
agak
frust tak dapat nak cari cover bermotifkan blossom, sebab tenet slow..
so guna je gambar stanby kat lappy.. ughhhhh, sedihhh!!!!!!!! nak
sakuraaaa!!!!!
idea asal :: Qis Nurraishah Roslan
idea asal :: Qis Nurraishah Roslan
“ Dea dah nekad ke ni?”
Lea Adelia mengangguk dan tersenyum hambar. Tangan Puan Hasmah digenggam dan diusap perlahan.
“ Betul ma. Dea dah malas nak fikir lagi. Dea dah buat keputusan, nak keluar dari semua kekusutan ni”
Puan
Hasmah mengeluh buat kesekiankalinya. Dia hanya diam dan tiada daya
untuk menghalang. Biarlah anak itu pergi, merawat hati yang masih
berduka.
“ Promise dengan ma, setiap kali semester break, Dea kena balik. Call me bila Dea free, and please, jaga diri , faham?”
Adelia ketawa kecil.
“ Baik, bos!” Dea berseloroh sambil mengangkat tabik. Puan Hasmah menjeling dan mencubit geram pipi anak bongsunya itu.
“ Erm, ada apa-apa lagi tak cukup tak?”
Dea diam seketika. List barang dicapai dan diteliti.
“ Tak ada rasanya, ma. Semua dah cukup. Tinggal nak tunggu baju sejuk, kak Lyysa kata bawak dia punya je”
“ Urm, yelah. Dia pun dah balik sini, tak guna dah baju tu. Oklah, ma keluar dulu ye. Dea tidurlah, esok nak jalan jauh”
“ Ok ma. Goodnite, love you”
“
Love you too sayang” Puan Hasmah bangkit dan mengucup dahi puterinya.
Dea tersenyum dan memerhati mamanya yang sudah menghilang di sebalik
pintu. Kemudian dia menghela nafas berat. Pandangan dilempar pada luar
jendela , yang sudah disimbahi langit kelam.
“
selamat tinggal kenangan” bisik Dea perlahan, sebelum merebahkan diri
di atas katil. Mata dipejam erat, berharap esok dia akan lebih tenang
menghadapi hari esok.
7
jam perjalanan tidak begitu terasa. Adelia masih memikirkan kewarasan
dengan keputusan yang dibuat.Sibuk mencongak, tanpa sedar kapal terbang
sudah selamat mendarat di Kansai International airport. Adelia menarik
nafas panjang. Rasa takut tiba-tiba menghurung diri. Bersendirian di
negara orang buat kali pertama, siapa yang tidak gentar? Ah, menyesal
tak izinkan mama dengan papa ikut sekali. Konon nak berdikari. Huh,
Dea…Dea…..
Kedinginan
bumi Sakura yang menyengat hingga ke tulang, menyebabkan Adelia
mengatur langkah pantas. Mujur sistem pelepasan imegresen dan bagasi
tidak meleweh dan cekap. Adelia mencongak sebentar. Ke mana dia harus
pergi? Adelia menarik keluar nota dari kocek beg. Nota ringkas yang
dicatit bagi memudahkan perjalanannya di negara Jepun ini.
“Tsurugaoka station……
Adelia
membisik perlahan saat meneliti nota ditangannya. Kemudian dia bergerak
ke mesin pembelian tiket. Namun seketika kemudian dia terpinga.
Bibirnya digigit, bimbang bertandang. Mesin itu hanya terdapat tulisan
bahasa Jepun. Hanya terdapat butang cara penggunaan dalam bahasa
inggeris. Apa gunanya sudah tahu digunakan mesin, tapi tidak dapat
membaca nama station yang ingin dituju.
“
Somebody help me……” Adelia berbisik dalam hati. Dia bergerak ke arah
seorang wanita Jepun. Namun saat ditanya dalam bahasa inggeris, nyata
wanita itu tidak dapat membantu, kerana dia tidak boleh bertutur dalam
bahasa Inggeris. Adelia termanggu lagi. Seakan mahu menangis di situ.
Dia bergerak ke kaunter pembelian daily pass, namun pekerja di situ agak
sibuk.
“ Aduh… macam mana ni??” Adelia bersuara. Suara itu menggamit perhatian seorang lelaki yang melintas di belakangnya.
“
Miss……..” Lelaki itu menyapa. Adelia pantas berpaling. Melihatkan wajah
lelaki itu, seakan lelaki Asia, namun dia tidak pasti.
Saat
lelaki itu berbicara dalam bahasa Jepun, Adelia hampa. Dia mempamer
riak kecewa dan menggeleng, tanda dia tidak faham. Lelaki itu kemudian
tersenyum. Dia mengerling passport ditangan Adelia, kemudian wajah
wanita itu diteliti seketika.
“
Nihongo ga dekimasen(saya tidak tahu berbahasa jepun)” Adelia bersuara
perlahan. Bimbang kerana cara sebutannya agak tidak lancar. Maklum, baru
pertama kali bertutur dalam bahasa jepun.
“ Wakarimashita(oh, baiklah). You want me to speak in English or Malay?”
Adelia tersengih.
“
Melayu lebih baik” jawab Adelia. Lelaki itu ketawa kecil. Dia
memperkenalkan diri sebagai Adwa Husaini. Adelia mengangguk perlahan ,
dan memperkenalkan dirinya pula.
“ Apa yang boleh saya bantu ni?”
Adelia
tersengih lagi dan menunjuk ke arah mesin tiket. Adwa mengangguk faham.
Tanpa menunggu, dia membantu Adelia membeli tiket, dan mengajar sedikit
sebanyak pada Adelia, agar tidak kekok di lain masa.
“
Bercuti atau study?” soal Adwa waktu mereka sudah berada dalam train.
Adelia yang terleka seketika , meminta Adwa mengulang soalannya. Adwa
tersenyum. Tanpa banyak bicara, dia mengulang soalan tadi.
“ Oh, study”
Adwa mengangguk . “ Study mana?”
“
Kyoto” Adelia menjawab ringkas. Adwa mengangguk lagi dan tersenyum.
Kemudian suasana bertukar sepi. Saat pengumuman di buat, Adelia pantas
bangkit, sudah bersedia berdiri di muka pintu train. Adwa mengekori dari
belakang. Dia juga turun di situ. Namun sekali lagi Adelia tercengang
dihadapan pintu train. Eh, kenapa tak terbukak ni??
Adwa
tersenyum melihat gelagat Adelia. Dia menolak sikit tubuh Adelia, dan
bergerak ke pintu. Kemudian butang ditekan, barulah pintu terbuka.
Sepantas itu juga dia menarik Adelia agar keluar, kerana train sudah
mahu bergerak.
“
Err… thanks. Sorry, tak tau pulak kena tekan dulu, baru pintu tu
terbukak” ujar Adelia malu. Adwa hanya tersenyum. Aishhh, mamat ni,
murah dengan senyuman. Sweet!
“ So, awak nak ke mana? Saya boleh tolong”
“
Erm….. kejap ea” Adelia meneliti peta dan buku catatan ditangannya.
Adwa sabar menanti. Namun mengikut perkiraan dia, Adelia agak tergagap
hendak menyebut tempat yang ingin ditujuinya. Adwa menarik buku nota
ditangan Adelia, kemudian dia mengangguk.
“ Ok jom.Saya tolong”
Adelia
tersenyum malu. Aduh, memang sangat malu. Dari awal tadi, asyik buat
silap je. Apa nak jadi kau ni Dea? Nasib ada mamat ni, kalau tak ,
terpinga-pinga kau sorang kat sini!
“ Err, tak menyusahkan ke?”
“
Its ok” Adwa membalas perlahan. Beg ditangan Adelia sudah bertukar
tangan. Adelia mula rasa serba salah. Namun Adwa sudah laju melangkah ke
depan, tanpa sempat ditahan.
Awal
pagi lagi Adelia sudah bangun dan check out hotel. Dia perlu bertola ke
Kyoto sendirian hari ni , memandangkan teman yang akan membantunya
sepanjang di Jepun ini, sudah berada di sana. Adelia bergerak ke stesen.
Kali ini dia tiada masalah untuk membeli tiket, kerana semalam sudah di
ajar Adwa, dan bahasa inggeris memudahkan Adelia.
“
Assalamualaikum!” Adelia sedikit tersentak saat terasa bahunya dicuit
dari tepi. Namun kemudian dia menguntum senyum. Terkejut pun ada.
“ Waalaikummusalam.Hai, buat apa kat sini?”
“
Erm.. entah. Beli nasi lemak kot?” Adwa berseloroh. Adelia menjeling
sekilas. Terkena pulak dia. Dah ada dekat stesen, haruslah nak naik
train kan? Lagi mau tanya? Kan dah kena sebijik!
“
Urm, sama destinasi kita nampaknya” Adwa bersuara lagi saat mengerling
tiket di tangan Adelia. Kening Adelia sedikit terangkat, dia mengerling
tiket ditangan Adwa, kemudian tersengih. Bagus, ada teman dia untuk ke
Kyoto.
“
Ada kawan ke dekat sini?” Adwa bersuara memecahkan kesunyian sewaktu
mereka menikmati makan tengah hari. Cukuplah sekadar mengalas perut ,
walau harga roti itu terlalu mahal. Menurut Adwa, berbaloi makan makanan
mahal , daripada tersalah pilih yang tak halal. Adelia bersetuju. Dia
faham yang di Jepun ini sukar untuk mencari makanan halal.
“
Urm, tak ada. Cuma ada kawan chatting, Yuusuke. Esok dia akan bantu
saya uruskan pendaftaran dan penginapan. Kemudian, bawa saya jalan-jalan
sebelum mula kelas”
“ Oh, berapa lama lagi?”
“ Ada sebulan lagi. Saja datang awal, senang nak kenal tempat ni, faham budaya dan biasakan diri”
Adwa
tersenyum dan mengangguk. Seketika kemudian kembali sepi , menghabiskan
makanan tengah hari sebelum Adelia ke hotel penginapan di Hotel Alpha
Kyoto.Mujur ada Adwa yang membantu. Jadi dia tidak perlu ke tourist
centre untuk mencari maklumat penginapan. Adwa sempat menitip nombor
miliknya, kalau-kalau Adelia memerlukan pertolongan. Adelia menerima
dengan senang hati dan berterima kasih pada Adwa yang banyak membantu.
Mata
Adelia terbeliak saat melihat Yuusuke Kun yang menapak menghampirinya.
Tidak, bukan itu yang memeranjatkan dia. Dia jadi terkejut dan terpana
tak terkata saat Adwa Husaini turut melangkah di belakang Yuusuke. Apa
kes???
“ Ohayou gozaimas(selamat pagi)” Yuusuke menyapa dengan senyuman lebar.
“
Hai, Dea. Jumpa lagi kita nampaknya” Adwa terlebih dahulu menyapa
sebelum Adelia membuka mulut. Yuusuke hanya tersenyum, walau dia tidak
memahami bahasa yang digunakan temannya itu. Sebentar tadi Adwa sudah
memberitahu dia bahawa dia dan Adelia saling mengenali. Jadi, memudahkan
aktiviti hari ini. Ada Adwa yang dapat membantu terutama dari segi
bahasa. Itu lebih memudahkan kerjanya.
“ Err.. hai.. macam mana awak boleh ada dengan dia?” Adelia bertanya bingung. Adwa tersenyum.
“
Dia kawan saya. Selalu jugak saya ikut dia bila ada pengunjung luar
yang datang ke sini, terutama dari Malaysia, Indonesia, Singapore dan
Brunei. Kira saya pemandu pelanconglah”
Adelia
mengangguk faham. Jadi sepanjang berjalan nanti, Adwa ada menemani?
Adelia kemudian menguntum senyum. Ada rasa lega yang bertandang walau
dia masih malu dengan lelaki itu. Adelia hanya diam saat Adwa bertutur
dalam bahasa Jepun.
“
Jom, Dea. Kita dah boleh bertolak” ujar Adwa mematikan lamunan Adelia.
Adelia tersenyum dan bangkit. Sebenarnya tidak sukar untuk bertutur
dengan Yuusuke, kerana bahasa inggerisnya agak lancar dan mereka sudah
mesra di laman chat. Tapi dengan adanya Adwa, Adelia berasa lebih
selesa. Cakap bahasa melayu lagi best! Huhu….
Hari
terakhir jadual perjalanan sebelum menempuhi hari yang sibuk sebagai
seorang pelajar nanti, Adelia dibawa ke Kiyomizu-dera. Sebuah tokong
yang tersenarai sebagai tertua di Kyoto. Keistimewaan tempat itu
semestinya menjadi port terbaik untuk melihat cherry blossom yang mekar
indah.
“
Saya ke sini membawa hati yang lara. Kehilangan cinta seorang wanita
yang sangat saya sayangi” Adwa membuka cerita saat mereka berdua
menikmati pandangan sekitar Kyoto dari dewan utama tokong. Adelia
memandang Adwa sekilas. Terkejut juga mendengarnya. Sebentar tadi mereka
hanya berbual kosong mengenai diri masing-masing.
“
Erm… samalah” Adelia menjawab perlahan. Dia juga ke sini bagi melupakan
kisah peritnya bersama lelaki yang dicintai. Giliran Adwa pula yang
terpana.
“ Really?”
Adelia
tersenyum hambar. Dia pura-pura merakam gambar, namun dalam hatinya
sudah dihurung sebak. Airmata yang mahu gugur diseka perlahan. Setiap
kali teringatkan lelaki itu, pasti dia jadi walang.Adwa menjeling Adelia
sekilas. Dia tidak berniat untuk bertanya lanjut saat melihat perubahan
wajah wanita itu. Adwa berundur dan memberi ruang pada Adelia melayan
perasaan.
Adelia
termenung di tepi jendela kamarnya. Walau sudah empat tahun di Negara
Sakura ini, kenangan pahit di Malaysia masih tidak dapat dilupakan.
Setiap malam dia menangis. Segulung ijazah ditangan, dipandang sepi. Dia
tidak mengotakan janji pada mama. Setiap kali cuti, Dea tidak pernah
pulang ke tanah air, dengan alasan sibuk dengan assignment. Kini, dia
sudah tamat belajar. Namun, hatinya tidak teruja untuk pulang ke
Malaysia. Kenangan bersama Fariz masih merajai hatinya, sukar untuk
dipadam.
“ Riz minta maaf Dea. Riz …. entahlah. Riz tak tahu nak cakap macam mana. Cuma hati ni… dah tak ada buat Dea. Maafkan Riz”
Adelia
mengesat airmata yang gugur. Lima tahun mengikat cinta bersama Fariz,
hari ini lelaki itu mengunjunginya dengan perkhabaran ingin berpisah.
Siap bawa pasangan lagi. Dalam diam rupanya Fariz sudah mengikat tali
pertunangan dengan wanita lain. Hati siapa yang tidak walang. Lelaki
yang dicintai dan ditunggu selama bertahun-tahun, curang dalam diam.
“
Kenapa awak buat saya macam ni Riz? Patutlah, selama ni saya tanya,
macam-macam alasan awak beri. Tak cukup duit, nak kerja dulu, tak puas
enjoy. Rupa-rupanya awak dah terikat. Manusia jenis apa awak ni Riz?
Awak ingat saya ni apa. patung ke?!”
Adelia
mengesat airmata yang gugur.Mengenangkan saat terakhir pertemuan dengan
Fariz itu, membuatkan dadanya dihurung sebak. Putus cinta antara dia
dan Fariz lah yang membawa dia tercampak ke negara ini. Sebolehnya mahu
mengusir segala kepahitan yang di alami. Namun, tidak semudah itu.
Hingga kini, bayangan Fariz masih menghantui dirinya.
“
Termenung apa ni Dea?” Amisya , teman sebilik menyapa dan menepuk bahu
Adelia perlahan. Adelia melempar senyum. Melalui Amisya, dia banyak
mengenali rakan se-agama yang lain. Dia juga lebih mendalami pengajaran
rohani berbanding di Malaysia sendiri. Akhwat di sini banyak membantu
dan memandu tatkala Adelia seakan terlepas dan tidak bertemu arah.
Amisya dan yang lain banyak membantu dia untuk mencari dirinya semula.
Agar dia tidak terlalu terlayar dalam kesedihan.
“
Rindukan Malaysia barangkali” Amisya bersuara lagi tatkala Adelia masih
berdiam. Adelia memandang Amisya sekilas dan bangkit duduk di atas
katil.
“ Belum masanya Ami. Dea ingat, nak stay sini untuk setahun dua lagi. Nak cari pengalaman kerja dulu”
Amisya
terdiam dan berkerut dahi. Jarang ada pelajar Malaysia yang terus ingin
bekerja di sini, tanpa pulang ke tanah air terlebih dahulu.
“ Sure ke ni? Dah minta izin mama dengan papa Dea?”
Adelia
tersenyum. Kemudian dia mengangguk. Seminggu lepas lagi dia sudah
memaklumkan pada ibu bapanya. Lama juga usaha memujuk, baru mama
mengizinkan. Papa juga tiada halangan.
“
Erm.. kalau macam tu, Ami pun tak dapat nak halang. Ami doakan yang
terbaik buat Dea ye? Nanti dekat embassy, bolehlah tanya pada Senpai,
mana tahu dieorang boleh tolong carikan kerja untuk Dea”
Adelia mengangguk dan tersenyum gembira.
“ Insya Allah. Ami,nanti teman Dea pergi Daisai ye?”
“ Herm, nak pergi festival ke, nak pergi date ni? Maklumlah, buah hati ada dekat sana”
Amisya
giat mengusik. Adelia sudah menghambur ketawa. Date? Oh tidak. Pasti
yang Amisya maksudkan ialah Adwa Husaini. Memang hampir setiap tahun dia
akan hadir, kerana Adwa menjemput dia untuk hadir, sama ada ke Open
University Festival(daisai) atau Yukata Festival. Di sana Adwa terlibat
dengan pembukaan gerai makanan Malaysia, selaku sempai yang membantu
pelajar junior yang lain.
“ Dea nak stay sini? Dah nekad ke ni?”
Adelia
tersenyum dan mengangguk. Saat itu mereka berehat setelah berjalan
sekitar tapak festival. Adwa mencuri masa untuk meninggalkan seketika
gerai roti jala di bawah kendaliannya sementara ada kouhai yang
mengambil alih.
“ Erm… dah nekad dan bulat hati. Tapi sedihlah, Awak dah nak balik, tinggalkan Dea sorang-sorang dekat sini”
Mendengarkan
kata-kata Dea , Adwa ketawa kuat. Dia hanya akan berada di Jepun
kurang-kurang dua minggu sahaja lagi, sebelum pulang dan menetap terus
di Malaysia. Jika empat tahun dahulu, dia memang tidak akan sampai hati
mahu meninggalkan Dea. Masih segar di ingatannya , saat kali pertama
bertemu Dea , dalam keadaan yang bingung bertapak di bumi Jepun ini.
Sekarang, Dea malah lebih arif daripada dia sendiri.
“ Ada jodoh, kita jumpa lah lagi. Dea bukan selamanya nak menetap di sini,kan?”
Adelia tersenyum. Dia hanya menjungkit bahu. Mungkin ya, mungkin tidak. Dia sendiri tidak tahu.
Adelia
menarik nafas perlahan. Hatinya jadi gementar saat kapal terbang
selamat mendarat di bumi Malaysia. Dari kejauhan Adelia sudah melihat
mama dan papa yang menanti. Airmata tidak semena merembes keluar. Tujuh
tahun lamanya di negara orang, rasa rindu membuak di dada Adelia. Dia
meluru dan memeluk tubuh mamanya dengan tangisan yang kuat berlagu.
“ Dea minta maaf ma. Dea berdosa pada ma. Maafkan Dea”
Adelia
tenggelam dalam tangisan. Pelukan dieratkan. Puan Hasmah juga tidak
mampu membendung kesedihannya. Saban hari dia merindui untuk menatap
wajah anaknya itu. Puas memujuk, akhirnya Adelia akur untuk pulang ke
Malaysia.
“
Sudahlah tu, kita balik dulu. Cerita dekat rumah” Papa mengusap bahu
Adelia perlahan. Pelukan direnggangkan. Adelia dan Puan Hasmah tersenyum
dan ketawa kecil. Malu pula tatkala ‘drama sebabak’ tadi di tonton
beberapa pasang mata di situ.
“ Dea… Riz minta maaf, atas semua salah Riz pada Dea. Kita mula dari awal ya? Kita bina hidup baru”
Adelia
menghela nafas. Semudah itukah lelaki ini pergi dan datang kembali
dalam hidupnya. Wajah sayu dihadapannya dipandang lama. Bagai tidak
percaya Riz akan kembali menagih kasih padanya, setelah hampir tujuh
tahun Adelia berperang dengan perasaan sendiri bagi melupakan lelaki
bernama Fariz dalam hidupnya.
“
Apa sebenarnya yang Riz nak dari Dea? Dea bukan barang permainan yang
boleh Riz campak dan perlakukan sesuka hati. Bila Riz suka, Riz ambil,
lepas dah benci, Riz buang macam tu je. Dea ada hati dan perasaan Riz!”
Adelia
tersentak dari lamunan saat bahunya ditepuk kuat. Adelia meraup mukanya
perlahan. Jauh sungguh dia berkhayal. Melihatkan Amisya yang tersenyum
bahagia di pelamin, membuatkan fikirannya terlayar pada lelaki itu.
Pelamin aganku musnah. Ya, seperti lagu itu, begitu jugalah angan-angan
untuk dia bersama Fariz , musnah suatu ketika dahulu. Kini, Fariz
kembali datang , mencari cintanya. Apakah aku masih mencintai dia?
“
Menung apa dik oii?” Lyysa, kakak sulung Adelia menyapa dan menarik
kerusi di sebelah Adelia. Adelia hanya tersengih. Malas mahu menjawab
pertanyaan Lyysa itu. Dia meliar pandangan saat melihat Lyysa hanya
sendirian . selalunya, pantang kalau tak ditemani abang Muz disebelah.
“ Laki kau mana?” soal Adelia.
“
Tu, jumpa kawan satu sekolah dia. Kawan dia tu kata dia kenal aku, tapi
haram aku tak ingat siapa dia tu” Lyysa memuncungkan bibirnya ke arah
khemah deejay. Adelia turut sama melempar pandangan ke sana. Kemudian
dia terpempan. Biar betik? Eh, kuat betul jodoh! Huhuhu….
“
Macam berjodoh pulak kita ni ye? Bila balik sini. Tak beritahu pun?”
Adwa memulakan bicara saat mereka bersantai di Taman
Layang-layang.Semalam dia mengajak Adelia untuk menemaninya ke sini,
kebetulan ada perjumpaan blogger. Adelia tersengih. Dia memang berniat
untuk menghubungi lelaki itu, namun buku yang tersimpan alamat dan
nombor telefon milik Adwa hilang sewaktu di airport.
“ Dah sebulan Dea dekat Malaysia. Saja nak menyembunyikan diri. Tak sangka bertemu jugak kita akhirnya”
Adelia ketawa kecil. Begitu juga Adwa. Seketika mereka diam sebelum mendengar helaan nafas Adwa. Berat bunyi nya.
“ Kenapa?” soal Adelia.
“ Fikir bila diri ni nak ada teman. Umur nak masuk 30 dah. Umi dekat rumah tu dah bising nak menantu”
Adelia ketawa lagi. Adwa ni dari dulu tak berubah. Suka buka topik baru secara tiba-tiba, lari tajuk pulak tu!
“ Lah, apa susah kawin jelah”
Adwa menjeling Adelia sekilas. Kemudian dia tersenyum sinis.
“ Untunglah kalau ada jodoh turun dari langit” perli Adwa. Adelia menghambur ketawa kuat.
“ Ada jodohnya, usaha lebih sikitlah. Ke, awak memilih sangat ni?”
“ Mana ada memilih,saya terima jodoh saya kalau ada. Yelah, nak tunggu puteri Adelia , entah bila nak dapat kan?”
Adelia
mencebik. Ciss, sempat nak kena aku pulak mamat ni. Adelia sudah
bangkit, malas mahu melayan lelaki itu lagi. Semakin ditunggu nanti,
entah sampai ke mana mengarutnya. Namun langkah kakinya terhenti tatkala
ada seseorang yang berdiri di hadapannya. Adelia mengeluh rimas. Sejak
dia pulang ke Malaysia, lelaki ini tidak pernah berhenti menganggu
hidupnya. Rimas!!
“
Dea.. please… we need to talk , sayang” Fariz menahan dan menarik
tangan Adelia, namun pantas ditarik semula dan direntap kuat.
“ Leave me alone , Riz. Please. Apa lagi yang awak nak? Saya rimas , awak tahu tak??”
“
Tolong beri saya peluang Dea. Saya tahu saya tersilap langkah
tinggalkan awak dulu. Saya minta maaf. Saja janji tak akan sia-siakan
awak lagi lepas ni. Saya sayangkan awak Dea”
Dea
cuba menolak saat Fariz kembali menarik tangannya, namun genggaman
lelaki itu terlalu kejab. Seketika mereka bergelut dan meronta. Adwa
yang sedari tadi memerhati dari jauh, pantas berlari mendapatkan Dea.
“
Are you ok Dea?” Adwa berdiri di sisi Adelia dan memandang tajam lelaki
itu. Pantang betul dia melihat lelaki yang berkasar dengan perempuan.
Adelia memandang wajah Adwa dan memohon pertolongan.
“
Bro, benda boleh bawak bincang. Lepaskan tangan dia” Adwa cuba membuat
percaturan selembut yang mungkin. Namun melihatkan tindak balas Fariz,
Adwa dapat menghidu kemaraan lelaki itu yang mahu menumbuknya. Namun
Adwa lebih pantas mengelak. Sudahnya , Fariz yang tersembam ke bawah.
“
Bangsat!” Fariz bangun dan ingin membuat serangan balas, namun Adelia
menghalang. Sakit hatinya melihat Fariz yang bersikap seperti itu.
“
Enough Riz! For your info, dia bakal suami Dea. Kami akan kawin bulan
depan. So, Dea harap Riz akan berhenti ganggu Dea. Tolong, izinkan Dea
bahagia. Assalamualaikum”
Adwa
menarik nafas perlahan. Rasa baru lepas berlakon satu scene drama pula.
Adelia di sisi hanya mempamer wajah selamba, sedangkan dia sudah hampir
ingin luruh jantung mendengar kata-kata Adelia sebentar tadi.
“
Dea… awak ok ke ni?” Adwa menyoal. Khuatir juga jika Dea tercedera atau
apa, saat bergelut dengan Fariz sebentar tadi. Adelia hanya diam ,
namun ada airmata yang gugur di pipi mulus itu. Seketika dia tenggelam
dalam tangisan. Adwa menghela nafas. Tidak mahu bertanya lagi. Perlahan
kereta di pandu , meluncur ke jalan raya, dengan suasana sepi antara
mereka.
“
Awak ni biar betul? Sedar ke tak awak cakap apa ni?” Adwa dihujung
talian sana sudah seakan mahu memekik. Adelia menjauhkan sedikit iphone
dari telinganya. Aduh, mamat ni. Ingat aku ni apa? Nak jerit-jerit.
“ Yes, saya sedar. Awak kata nak cari isteri kan? So, sekarang , saya nak jadi isteri awak. Awak nak ke tak nak?”
“
Awak ni, janganlah main-main” Adwa sudah ketawa. Adelia mengetap
bibirnya geram. Setengah jam sudah dia dan lelaki itu berbicara, naik
lenguh tangannya memegang handphone. Telinganya juga sudah panas.
“ Lagi sekali saya cakap ni. Saya nak kawin dengan awak. Saya bagi awak masa tiga hari untuk masuk minang saya. Tak nak sudah!”
Terus gagang telefon diletakkan. Wajahnya tiba-tiba diserbu malu. Disembamkan muka ke bantal. Arghhh, malunyaaaaa!!!!
“
Rileks Dea. Rileks. Ni je cara kau nak lepaskan diri dari Riz tu. Nasib
kaulah kalau Adwa datang. Kalau tak? Aduhhhh… pening lah!” gumam Dea
perlahan.
Adwa
menghempas backpacknya geram. Sakit hati melihat Adelia yang berbual
mesra bersama lelaki itu. Hati kata tak suka, tapi dibelakang Adwa,
Adelia berpaling tadah. Adwa memejamkan mata, cuba melawan amarah yang
bertandang. Saat begini, rasa menyesal menghurung diri. Menyesal kerana
mengambil Adelia sebagai isteri.
“
Awak betul nak kawin dengan saya?” Adwa mencuri masa bertemu empat mata
dengan Adelia di dapur ketika pihak keluarganya menghantar rombongan
meminang. Adelia merenung tepat ke mata Adwa.
“ Awak dah datang pun kan, still nak tanya lagi?”
“
Saya datang , sebab saya memang sayangkan awak. Sejak dari dulu lagi.
Tapi awak tu, kenapa tiba-tiba ajak saya kawin? Awak sayang saya ke?”
Adelia menghela nafas.
“ Sama ada saya sayang atau tak, semua tu tak penting. Yang penting kita kawin, ok?”
Adwa menghalang laluan Adelia saat bakal isterinya itu ingin berlalu.
“ Senang je awak cakap kan. Ingat soal kawin ni benda main-main ke?”
Adelia memejam mata. Seketika sepi, kemudian dia bersuara.
“
Saya akui saya belum sepenuhnya sayang kan awak. Tapi kita boleh cuba
kan? Awak bombing saya, untuk jadi isteri yang baik, mencintai awak apa
adanya. Boleh? Kita cuba..”
Adwa
tersentak saat pintu pejabatnya diketuk dari luar. Hilang segala
lamunannya sebentar tadi. Adwa meraup wajah berkali-kali . Membetulkan
duduk sebelum mengizinkan masuk.
“ Encik Adwa, isteri encik ada tunggu di bawah”
Adwa diam. Mempamer wajah serius. Sengaja dia berpura-pura meneliti pelan di atas mejanya.
“
Saya busy. Suruh dia balik” jawab Adwa ringkas dan mengarah
setiausahanya keluar. Suraya akur dan menapak keluar. Dari air muka
bosnya, dia tahu Adwa sedang marah. Jadi dia tidak berani bertanya
lanjut.
Adelia
menggigit bibir geram. Sesekali matanya melirik pada jam dinding. Sudah
melepasi jam 1 pagi, namun suaminya masih belum pulang. Adwa tak pernah
pulang lewat begini. Hatinya dipagut risau. Dalam rasa marah, ada juga
khuatir yang menyerbu hatinya. Bimbang andai sesuatu berlaku pada
suaminya itu. Petang tadi sewaktu dia datang ke pejabat, setiausahanya
mengkhabarkan bahawa Adwa sedang sibuk.
“
Abang ni, angkatlah phone!” Adelia merungut. Sudah berpuluh kali
jarinya menekan nombor Adwa, namun tidak bersambut. Hatinya semakin
dipagut risau. Belum sempat dia berbuat apa-apa, kedengaran bunyi kereta
milik Adwa masuk ke garaj. Adelia menghela nafas lega.
“
Abang ke mana ni, nak dekat pagi baru balik. Risau sayang tau” Adelia
bersuara sebaik sahaja Adwa muncul di muka pintu. Namun wajah itu tidak
ceria seperti selalu. Wajah suaminya begitu murung dan tiada senyuman
yang terukir. Adwa terus bergerak ke bilik tanpa mempedulikan
isterinya.
“ Abang penat ke? Nak makan tak, sayang panaskan lauk ye?”
Adwa
masih diam. Bagaikan Adelia tidak wujud di situ. Kemeja yang tersarung
di tubuhnya dibuka tanpa menunggu Adelia. Selalunya , Adelia akan
melakukan segalanya untuk dia. Namun hari ni dia hilang mood untuk
bermesra apalagi bermanja.
“ Abang …kalau…
“
Kau boleh diam takk?? Berambus!!” Adwa jadi hilang sabar tiba-tiba.
Suara Adelia yang selama ini menyejukkan hatinya, hari ini terasa bagai
duri yang menusuk jantungnya. Sakit dan perit.
Adelia
sudah tergamam di sisi katil. Hari ini dalam sejarah perkahwinannya,
Adwa meninggikan suara. Selama ini suaminya begitu penyayang dan lembut
bicara. Adwa mendengus kuat. Demi melihatkan Adelia yang tidak
berganjak, dia melangkah ke pintu, dan melangkah keluar. Bahu Adelia
sedikit terangkat saat pintu dihempas kuat suaminya. Airmata tidak
semena mengalir. Apa salah aku Ya Allah. Adelia mengurut dadanya yang
terasa resah dan dihurung sebak.
Hampir
seminggu sudah Adelia dan Adwa tidak bertegur sapa. Adwa pagi lagi
sudah keluar, dan hanya akan pulang menjelang 2 pagi. Adelia jadi buntu
memikirkan salahnya. Antara sedar atau tidak dia ada membuat salah, dia
sendiri tidak tahu. Buntu mencari jalan penyelesaian.
“
Abang…….” Adelia menghampiri Adwa yang sedang termenung di beranda.
Belakang tubuh suaminya diusap perlahan. Adwa ingin berlalu , namun
Adelia segera bertindak memeluk tubuh suaminya, enggan Adwa lari lagi.
Airmata sayunya gugur satu persatu.
“ Apa salah sayang bang. Tolong beritahu kalau sayang ada buat salah. Jangan hukum sayang macam ni”
Adwa
menolak tubuh isterinya. Terasa rimas walau dia juga merindui pelukan
Adelia. Namun ego menguasai diri. Mengenang kembali kecurangan Adelia di
belakangnya, membuat hati Adwa diserbu panas.
“
bukankah saya yang patut tanya, apa yang yang awak dah buat belakang
saya?” Adwa memulangkan soalan dengan soalan. Adelia menggeleng.
Langsung tidak faham dengan pertanyaan Adwa itu. Adwa mendengus geram.
“ Apa maksud abang ni? Sayang tak faham”
“
Cukuplah. Saya dah penat. Memang saya lelaki paling bodoh, menyimpan
cinta pada awak, Adelia. Sedangkan hati awak, masih pada Fariz, lelaki
yang konon mencintai awak tu. Awak ingat saya ni patung ke? Sedarlah!
Saya suami awak, Dea. Suami awak! Awak happy ke bodohkan saya macam
ni?? Puas ke??”
Adelia
tergamam. Mendengar kata-kata Adwa, jadikan dia faham akan apa yang
berlaku. Rahsia yang disimpan selama ini , terbongkar. Adelia memandang
wajah Adwa sayu.
“
Abang…. Sayang minta maaf. Sayang mengaku, sayang dengan dia masih
berhubung. Kami… kami…” Adelia mati kata-kata. Apalagi yang hendak di
kata, semuanya sudah terbongkar. Salah dia kerana kalah pada cinta
Fariz.
“ thanks a lot, Adelia..” Adwa memberi kata akhir sebelum melangkah keluar dari bilik.
“
Papa tak tahu apa lagi nak cakap dengan kamu, Dea. Papa sendiri kecewa
dengan perangai kamu. Adwa tu dah berkorban banyak untuk kamu, tapi kamu
langsung tak hargai dia. Sebaliknya bermain cinta dengan Fariz ni.
Sedar tak dia punca kamu lari ke Jepun dulu. Kamu sedar tak Dea?”
Adelia
hanya diam dan menunduk. Airmata yang tumpah sudah tidak mampu diseka
lagi. Penyesalannya menggunung. Memang dia khilaf kerana kembali
menyintai Fariz, di saat rumah tangganya baru meniti bahagia. Salah dia
kerana cair dengan pujukan Fariz. Namun dia cepat sedar, dan hari
terakhir pertemuan mereka, adalah untuk meleraikan perhubungan haram
itu.
“
Uncle, jangan salahkan Dea. Saya yang bersalah uncle. Saya yang merayu
dan pujuk Dea. Tapi kami dah tak ada apa-apa uncle. Dea dah pun putuskan
hubungan kami. Kami dah tak berjumpa lagi lepas tu. Memang saya salah.
Saya nak meruntuhkan rumah tangga mereka. Saya minta maaf uncle”
“
Uncle tak sangka perangai kamu seteruk ni Fariz. Tak cukup kau lukakan
hati Dea dulu, sekarang kau nak meruntuhkan rumah tangga dia. Manusia
jenis apa kau ni?”
“
Saya tahu saya teruk. Saya minta maaf. Saya janji saya tak kan kacau
hidup Dea lagi. Maafkan saya uncle” Fariz bersuara perlahan sebelum
bangkit dan melangkah keluar dari rumah itu.
“
Papa, ampunkan Dea. Dea salah. Tapi Dea dah insaf pa. Dia tak nak
berpisah dengan abang Adwa, Dea sayangkan dia pa. Dia berdosa pada
abang. Tolong pa. Dea sayang dia… Dea sayangkan dia…..”
Puan Hasmah jadi walang. Dia bangkit dan memeluk anaknya yang berlutut dihujung kaki suaminya. Bahu Adelia diusap penuh kasih.
“
Dea berdosa ma…. Dea isteri tak guna… abang.. maafkan Dea bang… abang
…..” Adelia mengogoi dibahu mamanya. Hatinya benar-benar dihurung kesal.
Adwa
menghela nafas perlahan. Termenung di bangku berhadapan Tasik Senba.
Bunga Sakura yang gugur dari atas kepalanya semakin membuat hatinya
dihurung sayu. Rindu pada sebuah kenangan bersama Adelia. Dia rindukan
wanita itu, yang berjaya mengetuk dan mengunci hatinya sejak dari dulu.
Wajahnya di raup buat kesekian kalinya.
“ Abang……”
Sedikit
terpana Adwa mendengar sahutan itu. Matanya masih terpejam. Kemudian
dia ketawa kecil. Teruk benar rindu yang mengasak jiwa kala ini. Hingga
terbawa-bawa bayangan dan suara Adelia. Andai sahaja kau ada di sini
sayangku.
“ Adwa…….
Adwa
berpaling. Matanya dikerdip berkali-kali. Hampir tidak percaya
isterinya berdiri di hadapannya. Jantung Adwa seakan berhenti berdegup.
Saat Adelia sudah duduk di sisinya , barulah Adwa tersedar. Terasa
jemari Adelia sejuk menyentuh tangannya.
“ Abang… Dea minta maaf”
Adwa
memandang wajah isterinya yang sayu. Tanpa sedar dia mengusap lembut
pipi Adelia. Wajah yang dirindui saban hari untuk ditatap dan disentuh.
Airmata Adelia semakin laju gugur saat menatap mata Adwa yang bening.
Tangan suaminya dikucup perlahan.
“ Dea berdosa pada abang….”
Adwa tersedar. Pantas dia berdiri dan melangkah ingin pergi. Adelia tersentak. Marah lagikah Adwa padanya?
Abang…
Adelia
berlari dan berdiri di hadapan Adwa, serta merta mengentikan langkah
suaminya. Tersedu-sedu Adelia menahan tangis. Tangannya didepangkan,
menghalang Adwa pergi. Dia sudah cukup perit kehilangan Adwa selama
setahun ini.
“
Dea tahu… Dea tahu Dea salah. Dea… berdosa pada abang. Tapi.. abang…
abang tak patut.. tak patut tinggalkan Dea.. Dea.. cari abang… abang…”
tersekat-sekat Dea meluahkan rasa ekoran tangisan yang masih berlagu.
Adwa menseriuskan wajahnya. Hampir sahaja dia mengukir senyum kala melihat wajah isterinya yang comel dalam tangisan.
“
Dea… Dea cari abang … Dea rindu abang…” suara isterinya semakin
perlahan. Membuatkan Adwa sedikit tertunduk, ingin mendengar bicara
seterusnya. Namun Adelia sudah tertunduk, malu untuk menuturkan ayat
seterusnya.
“ Apa .. abang tak dengar?”
Adelia
mengetap bibir geram. Dia menjeling suaminya yang masih memandangnya
dengan wajah serius. Adwa mengangkat sedikit kening.
“ Tak nak cakap? Ok.” Adwa sudah melangkah.
Adelia
berpusing menghadap suaminya yang sudah melangkah jauh. Dia terduduk
dan menghamburkan tangisannya. Wajahnya ditundukkan penuh kekesalan.
“watashi
wa anata o aishite(saya cintakan awak)…” bisik Adelia perlahan dalam
tangisan. Hanya setelah Adwa pergi, baru dia berani menuturkannya.
Tersedu-sedu dia menahan tangis. Bunga-bunga sakura yang luruh di
kepalanya, seakan airmata yang luruh menangisi pemergian Adwa.
“
Itsumo aishiteru(abang mencintaimu selalu)” bisikan halus ditelinga
Adelia membuatkan dia mengangkat wajah. Tangisannya kian menjadi-jadi
saat Adwa tersenyum padanya. Tubuh suaminya dipeluk erat.
“ Dea minta maaf…gomennasai”
Adwa
ketawa kecil. Tubuh isterinya di dakap erat. Pandangan dilempar ke
tengah Tasik Senba. Tadi dia bersendirian dibangku itu, ditemani
kenangan indah bersama Adelia di bumi sakura. Tapi kini, Adelia
benar-benar ada di sisinya.
“ Dah berapa kali dah sayang minta maaf. Penat abang dengar”
Adelia memukul perlahan dada suaminya. Orang serius dia ketawa pulak!
“ Abang tak nak tahu apa yang jadi?”
Adwa tersenyum dan menggeleng. Tak nak tahu, sebab dia dah tahu. Semuanya dah diceritakan oleh Lyysa, kakak iparnya.
“
Abang dah tahu. Everything, via kak Lyysa” ucap Adwa sambil tersenyum
lagi. Adelia menghela nafas dan mengangguk. Patutlah Lyysa begitu yakin
yang Adwa ada di sini. Sabar jelah, dah komplot rupanya!
“ Abang .. erm… dah maafkan sayang?”
“
Cukuplah dengan marah selama setahun ni. Abang dah cukup terseksa
sayang. Abang bukan marah, Cuma nak tahu. Sayang betul ke tak , cintakan
abang. So, sekarang abang dah tahu”
Adelia
mencebik, namun seketika kemudian dia menarik nafas lega. Dia pernah
tersalah arah, kali ini dia tak akan berpaling lagi. Adwa suami yang
ditentukan buatnya. Dia yakin dengan aturan Allah. Sejak dari dia
dipertemukan dengan Adwa, dan segala yang terjadi adalah aturan Nya.
Ujian dan dugaan yang diturunkan , menguatkan lagi keyakinan Adelia pada
cinta ini.
Adwa
menarik Adelia dalam dakapan dan membiarkan isterinya bersandar di
bahu. Mereka jalan beriringan menyusuri Taman Kaira yang indah dengan
pohon-pohon Sakura.Dahi Adelia dikucup lembut.
“
dare ni mo machigai wa aru dakara empitsu ni mo keshigomu ga tsuite
iru” perlahan Adwa mengungkap pepatah itu yang bermaksud ‘semua orang
melakukan salah, kerana itu wujudnya pemadam yang akan memadam kesalahan
yang dilakar oleh pensil’
Adelia tersenyum hambar. Benar, dia manusia biasa yang tak lepas membuat salah. Dan dia sudah pun belajar dari kesilapan.
“
Erm.. by the way…. Here…” Adwa menarik keluar sekeping gambar lama dari
poket coatnya. Adelia menilik gambar itu, kemudian dahinya berkerut.
“ Abang??”
Adwa tersenyum dan mencuit pipi isterinya perlahan.
“ I told you, honey. Abang sayangkan Dea dari dulu lagi”
Adelia
menekup mulutnya seakan tidak percaya.Dia fikir Adwa hanya mencintai
dia empat tahun lalu, sepanjang mereka di Jepun.Siapa sangka Adwa
Husaini adalah kenalannya satu ketika dahulu waktu sekolah menengah.
Berkenalan pun hanya untuk dua hari, kerana pertandingan pidato di
sekolah. Adelia selaku photographer dan Adwa peserta.
“ Its really you , abang?” Adelia masih tidak percaya.
“
Ye sayang, abanglah tu. dari hari pertama kita jumpa dekat sekolah
dulu, abang dah sukakan sayang. Plus, you remember this?” Adwa
mengeluarkan pula replika gitar kecil diukir ‘AD+ DEA’ diatasnya.
Adelia ketawa kecil. Airmatanya sekali lagi gugur, airmata gembira.
Gitar itu dihadiahkan seseorang pada hari jadinya, namun dia buang
kerana tidak mengenali pengirimnya.
“
So, abang rasa sayang dah ingat. Sampai hati sayang buang kan? Nasib
Lyysa simpan. Actually, selama ni , abang tahu bufday sayang, alamat
rumah, semua dari Lyysa. Dia banyak tolong abang. Tapi lepas abang dapat
tahu, sayang dah bersama dengan Fariz, abang kecewa. Dan, tercampaklah
abang ke bumi sakura ni. Membawa hati yang luka lara, macam yang abang
pernah cakap dulu. Lepas tu abang dengan Lyysa terus lost contact, dan
abang cuba lupakan sayang. Tak sangka kita jumpa kat sini”
Adelia
ketawa lagi. Kejutan demi kejutan yang diterima hari ni. Patutlah Lyysa
kata Adwa kenal dia masa perkahwinan Amisya dulu. Huh, memang kenal
sangat!
“
Abang, sayang minta maaf sebab buang gitar ni. Sayang bukan apa , takut
terjatuh hati, tanpa tahu siapa orangnya. Tak best!” Adelia tersengih
dengan kata-kata sendiri. Tangan Adwa dielus dan digenggam erat.
“
Terima kasih sebab setia menunggu dan mencintai sayang, hingga ke hari
ni. Mungkin selama ni sayang tak nampak cinta abang. Tapi mulai hari ini
dan saat ini, cinta abang tak akan pernah hilang dalam hati sayang.
Sayang cintakan abang, sayang perlukan abang.Anata nashidewa ikite
ikanai(tak boleh hidup tanpa abang)”
Adwa tersenyum gembira. Terharu dengan pengakuan Adelia. Pipi isterinya dikucup penuh kasih. Kemudian , dielus perlahan.
“
I will always love you sayang” bisik Adwa perlahan. Mata mereka
bertautan. Angin lembut yang menyapa, membuatkan bebunga sakura gugur
bertebaran dengan indah di sekeliling mereka, seakan merai cinta yang
kian bersatu dan mekar. Adwa menadah tangannya sekejap sahaja kuntuman
sakura yang berguguran memenuhi tapak tangannya.
“
Cinta kita mungkin kembang dan gugur mengikut musim, sama seperti
debunga ini. Tapi abang janji, abang akan sentiasa menyanyangimu,
menjaga dan melindungi Puteri Adelia abang, seumur hidup abang”
Adelia
mengangguk. Airmata gembira dan terharu bercampur menjadi satu. Adwa
menyeka airmata yang membasahi pipi isterinya. Adelia ditarik kembali
dalam dakapan. Seketika mereka melayan perasaan , dibuai bayu lembut
yang menggugurkan debunga sakura dari tangkai pohonnya, dan berguguran
indah di bumi sakura yang damai.
Di bumi sakura ini , kita melakar sejuta rasa… di sini juga kita melakar warna cinta…. Aishteru…..
No comments:
Post a Comment
♫ assalamualaikum ♫
terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.