
wewittt... cerpen ke -4 untuk misi mencari cinta spesial edition.
saya penat tapi saye seronok ! huhu... ada lagi 4 cerpen lagi to go. cayokk!!!! huhuhuu....
“ Posto! Posto!”
Syaiza sedikit terganggu dengan suara naqiuddin yang
agak kuat itu. Dia menggelengkan kepala. Tersengih-sengih Naqiu
menghampiri Syaiza. Ditangannya terdapat sekeping kertas berlipat
bewarna biru. Dihulurkan pada Syaiza.
“
Apa ni?” soal Syaiza kurang berminat. Dia masih tekun menghadap nota
pengurusan perniagaan di hadapannya. Naqiu menarik pen di tangan Syaiza
serta merta menghentikan kerjanya. Syaiza mengeluh perlahan. Kertas biru
tadi bertukar tangan. Perlahan Syaiza membukanya.
Aku tak tahu mengapa aku rindu
Inginku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hatiku
Di dalam diam aku menyintaimu
Inginku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hatiku
Di dalam diam aku menyintaimu
Berkerut
Syaiza membacanya. Dia tahu itu adalah lagu ‘dalam diam ku mencintaimu’
yang dinyanyikan oleh kumpulan sting kegemarannya. Syaiza memandang
Naqiu meminta penjelasan. Naqiu tersengih, dan memuncungkan bibirnya ke
seberang kelas. Syaiza turut sama berpaling. Sesaat kemudian dia
melempar senyum manis. Kelihatan Syazwan sedang turut sama tersenyum
padanya sambil bersandar di pintu kelasnya.
“
Tu hah, balak kau, dok tersengih-sengih kat pintu tu. Pelik lah korang
ni, bercinta tak macam orang bercinta. Still nak guna aku jadi posmen
korang. Apa salahnya jumpa empat mata, luahkan macam ni , ‘I need you baby if it's quite all right, I need you baby to warm the lonely night I love you baby’ . Hah, kan senang? Kan kan?” Naqiu meluahkan rasa tidak puas hatinya. Siap nyanyi lagu popular Lauren Hill lagi.
Syaiza hanya mencebik. Kertas biru itu kembali ditatap. Hatinya jadi berbunga.
“
Cakap dengan Wan thanks ea. Lainkali jangan bagi lirik je, aku nak
dengar dia nyanyi sekali. Hehee” Syaiza berseloroh. Naqiu mencerlungkan
matanya.
“ Hambooiii, gedik sakan kawan aku ni. Kau jangan. Wan tu pantang dicabar tau. Nak
aku cakap betul-betul dekat dia ke ni? Aku cakap.. haaaa.. aku cakap!”
Naqiu sudah mahu bangkit, namun Syaiza pantas menegah.
“ eh janganlah! Aku gurau jelah,kau ni. Suka usik aku tau!” wajah Syaiza sudah mula merah. Naqiu melepaskan ketawa kuat. Gembira dapat mempermainkan teman sekelasnya itu.
“ Baiklah adinda Syaiza kesayangan Syazwan… aku nak pi rehat ni. Kau tak nak turun ke?” Syaiza hanya menggeleng. Dia sudah membawa bekal sendiri. Naqiu hanya mengangguk dan menapak keluar dari kelas.
Syaiza
termenung di jendela kamarnya. Handphone miliknya yang sudah gelap
dipandang lama. Kemudian dia tersenyum. Tidak disangka Syazwan
benar-benar melakukannya. Semua gara-gara Naqiu yang tidak mengotakan
janji. Pasti dia yang memberitahu Syazwan tentang permintaannya petang
tadi.
“
Nak pulak awak angkat fon saya kan. Selalu susah sangat. Nak mesej pun
tak nak” Syazwan memulakan bicara setelah memberi salam. Syaiza hanya
ketawa kecil. Memang dah prinsipnya begitu. Dia tidak mahu terlalu
serius dalam perhubungan , sementelah mereka masih muda dan pelajaran
lebih penting. Nanti kalau dah asyik call and mesej sepanjang masa,
cinta ke mana, belajar ke mana.
“
Dah awak call bagai nak rak, kesian pulak. Urm, thanks ya bagi lirik
lagu tadi. Macam tau-tau je saya minat lagu tu “ ucap Syaiza perlahan
dan ketawa kecil. Malu sebenarnya. Huhuhuhu..
“ Ha, sama-sama. Saya call ni sebab lirik tu lah. Nak tunaikan hasrat awak ni”
“ Hasrat? Hasrat apa nye?”
“ Urm.. awak cakap dengan Naqiu nak dengar saya nyanyi kan? Saya nak nyanyi lah ni, awak dengar ea”
Syaiza tergamam. Dalam hati dia sudah mengutuk Naqiu. Kurang asam jawa kau Naqiu! Siap kau esok!
“ Eh, tak payahlah. Saya gurau jelah “ ucap Syaiza masih malu-malu.
“
Takpe lah sayang. Bukan susah, dengar je pun. Tapi sorry if tak dengar
sangat ea. Saya pegang gitar ni. Takut sound tak clear”
Sayang? Dia panggil aku sayang. Eishhh.. jangan nak sweet sangat lah awak. Malu tahu?? Huhhuhuhu…
“
Ehem.. test.. test….” Syazwan mula bersuara dan memetik gitar. Syaiza
tersenyum malu. Haha, memang dari tadi, dia malu. Wajahnya sudah merah.
Seketika kemudian , Syaiza hanya diam mendengar suara Syazwan yang
mendendang lagu ‘dalam diam ku mencintaimu’ buatnya malam itu.
“
Syaiza, nak rehat tak?” soal Afirah. Syaiza hanya menggeleng. Kepala
yang sakit dan mencucuk-cucuk memaksa dia untuk baring dan berehat di
kelas sahaja. Hendak makan pun dia tiada selera. Setelah kelas kosong,
Syaiza kembali merebahkan kepalanya di atas meja. Mujur pengawas
mengizinkan dia untuk duduk di dalam kelas. Baru sahaja ingin kembali
melelapkan mata, tidurnya terganggu.
“ Awak, bangun” Satu suara perlahan menyapa. Syaiza berkerut dahi. ‘Aduh, sapa lagi lah ni kacau. Potong betul lah!’
“
Hurm.. ape..” jawab Syaiza malas dan mengangkat wajah. Matanya masih
lagi separuh terpejam. Syazwan ketawa melihat buah hatinya . Comelnya
awak….
“ Tak sihat ke ni? Kenapa tak cakap demam. Ni saya bawa ubat ni” kata
–kata Syazwan membuat Syaiza membuka mata. Bulat matanya memandang
Syazwan yang sedang tersenyum dihadapannya itu. Wajahnya serta merta
diserbu malu. Dia fikirkan Naqiu yang mengganggu tidurnya.
“ Err.. aaa.. demam.. erm…” tergagap Syaiza membalas pertanyaan Syazwan. Wajahnya sudah ditundukkan. Malu!!!!!
“
awak makan dulu roti ni. Lepas tu makan ubat, nah” Syazwan sudah
menghulur secebis roti ditangannya. Syaiza berkerut dahi. Dia menggeleng
kepala. Gila ape nak suap-suap pulak.
“
Saya ada tangan , ok?” ujar Syaiza geram. Syazwan hanya ketawa dan
mengangkat bahu. Roti bertukar tangan, dan Syaiza mengunyahnya perlahan.
Namun seketika kemudian dia memandang Syazwan.
“
Kenapa pandang saya macam tu? Apa kata awak balik kelas awak. Saya tak
selesa lah, awak ada dekat sini” soal Syaiza pada Syazwan yang asyik
merenung mukanya sejak dari tadi. Syazwan tersengih dan menggeleng.
“
Nope. Awak bukan boleh caya. Saya kenal sangat dengan sayang saya ni.
Anti makan ubat kan. Sayang makan dulu sampai habis, lepas tu makan
ubat, baru saya balik kelas”
Syaiza hanya mencebik. ‘Alah, potong. Baru nak mengelat. Tak suka betul makan ubat lah!’ dia bersungut dalam hati.
“
Hai. Macam mana result?” Syazwan mendekati Syaiza yang sedang duduk
bersama kawan-kawannya yang lain. Syaiza agak terkejut, pantas
menyorokkan slip keputusan SPM miliknya. Syazwan hanya mencebik. Dia
mengambil tempat di sebelah Syaiza.
“ Kedekut!” Syazwan menarik muka masam. Syaiza hanya ketawa kecil .
“ Tengok awak punya dulu” tanpa banyak bicara Syazwan menghulurkan slipnya.
“ Urm, biasa je result saya, tengok lah awak punya” Syaiza tersengih. Perlahan dia menunjukkan slip SPMnya.
“ Wah, not bad. Result macam ni, confirm dapat U”
Syaiza tersenyum.
“ Insya Allah” jawab Syaiza perlahan. Seketika kemudian, guru kelas Syaiza menghampiri.
“
Amboii, merpati dua ekor ni. Apa planning lepas ni? Kawin?” seloroh
cikgu Razak. Syazwan ketawa kuat sementara Syaiza sudah tertunduk malu.
“
Mana ada cikgu. Jauh lagi perjalanannya. Saya belum miang nak kawin
lagi” Syazwan galak melayan cikgunya. Syaiza hanya menjeling. Eii, malu!
Cikgu Razak ketawa kuat disambut rakan-rakan yang lain.
“ Haa, Syaiza. Result awak ok tu. Plan nak mohon mana?”
“ Insya Allah, saya mohon uitm cikgu. Mak ayah pun dah suruh mohon sana. Senang”
“ Oh baguslah tu. Kamu Syazwan?”
“ Saya tengok result ni cikgu. Try lah mohon U, kalau tak dapat saya pergi poli”
“
Ha, baguslah tu, belajar mana-mana pun sama je. Yang penting niat kita
nak belajar. Susah senang belakang kira. Tak ada benda dalam dunia yang
senang kan. Kena ada usaha. Oklah, cikgu beransur dulu,
Assalamualaikum”
Syaiza dan yang lain menjawab salam dan menghantar cikgu Razak yang sudah bergerak ke keretanya dengan padangan mata.
“ Urm, awak. Lepas ni kita pergi makan ea?”
Syaiza
hanya diam. Dia mengeluarkan telefon bimbit miliknya dan menghubungi
ibunya. Setelah beberapa ketika berbual, talian dimatikan.
“
Ok, ibu bagi” ucap Syaiza riang. Syazwan tersenyum. Pandangan dilempar
pada Naqiu. Mereka sama-sama tersenyum. Mujur, planning mereka menjadi.
Syazwan
menarik kerusi dan mempersilakan Syaiza duduk. Tersenyum malu Syaiza
saat itu. Alahai, makan pizza jelah awak. Tak yah loving2 sangat okeh.
“
Sekejap ea. Saya nak pergi toilet” Syaiza hanya mengangguk dan
memandang Syazwan yang sudah turun ke bawah. Hari ni, pizza tingkat atas
itu, separuh sudah ditempah Naqiu buat mereka pelajar tingkatan lima
kelas PPN dan automotif bagi meraikan keputusan SPM masing-masing.
“
Makan-makan. Jemput makan. Hari ni tuan muda Syazwan belanja” ucap
Naqiu sambil tersengih saat empat hidangan pizza tiba. Syaiza hanya
tersenyum. Dia mencari Syazwan. Lama pulak pergi tandas buah hati dia.
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi Syaiza
Selamat hari jadi
Tergamam
Syaiza saat Syazwan naik ke atas dengan menatang sebiji kek. Semua
kawan lain bersorak dan bertepuk tangan. Kemudian mereka sama-sama
bangun dan menyanyikan lagu untuk Syaiza. Syaiza mengetap bibirnya. Malu
lagi!
“ Selamat hari lahir,sayang” ucap Syazwan sambil tersengih saat sesi memotong kek selesai.
“ Thanks. Eii, napa buat macam ni. Malu tau saya” sungut Syaiza walau hatinya benar-benar terharu dan gembira.
“
Malu tapi suka kan?” Syaiza hanya mencebik. Syazwan tersenyum lagi. Dia
mengeluarkan sebuah beg kertas dan dihulur pada Syaiza. Teruja Syaiza
menyambutnya.
“ Tengok ea?” pinta Syaiza. Syazwan mengangguk.
“
Wahhhh, comelnya!! Eh, tapi kenapa dua?” soal Syaiza . Patung beruang
berwarna coklat dan putih itu dipeluk erat. Suka dia dengan patung
beruang itu kerana bulunya lembut dan gebu.
“
Sepasanglah sayang. Satu awak, satu saya. Lepas ni kita dah jarang
jumpa. Kalau rindu, awak peluk cium lah bear ni” ucap Syazwan. Syaiza
hanya mengangguk faham dan tersengih. Kemudian mereka sama-sama
tersenyum gembira.
Syaiza
menghempaskan tubuhnya di atas katil Hostel. Gembira dapat bertemu
dengan Syazwan sebentar tadi. Agak terharu kerana Syazwan sanggup datang
ke UITM untuk meraikan ulang tahunnya. Sementara Syazwan kini di
Politeknik Seberang Perai menyambung pelajaran dalam diploma
kejuruteraan mekanikal.
“
amboi, senyum sakan. Syok lah tu, baru lepas dating kans” Afirah galak
mengusik Syaiza. Syaiza mencebik dan membaling bantal pada Afirah.
Afirah ketawa gamat dan mengambil tempat di sebelah Syaiza.
“
Dia bagi apa tu? Nak tengok” Afirah ingin mengambil botol kaca yang
penuh dengan burung kertas di dalamnya, namun Syaiza pantas menepis
tangan Afirah dan melarikan botol kaca itu.
“ Mana boleh, special untuk aku sorang, ok? Dah pergi main jauh-jauh!”
“
ah kedek, baru jumpa setahun sekali nak kecoh. Aku pelik kau ni tau.
Kapel macam tak kapel. Call, mesej tak pernah. Tak rindu ke?”
“
Kau apa tahu? Hubungan macam nilah best. Sweet tau. Bila jumpa setahun
sekali macam ni, barulah kita menghargai hubungan kita. Lagi satu,
selamat dari jauh menyimpang. Faham?”
“
Hurm yelah sayang. Aku doakan kau dengan buah hati pengarang jantung
kau tu bahagia, kekal sampai jinjang pelamin, ok? Hurm, kau layanlah
jiwang sorang-sorang, aku nak pi lepak bilik sebelah sekejap. Bye!”
Syaiza
hanya tersengih. Saat Afirah sudah menghilang disebalik pintu bilik,
Syaiza mendapatkan balang kaca pemberian Syazwan. Burung kertas bewarna biru di ambil. Tertarik dengan lipatan kertas itu. Seketika kemudian dahinya berkerut. Lipatan kertas itu dibuka satu persatu.
My life is incomplete without you –Wan
Syaiza
tersenyum membaca nota kecil itu. Lipatan burung kertas kedua dan
seterusnya dibuka. Semakin melebar senyuman Syaiza. Tiba di lipatan
kertas terakhir, dahinya kembali berkerut.
Saya ada kejutan untuk awak. Cek your iphone yep – Wan
Iphone?
Syaiza mengambil iphone miliknya. Cuba mencari kejutan yang dimaksudkan
. Folder mesej, folder gambar , semua puas digeledah. Namun, tangannya
terhenti pada sebuah video. Eh, video apa ni? Tak pernah tengok pun.
Pantas tangannya menekan butang play.
“
Hai! Syaiza. Terkejut tak?” yes, memang terkejut saat mengetahui video
itu adalah rakaman yang dibuat oleh Syazwan. Hurm, masa bila pulak dia
masukkan video ni. Awak..awak… macam-macamlah.
“
Erm.. ok.. actually, saya malu nak buat video ni. Tapi ini je cara yang
saya terfikir nak buat, sebab nak cakap depan-depan dengan awak, saya
malu….” Syazwan ketawa. Syaiza turut sama ketawa. Berdebar juga kejutan apa yang ingin diberikan lelaki itu. Syaiza sabar menanti.
“ Ok,
actually, saya dah fikirkan hal ni. My mom and dad pun dah tahu. Saya
tahu kita masih muda, masih jauh untuk capai cita-cita bersama. Tapi
niat saya ikhlas, ingin mengikat awak, menjadi teman hidup saya. Saya
sayangkan awak Syaiza. Ikhlas dari hati saya, saya ingin awak jadi suri
di hati saya, yang halal buat saya….” Syazwan menarik nafas dan diam
seketika. Syaiza yang melihat video itu sudah tergamam. Eh? Syazwan
melamar aku ke ni? Biar betul????? Syaiza sudah tidak keruan.
“
Saya sedar yang kita masih muda, untuk meniti alam perkahwinan. Mungkin
awak juga belum bersedia. Jadi saya fikir, untuk kita sama-sama ikat
dahulu tali pertunangan hingga awak dan saya habis belajar. Kemudian,
baru kita fikirkan tentang perkahwinan. Herm… so…” Syazwan
berhenti lagi. Dia hilang sebentar dari video itu. Beberapa ketika
Syazwan muncul semula dengan memegang papan whiteboard mini
ditangannya.
Syaiza
sabar menanti. Syazwan menulis sesuatu. Kemudian papan itu diunjuk ke
arah video. Syaiza ketawa kecil membaca tulisan di atas papan whiteboard
itu.
Sudikah
awak menjadi yang halal dan suri di hati saya? Jika setuju sila ambil
handphone sekarang dan beritahu pada your parents “ Mak, akak nak
kawin!!!” =P
“
Haahaha… ok saya gurau je. Ambil masa awak untuk fikirkan ya. Kalau
awak sedia, beritahulah pada parents awak. Waiting for good news. Ok,
sampai sini dulu. Assalamualaikum” Syazwan
mengakhiri video itu. Syaiza tergamam di atas katil. Dia ajak tunang?
Err betul ke ni? Tak percayanya! Malu! Huhuhuhuhu…….
Syaiza
menarik wajah masam. Baru seminggu usia perkahwinan mereka.Sudah
bermacam perkara buruk yang didengari tentang suaminya. Hatinya dihurung
pedih. Sengaja dia mengunci pintu bilik dan tidak membenarkan suaminya
masuk.
“
Sayang, kenapa kunci pintu ni. Ada apa-apa kita boleh bincang kan?
Kesianlah kat abang ni” Syazwan masih lagi mengetuk pintu, cuba
memujuknya.Syaiza hanya diam di birai katil. Gambar ditangannya
dipandang geram. Dikoyak gambar itu kasar seiring dengan hatinya yang
sakit.
“
Kurang asam kau perempuan! Dari dulu sampai sekarang, kacau laki aku
je. Desperate sangat!” Syaiza berbisik geram. Sakit hatinya melihat
gambar Syazwan sedang berbual mesra dengan Faha, musuh lamanya. Dahulu
Faha pernah membuatkan dia cemburu, kerana Faha rapat dengan Syazwan
semasa di kem PLKN. Dua minggu dia berselisih faham dengan Syazwan.
Kini, masalah ini berulang lagi.
“
abang pun satu, gatal! Eiiii, bencinyaaa!!!” Syaiza menjerit kuat. Dia
bangkit dan mencapai bantal dan selimut. Dia bergerak ke pintu. Syazwan
yang masih menanti dan bersandar di pintu dipandang. Tiada senyuman
terukir di bibirnya. Bantal dan selimut ditolak kepada Syazwan.
“
Hari ni abang tidur luar, sayang merajuk dengan abang” ucap Syaiza
ringkas sebelum kembali menutup pintu dan menguncinya dari dalam.
Syazwan hanya mampu mengeluh. Alahai sayang aku ni…. Angin kus kus mana
dah kena dengan dia ni….
Syaiza
gelisah di bilik tidur. Malam ni malam pertama dia tidur tidak
bertemankan Syazwan di sisi. Walau baru seminggu meniti usia
perkahwinan, Syaiza sudah terbiasa. Jika tiada Syazwan yang memeluk
tubuhnya, Syaiza tidak dapat lena.
“
Bencilah.. susah nak tidur pulak…” rungut Syaiza perlahan. Tidak semena
dadanya dihurung sebak dan airmata mengalir perlahan. Dia jadi rindu
pada Syazwan, namun dalam masa yang sama hatinya masih sakit.
Perlahan Syaiza bangkit dan menapak keluar dari bilik. Mencari suaminya di bilik sebelah, namun tiada.
Diruang tamu juga tiada. Syaiza jadi pelik.
“ Mana abang pergi ni? Takkan tinggal aku sorang-sorang?”
Langkah
diatur ke bilik solat. Mungkin suaminya tidur di situ. Terkejut Syaiza
saat melihat Syazwan sedang berzikir di tikar solat. Hatinya yang sebak,
menjadi semakin sayu. Perlahan dia menapak dan bersimpuh di sisi
Syazwan.
“abang….” Syaiza menyeru perlahan. Syazwan berpaling. Tidak perasan bila isterinya ada disitu.
“
Sayang… kenapa menangis ni? Sakit ke?” soal Syazwan risau. Wajah
isterinya yang basah dengan airmata di usap perlahan penuh kasih. Syaiza
menggeleng dan memandang suaminya dengan padangan sayu.
“ Abang kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa ni” ucap Syaiza perlahan. Syazwan tersenyum.
“
Mana lena abang nak tidur, sayang tak ada. Abang rindu dengan isteri
abang ni. Sayang kenapa marah dengan abang, abang ada buat salah apa?”
soal Syazwan perlahan, begitu lembut suaranya. Syaiza hanya tunduk dan
diam.
“
Oklah, kita bincang kat bilik. Jom” Syazwan sudah bangkit dan melipat
sejadah. Songkok di kepala ditanggalkan dan menarik Syaiza beriringan
dengannya menuju ke bilik.
“ Cuba cakap dengan abang, sayang kenapa?” soal Syazwan saat mereka sudah duduk dibirai katil. Tubuh Syaiza didakap erat.
“ Faha… abang dengan dia still contact lagi kan?”
Syazwan mengeluh. Itulah puncanya isterinya itu menjauhkan diri dengan hari ini. Rambut Syaiza diusap perlahan.
“
Dia kursus dekat tempat kerja abang, seminggu. Abang Cuma rakan setugas
je sayang. Tak ada apa-apa” jelas Syazwan. Entah siapalah yang mereka
cerita hingga isterinya cemburu sebegini rupa.
Syaiza meregangkan perlukan. Wajah suaminya ditatap dengan wajah muram.
“ Dulu pun abang cakap, abang tak ada apa-apa dengan dia. Tapi……”
Syazwan mengusap pipi Syaiza. Tangan isterinya digenggam erat.
“
Sayang….. tak guna kita kawin kalau tak ada rasa memahami, dan
kejujuran. Abang sayang sorang je, tak ada orang lain dalam hati abang.
Pernah ke selama ni abang tipu sayang? Kenapa mesti sayang nak ragui
kasih sayang abang?”
“ Sayang bukan tak percaya… Cuma…. Faha tu, dari dulu dia suka abang. Abang pun melayan je. Sayang takutlah….”
“
Sayang, abang anggap dia cuma kawan biasa je. Sayang janganlah cemburu
buta macam ni. Kalau sayang nak, esok abang tukar tempat dengan kawan
abang, biar abang tak payah kerja dengan Faha , ok?”
Terdiam Syaiza mendengar kata-kata suaminya itu.
“ Betul, abang tak ada apa-apa dengan dia?”
Syazwan mengangguk dan mengangkat tangan.
“
Swear! Abang sayang baby bucuk abang ni je sorang” ucap Syazwan sambil
mengucup pipi Syaiza berkali-kali. Syaiza ketawa kegelian.
“ Takmaulah! Orang tengah merajuk ni, dia main-main pulak” rungut Syaiza. Dia memberi jelingan maut pada Syazwan.
“ Tengok tu, jelling-jeling abang. Mana abang tak tergoda. Dahlah sayang, tak nak lah merajuk dengan abang. Abang rindu
dengan sayang abang ni. Tak senang hati abang tau” ucap Syazwan sambil
kembali mendakap tubuh isterinya erat dan mereka baring di atas katil.
Syaiza tersenyum malu. Kepalanya direbahkan di dada suaminya.
“ Abang……”
“ Hurm……” jawab Syazwan sambil mengusap bahu isterinya perlahan. Sesekali ubun-ubun Syaiza dikucup penuh kasih.
“ Sayang minta maaf ea.. sayang cemburu tak bertempat”
“
Its ok . Cemburu tandanya sayang. Plus, sayang abang ni sangat comel
bila keluar muncung itik tu” ucap syazwan sambil ketawa kuat. Syaiza
memukul bahu suaminya manja. Namun seketika kemudian dia tersenyum.
Bahagia dapat suami sebaik Syazwan.
“ Sayang…. Marah dengan abang lagi tak?”
“ Urm… tak kot”
“ Nampaknya, abang yang marah dengan sayang ni”
"Hah? Nape marah sayang pulak?” Syaiza mengankat wajahnya. Wajah yang tadinya ceria bertukar muram. Syazwan menguntum senyum.
“ Marahlah, sayang kunci pintu. Sampai hati kan. Sekarang kena denda”
“ Alah, denda apa …. Takmaulah” rungut Syaiza perlahan.
“
Senang je dendanya. Sini….” Syazwan sudah menarik Syaiza dalam dakapan erat
dan tunduk mengucup pipi isterinya. Syaiza terdiam. Matanya dipejam
erat. ‘sabar jelah. Ingat denda apa tadi!'
Namun
Syaiza tidak menolak. Hatinya berbunga bahagia. Berharap agar
rumahtangga mereka akan dilimpahi rahmat sepanjang jalan menuju syurga
cinta. Amin.
No comments:
Post a Comment
♫ assalamualaikum ♫
terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.