Cinta Jangan Kau Pergi

                                                                                                                                                                                 
Faiq Hasry melirik jam ditangannya. Sudah melewati 7.15 minit petang.Beberapa detik lagi akan masuk waktu berbuka. Keluhan dilepaskan. Tangannya menyeluk poket seluar dan mendail nombor pembantunya.

" Helo, kau dekat mana ni?" soal Faiq , tidak sabar. Suara dihujung talian kedengaran seperti orang sedang berlari. Tercungap-cungap.

" 5 minit bos.... 5 minit,"

" Yelah,yelah. Aku tunggu dekat meja biasa. Cepat sikit,"

Faiq meletakkan tabnya di atas meja. Mata meliar memandang sekeliling. Beberapa mata sedang melihat ke arahnya. Faiq sekadar melempar senyum sehabis ikhlas. Namun matanya sakit juga saat melihat mata yang memandang itu. Bukan sekadar pandang, tapi memberi jelingan manja , siap dengan liuk lentok badan lagi. 'patah tulang agaknya minah-minah ni' desis hatinya.

" Sorry bos! Jalan jam!"

Faiq terangkat bahu dek kerana terkejut. Amran dijeling geram. Kerusi sebelahnya ditarik, memberi ruang untuk pembantunya itu duduk melepaskan lelah.

" Banyaklah jam kau. Macamlah kau pergi naik kereta kan?" Faiq menyindir. Amran sekadar tersengih. Mahu tak jam. Sepanjang jalan di lorong kaki lima menuju ke hotel , penuh dengan manusia. Bersesak sampai dia berempuh bahu dengan isteri orang. Nasib tak kena hempuk dek suaminya tadi.

" Nak membebel nanti-nanti bos. Sekarang makan dulu. Masuk waktu dah ni," ucap Amran. Mangkuk tingkat diletakkan di atas meja, dan dihidangkan ke dalam pinggan Faiq Hasry.

Senyuman Faiq melebar. Hatinya jadi berbunga melihat lauk yang terhidang.

" Agak-agaklah bos. Makan pun tak lagi, dah senyum macam kambing," Amran bersuara selamba. Malu pun ada dengan perangai bosnya itu. Tiap kali makanan dari mangkuk tingkat tu terhidang, pasti akan ada senyum kambing terukir di bibir Faiq Hasry. Isyhhh herannn herannn...

Faiq sekadar membawa jari telunjuknya ke bibir, sebagai isyarat agar Amran diam. Amran tersengih dan mengangguk. Tangannya pula dibawa ke bibir, bergerak dari ke kiri ke kanan. Ok, mulut dah di zip! 





" Masuk," Faiq bersuara saat pintu biliknya diketuk dari luar. Amran muncul dengan wajah sugul. Entah apa yang dimakan masa sahur tadi, perutnya memulas tidak menentu. Sudah berpuluh kali dia keluar masuk tandas. 

" Kau kenapa ni, bro?" soal Faiq dengan dahi berkerut. Pucat semacam tengok muka pembantunya itu. Amran, sudah 5 tahun bekerja dibawahnya. Dia selesa bekerja dengan seorang lelaki sebagai pembantu. Mudah pun mudah. Tidak perlu dikaitkan dengan skandal bos dan pekerja.

" Entah apa pe'el lah perut aku ni , bos. Memulas dari tadi. Aku ingat nak minta MC lah bos. Boleh tak?" 

Faiq jengil mata. Kepalanya digelengkan. 

" Mana boleh! Nanti siapa nak pergi beli makanan aku," Faiq menolak. Amran tayang muka tak puas hati. 'Makanan kau lebih penting dari aku, bos? sampainya hatimu' Amran berlagu kecewa dalam hati. 

" Kejamnya kau bos. Aku tengah sakit ni. Considerlah sikit. Makanan sikit punya banyak dekat buffet tu. Apa yang bos nak pening sangat. Aku betul-betul sakit ni bos, bukan main-main,"

Faiq geleng lagi. Bukan dia tidak kasihan pada Amran, tapi diakui makanannya lebih penting. 

" Mana boleh, bro. Kau pun tahu aku tak boleh nak makan benda lain kalau bukan dari restoran tu. Nanti perut aku meragam," 

Amran tayang muka sedih. 

" Aku tak fahamlah bos. Apa yang istimewa sangat masakan dekat restoran tu. Aku rasa sama je dengan kedai makan lain. Hah, nak dibandingkan dengan masakan chef dekat hotel kita ni, memang kalah bos!" 

Faiq mengeluh perlahan. Kemudian dia menggeleng. 

" Kau memang tak akan faham. Dahlah, kau pergi balik, rehat. Kalau dah teruk sangat, minta staff hantar pergi klinik. Makanan tu nanti aku pergi beli sendiri lah," 

Mata Amran membulat. Jadi hilang pula sakit diperutnya mendengar kata-kata bosnya itu. 

" Biar betul bos nak pergi sendiri ni? Kata tak nak diaorang tahu," 

Faiq tersengih. Adalah caranya. 






" Hai encik, selamat datang. Boleh kami ambil pesanan?" 

Faiq menguntum senyum lebar. Matanya meneliti gadis yang berdiri dihadapan kaunter itu. Dia ke? Bukan dia kot. Dia kan specky? Tengok gaya macam bukan tukang masak pun.

" Erm, saya nak ambil order, reservation atas nama Amran Mubin," 

Gadis di hadapan kaunter itu tersenyum lebar. Mood gatalnya sudah datang. Lelaki ni ke CEO hotel Arthemis tu? Bapak handsome!! 

" Oh, encik ni Tuan Faiq Hasry ke?" soal Qyra penuh keterujaan. Faiq garu kepala dan pantas menggeleng. 

" Ehh...ehhh..bukann.. saya CEO? tak mungkinn... saya kerja makan gaji je cik. Saya tolong ganti tempat Amran sementara.Err.. dia.. tak sihat," 

Gadis itu mengeluh perlahan, terserlah kehampaannya. 

" Oh yeke? Hurm.. entah bilalah bos awak tu nak datang restoran saya ni? Tiap-tiap hari asyik menempah je. Pelik betullah. Sedap sangat ke makanan dekat sini?" 

" Sedaplah!" Faiq menjawab laju. Kemudian.. eh! Kenapa aku jawab. Aduhhhh .... 

" Awak ni lebih-lebih kenapa? Hisyhh.. dahlah.Nah. Makanan bos awak tu," Qyra menghulurkan mangkuk tingkat dengan kasar. Sekadar budak pejabat macam ni, tak usah dilayan lama-lama. Buang masa je. 

Faiq menggeleng kepala perlahan. 'Macam ni punya orang pun ada ke'desis hatinya. Namun saat mangkuk tingkat itu sudah berada dalam tangannya, Faiq mengukir senyuman lebar. Dipeluk erat, seakan sedang memeluk tuan yang memasaknya. 






" Oiii,mak meletop mak kau!" 

Qyra mengusap dadanya yang terkejut dek kehadiran Amran. Datang tak beri salam, tup tup dok menghempas mangkuk tingkat di atas kaunter. Qyra memandang Amran dengan dahi yang berkerut. 

" Kenapa ni awak? Datang nak marah-marah?" soal Qyra lembut. Amran ni pun termasuk dalam senarai jejaka pilihannya. Almaklumlah, menyandang jawatan pembantu peribadi CEO. Gaji 5++++ . Tak dapat CEO, pembantu pun jadilahh...

" Kenapa awak tanya? Ni, siapa yang masak makanan ni semalam?" Suara Amran melengking. Bad luck betul. Bila dia balik je ofis lepas sehari MC, Tuan Faiq Hasry menyambutnya dengan moodynya. Dalam sejarah bosnya marah sampai macam tu sekali. 

Qyra telan air liur. Ni betul-betul marah ni. Teruk sangat ke aku masak?

" err, saya yang masak," 

Amran mencengkam rambutnya yang kusut. Memang sengaja cari pasallah minah sorang ni. Sejak dari mula lagi dah diberitahu, jangan benarkan sesiapa yang masak makanan bosnya selain daripada tukang masak yang dipilih. Sengaja cari penyakit! Patutlah bos hangin satu badan! 

" Yang memandai pergi masak sendiri kenapa?!Bukannya sedap pun!" 

Qyra merengus. Geram pula bila masakannya dikritik sebegitu rupa. Matanya menjeling tajam. 

" Saya dah buang dia kerja! Puas hati?! Lepas ni jangan jejak kaki lagi dekat restoran ni. Tukang masak kesayangan bos awak tu dah tak ada. Faham??" suara Qyra melengking, mengejutkan semua yang berada di dalam restoran. 

Amran jungkit bahu dek kerana terkejut mendengar suara gadis tersebut. 'Humangaiiiii. Garangnya! Selama ni, kalau bercakap dengan aku , pijak semut pun tak mati'gerutu Amran dalam hati. Kakinya menapak keluar dari restoran itu dengan perasaan sebal. Apa aku nak menjawab dengan bos ni. Matilah ....






" Bos, udah-udahlah termenungnya bos. Bukan aku tak usaha. Dah satu KL ni aku carik bos, tapi tak jumpa. Tempat kerja lama dia pun aku dah try tanya, tapi semua tak tahu mana dia kerja sekarang," 

Faiq diam. Rambutnya dielus ke belakang. Fikirannya kusut. Sudah 3 bulan dia berusaha mencari tukang masak kesayangannya itu, tetapi tidak ketemu. Selera jangan ditanya, sudah lama mati. 

" Bos, layan perasaan pun layan jugak bos. Tapi kerja ni ... melambak... tak boleh jalan kalau bos tak approve ni," Amran bersuara berani. Antara banyak-banyak pekerja , memang dia jelah yang berani main lawan mulut dengan Faiq Hasry. Almaklum dah 5 tahun bekerja, dah masak ranum dengan perangai bosnya itu. 

" Kau ni kan...," Faiq bersuara geram. Ah, kalau dimarah pun, bukan si Amran ni makan saman. Antara terpaksa dengan tidak, dia menarik juga fail yang diletakkan di atas mejanya. Dia meneliti sekali imbas. 

" Ni dah cek betul-betul ke? Quotation dah tanya cik Azura?" soal Faiq serius. Amran tersenyum lega. Dalam kekusutan pun bosnya sangat telus dalam melakukan kerja. 

" Dah bos. Semua department dah approve bahagian masing-masing. Sekarang just nak kan sign bos je untuk diluluskan," ucap Amran. Faiq mengangguk. Dokumen itu dibaca lagi, kali ini lebih teliti. Kemudian, tandatangan diturunkan. 

" Kau arrange meeting aku dengan wakil dari Jerman tu lusa. Projek dekat Kuantan tu... erm.. hantar wakil jelah kot. Esok aku just turun tapak dekat Melaka. Kau ambil akulah dekat rumah.Naik kereta kau. Driver aku esok dia ambil cuti," 

Amran mengangguk faham. Dia kemudian meminta diri untuk menyelesaikan tugas yang lain.Faiq sekadar mengangguk. Setelah Amran menghilang dibalik pintu, Faiq menarik laci mejanya. Kotak kecil bewarna hitam ditarik keluar. 

" Mana awak pergi...," bibir Faiq mengucap sayu. Nota-nota kecil, tulisan tukang masak kesayangannya dibawa keluar. Bibirnya mengukir senyum dalam kedukaan. Semua nota itu dititipkan oleh 'si dia' setiap kali menghantar makanan dalam mangkuk tingkat. 


"enjoy your meal sir. Have a good day!"

" Sorry sir, hari ni tak sempat buat dessert. Busy sangat di dapur. :("

" Dua dessert for you sir. Tebus balik untuk semalam. Selamat menjamu selera! :)"

" hope I put a smile on your face for the meal. Bon apettit ^_^"






" Bos, kita berhenti makan dululah ea? Aku lapar dah ni," Amran bersuara. Tangannya memulas stereng, keluar dari tapak pembinaan. Faiq menghela nafas panjang. 

" Ikut kaulah. Carilah tempat makan. Mana-mana tak kisah" ujar Faiq.Pandangannya ditebarkan ke luar jendela.Rintik-rintik hujan membuatkan hatinya jadi walang. Rindu, sungguh dia rindu. 

 Amran mengangguk. Dia menjeling bos dari ekor matanya. Pantang ada masa, mengelamun je.Sampai bilalah nak macam ni, bos... 

" Bos, dah sampai. Makan dekat warung ni, ok ke bos?" soal Amran . Selama dia bekerja dengan Tuan Faiq, bosnya itu tidak pernah berkira. Makan di warung pun dia tidak kisah, asalkan halal dan bersih. 

Faiq mengangguk. Namun, belum sempat kakinya mencecah lantai, dia terfikir sesuatu. Dia menarik lengan Amran yang baru hendak keluar dari kereta. Terkejut pembantunya itu dibuatnya. 

" Kau tahu jalan ke Muar?" soal Faiq. Amran mengangguk. Kampung dia tu, masakan tak tahu. 

" Erm... kampung.... kampung apa ni...," Faiq cuba mengingati nama kampung itu. Dahinya berkerut. Lama dia cuba mengingatkan.

" Aduh.. teluk... teluk apa nih?" 

Amran berkerut dahi. Dah kenapa bos aku ni. 

" Teluk rimba ke bos?" 

Faiq menepuk bahu Amran kuat . " Hah, betul! Teluk Rimba! Bagus,bagus," Bahu Amran ditepuk lagi berkali-kali. Bibirnya mengukir senyum. Harapan terakhirnya untuk kembali mencari bahagianya yang hilang. 

" Jom. Kau makanlah apa kau nak makan. Makan puas-puas. Lepas tu, kau bawa aku pergi kampung teluk rimba tu, hari ni jugak," 

Amran garu kepala. " Nak cari apa bos?" 

Faiq tersenyum senang. Bahu Amran dipeluk erat. 

" Nak carik bakal kakak ipar kaulah. Lagi mau tanya," 







Faiq menanti makanannya tiba dengan penuh sabar. Namun debar dihatinya jangan ditanya. Jantungnya seakan sudah mahu terkeluar. Amran sekadar menggeleng melihat bosnya itu. Patutlah tak nak makan dekat melaka tadi, nak datang makan dekat sini rupanya.

" Bos, apesal ajak aku makan dekat sini?" soal Amran. 

Faiq sekadar senyum. Memilih untuk tidak menjawab. Matanya memandang sekeliling warung. Tidak banyak yang berubah, walaupun sudah lebih sepuluh tahun. 

" Nasi lemak ayam sambal dan teh o ais laici. Jemput minum," 

Faiq senyum senang. Memang sejak dia duduk di bangku warung ini, senyuman sudah melekat dibibirnya. Ya Allah, manisnya dia. Sopannya dia. 

" Err.. ada apa yang tak kena ke encik?" soal gadis dihadapannya itu. Risau juga wajahnya ditenung oleh pelanggan itu. Faiq seakan tersedar dari mimpi, dia lekas menggeleng. Gadis itu menguntum senyum dan mengangguk, berlalu meninggalkan mereka. 

" Makanlah bos, dok tenung nasi tu bukannya kenyang," ucap Amran. Sakit pulak jiwa melihat bosnya yang seakan orang angau. Nak cakap macam orang gila, tak sampai hatilah pulak. 

Faiq mati senyum dengan sindiran Amran itu. Potong betullah. 

" Yelah, aku nak makanlah ni," dia menjawab geram. Usai membaca doa, dia menyua nasi ke dalam mulut. Matanya dipejamkan. Hati terasa sebak. Tanpa sedar ada airmata yang bergenang dimatanya. 

" Bos...," Amran nyata terkejut. Dah kenapa pulak ni? Namun dia tidak berani bersuara saat melihat Faiq hanya menundukkan wajahnya. Tangannya terus menyuap nasi, sesekali sebelah tangan mengelap airmata yang gugur. 

" Encik...," gadis tadi menyapa. Dulang yang dibawa diletakkan di atas meja sebelah. Tisu dicapai dan dihulurkan kepada pelanggannya itu. 

" Encik, pedas sangat ye sambal saya buat? Maaf. Ya Allah. Encik maaf ya. Sampai menangis encik ni makan sambal saya," ujarnya risau. Faiq ketawa kecil dan menggeleng. 

" Tak..bukan... nasi ni... sedap sangat...," jawab Faiq dengan tawa. Airmatanya dikesat. 

Gadis itu berkerut dahi, namun dia turut sama tertawa dan menguntum senyum. 'Pelik je pelanggan aku ni'

" Alhamdulillah. Terima kasih. Saya masak biasa-biasa je encik. Sila lah ye. Kalau nak apa-apa saya ada dekat belakang , ya?" 

Faiq mengangguk. Amran pun turut sama mengangguk. Kepalanya digelengkan. Malu! Macam-macam perangai bos aku sorang nih! 

Faiq tersenyum. 'saya dah jumpa awak... saya dah jumpa awak...'






" Alhamdulillah. Sedap sangat. Terima kasih awak," ucap Faiq. Nurul Ain sekadar tersenyum. Sebulan sudah pemuda bernama Faiq ini menjadi pengunjung tetap warungnya setiap hujung minggu. Entah apa yang istimewa dengan masakannya, hingga pemuda ini sanggup turun ke Muar. 

" Sama-sama. Boleh saya tanya sesuatu tak?" soal Nurul Ain. Dulang berisi pinggan kotor diletakkan di atas meja. Kemudian dia melabuhkan duduk di hadapan Faiq. Faiq senyum. Tangannya menopang dagu, menghadap Ain. 

" Tanyalah, seribu soalan pun saya sanggup jawab," jawab Faiq dengan sengihan. Ain menjeling manja. 

" Awak tak rasa membazir ke datang kampung saya ni tiap-tiap minggu, semata-mata nak makan nasi lemak saya buat. Macamlah dekat Kuala Lumpur tu tak ada jual nasi lemak," 

Faiq ketawa kecil. Matanya masih merenung Nurul Ain. Tanpa jemu. 

" Lain awak. Tak sama. Dekat sini ada awak," ucap Faiq tulus. Nurul Ain kerut dahi. Bibirnya mencebik.Semakin dilayan , menjadi -jadi pulak mamat ni. Ain bangkit , mengangkat pinggan kotor untuk dibawa ke dapur. 

Faiq menahan. " Saya tolong ea," ucap Faiq. Dulang ditangan Ain diambil dan diangkat ke dapur. Ain sekadar memandang, tidak mampu menghalang. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. 

" Awak...nak tak date dengan saya satu hari?" 

Nurul Ain kerut dahi. Tangannya yang sedang membilas pinggan terhenti. Tawanya meletus.Kepalanya menggeleng perlahan , sebelum kembali menyambung basuhan. 

" Mengarut je awak ni," 

Faiq tayang muka sedih. Air paip ditutup menghentikan kerja Ain. 

" Saya serius ni, awak," 

Ain kerut dahi lagi. Wajah Faiq dipandang. 

" Saya ni banyak kerja lagi nak buat , awak. Tak ada masa saya nak date semua ni. Dahlah, saya nak buat kerja ni. Kalau awak tak nak tolong, baik awak duduk luar diam-diam. Tak pun awak balik je. Dah petang ni, nanti lambat sampai KL," 

Faiq tarik muka. Tangannya yang basah dilap. 

" Macam menghalau je. Takpelah,"

Nurul Ain sekadar mencebik. Nak merajuk konon. Malas nak melayan. Nanti dilayan, kerja dia tidak siap.Air paip kembali dibuka tanpa menghiraukan Faiq yang sudah berlalu.







" Awak!" Suara Ain naik seoktaf. Bukan dia marah , tapi terkejut. Bergegas dia berlari mendapatkan Faiq yang basah dalam hujan. Payung didekatkan ke kepala lelaki itu.

" Awak buat apa dekat sini? Tadi kata nak balik??"

Faiq memandang Ain dengan tubuhnya yang sudah menggigil.Sengihan dilempar.

" Saya nak awak tahu yang saya betul-betul serius ajak awak tadi, bukan main-main,"

Ain menggeleng. Geram!

" Dah, jom. Naik rumah dulu. Eishh, degil tak bertempat!"






Faiq diam, memandu dengan tenang. Walaupun hatinya kala ini agak tidak puas hati. Ada ke patut, pergi date bawak 'anak' . Yelah , mana boleh tahan, si Nurul Ain ni pergi heret anak jiran dia, suruh teman pergi date.

Ain menahan ketawa. Wajahnya dihampar ke luar. Lucu melihat wajah tidak puas hati Faiq saat dia menarik Amirah bersama pagi tadi.

" Awak ni tak patut betul lah...," Faiq bersuara saat melihat si kecil sudah tidur di kerusi belakang. Hancur date mereka , terpaksa bawa si Amirah berjalan ke sana  sini. Ikut kehendak dia je.

" Awak, saya ni orang kampung tau. Hidup berjiran. Nanti apa pulak orang kata kalau saya keluar berdua je dengan awak, ke Kuala Lumpur pula tu. Kan tak manis. Lagipun, kalau kita berdua je, ada yang ketiga akan menghasut. Tak baik,"

Faiq melepaskan keluhan perlahan.

" Yelah, tapi agak-agaklah. Awak bawa budak kecik ni, dah macam bawa anak tau," Faiq masih tidak puas hati. Ain sekadar melepaskan tawanya. Memang dah macam ayah pun Faiq tadi. Dok melayan Amirah yang boleh tahan nakalnya.

" Awak marah lah ni? Merajuk?" soal Ain, sengaja menguji.

" Ehh takk.. Mana ada merajuk. Saya ok je," ucap Faiq dalam sengihan. Serik dah nak merajuk dengan minah ni. Silap-silap, sekarang jugak dia minta berhentikan kereta.

" Kita singgah rumah kawan saya sekejap ye?"

Ain kerut dahi. " Nak buat ape?"

Faiq sekadar senyum, tidak menjawab.







" Tolong ea bro?"

Amran garu kepala. Si kecil yang sedang terlentok di bahu Faiq itu dipandang. Air liur ditelan. Adik sendiri pun dia tak pernah ambil peduli, inikan pulak nak menjaga anak orang.

" Aku tak pandai lah bos, nak jaga budak-budak ni," bisik Amran perlahan. Bimbang didengari Nurul Ain yang sedang menanti di ruang tamu.

" Alah, akak kau tu kan ada. Dia boleh jaga. Aku janji, pukul 10 aku balik,"

Amran garu kepala lagi. Mahu tidak mahu dia terpaksa setuju. Amirah sudah bertukar tangan, dan dibawa naik ke atas. Ain yang melihat, segera bangun mendekati Faiq.

" Eh, nak bawa dia pergi mana tu?" soal Ain risau. Faiq menahan.

" Saya minta kawan saya jaga dia sekejap. Lagipun Amirah tengah tidur kan? Saya nak bawa awak pergi satu tempat istimewa. Jom,"

Ain tidak sempat bersuara saat Faiq sudah menarik hujung bajunya. Langkahnya diatur bingung menuju ke kereta.







Nurul Ain mengetap bibirnya. Tidak selesa duduk di restoran mewah ini. Terlalu eksklusif. Seumur hidup jua tidak pernah terbayang dia akan menjejakkan kaki ke restoran sebegini.

" Err... awak. Kenapa nak habis duit makan dekat sini? Mesti mahal kan?" bisik Ain perlahan. Walaupun di bilik vvip itu hanya mereka berdua yang menjadi pelanggan, Ain tetap tidak selesa kerana terdapat pemainan viola yang mengiringi mereka.

Faiq sekadar tersenyum dan menggeleng.

" Takpelah. Sekali sekala je,"

Ain mengeluh perlahan. " Ni kalau nek Mah tahu saya datang makan dekat sini, mau dia perambat saya dengan penyapu. Membazir je semua ni. Makan dekat restoran biasa je apa salahnya , awak,"

Faiq masih senyum. Senang dengan sikap Ain itu.

" Saya kan dah kata, nak bawa awak tempat yang istimewa,"

Ain mencebik. Dia malu sebenarnya. Tubuhnya sekadar menyarungkan baju kurung lusuh jika nak dibandingkan dengan suasana restoran mewah ini. Tadi sewaktu masuk pun, ada mata-mata yang memandangnya. Mungkin kerana tertulis 'budak kampung' diwajahnya.

" Excuse me sir...,"

Seorang pelayan datang membawa hidangan. Ain kerut dahi. Pelik sungguh penyediaan menu restoran ni. Sekali pandang, macam bekas mangkuk tingkat pun ada. Namun Ain sekadar diam memerhati. 4 hidangan diletak dihadapannya. Humangaiii.!

" Selamat menjamu selera...," Ain mengangguk dan tersenyum. Faiq mengisyaratkannya supaya membuka hidangan itu. Ain hanya menurut. Dia terpana.

" Awak....," Ain kehilangan kata. Dia kenal keempat-empat juadah itu.Juga nota yang diselitkan disetiap mangkuk. Ain menekup mulut tanda tidak percaya. Wajah Faiq dipandang.

" Ya Allah...," Ain beristigfar. Dia bingkas bangun dan berdiri.Airmatanya gugur tanpa sedar.

" Encik... Tuu..Tuan .. Tuan Faiq Hasry... mm..maaf saya tak tahu.. Ya Allah.. maaf,saya tak layak berada di sini , duduk ... duduk semeja dengan Tuan... mm..maaf. Saya minta ... minta diri ... dulu," Ain melangkah keluar. Menggigil tubuhnya. Air mata yang gugur dikesat. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan. Dia hanya mahu keluar dari sini, keluar dari semua kejutan ini.

" Ain, tunggu! Ain!" Faiq mengejar Ain dari belakang. Larian Ain terhenti saat Faiq berjaya menghalang laluannya. Ain memalingkan wajahnya ke arah lain. Tidak sanggup bertentang mata dengan lelaki itu.

" Ain, please... saya juga manusia biasa Ain.Salah ke saya nak berkawan dengan awak?"

Ain tidak berani mengangkat wajah. Airmatanya yang gugur diseka lagi.

" Saya ni anak kampung, Tuan. Taraf saya ...," Ain bersuara dalam sendu. Malu, dia malu. Bibirnya mengukir senyum terpaksa.

" Baju saya kalau dikumpulkan semua pun, mungkin sama harga dengan sehelai baju tuan," Ain berjenaka, perlahan dalam tangisan.

" Saya minta maaf selama ni saya betul-betul tak tahu Tuan pemilik hotel yang gah di mata dunia ni. Saya minta maaf atas layanan saya pada Tuan selama ni. Saya...,"

" Ain, harta dan pangkat tak membezakan kita sesama manusia. Say ikhlas, Ain,"

Ain menggeleng.

" Ikhlas yang Tuan ungkapkan tak bawa erti apa-apa. Hidup Tuan berdepan dengan masyarakat. Saya tak nak nama baik Tuan tercemar sebab berkawan dengan budak kampung macam saya. Sekali lagi saya minta maaf. Terima kasih selama ni tuan sanggup datang makan di warung buruk saya. Saya minta diri dulu,"








" Nek, nek baliklah dulu dengan Dollah ea. Nanti biar Ain je yang tutup warung," ucap Ain, menghabiskan cucian di sinki. Nek Mah mengangguk. Beg telekungnya dibawa ke bahu.

" Pintu dapur tu jangan lupa dikunci. Cepat sikit kemas, dah nak manghrib ni,"

" Yelah , nek. Dollah, baik-baik bawa nek Mah ea. Jangan laju-laju," pesan Ain.Dollah mengangguk. Dia membantu Nek Mah naik ke atas beca. Ain memerhati mereka sehingga hilang dari pandangan mata, kemudian dia masuk ke dapur menghabiskan kerja yang tergendala.

" Assalamualaikum,"

Ain berkerut dahi. Langkah diatur ke hadapan warung.

" Waalaikummusalam.Maaf ye encik , warung dah tutup," ucap Ain pada pemuda yang berdiri membelakanginya itu. Pemuda itu berpaling.

" Pa'ie!!"







Nurul Ain menilik wajah pemuda dihadapannya. Dari topi yang dipakai, cermin mata yang nerdy tu, pakaian dari atas ke bawah, tak berubah. Ya, dia Pa'ie.

" Betul ke Tuan Faiq ni Pa'ie?" soal Ain masih tidak percaya.

Faiq ketawa. Mahu sahaja dia sekeh kepala Ain, macam dulu-dulu.Biar Ain sedar. Namun dia sekadar mengangguk dan tersengih menayangkan baris giginya yang putih.

" Eisyyy, seriussss lain gilaaaa...,"ucap Ain.

" Betul lah. Ain jangan panggil Pa'ie dengan gelaran 'Tuan' tu boleh tak? Sakit telinga Pa'ie,"

Ain menarik muka. Tubuhnya ditegakkan menghadap ke depan. Kepalanya digeleng. Sumpah, dia tidak percaya! Tapi...

" Where have you been Pa'ie? Ooo.. no.. I mean tuan Faiq," 

" Ainn....... please lah. Pa'ie baliklah macam ni!" 

Faiq sudah melonjak turun dari bangsal dan menyarung kasut. Namun Ain pantas menarik hujung kemeja lelaki itu. Dia mengetap bibir perlahan, agar Pa'ie faham maksudnya agar jangan pergi. 

Faiq tersengih. Dia kembali duduk, menghadap Ain. Tangannya ditongkat ke dagu.

" I miss you," ucap Faiq dalam sengihan lebar. Ain jungkit kening.

"So... esplain .. now," Ain memeluk tubuh, menunggu penjelasan dari Pa'ie. 


Lembaran Semalam.............


" Weyh budak sampah! Kau buat ape dekat sini hah?! Blahlah. Dahlah busuk, ada hati nak main dengan kiteorang! Blah lah weyh!" 

Pa'ie sekadar diam menunduk. Kasut bola lusuh yang susah payah dicari dalam timbunan sampah siang dan malam dilempar ke dalam longkang oleh geng din buntal.Pa'ie mengesat mata menahan agar airmatanya tidak menitis. Dia tidak mahu dipandang lemah. Dalam kepayahan, Paie turun ke longkang dan menarik kasut yang terapung dengan kayu. 

"korang tengok tu. Budak sampah berkubang dalam longkang macam kerbau.HAHAHAHAHHAA!!!"

"Woii Buntal. Kalau nak tunjuk jantan sangat meh la lawan dengan aku!"

Din buntal menoleh ke arah suaranya yang mencabarnya.Namun saat matanya bertemu dengan ain tomboy, dia jadi kecut. Bertempiaran dia dan kawannya lari.

" Kau ok ke,weyh? Dieorang buat ape dekat kau?" soal Ain, menarik Pa'ie naik ke atas.Paie sekadar menggeleng dan tunduk. Dia berdiri jauh dari Ain, tidak mahu Ain rapat dengan badannya yang busuk dan bau longkang.

" Nama aku ain. Kau?" 

" Pa'ie," 

" Oh ok. Mulai hari ni kita geng. Kau jangan takut-takut lagi.Ok?"

Paie sekadar mengangguk perlahan. Namun masih tidak berani mengangkat wajah. Ain garu kepala perlahan. Payah betul nak bercakap dengan budak ni. 

" Nah, tanda persahabatan," Ain hulur lolipop ditangannya. Paie teragak-agak menyambut. 

" Err... aku takde ape nak bagi," ucap Paie malu. Ain menghela nafas. Dia perhati Paie dari atas ke bawah. Kemudian dia tersengih, dan keningnya diangkat. 

" Aku nak ni...boleh?" soal Ain. Topi dikepala Paie dicabut dan digayakan di atas kepalanya.Ibu jari diangkat tanda 'cun' .Paie tersengih dan mengangguk perlahan .







" Here.. keychain ni, ingat?" ucap Faiq sambil menghulurkan keychain berbentuk lolipop kepada Ain. Ain ketawa kecil. Ingat, masakan dia lupa. Itu adalah hadiah yang diberikan kepada lelaki itu semasa hari lahirnya.

" Pa'ie simpan lagi keychain ni? Ain punya dah hilang masa rumah terbakar dulu," 

Faiq mengangguk.Keychain di tangan Ain diambil dan diangkat ke dada langit.

" Kerana keychain ni Pa'ie sentiasa ingat siapa diri Pa'ie. Anak jalanan ni boleh jadi manusia macam sekarang ni, kerana lolipop yang Ain beri pada Pa'ie"

Ain hanya diam, cuba menghadam maksud disebalik kata-kata Paie.

"Dari seorang anak jalanan, pengutip sampah yang dicerca, dihina masyarakat. Cuma Ain dan Nek Mah yang pandang Paie sebagai manusia, sedangkan mereka yang lain melayan Paie macam binatang. Ain dan Nek Mah beri Paie sebuah kehidupan yang tak mungkin terbayar harganya walau segunung intan didunia ini jadi galang gantinya"

Paie senyum tawar.

"Paie kenang jasa Nek Mah yang buat macam-macam kerja nak besarkan Paie sampai jadi macam ni sekarang.Paie admit dulu Paie bodoh, sebab tinggalkan Ain dengan Nek Mah. Masa tu Paie malu. Paie dah kecewakan Nek Mah dengan keputusan SPM Paie. Paie pergi sebab Paie malu , tak dapat nak balas jasa nek mah dengan Ain.Kalau bukan kerana ain dengan nek mah, mungkin Paie masih merempat jadi anak jalanan , budak lorong sampai sekarang ni,"

" Macam mana paie mulakan hidup baru lepas tinggalkan kiteorang?" soal Ain.

Dulu dia cop Paie sebagai anak tak kenang budi selepas dapat tahu Paie sudah hilang dengan beg pakaian selepas ambil result SPM disekolah.  Walaupun dulu dia kecewa dengan tindakan Paie, namun kini dia tahu akan sebabnya.

" Well, back to the basic. Paie kutip balik sampah, cari botol, kerja warung. Tapi dalam masa yang sama, duit gaji tu Paie buat beli buku. Belajar sendiri. Paie repeat SPM, masuk U, fly to Qatar n now this is me," 

Ain mengangguk dan tersenyum. Dia tumpang gembira. Dulu Paie yang dikenali sangat lemah, tak mampu berdikari. Tapi kini adalah Paie yang baru dihadapan matanya.

Paie merenung dada langit. Keychain ditangannya diusap perlahan.


" Kerana manisnya sebatang gula yang Ain bagi, Paie kenal pada perit manis kehidupan, Paie kenal apa itu keluarga, kasih sayang ... dan Paie kenal.... 

Ayat dibiar tergantung.Wajahnya dipalingkan menghadap Ain. Mata mereka bersatu tanpa sedar.Paie menguntum senyum

" dan Paie kenal apa itu cinta," bisik Faiq perlahan, namun cukup membuatkan Ain tersentak. 

Ain ketawa kecil. 

" Beruntunglah siapa yang dah curi hati Paie tu kan?"Ain berjenaka, sengaja buat-buat tidak faham. Paie menghela nafas perlahan. Mata redup Ain dipandang dalam.

" Ain tak faham atau sengaja buat-buat tak faham ni?" 

"Apa?" Ain bertanya bersahaja. 

" Ain..Paie cintakan Ain. Sejak dari dulu lagi. Dari hari pertama kita kenal," 

Ain tertawa lagi. Dia berpusing dan turun dari bangsal.

" Nonsense. Stop with your daydreaming Tuan Faiq Hasry," 

Sungguh. Dia benci bila menyentuh soal hati dan perasaan. Cintanya memang ada buat lelaki itu. Cinta yang amat dalam. Tapi itu dulu. Dulu... sebelum Faiq hilang tanpa berita.

" I'm deadly serious , Ain. Ain mengajar Paie erti sebuah cinta. Jujur dari hati paie yang paling dalam, I'm in love with you, Ain," 


" Look at you, Paie... look at me... kita berbeza. Ain tak layak nak berdampingan dengan Tuan Faiq Hasry, apatahlagi untuk bercinta.Ain ni cuma budak kampung, tak ada pelajaran, jual nasi lemak pulak tu...,

" Cinta bukan pada pangkat dan siapa kita, Ain. Tolong pandang saya sebagai Paie bukan Faiq Hasry yang orang lain pandang,"

Faiq menyeluk kocek seluarnya, mengeluarkan kotak baldu merah dan dibuka dihadapan Ain.

" Paie, budak selebet dan cengeng ni, nak jadikan Ain suri dalam hati dia. Paie tak pandai nak bermadah apatahlagi jiwang. So, Ain sudi jadi yang halal buat Pa'ie , dunia dan akhirat?" soal Paie tulus. Ain terdiam, tidak terkata. 

" Terimalah Ain. Letih dah nenek tengok korang berdrama dari tadi.Dulu kan kamu cakap dengan nenek kamu sayang dekat budak selebet ni. Hah, kira jadilah Paie. Nek pun dah letih nak menjaga anak dara ni. Kau jagalah dia pulak," 

" Nenek!!!" Ain mengetap bibir geram. Entah sejak bila nek Mah ada disitu, langsung dia tidak perasan. Naik merah mukanya menahan malu.Faiq sudah ketawa besar mendengarnya.Matanya dikenyit nakal kepada Ain sebelum membuka langkah saat Ain sudah bersedia mahu memukulnya. 


Childhood~
The sweetest story in my whole life. 
The song and the smell of happiness will remains
no way to the end...












No comments:

Post a Comment

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.