck jadi gelisah.
Bimbang jika ada mata yang melihat mereka dalam keadaan begitu.
“Awak…..”
Zeck duduk di hadapan Ria. Tangan gadis itu dielus perlahan. Itu
pertama kali dia menyentuh Ria sepanjang mereka bercinta. Ria sedikit
terkejut dan pantas menarik tangannya. Zeck mengeluh dan menguak
rambutnya perlahan.
“Beritahu saya, kenapa awak minta putus?”
“Saya nak tumpukan perhatian pada study” Ria beralasan. Zeck menggeleng.
“Dah dua tahun kita couple.
Tak pernah pun awak timbulkan soal ni. Kenapa tiba-tiba? Keputusan exam
awak tak pernah terjejas pun, makin meningkat adalah. Jangan jadikan study sebagai alasan. Selama ni saya tak pernah ganggu pun study awak. If awak nak study,
saya tak pernah kacau kan? Saya bagi awak ruang untuk belajar. Apa
masalahnya?” Zeck mula berang. Sakit pula hatinya apabila Ria
menimbulkan isu ini.
“Awak
tak faham…” Ria masih menunduk. Tidak berani untuk bertentang mata
dengan Zeck. Bimbang hatinya tidak kuat dengan keputusan yang telah dia
buat.
“Alasan!”
Lamunan
Zeck terhenti tatkala guruh berdentum diluar rumah. Hilang segala
kenangan pahit itu bersama Ria. Zeck mengeluh dan meraup wajahnya
beberapa kali. Seketika dia termanggu sendiri. Wajah Ria bermain-main
diruang matanya.
‘Aku kena cari jawapannya. Aku masih sayangkan dia…’ dalam dia Zeck memasang nekad. Dia ingin menambat hati Ria kembali.
Zeck
memerhati Ria dari jauh. Dia sudah menghafal dengan jadual gadis
pujaannya itu. Setiap hujung minggu Ria akan ke taman ini. Berjogging
lebih kurang satu jam dan akan duduk melayan perasaan di atas buaian
itu. Dia sudah tahu. Perlahan Zeck menapak ke arah Ria yang sedang
menggelamun.
“Sayang….”
Bisik Zeck perlahan ditelinga Ria. Ria nyata terkejut dan hampir
terjatuh dari buaian. Mujur sempat di tarik Zeck. Zeck ketawa kecil.
“Sayang ni clumsy lah. Kalau jatuh tadi, saya juga yang susah” Zeck giat mengusik.
Ria
hanya menjeling dan ingin segera berlalu, namun tangannya terkunci
kerana tangan Zeck berada diatas tangan Ria yang diletakkan di rantai
besi buaian tersebut. Kini Zeck berada di depannya. Memang sukar untuk
Ria melepaskan diri dengan keadaannya sekarang.
‘Entah
apa lagi lah yang bos aku ni nak? Tak puas agaknya selama dipejabat
menganggu aku saban hari. kat sini pun dia nak kacau?’ bisik hati Ria.
“Tepilah, saya nak balik!” Ria cuba menarik tangannya, namun genggaman Zeck terlalu kejab.
Zeck
tersenyum lagi. Dia tunduk dan duduk dihadapan Ria. Kedua-dua tangannya
masih lagi tidak dilepaskan. Keadaan itu membuatkan Ria terperangkap
dan tidak dapat bergerak langsung.
Zeck tersengih dan menatap wajah yang dirindui saban hari itu.
“Kenapa sayang ni comel sangat?” Soal Zeck.
Berkerut dahi Ria. Wajahnya sengaja dimasamkan.
“Im not your sayang, okay? Perasan!” kata Ria memandang ke arah lain.
“Biarlah
saya nak sayang awak. Saya peduli apa? Urm… awak still macam dulu,
comel dengan cermin mata tu. Saya suka.” Puji Zeck yang masih lagi
tersengih.
Ria
sudah melarikan wajah. Malu bertentang mata dengan lelaki yang pernah
bertapak dihatinya dahulu. Atau masih lagi hingga kini?
“Saya
nak balik lah…..” Ria sudah merendahkan suara. Berharap Zeck akan
termakan pujukannya. Zeck hanya diam. Dia melonggarkan sedikit
genggamannya, bimbang akan menyakiti Ria.
“Boleh, dengan satu syarat....” Zeck mula tersenyum nakal.
Ria hanya menjungkitkan kening. “What?” soal Ria acuh tak acuh.
“Awak kena lunch dengan saya hari ni. Lepas tu kita keluar tengok wayang. Boleh?” laju sahaja Zeck berkata.
Dan laju juga Ria menggeleng. ‘Keluar dengan dia? Eisshhhh, tak mau!’ bantah Ria di dalam hati.
“Okey tak apa! Kalau macam tu kita duduk jelah macam ni. Sampai bila-bila pun tak apa. Saya tak rugi apa-apa pun.” Kata Zeck.
Ria
mengetap bibirnya geram. Hatinya masih mahu membentak, namun sesaat
kemudian dia ternampak kelibat sebuah kereta melintasi taman permainan
itu. ‘Hah, mampos! Abang datang!’
“Okey! Saya keluar dengan awak tapi bukan hari ni tau. Esok, okey? So, tolong bangun. Saya kena balik sekarang!” Ahirnya Ria bersetuju. Lemas dengan pandangan Zeck yang tidak lepas memandangnya.
“Promise?” Zeck masih tidak mahu beralah. Ria bersungut.
“Ye, janji! Promise! Pleaseeeee, bangun sekarang. Pleasee…” Ria sedikit merayu.
Zeck ketawa kecil melihat wajah Ria yang comel sedang merayu padanya . Perlahan dia bangun.
Saat
sudah terlepas dari ‘penjara’ sebentar tadi, Ria dengan pantas berlari
ke rumahnya yang hanya berhadapan dengan taman permainan itu. Zeck
mengejarnya dari belakang.
“Hai
, abang Dan!” Ria menyapa abangnya yang sedang terjengah-jengah di
pintu pagar rumah sewa milik Ria. Shahdan tersenyum pada adiknya. Namun
seketika kemudian, senyumannya mati.
“Siapa
ni?” soal Shahdan. Ria berkerut kening dan turut sama memandang ke arah
abangnya lihat. Terkejut dia melihat Zeck sedang berdiri dibelakangnya
sambil tersenyum.
Zeck memperkenalkan diri sebagai teman lelaki Ria. Itu sudah cukup membuatkan Ria dan Shahdan sama-sama terbeliak mata. Gila!
“Dah
lama buat kerja macam ni?” Syamir bertanya geram. Sakit hati melihat
adiknya kala itu. Sungguh tidak menyangka, Ria bercinta dalam diam. Syam
dan Shakir masing-masing mengambil keputusan berdiam diri. Biarlah
Shahdan dan Syamir sahaja yang bersuara.
Ria hanya diam. Bibirnya diketap geram. Semua gara-gara Zeck yang mengaku sebagai teman lelakinya.
“Tujuh
tahun dah.” Zeck jawab selamba. Ria seakan mahu menangis mendengar
kenyataan itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia tikam dan cincang Zeck
sehingga lumat.
“Tujuh
tahun?!” Shahdan dan adik beradik yang lain bersuara serentak. Shakir
sudah memegang kepalanya. Tiba-tiba terasa dunianya berpusing.
Keempat-empat adik beradik itu memandang Ria tidak percaya.
“Mana
ada abang! Awak... Awak cakap apa ni?” Ria sudah mula panas. Zeck masih
tersenyum dan mempamerka riak yang sangat selamba.
“Abang-abang
semua, dengar dulu. Saya belum habis cakap lagi. Saya memang cintakan
Ria, sejak tujuh tahun dahulu hinggalah sekarang. Cuma….” Zeck terhenti
sebentar tatkala melihat wajah Ria yang menarik nafas lega. Zeck
tersenyum lagi.
“Ria
putuskan hubungan dengan saya, selepas dua tahun kami bercinta. Saya
pun tak tahu alasan sebenarnya. Ria cuma cakap dia nak tumpukan
perhatian pada pelajaran. Lepas tu, dia terus hilang. Tak dapat saya
hubungi. Dan, mungkin takdir Allah mempertemukan kami semula. Saya dan
Ria bekerja di satu pejabat.” Panjang lebar Zeck menerangkan kedudukan
perkara sebenar.
Shahdan, Shakir, Syamir dan Syam masing-masing terkejut. Mereka berpandangan sesama sendiri.
“Jadi
Ria.. Dia ni……” Shahdan memandang Ria. Adiknya itu perlahan mengangguk.
Shahdan bersandar perlahan di sofa tatkala melihat pengakuan Ria itu.
Masing-masing mengeluh perlahan.
Ria memandang pelik Zeck yang sedari tadi tersenyum-senyum disisinya. ‘Sawan ke ape mamat ni?’ bisik Ria dalam hati.
“Awak ni kenapa?” terlerai akhirnya persoalan diminda Ria. Zeck tersenyum lagi dan menggeleng.
“Kelakar
bila teringat kat abang-abang awak. Nak lepaskan awak keluar dengan
saya, Masya Allah, payahnya.” jawab Zeck sambil ketawa. Ria turut sama
tersenyum. Kemudian ketawa kecil.
“Memang, semua abang Ria macam tu. Caring melampau. Walau Ria ni cuma anak angkat ayah, tapi abang semua layan Ria dengan baik. Ria sayang sangat dengan diorang”
Zeck mengerling sekilas Ria disisinya.
“Hurm.. untunglah bang-abang awak. Ada orang sayang.”
Ria berkerut dahi memandang Zeck. ‘Lah, dah kenapa mamat ni? Dengan abang aku pun nak jeles?’
“Jeles ke?”
“Jeles
lah. Awak tu kesayangan saya, mana boleh awak cakap macam tu depan
saya. Awak sayang orang lain ye?” ujar Zeck seakan merajuk. Ria ketawa
kecil dan mencebik.
“Mengadalah awak ni. Siapa cakap Ria sayang awak?”
Zeck mencubit kuat pipi Ria hingga gadis itu berteriak.
“Sakitlah!!”
Ria sudah menarik muka masam dan menggosok pipinya yang pedih. Zeck
ketawa dan turut sama mengusap pipi kekasih hatinya itu.
“Siapa
suruh sayang nakal. Zeck sayang Ria tau. Ria pun mestilah sayang Zeck.
Kalau tak, tak kan Ria setuju nak kahwin dengan Zeck, kan sayang?” ucap
Zeck sambil tersengih. Ria mencebik lagi. Menyampah! Dia tidak
mengendahkan Zeck dan melulu masuk ke butik pengantin di hadapan mereka.
“Ingat!
Jaga adik aku betul-betul. Kalau aku tau kau sakitkan dia, jentik sikit
pun, siap kau!” Syamir memberi amaran pada Zeck. Zeck hanya tersengih.
Tebal sudah telinganya mendengar nasihat atau lebih kepada ancaman dari
abang iparnya. ‘Aduh, consider lah sikit, aku nak nikah sat lagi ni!’
“Bimbing
Ria tu baik-baik. Kau tu ketua keluarga, imam pada Ria. Tunjuk teladan
yang baik, faham?” kata Syam, ustaz muda pula memberi nasihat. Sejuk
sikit hati Zeck mendengarnya. Tidak sekasar Syamir. Zeck melempar senyum
dan mengangguk faham. Mujur Shahdan dan Shakir masih sibuk di luar,
kalau tidak tentu telinga Zeck akan turut sama panas dengan bebelan
mereka.
“Dah!
Dah! Imam dah sampai tu. Jom!” Shahdan memecahkan suasana. Zeck
tiba-tiba berdebar. Semalaman dia praktis untuk menjayakan sekali lafaz.
Kalau berulang kali, malulah dia. Tak jantan, bak kata Shahdan. Huhu…
“Alhamdulillah.”
Ria meraup mukanya memanjatkan kesyukuran tatkala dia dan Zeck sudah
sah bergelar suami isteri. Ada rasa bahagia yang menjentik tangkai
hatinya. Mengenangkan kembali usaha Zeck untuk meraih cintanya kembali,
membuatkan Ria sangat terharu. Entah formula apa yang digunakan Zeck
untuk memujuk abang-abangnya agar bersetuju menerima Zeck. Ria juga
tidak tahu.
“Sayang…” Zeck ceria memeluk tubuh isterinya yang baru dinikahi beberapa jam yang lalu. Pipi Ria dikucup perlahan.
“Eiii,
apa kiss-kiss Ria ni? Tak malu ea?” Ria sudah menjeling tajam suaminya.
Zeck hanya tersengih. Ada beberapa pasang mata yang memandang mereka
sambil tersenyum. Wajah Ria sudah diserbu malu. Pinggang suaminya dicuit
geram.
“Sakitlah
sayang ni. Nak main cubit-cubit tunggulah malam.” Zeck mengusik sambil
mengenyit mata dengan nakalnya. Mencerlung mata Ria memandang suaminya.
Zeck ketawa kuat. Belum sempat dia ingin mengusik lagi, Syamir datang
menghampiri mereka.
“Ria,
jom! Kita ambil gambar. Abang Dan dah tunggu tu.” Syamir menarik tangan
Ria tanpa mempedulikan Zeck. Syam sebagai jurugambar of the day telah bersedia di hadapan pelamin yang dihias indah bersama dslrnya. Zeck menarik wajah masam.
“Suka-suka hati kidnap bini aku. Sabar betul aku dengan diorang ni!” sungut Zeck dan mengekori langkah isterinya dari belakang.
Ria
tersenyum dalam pelukan suaminya. Terasa lucu melihat abang-abangnya
yang teruja melihat kelahiran anak buah mereka yang pertama. Zeck juga
tersenyum bahagia. Pipi isterinya dikucup perlahan.
“Hensem
kan Ria? Macam abang Dan” ucap Shahdan bangga. Namun kata-kata Shahdan
disambut dengan ejekan dari adik beradik yang lain.
“Tang mana hensemnya abang Dan tu? Dia ikut muka Mir. Tengok kening dia tu, kan macam Mir, kan baby kan?” Syamir pula bersuara. Shakir mengetuk kepala Syamir kuat.
“Macam pak ngahnya. Korang ni perasan je!” kata Shakir pula.
“Dah-dah,
yang penting dia kacak, baik, hensem, alim macam abang Syam” giliran
Syam pula menyampuk, sambil menepuk dada lagi. Ria hanya ketawa kecil
dengan gelagat abang-abangnya. Zeck hanya menggeleng.
“Ehem-ehem.
Ni semua tak betul. Anak ayah, mestilah ikut muka ayah, kan sayang?”
Zeck sudah bersuara, membuatkan keempat-empat abang Ria terdiam. Ria
ketawa lagi lalu mengangguk.
“And, comel macam mama dia.” Zeck tersenyum sambil mencubit manja pipi Ria. Ria tersenyum malu.
“Ah,
sudah-sudah! Malaslah nak layan. Susahlah adik ni dah ada husband.
Sakit mata abang Mir tengok. Lepak luar lah jom!” Syamir bersungut.
Mereka yang lain mengangguk setuju dan menapak keluar dari bilik. Zeck
ketawa kuat melihat abang iparnya. Yes menang!
“Abang ni, tak baik tau. Tengok pakcik-pakcik Syanaz dah merajuk.”
“Biarlah
sayang. Aman sikit dunia kita tau. Dua puluh empat jam nak berkepit
dengan sayang je, abang jeles. Sayang nak susukan Syanaz ke nak rehat?”
soal Zeck.
“Urm, nanti kejap lah abang. Jap lagi sayang susukan Syanaz. Abang letaklah dia dulu dalam babycoat.” Pinta Ria.
Zeck
mengangguk. Perlahan dia mengangkat anaknya dan diletakkan dalam katil
bayi. Kemudian dia merebahkan diri di sebelah Ria. Tubuh isterinya
dipeluk erat.
“I love you sayang. Thanks lahirkan anak yang comel untuk abang. Abang bahagia sangat-sangat” bisik Zeck lembut. Ria tersenyum dan mengangguk.
“I love you too abang” Ria mengeratkan pelukan. Bahagia dengan kurniaan cahaya mata yang akan menyerikan lagi rumahtangga mereka.
“Abang,
nak pergi mana lagi ni? Abang ni tiap-tiap hari keluar. Tak kira hujung
minggu tau.” Ria sudah menarik wajah cemberut. Zeck yang sedang bersiap
segera menghampiri isterinya yang bersandar di birai katil. Dia tunduk
menghadap Ria.
“Sayang, abang ada kerja. Sayang pun tahu kan, Encik Zam tu. Cerewet, asyik complain. Kesian pekerja kita yang lain kalau abang tak turun.”
“Bosanlah,
abang asyik kerja je. Tinggal sayang dengan Syanaz je. Ingat hujung
minggu macam ni, boleh jalan-jalan ke…” muncung Ria sudah panjang
sedepa.
“Urm, abang minta maaf ye. Abang janji minggu ni je abang busy. Next week, kita pergi jalan-jalan dengan Syanaz, okey sayang? Janganlah muncung macam ni, tak comel sayang abang nanti.”
Ria
hanya mencebik. Zeck tersenyum dan mengusap perlahan kepala isterinya.
Syanaz yang bergolek di atas katil di angkat dan digomol. Terkekek
anaknya itu ketawa.
“Sayang ayah. Ayah pergi kerja kejap ek? Syanaz teman mama tau. Kalau mama merajuk, Syanaz kiss
mama banyak-banyak, okey?” Zeck menitip pesan pada anaknya yang baru
menginjak usia lapan bulan. Syanaz tersenyum seakan mengerti permintaan
si ayah.
“Abang pergi dulu okey, sayang? Take care, apa-apa call abang ye? Love you!”
Zeck mengucup pipi dan dahi Ria sebelum menyerahkan Syanaz pada
isterinya. Ria mengangguk lemah dan mengucup tangan suaminya penuh
hormat. Langkah Zeck dihantar dengan pandangan sayu.
Skynah Iyda dan Nur Amila menggeleng melihat wajah Ria yang cemberut. Syanaz yang sedang tidur lena tidur dipandang sekilas.
“Kenapa ni kak Ria, asal datang rumah kitaorang je muka masam. Buruklah!” Iyda berkata.
“Mana
akak tak masam, Zeck tu! Tipu akak lagi. Dia dah janji nak cuti minggu
ni tapi Iyda tengoklah. Dia kerja jugak. Eii, sakit hati!”
Nur Amila sudah tersenyum. Iyda mengangkat bahu.
“Dah, jangan cemberut sangat. Hari ni, akak cakap je nak pergi mana, kami berdua siap sedia bawa tuan puteri. Full sponsor lagi, okey?” cadang Iyda. Ria sudah tersengih dan mengangguk laju.
Ria, Iyda dan Mila beriringan menuju ke shopping complex.
Memandangkan mereka membawa Syanaz bersama-sama, mereka tidak bercadang
untuk menonton wayang. Cukuplah sekadar membeli belah sahaja.
“Cepatlah, terkedek-kedek lah Mila ni.” Ria dan Iyda sudah jauh melangkah dihadapan. Mila mencebik geram.
“Hamboiii,
kak Ria. Jangan nak perasan mudalah, jalan laju-laju. Ni anak ni, sedap
je tinggal kat Mila kan?” rungut Mila sambil menyorong Syanaz. Ria
tersengih.
“Alah, kata nak jadi Assistant
tadi kan? Baru jaga Syanaz kejap, nak merungut. Dah tepi! Biar Iyda
pula sorong Syanaz.” Iyda sudah mengambil alih kereta sorong dari tangan
Mila. Mila tersengih. Dia bergerak ke hadapan dan jalan beriringin
dengan Ria meninggalkan Iyda jauh dibelakang.
“Eh,
Ria. Tu Zeck!” Iyda sudah berlari mendapatkan Ria yang berjalan laju
dihadapan. Ria berhenti melangkah. Dia berpaling ke arah yang ditunjuk
Iyda. Hatinya tiba-tiba diserbu panas tatkala melihat Zeck sedang
berpelukan mesra dengan seorang wanita seksi.
“Kau tunggu sini!” Ria sudah menyerahkan Syanaz dalam dokongannya dan pantas bergerak pada pasangan yang mesra itu.
“Hai,
gembira nampak?” Ria mencuit bahu suaminya. Jelas Zeck terkejut dan
pantas sahaja melepaskan pelukan di tubuh Syaza. Wajahnya bertukar
pucat.
“Sayang….
Buat apa dekat sini?” Zeck sudah tidak keruan. Melihatkan wajah Ria,
dia sudah tahu isterinya sedang marah. Tangan Ria cuba diraih, namun
pantas ditepis isterinya. Ria merenung wajah Zeck tajam.
“Seronok?
Baguslahkan! Tinggal anak bini dekat rumah. Awak berfoya-foya dekat
sini.” nada suara Ria begitu perlahan namun tegas. Zeck menggeleng.
“Sayang… salah faham ni. Bukan macam tu.. abang….”
“Siapa
ni Zeck? Kenapa dia marah-marah? I tak suk lah” perempuan seksi tadi
mula bersuara. Selamba dia meraih dan memeluk erat tangan Zeck. Bulat
mata Ria memandangnya.
“Syaza, stop it. You ni kenapa? Sayang actually….”
“Hei,
kau siapa berani nak sentuh suami aku? Kau lepaskan tangan dia
sekarang! Tak tahu malu ke?” Ria menolak tubuh wanita yang bernama Syaza
itu kuat. Zeck memegang kepalanya kusut. Aduh, malunya! Dekat sini
pulak nak gaduh bini aku ni…
“Sayang…
jangan macam ni. Malu orang tengok… Kita balik bincang okey? Jom!” Zeck
sudah menarik tangan Ria, namun Ria menarik kembali tangannya. Dia
menjeling suaminya dan Syaza silih berganti.
“Oh, saya terjerit-jerit dekat sini, abang tahu malu? Abang berpeluk mesra dengan dia, abang tak tau malu pulak?? I hate you Zeck! I hate you!” Ria sudah menolak kuat tubuh Zeck dan ingin segera berlalu.
“Sayang….
Please.. jangan macam ni.. abang boleh jelaskan” Zeck masih mahu
memujuk isterinya. Namun, Syaza pula buat hal. Dia tiba-tiba mara dan
menarik kuat tudung yang tersarung di kepala Ria.
“Syaza! Stop it Syaza! Lepaskan dia!” Zeck berteriak kuat. Sedayanya dia cuba menarik tubuh Syaza yang sedang menggila itu.
“Aduh!”
Ria terduduk dilantai. Dia memegang pipinya yang terasa perit. Zeck
terpempan. Dia benar-benar tidak menyangka tamparan yang ingin diberikan
pada Syaza terlepas pada Ria.
“Sayang… abang minta maaf.. abang tak sengaja…”
“Enough Zeck! That’s enough!
Jom kak Ria” Iyda yang sedari tadi menonton dari jauh pantas
mendapatkan Ria yang sudah menangis. Zeck ingin mengejar, namun
melihatkan Iyda dan Mila yang memandangnya tajam, dia mematikan
niatnya.
“Semua salah kau!” Zeck memandang Syaza bengis, sebelum turut sama berlalu dari situ.
Zeck
memegang pipinya. Darah pekat yang mengalir di tepi bibir diseka
perlahan. Dia hanya mampu mengeluh, tidak berniat mahu melawan. Sampai
sahaja di hadapan rumah Ria tadi, Syamir terlebih dahulu mara dan
membelasahnya.
“Sudah
Mir. Mati dia nanti abang kerjakan” Syam menarik Syamir dari
terus-terusan membelasah adik ipar mereka itu. Shakir membantu Zeck
untuk bangun. Zeck hanya tersenyum hambar.
“Seumur
hidup aku, tak pernah sikit pun Ria tu aku sentuh. Jangankan pukul,
jentik pun tak pernah. Kau baru tak sampai setahun kahwin dengan dia,
dah berani naik tangan. Suami jenis apa kau ni?” Syamir bersuara
lantang. Memang sejak dulu lagi dia tidak suka dengan Zeck.
“Saya
boleh jelaskan…” Zeck cuba bertenang sebaik yang boleh. Shahdan menepuk
bahu adik iparnya dan mengangguk. Ikutkan hati, dia juga marah. Namun
perkara seperti ini perlu dibawa berbincang. Dia mengajak Zeck untuk
masuk ke dalam.
“Sebenarnya
macam ni bang. Saya dengan perempuan tu tak ada apa-apa pun. Dia cuma
kawan biasa. Saya terserempak dengan dia dekat shopping complex
tadi. Dia tiba-tiba nak pitam. Sebab tu saya tolong dia. Mungkin nampak
kami macam berpeluk, tapi niat saya cuma nak tolong. Tak lebih dari tu”
Zeck menjelaskan duduk perkara sebenar.
“Yang kau pukul Ria tu kenapa?” Syamir mengajukan pertanyaan. Zeck mengeluh berat.
“Saya
tak sengaja bang. Saya cuma nak leraikan mereka berdua. Perempuan tu
serang Ria. Saya cuma nak pertahankan isteri saya, saya tak sengaja .
Tak terniat pun saya nak naik tangan pada dia bang. Sumpah! Saya
sayangkan Ria, tak kan saya sampai hati nak pukul isteri saya bang.
Tolong percaya cakap saya.”
“Betul
apa yang kau cakap ni?” Zeck memandang Shahdan. Kemudian dia
mengangguk. Syamir sedari tadi hanya diam. Jika benda itu betul, rasa
kesal menghurung dirinya kerana bertindak melulu sebentar tadi.
Shahdan, Shakir dan Syam saling berpandangan. Kemudian dia mengangguk. Syam bangkit dan menepuk bahu Zeck.
“Pergilah
pujuk Ria, dia ada berehat dalam bilik. Syanaz ada di rumah Iyda dan
Mila. Hari ni biar diorang jaga. Pandai-pandailah kau pujuk isteri kau
tu.”
Zeck
menarik nafas lega dan mengangguk. Perlahan dia bangun dan mendapatkan
isterinya di bilik. Pintu bilik dikuak perlahan, luluh hatinya melihat
Ria yang sedang menangis di atas katil. Hatinya menjadi sebak.
“Sayang….” Ria mengangkat wajah tatkala mendengar suara itu. Dia memandang suaminya tajam. Air mata yang gugur diseka laju.
“Pergi,
Ria benci abang!” Ria menjerit kuat dan melempar bantal ke arah Zeck.
Zeck hanya diam dan menerima sahaja. Hingga tiada apa lagi yang ingin
dilempar, Ria mencapai pasu kaca di atas meja. Tangannya diangkat
tinggi, ingin dilempar pada suaminya.
“Balinglah
sayang, kalau itu boleh tebus kesalahan abang. Kalau itu boleh buat
hati sayang puas. Abang sanggup asalkan sayang maafkan abang.” ucap Zeck
perlahan. Ria terhenti. Perlahan pasu kaca itu diturunkan dan dia
kembali teresak sayu. Zeck mengeluh perlahan. Dia memanjat katil dan
menarik Ria dalam dakapannya.
“Maafkan
abang, abang sakiti sayang.” Zeck mengusap perlahan bahu isterinya.
Kepala Ria dikucup dengan rasa sebak yang menggunung.
“Abang
jahat! Abang pukul Ria! Abang dah tak sayang Ria dengan Syanaz. Ria
benci abang! Ria benci!” Ria memukul kuat dada suaminya. Zeck hanya
menahan hingga Ria kembali lemah dan teresak didadanya.
“Sumpah
demi Allah, abang tak pernah terniat nak naik tangan pada sayang. Abang
tak sengaja. Semua tu salah faham . Tolong sayang, percaya pada abang.
Abang sayangkan Ria, abang sayang Syanaz. Abang tak sanggup kehilangan
sayang.”
“Abang
tipu, abang ada perempuan lain!” Ria sudah menjauhkan dirinya dari
pelukan Zeck. Zeck meraih tangan Ria dan mengenggam tangan isterinya
erat.
“Sayang,
abang dah kata, semua tu salah faham. Syaza tu kawan lama abang. Abang
terserempak dengan dia. Kebetulan dia tak sihat dan nak pitam depan
abang. Itu je sayang. Abang tak tipu”
“Abang jangan nak tipu Ria. Abang memang curang. Abang kata abang pergi kerja, habis tu abang buat apa dekat mall tu? Abang memang tengah date dengan dia kan? Bencilah! Ria benci abang!”
Zeck mengeluh perlahan. Dia menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan sebuah kotak.
“Abang
pergi sana, nak ambil gelang ni. Abang tempah khas untuk sayang. Abang
tahu yang abang dah banyak kali mungkir janji. Abang sibuk sangat kerja,
sampai tak ada masa buat sayang dan Syanaz. Sebab tu abang buat hadiah
ni untuk sayang. Ni je niat abang pergi mall tu. Kalau sayang tak
percaya, resit pun ada lagi ni. Tengok”
Ria terdiam. Betul ke? Saat kotak dan resit sudah bertukar tangan, Ria terpempan. Dia mengetap bibirnya.
“Betul ni, abang tak tipu?” Ria meminta kepastian sambil merenung wajah suaminya itu.
“Betul
sayang. Kalau abang tipu, abang tak akan biarkan abang-abang Ria
belasah abang sampai macam ni sekali. Biarlah abang mati sekalipun,
asalkan abang di pihak yang benar.”
Ria berkerut kening dan memukul perlahan lengan suaminya.
“Apa
ni cakap pasal mati. Tak sukalah! Erm….” Ria membuka kotak kecil itu.
Terkejut melihat gelang silver yang berkilauan itu. Terukir nama RZS di
atasnya. Pasti mewakili Ria, Zeck dan Syanaz. Ria menguntum senyum.
“Abang…
sayang minta maaf..” Ria mencapai tangan suaminya dan dikucup perlahan.
Zeck menguntum senyum . Lega hati isterinya sudah terpujuk. Dia menarik
Ria dalam dakapan.
“Abang
yang sepatutnya minta maaf. Salah abang, sampai sayang salah faham
macam ni. Maafkan abang, okey?” Ria mengangguk perlahan. Air mata yang
masih bersisa di pipinya di seka oleh jemari kasar Zeck.
“Kesian
abang, kena pukul….” Ucap Ria sambil menyentuh wajah suaminya yang luka
dan bengkak. Zeck tersenyum dan mencuit pipi isterinya perlahan.
“Alah, abang Mir tu tak kuat manalah. Tak sakit pun.” ujar Zeck sambil tersengih.
“Eleh,berlagak… Abang tunggu sini. Sayang sapukan ubat.” Pinta Ria.
Ria sudah mahu bangkit, namun pantas Zeck menahan. Dia menarik tangan isterinya rapat ke tubuhnya.
“Tak
ada ubat yang boleh sembuhkan abang. Sayang sorang je.” bisik Zeck
perlahan ditelinga Ria membuatkan isterinya tertunduk malu. Zeck
tersenyum dan tunduk mengucup bibir Ria mesra. Ria terdiam. Namun
kemudian dia tersenyum dan mengeratkan dakapan. Senang hatinya kerana
mereka sudah kembali berbaik.
“Hurm…
mama dengan papa Syanaz dah okeylah. Takde change Syanaz nak manja
dengan mama malam ni” Shakir berbisik perlahan diluar bilik. Iyda yang
sedang mendokong Syanaz ketawa kuat, namun pantas mulutnya di tekup
Mila. Shahdan , Syamir dan Syam tersenyum dan menggeleng. Mereka tumpang
bahagia buat adik kesayangan mereka, Ria Aryantie.
“Oh, ada orang mengintai kita la abang! Malunya!” Ria menutup wajahnya.
okehhh tamat!! Sila jeles dengan Zeck yang rementik. Cissss, den pon jeles. Untung ria! kuikuikui...
No comments:
Post a Comment
♫ assalamualaikum ♫
terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.