Misi Mencari cinta 3



MMC special edition.. cerpen ketiga request by Ida Lyanna . Awal-awal nak minta maaf sebab cerita maybe tak 100% ikut kehendak  pemilik cerita asal. taktau lah kenapa, tak mampu nak bagi yang terbaik.. kecewa pun ada gak ni... hukhukhuk... maaf.. T_T ... terasa moody jek post entry ni. tapi hope u guyz suka.. if ada kekurangan hope tegur ya.. thanks. 



Liyana mengeruh kasar saat melirik jam kali yang ke seratus lima puluh juta kali~ (eh tetibe nyanyi)  . Kelibat Mate dan Petak masih belum kelihatan. 

“ Lagi seminit korang tak sampai, aku charge RM50 sorang!” Liyana terus-terusan membebel, menanti  teman baiknya yang tak kunjung tiba. 

“ Makcik!!!” 

“ Oi makcik kau makcik nenek kau nenek aku!!”  Liyana melatah sakan sambil terlompat lompat. Petak dan Mate ketawa terbahak melihat  Liyana yang  sakan melatah. 

Liyana mengurut dadanya . Matanya menjeling tajam pada Petak dan Mate yang sedang ketawa sakan. Liyana menggigit bibir geram. Dia bangun dan menujal kepada kedua sahabat itu hingga mereka terdiam. 

“ Woi kecik, sesuka kau nak tunjal-tunjal kepala aku kan? Bapak aku bayar zakat tau!”  Petak merungut sambil menggosok dahi yang terasa pedih. Sakit dooo!

Liyana hanya mencebik dan berdiri sambil mencekak pinggang di hadapan Petak. Dia sedikit terjengket untuk menyamakan ketinggian, namun usaha sia-sia. Jengketlah macam mana pun, dah keturunan pendek, sabar jelah. 

“ Hahaha… nak aku dokong kau ke makcik. Biar sama tinggi dengan Petak tu” Mate gayat menyakat  Liyana. Liyana menunjuk penumbuk ke arah Mate. Ni menyampah ni, diskriminasi ketinggian. Kenapalah family aku semua kecik-kecik. Huh! 

“ Kau duduk!” Liyana mengarah dan menolak tubuh Petak agar duduk di atas pondok. Kemudian dia tersenyum. Sekarang baru sama tinggi. Mate hanya mencebik dan turut sama duduk di sebelah Petak. 

“ Sekarang aku nak buat perhitungan dengan korang. Kenapa lambat? Kau tahu tak, masa itu emas. Emas kalau digadai ada jugak keberhasilannya. Tapi sekarang kau dah menghabiskan masa aku hampir satu jam 55 minit menunggu korang yang…..” 

Belum sempat Liyana menghabiskan katanya, Petak terlebih dahulu menutup mulut Liyana hingga dia langsung tidak boleh bersuara. Petak memandang Mate. 

“ Kau makcik, kalau dah membebel mengalahkan hon kereta api belakang rumah tu woii.. giler bingit. Nah 100 hengget, 50 satu kepala. Aci? Kiteorang bayar balik masa kau yang berharga sangat tu!” Mate menghulurkan dua keping not RM50 kepada Liyana. Bagi dia, duit sebegitu hanya macam upah beli jajan saja, kerana dia merupakan usahawan Avail yang terbesar. 

“ Bagus, untung aku dapat kawan yang memahami macam kalian berdua. Ala comey comey” Liyana mencuit dagu Petak dan Mate sebelum mencium not 50 itu. Dia tersengih gembira. 

“ Aku lambat ni tadi, ada hal sikit dengan si Bad tu. Hangin betul aku , nak cari masalah je. Tak habis-habis nak beli tanah atok aku. Kalau aku tak masuk campur tadi, mesti bapak aku terpedaya. Dasar orang tua tu, depan mak bapak kita mulut manis je dia! ” Petak melepaskan geram.Mate hanya mengangguk. Dia juga ada bersama Petak menyaksikan kejadian perang mulut dengan Bad tadi. 

“ eiii,, orang tua gatal tu?? Gi mampos lah dia tu. Menyampah aku! Dasar bojan tua, dah ada anak bini menggatal tak ingat dunia. Eiii, tak kuasa aku nak cerita pasal dialah, alergik!” Liyana mempamer aksi hendak termuntah saat mengingatkan Badrulmunir atau lebih dikenali dengan panggilan Bad oleh orang kampung. Liyana mula anti dengan lelaki itu sejak Bad menyimpan hasrat untuk mengambil dia sebagai isteri. 

“ Orang tua gatal nak mampos tu lah yang tergila-gilakan kau makcik weyh. Senang kau kawin je dengan dia. Lagipun kau dah layak kawin dah, 25 tahun tu umur paling ideal untuk perempuan bergelar isteri tau. Lepas dari tu dikira andartu. Hah!” 

“ Sesuka kau nak suruh aku kawin dengan bojan tua tu. eh, sori sikit. Aku lagi rela kawin dengan lembu lah!Kau tu cakap orang, kau pon dah patut kawin ok?” 

“ Hello kak cik. For your info, lelaki punya had umur, tak sama dengan perempuan. Life began at forthy you know? We all’s baru 25, jauh lagi” 

“ Dah, dah! Kau ni kalau jumpa dengan kecik, asyik nak bertekak je. Bingit telinga aku. Dah jom kata nak pi bandar kan. Jom, lambat kang” Petak sudah bangun mendahului mereka. Mate dan Liyana hanya mencebik dan menurut dari belakang.




Haji Akhbar  memandang anaknya dengan pandangan penuh amarah. Kemudian silih berganti pada BAdrulmunir dan Faridzul. Liyana hanya dia dihujung sudut, namun matanya tidak lepas merenung tajam wajah Bad yang berlagak suci itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia tikam lelaki itu sampai mati. 

“ Sekarang kamu beritahu pakcik, apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa kamu sampai berdarah-darah macam ni? Liyana ni kenapa baju dia boleh terkoyak sampai macam tu sekali. Beritahu aku!” 

“ Saya selamatkan Yana pakcik. Bad , dia cuba nak buat sesuatu tak baik pada Yana” Petak membela diri. Dahinya berkerut menahan sakit akibat bibir yang pecah ditumbuk Bad. 

Bad mengangkat wajah dan tersenyum sinis. 

“ Apa yang aku buat? Apa buktinya?? Pakcik jangan percaya cakap dia. Saya jumpa dia dengan Yana dekat pondok kerian tu, diaorang buat perkara tak senonoh. Berdua-duaan pakcik. Ya Allah, kalau saya tak halang tadi, tak tahulah, dah bunting agaknya yana tu” 

“ Kau jangan buat cerita Bad! Kau yang cuba rogol Yana tadi!!” Petak sudah berteriak kuat. Dia mara ingin menumbuk Bad namun ditegah Haji Akhbar. 

“ Sudah!! Depan aku pun nak tunjuk hero! Yana, betul apa yang Petak cakap tadi?” 

Liyana mengangguk laju. Memang Petak yang menyelamatkan dia dari menjadi mangsa kekejaman Bad. Bad datang menggangunya di pondok. Mujur Petak datang dan mematikan niat Bad. 

  Pakcik bodoh kalau percaya cakap Yana. Pakcik sendiri tahu kan, Yana selalu lepak dengan si Petak ni dekat pondok tu. Entah apa dia buat kita tak tahu. Sekarang saya dah tangkap mereka, pakcik boleh tengok sendiri. Saya dah ada anak isteri pakcik, buat apa saya nak apa-apakan yana tu. Saya ingat lagi pada keluarga saya pakcik. Saya takkan buat benda bodoh macam tu” 

“ Sial kau Bad. Pakcik, saya berani bersumpah demi Allah, saya tak pernah buat apa-apa benda tak baik dengan Yana. Kalau saya tipu, keluar dari rumah ni saya akan ditimpa musibah pakcik!”  Petak mengutarakan sumpahnya. Hanya itu sahaja cara untuk meyakinkan bapa Liyana. Terkejut Haji Akhbar mendengar sumpah itu. 

“ Kau Bad? Berani kau bersumpah apa yang kau dakwa tadi betul?? “ 

Bad terdiam. Dia tidak mahu termakan sumpah. Dia memandang wajah –wajah dihadapannya silih berganti. Kemudian pandangannya mati pada Liyana yang merenungnya tajam. 

“ Mana ada orang yang bersalah nak mengaku salah pakcik. Baik. Saya bersumpah apa yang baru saya katakana tadi adalah betul, dan saya juga bersedia ditimpa musibah kalau saya berkata bohong!” Bad bersuara yakin. Liyana mengetap bibir geram. Dasar setan kau Bad! 

“ Kau tipu ! Pembohong! “ Liyana berteriak geram. Haji Akhbar mencerlung memandang anaknya. 

“ Sudah Yana! Pergi masuk bilik kau! Mulai hari ni ayah tak benarkan kau keluar dari rumah lagi! Semakin diberi kebebasan, semakin liar perangai kau. Sudah, masuk!” Haji Akhbar menarik kasar Liyana masuk ke dalam bilik dan pintu kayu itu dimangga dari luar. 

“ Bad kau baliklah.” Haji Akhbar menepuk bahu Badrul. Kemudian dia memandang  Faridzul. 

“ Petak, pakcik bukan tak percaya pada kau, Cuma.. entahlah. Mungkin sebab pakcik terlalu membiarkan Yana bergaul dengan kau, dia jadi macam tu. Kau baliklah, pakcik harap lepas ni janganlah jumpa Yana lagi”  

Petak merengus geram. Dia pulang ke rumah yang hanya berselang 3 buah dari rumah Yana dengan rasa amarah yang mengasak dada. Wajah sayu Yana dan si Bad yang berperangai binatang, berlegar-legar di mindanya. Setan kau Bad! Tunggu Bad, Allah itu maha melihat. Kau akan terima akibatnya nanti!  





Liyana menyeka airmata yang makin galak berjuraian. Seumur hidup, besar mana pun dugaan yang terpaksa ditempuhi, Liyana tidak akan pernah menangis. Tapi dugaan kali ini, benar-benar membuatkan dia tertekan. Ingin bunuh diri sahaja rasanya. 

“ makcik stop lah nangis. Aku tak boleh nak fikir down tengok kau macam ni” Mate berbisik perlahan, bimbang suara mereka didengari. Mate dan Petak memberanikan diri memanjat tembok rumah Yana dan menyelinap masuk. Mereka bertenggek di tepi tingkap bilik Yana bagi sama-sama menyelesaikan masalah sahabatnya ini. 

“ Kau cakap senanglah! Yang kena paksa kawin aku tau. Tolonglah aku… aku tak nak kawin dengan Bad gila tu. Aku tak sanggup. Tolonglah.. petak..tolong aku…” Yana sudah kembali mengogoi. Petak menguak rambutnya. Kusut memikirkan masalah Yana ini. Seminggu sahaja lagi Yana akan diijabkabulkan dengan Bad. 

“ Aku buntu kecik. Dah macam-macam cara aku buat. Ayah kau tak nak dengar. Lagilah kau kena kurung macam ni. Aku nak tolong macam mana?” 

Mate memandang Petak dan Yana silih berganti. Dia juga buntu. Dia dan Petak sendiri sudah menawarkan diri untuk menjadi pengganti Bad sebagai bakal suami Yana, namun usaha itu hanya tambah memburukkan keadaan. Malahan mereka dihalau dan dilarang berhubung dengan Yana sama sekali. 

“ Bawa aku lari!” Yana mengutarakan cadangan. Petak dan Mate masing-masing terlopong. Biar betul? 

“ Gila kau kecik. Tak memasal orang tuduh kiteorang culik kau nanti. Aku tak nak masuk lokap!” 

“ Ok fine. Biar aku lari sendiri. Just korang tolong cari idea macam mana aku lepaskan diri dari bilik ni” 

“ Kau ni biar betul. Jangan buat kerja gila lah. Kau nak lari pergi mana? "

" Nanti aku fikirkan. Yang penting aku lari. Aku tak nak kawin dengan Bad. Aku lagi rela mati kau tau tak dari kawin dengan dia. Korang nak tolong aku ke tak ni? Kalau tak nak pergi balik. Aku cari jalan sendiri!”





Liyana nekad. Dia memandang kiri dan kanan, bimbang kira ada mata-mata yang memerhatinya. Setelah memastikan dia selamat, Yana menyeberangi laluan kereta api. Dia perlu segera, bimbang kehilangannya akan dapat dikesan ayah. Tadi dia berjaya meloloskan diri dari kurungan dengan bantuan Petak dan Mate. Sekarang dia perlu menanggung risikonya sendiri. 

“ Aduh!” Yana berteriak kuat saat kakinya tersandung pada rel kereta api. Dahinya berkerut menahan kepedihan. Dia cuba untuk bangun  namun bulu lalinya terasa perit. 

“ Cik, kenapa ni?” seorang pemuda yang datang entah dari mana tiba-tiba melompat turun ke laluan kereta api dan mendapatkan Yana yang masih terduduk di situ. Yana mengangkat wajah. Seketika dia tertegun dengan wajah pemuda itu yang begitu kacak. Amboi. Sempat lagi! 

“ Cik? Hello? “ pemuda itu memetik-metik jari dihadapan Yana. Yana cepat tersedar. 

“ aaa., ye. Aa.. kaki.. terseliuh” Yana sedikit tergagap. Lelaki itu memandang  kaki Yana. 

“ Ok, boleh bangun tak? Kita naik atas sana. Bahaya dekat sini. I tolong” pemuda itu sudah menghulurkan tangannya. Mahu tidak mahu Yana terpaksa bangun dengan berpaut pada bahu lelaki itu dan beriringan menyeberangi laluan kereta api itu naik ke stesen. 

“ Saya tengokkan ya” ujar pemuda itu sambil tunduk dan melihat kaki Yana, kemudian di urut perlahan. Yana sudah tidak mampu untuk menegah. Hampir 10 minit, pemuda itu kembali bersuara. 

“ Ok, cuba gerakkan kaki. Dah ok sikit tak?” 

Yana hanya menurut. Kemudian dia mengangguk perlahan. Rasa sakit sudah beransur hilang. Pemuda itu tersenyum. 

“ urm… you rehat dululah. I pergi belikan air kejap” Yana mengangguk lagi. Sedari tadi hanya pemuda itu yang bersuara. Yana mengeluh. Kemudian dia termenung. Aku nak ke mana lepas ni ? Duit pun tak ada. Nak lari ke mana? Tiba-tiba dadanya dihurung sebak. Mengenangkan nasibnya yang dirudung malang. 






Liyana termenung di buaian anjung rumah. Kolam ikan kap dihadapannya dipandang sepi. Setahun sudah usia perkahwinannya. Namun dia langsung tidak merasa bahagia. Tidak dia nafikan, Fakhrusy Syakirin adalah suami yang baik. Tapi masalahnya berpunca dari Liyana. Dia tidak mampu untuk berasa bahagia apatahlagi gembira dengan perkahwinan ini. Saat pertemuan di  stesen kereta api Parit Buntar kembali terlayar di mindanya. 

“ Eh, kenapa you menangis ni? Sakit lagi ke kaki tu. I bawak you pergi klinik , nak?” soal  pemuda tadi. Yana tersedar dari lamunan dan perlahan mengesat airmata yang mengalir di pipinya. Seketika kemudian dia menggeleng. 

“ Saya ok” jawab Yana ringkas. Pemuda itu tersenyum dan menghulurkan air kotak laici pada Yana. Perlahan Yana menyambutnya . Wajahnya muram. 

“ You ada masalah ke? You dari mana sebenarnya?” 

“ Saya lari rumah, kena paksa kawin” entah mengapa, laju sahaja mulutnya memberitahu pada pemuda itu yang baru beberapa minit dikenali. Dikenali? Nama pun tak tahu. Huhu…

Pemuda itu tertawa kecil. Mungkin tidak percaya dengan kata-kata Yana tadi. 

“ Gelak pahal? Kelakar sangat ke?” soal Yana geram. Pemuda itu dijeling sekilas. 

“ Nope. Its not funny, my bad. So, you lari dari rumah siang-siang buta ni, sebab kena paksa kawin. Wow, I ingat zaman moden macam ni, tak ada dah arrange married” 

Yana hanya diam. Tidak berminat untuk membalas. 

“ Kenapa you tak nak kawin?” 

Yana menjeling pemuda itu sekilas. Kemudian dia mengeluh. “ Lelaki tu dah tua. Ada bini , dua anak. Gatal lagi nak kawin” 

“ Oh, kalau macam tu you kawin dengan I jelah. I bujang lagi. Umi I pun tengah bising sekarang suruh cari isteri” pemuda itu berseloroh sambil ketawa. Yana menjeling lelaki itu tajam. Siut mamat ni, nak perli aku pulak. Tapi…. 

“ awak nak kawin dengan saya? Betul?” soal Yana serius. Pemuda itu yang sedang menyisip air , tersedak. 

“ I main-mainlah” 

“ Tapi saya serius. Saya nak kawin dengan awak” Yana masih lagi serius.




Liyana tersedar dari khayalan saat terasa ada kucupan di pipinya. Liyana menarik muka masam memandang suaminya yang baru pulang dari kerja. Tak makan saman betul Bulat ni. Yana sudah beri amaran, jangan sesuka hati ada skin contact dengan dia tanpa kerelaan. 

“ Apa ni cium-cium orang. Geli betul lah!” Yana bersungut dan menggosok pipinya kuat dengan harapan kesan ciuman itu akan tanggal. Fakhrusy hanya tersenyum dan mengambil tempat di sisi isterinya. Bahu Yana dipeluk kemas. 

“ Abi rindu dengan isteri abi ni. Ummu lah sapa suruh comel  sangat. Menung apa tadi, sayang? Ingat kat Abi ea?” ucap Fakhrusy sambil mengelus pipi isterinya perlahan. Yana hanya mencebik. Menyampah dengan panggilan ‘abi dan ummu’. Dia hanya akan menggunakan panggilan itu dihadapan ibu mertuanya, itu kerana terpaksa. Jika mereka hanya berdua, dia lebih selesa memanggil suaminya ‘bulat’. 

“ Tak kuasa nak ingat kat dia. Dahlah, orang nak masuk. Bulat jangan masuk bilik ea. Orang nak mandi” Yana mengingatkan. Seriau juga kalau lelaki itu masuk ke bilik kala dia sedang mandi , oleh kerana bilik tidur dan kamar mandi hanya dipisahkan dengan cermin kaca. 

“ Ummu nak mandi? Abi nak mandi sekali ea” Fakhrusy sudah tersengih nakal. Yana menjengilkan mata dan menunjuk penumbuk. Pantas sahaja dia berlari naik ke atas dan mengunci pintu. Gila apa nak mandi sama. Sorrylah! 






Liyana menjeling suaminya di sisi. Sejak turun dari kereta tadi, tangannya tidak dilepaskan. Geram! Ikutkan hati tangan Fakhrusy mahu sahaja digigit biar melepaskan tangannya. Entah angin apa hari ni, Fakhrusy mengajaknya keluar. Selalu sibuk sangat dengan kerja di pejabat. 

“ Abi nak tengok wayang. Sayang nak tengok cite ape?” soal Fakhrusy. Mereka sudah berdiri dihadapan GSC. Liyana hanya menjungkit bahu. Namun matanya tepat memandang filem keluaran terbaru Michele Teo, Misi Mencari Cinta lakonan Lisa Surihani dan Yusry Kru. 

“ Tengok cite tulah. Sayang tunggu sini.Abi beli tiket”  Yana sudah tersengih. Tau-tau je husband aku ni. 

Usai menonton wayang, Fakhrusy membawa Yana menjamu selera di restoran ikan bakar. Lokasi yang dipilih, berdekatan dengan laut membuatkan pengunjung selesa untuk makan bertemankan angin petang yang sejuk. 

“ Happy tak keluar dengan abi hari ni?” soal Fakhrusy sewaktu mereka jalan beriringan di gigi air. Yana hanya tersenyum dan mengangguk. Mana tak happy, jalan bawak badan, kos perjalanan dan shopping tajaan sepenuhnya Fakhrusy. 

“ Abi dah lama sebenarnya nak spent time dengan sayang macam ni. Tapi tulah, busy sangat kerja dekat office tu. Kita honeymoon pun belum kan sayang. Nanti ada masa kita pergi ok” 

Yana berkerut dahi. Honeymoon? Tak payahlahhhhhhhhhhhhhhhhhh~ 

“ Kenapa bulat asyik bahasakan diri Abi? Kita bukan depan umi sekarang, tak payahlah panggil Abi, ummulah, sayanglah. Tak sukalah” 

“ Tak salahkan. Abi suka je. Kan sweet. Sayang tu asyik panggil abi bulat kenapa? Abi bukan gemuk pun” soal  Fakhrusy. Dari dulu dia pelik mengapa isterinya gemar memanggilnya bulat. 

“ Dah nama bulat susah nak sebut” 

“ Cuba sayang sebut. Dah lama abi nak dengar”  pinta Fakhrusy. Yana menjeling suaminya. 

“ Fakhghusy… Fakh… Fakhghu… ah malas lah. Kan dah cakap susah nak sebut!” terkekek Fakhrusy ketawa mendengar isterinya menyebut namanya. Payah benar. Maklumlah pelat ‘R’ . Sama macam lisa surihani dalam filem tadi. 

“ Ok, faham-faham. Tak payah sebut lagi. Tapi kenapa mesti sayang ganti dengan panggilan bulat? Pelik je” 

“ Mata tu, bulat macam anak kucing. Geram orang tengok” jawab Yana sambil tersengih. Fakhrusy turut sama ketawa. Pipi isterinya dicuit manja. 

“ Geram dengan mata je, dengan abi tak geram? “ soal Fakhrusy perlahan. Sengaja dia merapatkan badan dengan Yana dan pinggang isterinya dipeluk kejab. 

“ Bulat jangan nak mengada ea. Tak memasal kena karate dengan orang kang” Yana memberi amaran. Fakhrusy ketawa kuat. Ikutkan hati mahu sahaja dia cium wajah Yana saat itu juga, biar terlepas rindunya pada isteri yang satu ini.  

“ Ok, abi tak gatal lagi. Jom, kita jalan sampai hujung sana. Lepas tu kita balik, “ Fakhrusy menarik tangan isterinya. Yana menjeling namun dia menurut langkah suaminya. 

“ Duduk kejap boleh? Orang nak tengok matahari terbenam” pinta Yana. Fakhrusy tersenyum dan mengangguk. Yana tersenyum gembira dan duduk di pasir yang memutih. Fakhrusy mengambil tempat dekat di sebelah isterinya. Tubuh Yana dipeluk erat. 

“ Sayang tau tak, abi memang teringin nak tengok matahari terbenam dengan orang yang abi sayang. Hari ni dah termakbul dah” 

“ Bulat sayang orang ke?” soal Yana. Dia memberanikan diri menatap wajah suaminya. Fakhrusy tesenyum dan mengelus pipi Yana perlahan. 

“ Sangat sayang. Hati ni dah berkali kali jatuh cinta dengan isteri abi ni. Sayang je yang tak sayang dekat abi”
“ Yeke, mana bulat tahu orang tak sayang dekat bulat “ 

“ Tahulah, sayang cium pipi abi pun tak pernah. Tak sayanglah tu”  ucap Fakhrusy. Yana hanya mencebik dan melempar pandanga ke tengah laut. Fakhrusy tersenyum . Dia mengeratkan pelukan. Wajahnya dirapatkan pada Yana. 

“ I love you sayang… really love you” bisik Fakhrusy perlahan sebelum bibir mereka bertaut. Walau hanya sekali kucupan sudah mampu buat Yana tertegun. Ciuman pertama sepanjang setahun mereka menjadi suami isteri. Yana memandang suaminya, Tiada rasa marah. Tetapi malu. Yana menggigit bibir menahan malu. Entah mengapa terasa ada suatu perasaan baru yang menjentik hatinya kini. 

“ Eh, sayang tak marah? Kena buat selalulah macam ni” ucap Fakhrusy perlahan sambil tersengih. Yana menjeling geram dan memukul perlahan lengan suaminya. Fakhrusy hanya ketawa dan mengucup pipi Yana. 

Ich Liebe Dich ” bisik Fakhrusy sekali lagi. Yana hanya diam, tidak membalas. Namun ada rasa bahagia dalam hatinya mendengar bisikan itu.  






“ Kursy, dari mana kamu?” langkah Yana dan Fakhrusy terhenti tatkala ditegur umi yang sedang bersantai diruang tamu. Fakhrusy tersenyum dan mendapatkan uminya, begitu juga Yana. Sejak setahun berkahwin ini, hubungan dia dan umi tidak begitu baik. Ibu mertuanya itu tampak tidak suka padanya. Yana perlu menahan sabar selama setahun lagi kerana dia perlu duduk bersama umi selama dua tahun sebagai syarat jika ingin berkahwin dengan anaknya. 

“ Pergi jalan jalan dengan Yana tadi. Kenapa umi?” 

“ Duduk kejap. Umi ada benda nak cakap. Kursy je sorang” arah Umi. Yana mengeluh perlahan dan mengangguk faham. Dia menapak naik ke atas. Namun dia bersembunyi di sebalik dinding, ingin mendengar butir bicara suami dan ibu mertuanya.




Yana berlari masuk ke bilik tatkala suaminya sudah bangkit dari ruang tamu. Yana berdiri di tepi tingkap. Jantungnya berdebar. Semua butir perbualan antara suaminya dan umi jelas dipendengarannya sebentar tadi. Dia tidak dapat menjaga reaksi Fakhursy bila naik ke bilik nanti. Yana menarik nafas perlahan tatkala pintu bilik terkuak dari luar. 

“ Tak tidur lagi?”  Fakhursy menghampiri Yana yang sedang berdiri di tepi jendela. Tubuh Yana dipeluk erat. Yana sedikit tersentak dengan tindakan suaminya itu. Namun dia cuba untuk menguntum senyum. 

“ Erm.. nak tidur lah ni “ ucap yana perlahan dan cuba menolak tangan Fakhursy yang masih memeluknya. 

“ Bila abi akan dapat hak abi?” bisik Fakhursy ditelinga Yana. Yana memejam matanya erat. Debar dan sebak bercampur satu. Tubuhnya menggigil. Airmatanya gugur tidak semena. 

“ Kenapa ..tiba tiba tanya?” soal Yana dalam gentar.  Kala itu juga tubuh Yana dipusing kasar. Bahunya digenggam kejab oleh suaminya. Yana memberanikan diri menatap wajah Fakhrusy dengan airmata yang deras mengalir. 

“ Salah ke.. abi tanya? Salah ke abi tuntut hak yang sepatutnya dah lama abi dapat?” begitu keras suara Fakhrusy. Bibir Yana bergetar menahan tangis. 

“ Tapi… kenapa baru sekarang. Bukan setahun yang lalu. Bukan semasa kita sama-sama berjanji tidak akan menuntut hak jika bukan dengan kehendak dan kerelaan dari kedua-dua pihak?” 

Fakhrusy hilang sabar. Leher Yana dicekak kemas. 

“ Sampai bila aku kena tunggu?? Aku nak hak aku! Kau sepatutnya dah beri sejak dulu lagi!”  

Yana memejam mata menahan kepedihan dan sebak yang bertandak saat bibir Fakhrusy sudah mulai menjelajah seluruh wajah dan tubuhnya. Esakannya semakin kuat kedengaran.  Tindakan suaminya terhenti saat bibir mereka ingin bertaut. Dia terdiam memandang wajah sendu isterinya. 

  Silakan ambil hak awak, tapi ingat. Saya tak akan maafkan awak sampai bila-bila” ujar Yana saat mata mereka bertaut. Perlahan Fakhrusy melepaskan tangannya. Dia bergerak menjauh. Yana terduduk di lantai dan melepaskan tangisan semahunya. 

“ Saya tahu saya isteri yang berdosa, kerana menidakkan hak awak sebagai suami. Tapi ini bukan caranya untuk awak menuntut hak awak tu. Awak ingin memiliki tubuh saya, bukan dengan kerelaan hati awak, tapi kerana tekanan , dan awak rasa tercabar dengan permintaan umi yang mahukan cucu” 

Terdiam Fakhrusy mendengar kenyataan isterinya itu. Benar, dia jadi hilang kewarasan sebentar tadi akibat kata-kata umi. Nyata, Yana mendengar semuanya. Fakhrusy mengeluh kesal. Rambutnya dielus kasar. Perlahan dia menapak dan berlutut dihadapan Yana. 

“ Abi minta maaf…. “  tangan Yana cuba diraih namun pantas Yana penepis kuat. Airmata yang masih bersisa diseka perlahan. 

“ Ceraikan saya…. “ Pinta Yana dengan penuh ketegasan. Fakhrusy terpana. Dia menggeleng dan memeluk tubuh Yana erat. 

“ Jangan sayang… abi tak nak … abi minta maaf apa yang abi buat tadi… abi sayang ummu.. abi minta maaf…” 

Yana mengawal tangisannya yang sudah bersatu dengan tangisan Fakhrusy. Sedayanya dia menolak tubuh suaminya dan melepaskan pelukan. Yana bangkit dan melangkah keluar dari bilik. Meninggalkan Fakhrusy yang terduduk dilantai dengan perasaan kesal yang menggunung.







Yana termenung di pondok kerian sendirian. Terasa mendung hari-harinya di sini.  Seminggu sudah dia melarikan diri ke kampung, menjauhi Fakhrusy. Selama seminggu itu juga, dia akan ke sini setiap hari, termenung dan melayan perasaan. 

“ Jauhnya termenung. Ingat abang tersayang ke?” satu suara tiba-tiba menyapa. Yana tersenyum. Matanya memandang sayu Petak yang sudah duduk dan bersandar di pondok. 

“ Bila sampai?” soal Yana. Setelah dia berkawin, Petak telah berpindah ke Kuala Lumpur  manakala Mate kini menetap di Kelantan. 

“ Baru je ni. Aku tak balik rumah lagi. Terus ke sini. Ingat tak ada orang” ujar Petak sambil tersenyum. Rindu dia pada wajah mulus itu. Setahun sudah mereka tidak bertemu, namun Yana tidak berubah, tetap cantik seperti dahulu. Namun satu yang berubah, wajah itu penuh duka. 

Yana hanya mengangguk. Kemudian dia diam dan menundukkan wajah. Petak mengeluh perlahan. Dia bangkit dan duduk di sebelah Yana. 

“ Kau kenapa kecik? Mak aku cakap kau dah seminggu dekat sini.Gaduh ea?” 

Yana hanya tersenyum hambar. 

“ sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” Yana cuba berseloroh. Petak ketawa kuat. 

“ Amboi ayat. Klasik nasional.fm … Apa masalahnya ni. Sharelah dengan aku, mana tau aku boleh tolong” 

“ Apa saja yang kau boleh tolong. Aku sendiri pun tak tahu apa masalahnya. Yang ada dalam fikiran aku sekarang ni, aku nak semua masalah ni tak pernah berlaku. Kalaulah masa boleh diputar kembali….” 

“ Kalau masa boleh diputar kembali? Kau tak nak berjumpa dengan suami kau, kau nak relakan je diri kau kawin dengan Bad, macam tu?” soalan Petak dijawab dengan keluhan dari bibir Yana. 

“ Aku baru nak rasa bahagia, belajar mencintai dia… tapi,… “ 

“ Tapi .. satu perkataan je kecik. EGO. Ego terlalu menguasai diri kau. Dah setahun kau kawin, sepatutnya gaduh tu dah jadi asam garam dalam perkawinan  , bukan jadi punca penceraian” 

“ Kau takkan faham. Kau sendiri tahu perjanjian kami kan. Tapi dia… dia tuntut hak dia dengan cara yang salah. Aku bukan patung , boleh dia tolak, pegang , sentuh sesuka hati” 

“ Perjanjian itu sekadar atas kertas kumallah , kecik. Tak valid pun kalau kau nak bawa ke mahkamah. Cerita dalam bilik tidur ni, kau tak patut buka pada orang. Aku juga tak patut tahu. Cuma nasihat aku satu je, kau husband n wife. Bukan couple. Sepatutnya kau pertahankan perkahwinan kau, jangan sebab masalah kecil macam ni, kau terbawa-bawa dengan perasaan” 

“ Aku ada prinsip , petak” 

“ Campak jauh-jauh prinsip kau. Jangan nak tipu diri sendiri , kecik. Hati kau tu, dah tertulis nama suami kau. Kau cintakan dia, Cuma kau ego. Terimalah takdir hidup kau adalah untuk bersama dengan suami kau. Allah dah pertemukan kalian, dia jodoh kau” 

Yana mengeluh lagi. 

“ Jujur aku katakan, dari dulu aku sayang kau lebih dari seorang kawan, kecik. Kalau boleh takdir itu ditentukan oleh aku, aku akan jadikan kau isteri aku. Tapi aku tau semua tu tak akan berlaku. Dan aku dah redhakan cinta kau bersama suami kau. Jangan sia-siakan cinta dia pada kau kecik. Kau dah ada suami yang cukup baik dan sayang pada kau sepenuh hati. Kembalilah pada dia sebelum terlambat” 

Yana terdiam mendengar kata-kata Petak. Cuba mencari keihklasan dalam kata-kata Petak itu. Lelaki itu tersenyum hambar dan mengangguk perlahan. Kepala Yana diusap perlahan. 

“ Dahlah, aku balik dulu. Tu, hero kau dah datang. Sorry, aku bawak dia datang sini” Petak  bangkit dan berlalu. Terpegun Yana melihat suaminya yang sedang melangkah ke arah. Entah berapa lama lelaki itu berdiri di situ, dia tidak tahu. Yana mendengus geram dan bersedia melangkah pergi. Langsung tidak peduli pada suaminya yang mengekori dari belakang. 







Fakhrusy menolak daun pintu dan menjengulkan kepala. Tersenyum melihat isterinya yang sedang termenung di jendela bilik. Perlahan dia mendekati Yana,tidak mahu mengulang kesilapan lagi. 

“ Assalamualaikum.. “ bisikan selembut itu pun mampu buat Yana tersentak. Yana hanya memandang sekilas dan ingin berlalu keluar, namun Fakhrusy pantas menarik tangan isterinya. 

“ Awak nak apa ni.. jangan cari pasal lah!” rengus Yana kasar. 

“ Sorry, Abi tak nak buat apa-apa pun. Kita perlu bincang sayang” 

“ Dah tak ada apa yang nak dibincang” tingkah Yana. Tangan ditarik  ingin berlalu namun Fakhrusy menarik Yana dalam dakapannya. 

“ Please sayang. Jangan buat abi macam ni. Separuh mati abi rindukan sayang. Jangan tinggalkan abi lagi…” bisik Fakhrusy perlahan. Kepala isterinya diusap penuh kasih. Yana terpaku. Airmatanya tidak semena mengalir. Dia juga merindui lelaki itu. Rindu dengan pelukan hangat Fakhursy. 

“ Abi tahu abi salah. Abi paksa sayang. Abi sakitkan hati sayang… lukakan hati sayang. Abi menyesal sangat. Tuhan saja yang tahu betapa abi rasa bersalah dan terseksa kehilangan sayang “ 

“ saya bukan isteri yang baik.. saya tak mampu bahagiakan awak… saya …. Tak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri…….. “ Yana sudah tersedu . Wajahnya ditunduk sayu. Fakhrusy mengeluh berat. 

Wajah isterinya diangkat dan disentuh perlahan. 

“ Abi tak akan paksa sayang lagi. Abi sanggup tunggu hingga sayang betul-betul sedia. Maafkan abi ya. Jangan tinggalkan abi lagi “ Yana perlahan mengangguk. Fakhrusy mengucup pipi isterinya penuh kasih dan kembali menarik Yana dalam dakapannya. Lega kerana berjaya memenangi hati isterinya kembali. 

“ tapi abi kena denda!” Yana bersuara. Tersenyum Fakhrusy saat Yana menggunakan kata ganti diri. 

“ Ermmm.. denda? Oklah, abi pasrah je. Ummu nak denda apa?” Yana tersenyum dan berpusing menghadap jendela. Kepalanya disandar pada tubuh Fakhrusy. 

“ Abi kena nyanyi untuk ummu” pinta Yana. 

Fakhrusy ketawa perlahan. Pelukan ditubuh Yana dieratkan . Perlahan lagu ‘cry on my shoulder’ dinyanyikan buat isteri tercinta.


You can run away but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I'll show you there's a destiny
The best things in life they are free

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone
Who cares for you
If you're feeling sad
Your heart gets colder
Yes I show you what real love can do


Yana tersenyum bahagia mendengar lagu itu.  Matanya dipejam menikmati lagu itu. Terasa keikhlasan Fakhrusy. 

“ I liebe kamu “ bisik Fakhrusy perlahan. Yana tersenyum. Dia memandang wajah suaminya dan pipi Fakhrusy dikucup perlahan. 

“ I liebe you too” perlahan Yana membalas. Kemudian dia tersenyum bahagia. Mungkin hatinya belum sepenuhnya mencintai Fakhrusy , tapi dia tahu ada ruang buat suaminya. Hatinya mula dibuka untuk mencintai dan menerima Fakhrusy dalam hidupnya. Insya Allah, menjadi isteri yang baik dunia dan akhirat. 


No comments:

Post a Comment

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.