Misi Mencari Cinta 1







MOSHI_MOSHI!!!!   

baiklah.... ini adalah special edition of  Misi Mencari Cinta.... dibuka kepada beberapa orang kawan2 untuk request cerpen khas untuk mereka... so here we go... first cerpen untuk  Nurul Arina Sayuthi. enjoy reading ya. (maybe agak panjang) huhuhuu..... ~ 


Arina menarik nafas perlahan. Hatinya resah dan tidak keruan. Perasaan takut menyelubungi dirinya. ‘Macam mana kalau selamanya aku akan berada di sini? Nanti orang akan jumpa mayat aku, tinggal tengkorak, berulat, busuk……..’

“ Ah, tanakk!!!!!!!!!!!!!!!” 

KUKKKK! 

Arina memegang kepalanya. Terasa pedih . Dia memandang ke sisi. Bulat matanya memandang lelaki itu. Oh, terlupa! Dia tidak berseorangan di sini. Mereka sama-sama tersesat. Eh, tersesat ke sengaja menyesatkan diri? Entah lah labu~ 

“ What the hell is wrong with you? Nak menjerit mintak tolong sekalipun, bagi signal dulu boleh tak? Kalau aku ada sakit jantung tadi macam mana? Sia-sia mampos dalam hutan ni!” 

Hazwan Amirrudin bersuara geram. Arina Sayuthi dihadapannya itu terlihat kecil dimatanya. Mahu saja dia picit-picit macam semut. Arina mengetap bibirnya. 

“ Err.. ss..sory… aku lupa.. kau… ada sini.. “ 

“ Lupa? Kau dah buat aku tercampak dekat sini, kau boleh cakap kau lupa? LOL, very funny. Ohsem!” Hazwan bertepuk tangan kuat sambil ketawa yang jelas dibuat-buat. Arina hanya menunduk wajahnya. Terasa bersalah. 

Memang salah dia sebab tak ikut arahan yang diberikan ketua pasukan. Dia jalan ikut suka hati sebab sibuk nak snap gambar sana sini. Disebabkan kedegilan itu, kaki Arina tersangkut pada akar dan hampir terjunam ke jurang. Mujur ada Hazwan yang merupakan ahli terakhir bergerak di belakang. Namun disebabkan hilang imbangan dan keadaan tanah yang licin, mereka sama-sama jatuh dan menggelongsor ke bawah. 

“ Errr.. kaki kau… ok ke?” soal Arina. Dia melirik kaki  Hazwan yang sudah berbalut dengan jaket milik lelaki itu. Sebatang kayu diikat sama pada kakinya, bagi menampung kaki yang patah. Hazwan hanya menjungkit bahu tanda dia tidak tahu. 

“ Patah je pun, belum nak mati lagi” 

Terdiam Arina mendengar kata-kata lelaki itu. Tidak semena airmatanya mengalir. Salah dia, semua salah dia. Kalau bukan kerana hendak melindungi dirinya dari cedera, Hazwan pasti tidak akan patah kaki. 

“ Dah, kau menangis ni kenapa? Ada luka ke? Sini aku tengok” Hazwan bersuara. Arina hanya menggeleng. Airmata yang berjuraian diseka perlahan. Dia bermohon dalam hati agar ada rakan lain yang akan menjumpai mereka. 

“ Aku takut tak ada orang jumpa kita… aku tak nak mati dekat sini.. kau cedera.. nanti kalau….” Arina tersedu-sedu menahan tangis , hampir tidak kedengaran butir bicaranya. Hazwan mengeluh perlahan. Dia mengengsot dan bersandar di pokok bersebelahan Arina. 

“ Kita tak akan mati. Sekarang ni dah hampir 2 jam kita hilang. Diaorang akan cari kita. Jangan risau. Kaki aku ni terseliuh sikit je. Kau nak takut apa, Allah kan ada. Sekarang lebih baik kau doa, daripada nangis macam ni, apa kau dapat?” Hazwan sekadar memujuk dan menenangkan Arina walau kala ini kakinya benar-benar sakit. 

“ Aku minta maaf….” Arina menundukkan wajah. 

“ Its ok Arina. Nothing to worried ok” Arina mengangguk perlahan. Hatinya tidak putus berdoa agar bantuan segera sampai.





3 hari sudah mereka terperangkap dalam hutan tebal itu. Bekalan makanan yang ada pun sudah habis. Arina kematian akal. Keadaan Hazwan yang semakin lemah membuatkan hatinya bertambah risau. 

“ Wan, kau ok ke ni? Jangan buat aku risau” bisik Arina perlahan melihat Hazwan yang bersandar lemah di pokok. Wajahnya basah dengan peluh dan pucat lesi. Airmata Arina mengalir lagi. Teragak-agak Arina meletakkan tangan di dahi lelaki itu. Ini darurat, dia bukan sengaja mahu bersentuh dengan bukan muhrimnya. Tudung yang dipakai dijadikan lapik sebelum tangan didaratkan di dahi Hazwan. 

“ Ya Allah, panasnya. Kau demam ni Wan. Apa aku nak buat ni. Ya Allah” tangisan Arina semakin menjadi-jadi. Hazwan mendesah lemah dan perlahan membuka matanya. 

“ Aku ok….” Suaranya begitu lemah. Namun seiring dengan itu dahinya berkerut menahan sakit yang sudah menyengat seluruh badannya. Hendak bergerak sedikit pun dia tak terdaya. 

“ No! kau tak ok! Kau sakit Wan. Aku tahu. Ya Allah, bantulah aku Ya Allah. Aku tak nak buat apa Wan. Aku tak ada ubat nak bagi kau. Air pun dah habis, makanan tak ada. Ya Allah…..” Arina terus-terusan menangis. Hazwan menyentuh perlahan bahu Arina. 

“ Kau pergi cari jalan keluar. Tinggalkan aku dekat sini. Hanya kau yang boleh cari jalannya….” 

“ Aku? Aku takut Wan. Aku tak berani” 

“ Insya Allah kau boleh. Pergilah” 

“ tapi… takkan aku nak tinggalkan kau kat sini? Kau tengah sakit Wan” 

“ Pergi. Insya Allah aku boleh bertahan. Aku tunggu kau dekat sini” ucap Hazwan. Dia mencapai beg sandang miliknya dan mengeluarkan sehelai kain. Dengan tenaga yang masih bersisa, kain itu direntap kuat dan dikoyak kepada beberapa bahagian. 

“ Ambil kain ni, ikat pada pokok sebagai checkpoint , untuk pastikan kau tak akan sesat dan dapat patah balik ke sini semula pada aku. Pisau ni… gunakan sebagai senjata, kalau-kalau ada gangguan” Arina mengangguk faham walau hatinya berdebar dan takut. 

“ Bila kau rasa takut, rasa gelisah dan putus asa nak bergerak, kau baca ayat ni. Insya Allah, Allah akan tunjuk jalan keluar pada kau” Hazwan membaca sepotong ayat berkali-kali agar Arina dapat menghafalnya. Arina mengulang baca. Setelah yakin dapat mengingati ayat itu sepenuhnya, Arina bangkit. 

“ Aku pergi dulu. Kau janji dengan aku, kau akan bertahan. Aku akan datang balik selamatkan kau. Janji dengan aku” Arina menuntut janji. Hazwan mengukir senyum lemah. 

“ Insya Allah, dengan izin Allah. Kita akan jumpa lagi”




Nurul Arina mengetap-ngetap bibirnya. Dia menjeling Hazwan dan rakan-rakannya dari jauh. Sejak peristiwa sesat beberapa bulan yang lalu, dia dan Hazwan sudah jarang bertegur sapa. Kalau sebelum peristiwa itu dulu, sering sahaja Hazwan dan rakannya mengusik dia. 

“ Kenapa kau suka sangat usik aku dekat sekolah, Wan? Setiap hari. Ada je kau nak kenakan aku. Aku malu tau, rasa loser gila” Arina memulakan perbualan saat masing-masing bersetuju untuk berjaga sahaja pada malam pertama mereka sesat. Mereka tiada keinginan untuk tidur, memikirkan nasib esok yang entah bagaimana. 

“ Kau tak loser, tapi kau comel” ucap Hazwan sambil tersenyum. Arina membuntangkan mata , namun dalam hatinya berdebar dan bercampur malu. 

“ Mengarut lah kau” 

“ Seriuslah. Kau comel, sebab tu aku suka usik kau. Kau adalah makhluk ciptaan Allah yang tersangat comel bila marah” 

“ Masa marah je? Masa biasa tak comel lah?” Arina bertanya berani. Hazwan tersenyum lagi. Arina menyimpan debar. Sebetulnya sejak dari hari pertama mereka ditempatkan sekelas, Arina sudah jatuh cinta dengan senyuman itu. Hensem! 

“ Tak. Masa biasa bukan comel, tapi cantik” Arina terdiam. Wajahnya diserbu malu. Hazwan ketawa kuat melihat perubahan wajah Arina. 

“ Start lah tu perasan? Perempuan ni kan, memang pantang kena puji. Patutlah senang jadi mangsa lelaki mulut manis” selamba Hazwan melemparkan kata. Arina menggigit bibir geram. Ciss, saja nak kenakan aku rupanya! 


“ Woi!! Berangan!!” Arina tersentak saat bahunya ditepuk kuat teman sekelas, Zalika. Arina mengurut dadanya. Zalika dijeling sekilas. 

“ Kau ni, terkejut aku tau. Buatnya sakit jantung tadi….” 

“ eleh… kau sakit jantung, bukan sebab kena sergah, tapi jantung tu berdegup .. dup dap dup dap…. Hah~ kau usha Hazwan ek? Eiii, tak malu…tak malu” Zalika galak menyakat Arina. Arina sudah mencerlungkan mata. Bibir Zalika ditekup kuat, bimbang didengari orang lain. Lengan Zalika dicubit.

“ Kau ni volume tu boleh perlahan sikit? Orang dengarlah!” 

Zalika tersengih. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Arina. Matanya turut sama dihala pada Hazwan dihujung dewan.

“ Kenyataan kan. Apa kau nak malu? Rina, aku rasa baik jujur dengan diri sendiri. Pergi beritahu dia tentang perasaan kau tu. Make a confession” 

“ Hah? Kau gila ke? Nak suruh perigi cari timba? Tak nak aku!” 

“ Hello kawan. Sekarang zaman moden. Tak ada istilah perigi cari timba lagi. Ni soal hati dan perasaan. Faham? Hari ni last tau kita semua jumpa. Lepas ni tak ada dah. Nanti masing-masing dah bawa diri, kau ke mana, dia kemana. Hah, yang merana sapa? Kau jugak!” 

“ Ah, malulah!” Arina sudah menyembamkan mukanya di meja. Namun seketika kemudian dia mengangkat wajah. Wajah Hazwan ditenung lama. Yes, betul. Aku kena berani. Lepas ni tak jumpa lagi dah. Try jelah. Kalau dia tak suka takpe. At least aku cuba. 

“ Aku pergi ea?” Arina menyoal Zalika. Temannya mengangguk laju walau tidak percaya Arina secepat itu nekad. Dia hanya memandang Arina yang sudah bergerak ke Hazwan. 

“ Ehem….” Arina berdehem perlahan. Hazwan dan kawan-kawannya berpaling.

“ Yes Arina?” Afiq yang berdiri berhampiran Arina bertanya. Arina tersenyum. Matanya tidak lepas memandang Hazwan yang masih leka berbual. 

“ Err.. aku nak cakap dengan Hazwan sekejap… boleh?” 

Hazwan berpaling. Keningnya sedikit terangkat. 

“ Oh, boleh sangat. Maklumlah, best student, semua orang nak cakap dengan kau ea Wan. Sila-sila. Jom guys” Afiq bersuara dan memberi laluan pada Arina dan Hazwan. 

“ Ada apa? “ Hazwan bersuara namun matanya memandang iphone. 

“ Boleh tak pandang aku kejap. Focus, aku nak cakap ni” Arina bersuara geram. Hazwan mengeluh dan menyimpan iphone nya dalam poket. Bersedia memberikan sepenuh perhatian pada Arina. 

“ Ok….” Arina menarik nafas perlahan dan berselawat dalam hati. 

“ Aku tau apa yang aku buat ni satu kerja gila. Tapi aku tak kisah. Aku nak buat satu pengakuan. Ehem…. Ermm… aku.. “ tiba-tiba terasa ada sesuatu yang tersekat dikerongkong, sukar pula untuk meluahkan kata.
“ Nak cakap apa sebenarnya. Aku dah lambat ni” Hazwan bersuara bosan. 

“ Ok. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh rasa macam ni. Tapi sejak dari hari pertama kita kenal, kau selalu usik aku. Mulanya aku rasa macam annoying gila, benci! Tapi lama-lama baru perasan yang sebenarnya aku suka kau usik aku. Aku happy sangat. And sepanjang kita sesat di hutan. Aku semakin mengenali kau. Kau sangat caring, baik, kau special. Kau sangat istimewa buat aku. What I want to say is, aku…. aku dah jatuh cinta dengan kau.Aku sayang kau” 

Arina terasa mukanya diserbu malu saat mengucap kata-kata itu. Dia mengetap bibir menahan malu. Wajahnya ditundukkan. Tidak mahu memandang wajah Hazwan dan melihat reaksi lelaki itu. Lama menanti akhirnya Hazwan bersuara. 

“ So?” seringkas itu jawapannya. Arina mengangkat wajah. 

“ So? Apa maksud kau ‘so’? Punyalah panjang lebar aku cakap tadi, jawapan kau macam tu je??” Arina bertanya geram. Terasa mahu menangis pon ada. Macam diperbodohkan pulak. 

Hazwan ketawa sinis. 

“ Then, what did you expect for me to say, cik Nurul Arina Sayuthi? Kau nak aku cakap, yes I love you too? Or kau harap aku akan cakap, will you marry me? “ Hazwan bertanya sinis. 

Arina terlopong tidak percaya. Terasa maruah dirinya diinjak-injak. Airmatanya tidak semena gugur. Arina menahan perasaan. 

“ Aku tak sangka kau macam ni sekali Hazwan. Selama ni…. Aku…. its ok. Aku tau aku tak layak. Tapi aku juga ada harga diri, dan hari ni aku buang ego aku, aku buang malu aku, untuk confess depan kau tentang perasaan aku. Aku cuba untuk jujur. Tapi… ini yang aku dapat, tak lebih dari sebuah penghinaan. Thanks a lot. Its was such a great gift for me. Aku harap aku perempuan terakhir yang akan kau sakiti. Hati kami begitu lembut dan cepat terluka, Wan. Aku minta maaf kalau pengakuan aku tadi keterlaluan. Aku harap kau lupakan dan anggap ia tak pernah kau dengar. Assalamualaikum” 

Arina berlalu dan tidak berpaling lagi. Airmata yang laju membasahi pipi diseka perlahan. Hatinya luka parah bagai dihiris sembilu. Zalika yang mengejarnya dari belakang langsung tidak dihirau. Dia hanya mahu pulang, lari dari sebuah kenyataan yang begitu menyakitkan.





Arina terpana dimuka pintu rumahnya. Kakinya kaku tidak bergerak melihat gerangan tetamu yang datang. Hatinya dihurung debar dan waktu yang sama, ada rasa marah yang bertandang. 

“ Ina, siapa yang datang tu? Kenapa tak jemput masuk?” ibu Arina menyahut dari dapur. Tidak lama kemudian ibu dan ayahnya turut sama menjenguk dimuka pintu. 

“ Assalamualaikum” tetamu itu menyapa. 

“ Waalaikummusalam. Ye cari siapa?” ayah Arina bertanya. Hazwan tersenyum dan memperkenalkan diri. 

“ Kau baliklah! Buat apa datang sini? Aku tak suka” Arina bersuara perlahan, bimbang didengari kedua orang tua Hazwan yang berdiri tidak jauh dibelakang. 

“ Ina! Apa cakap macam tu, tak baik menghalau tetamu tau tak? Apa buat perangai ni, ibu tak pernah ajar Ina macam ni tau! Dah, pergi masuk!” ibu Arina bersuara keras. Arina menarik muka masam dan berlalu ke dapur. Ayah Arina menjemput tetamu masuk. 

“ Abah, izinkan Wan cakap dulu, boleh?” Hazwan bertanya pada abahnya. Lelaki itu mengangguk dan tersenyum. Hazwan memandang Arina yang diam dihujung kerusi. Wajah itu langsung tidak menguntum senyum. 

“ Pakcik, makcik. Saya sebenarnya datang berhajat. Sebenarnya, saya dah lama simpan perasaan pada Arina. Sebetulnya, dari kami tingkatan 6 bawah lagi. Cuma waktu tu, saya fikirkan yang kami masih lagi bergelar pelajar, pelajaran tu lebih penting. Jadi saya pendamkan dulu hasrat saya” Hazwan bersuara tenang. Arina mengangkat wajah mendengar pengakuan lelaki itu. Hazwan memandangnya sambil tersenyum. Dia menarik nafas sebelum menyambung bicara. 

“ Selama beberapa bulan ni, saya cuba mencari diri saya. Fikirkan masa depan, apakah layak saya untuk anak pakcik, Arina. Saya bermuhasabah diri, tunggu hingga keputusan biasiswa keluar. Alhamdulillah, saya berjaya dan Insya Allah akan sambung study ke luar negara bulan depan. Setelah saya fikirkan, minta pendapat mak dan abah saya, serta istikharah 3 malam berturut-turut , saya dapat jawapannya”

Hazwan sekali lagi berhenti bicara. Dia mengucap selawat dalam hati.

“ Bismillahirrahmannirahim. Saya Hazwan Amiruddin ingin menjadikan Nurul Arina sebagai bakal teman hidup saya. Insya Allah jika pakcik dan makcik memberi keizinan pada saya dan semestinya jika dizinkan Allah” begitu tenang Hazwan mengucapkannya. Kemudian dia melepaskan keluhan lega, bagai hilang beban di bahu. 

Arina tergamam. Terasa panas wajahnya dengan airmata yang gugur tanpa dipinta. Dia dapat merasai ketulusan bicara Hazwan. Keikhlasannya menyentuh tangkai hati Arina. Ayah dan ibu Arina serentak memandang puterinya. Melihatkan airmata Arina, mereka sama-sama mengangguk dan tersenyum. 

“ Kami tiada halangan , jika tuan punya badan sendiri setuju. Rasanya, Arina memang dah setuju dah tu kan?” Arina tersipu malu memandang ayahnya. Wajahnya ditunduk menahan malu. Masing-masing ketawa melihat Arina. 

“ Insya Allah, niat murni begini, baik untuk laksanakan. Kami cadang untuk mereka bertunang dahulu untuk suatu tempoh hingga Hazwan tamat pengajian di luar negara. Bukan apa, cuma takut budak-budak ni tak dapat nak beri komitmen kalau kita terus langsung perkahwinan. Maklum mereka masih muda” ayah Hazwan pula bersuara. Kedua ibu bapa Arina mengangguk setuju. 

“ Saya setuju juga macam tu. Kita pun tak perlu nak risau. Sepanjang bertunang, masing-masing jauh. Dugaannya itu mungkin cuba rindu, tapi mereka terpelihara dari perkara tak sepatutnya. Takut juga budak sekarang, jiwa muda katakan” kata-kata ayah Arina disambut ketawa yang lain.  Hazwan mencuri pandang Arina dan kemudian mereka berbalas senyum. Ada bahagia dalam diri mereka. ‘akan ku jadikan kau yang halal buatku ‘






Arina termenung di hadapan komputer riba miliknya. Hampir sebulan lamanya Hazwan tidak mengutus khabar berita. Risau dan rindu bercampur menjadi satu. Gambar terakhir yang dikirim Hazwan ditatap lama. Wajah itu begitu ceria. Arina mengukir senyum. Melihatkan wajah tunangnya itu sahaja sudah membuatkan hati Arina berbunga bahagia.

BUZZZ!! 

Arina terkejut. Ikon di Yahoo Messeger berkelip tanda ada pesanan baru. Arina menguntum senyum. Arina membalas pesanan itu.

Putra Haz  : Assalamualaikum.
Pu3 Arina : Waalaikummusalam.Lamanya x on9. Sy risau tau. :’(
Putra Haz : risau ke rindu? Hehe…. Maaf3… saya busy final exam. Sorry awak.
Pu3 Arina : erm… its ok. So how ur exam? Boleh buat?
Putra Haz: Alhamdulillah. Semua paper sy blh buat. Sy dh usaha, skrang berdoa n pray 4 the result jelah. 

Pu3 Arina : Insya Allah. Awk kan pandai.
Putra Haz : hehe.. thanks. Ats doa awak n parents kita jgak. Awk, saya balik dua minggu lagi. X sabar nak jumpa awk. Miss you. Hehe… 

Pu3 Arina : eleyh. Tak rindu dia pun. Wekks. =P . urm, awk balik tu brape hari bulan?
Putra Haz : ceh. Takpelah tk rindu. Erm, 17 haribulan. Knp?
Pu3 Arina : oh. 18 haribulan ada reunion, budak kelas kita dulu. Nk pergi x?
Putra Haz : Yup, iknow. Afiq ada beritahu. And that day bufday awak kan. Ada alasan lah saya nak ajak awak keluar.. hehehe… kite celeb sama2 k…. 

Pu3 Arina : hehe.. awk ingat jgk bufday saya. Ingat lupa. Erm…. Celeb? Its ok. Pergi reunion tu pn dah ckup happy utk saya. 

Putra Haz : erm, yelah. Awk saya x blh lama ni. Bnyk brang belum packing. Tunggu saya balik k. Jgn nakal2. Bye Assalamualaikum.  

Belum sempat Arina membalas chat, Hazwan sudah offline. Arina mengeluh perlahan. Namun seketika kemudian dia tersenyum. Kalendar dipandang. Berdebar menunggu kepulangan tunangnya.





Hazwan tersenyum memandang Arina yang baru keluar dari rumah. Tunangnya itu sungguh anggun dengan busana muslimah berona sedondon dengan kemeja yang dipakai Hazwan. Bagai berjanji-janji pula. 

“ Assalamualaikum” Arina bersuara perlahan. Malu saat Hazwan asyik merenung wajahnya sedari tadi. Hari ini mereka pertama kali bertemu setelah Hazwan tiba di Malaysia semalam. 

Waalaikummusalam. Shall we?” soal Hazwan. Arina mengangguk perlahan. Dia menapak masuk ke dalam kereta tatkala Hazwan sudah membuka pintu untuknya. Romantik! Hehhe….




“ Awak sangat cantik malam ni tau. Tengok tu, ramai classmate kita jeling-jeling awak. Jeles saya” Hazwan berbisik perlahan ketika mereka bersantai di sebuah meja. Arina tersenyum malu dan menjeling tunangnya. 

“ Awak ni, ke situ pulak. Dieorang kan tahu, saya tunang awak. Mengada tau nak jeles-jeles” 

Hazwan ketawa perlahan. Andai sahaja dia dan Arina sudah halal bersentuhan, pasti dia akan mencuit pipi Arina. Comel sungguh muka tunangnya itu saat marah. 

“ Awak tahu tak, saya bersyukur kita berjauhan sepanjang tempoh bertunang ni. Rasa rindu, sabar , kesetiaan dan kejujuran. Semua tu menguji kita bersama. Kalau kita berada dekat, mesti kita tak akan bahagia macam ni kan? Yelah hadap muka hari-hari, mesti bosan. Lepas tu mesti selalu bergaduh, cemburu. Macam-macam lah” 

Arina mengangguk. Setuju dengan kata-kata Hazwan itu. Dugaan sepanjang bertunang walau agak berat, namun dia bersyukur mereka dipelihara hubungan. Arina menguntum senyum . Begitu juga Hazwan. 

“ Awak tunggu sekejap ea. Saya nak ke sana” Hazwan bangkit dan menuju ke arah pentas. Dia berbicara sesuatu pada Afiq yang menjaga bahagian sound system. Kemudian Hazwan naik ke atas pentas. Ditangannya terdapat sebuah gitar. Arina berkerut dahi pelik. 

“ Ehem… testing.. testing… one two three…. “ Hazwan mencuba mike, dan selebihnya mahu menarik rakan lain agar memandangnya. Arina menumpukan perhatian ke arah pentas. Saat itu juga mata dia dan Hazwan bersatu. Mereka saling berbalas senyuman. 

“ Assalamualaikum. Ehem… ok, hari ni aku nak buat special performance. As semua orang tahu, hari ni, merupakan hari lahir Arina, my fiancée. So, ada hadiah yang tak seberapa dari tunang awak ni. Hope you like and enjoy it” Hazwan bersuara tenang walau kala itu seluruh dewan sudah gamat dengan tepukan dan sorakan dari rakan yang lain. Arina mengetap bibir menahan malu. 

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Arina
Happy birthday to you

Arina tersenyum. Walau hanya lagu seringkas itu, dia sudah terharu. Lagu itu menjadi lebih istimewa kerana di nyanyikan HAzwan dengan petikan gitar akustik. Usai menyanyikannya dalam 3 versi, Hazwan berhenti. Tepukan gamat berbunyi. Arina fikir itu pengakhirannya. Namun Hazwan masih tidak berganjak. Sebaliknya dia menggamit Arina agar naik pentas bersamanya. 

“ Eishh.. tak naklah” Arina pantas menggeleng. Malu! Namun Zalika sudah terlebih dahulu menolak tubuhnya disertai sorakan dari teman yang lain. Arina mengetap bibir malu. 

“ Awak ni….” Arina merungut saat dia melabuhkan diri di kerusi yang disediakan untuknya. Hazwan hanya tersenyum dan mengenyitkan mata. Dia kembali memetik gitar. Perlahan. Suasana begitu sepi. Lampu utama dipadam, dan hanya spotlight yang menerangi mereka berdua. Hati Arina berdebar. 
 
Kasihku, ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya………

Terdiam Arina mendengar suara Hazwan yang begitu lembut dan perlahan mendayu halwa telinganya. Dia tersenyum bahagia. Keikhlasan Hazwan menyanyi menjentik tangkai hati Arina. Dia benar-benar terharu. Hazwan mengakhiri lagu dengan senyuman. Gitar diletakkan di sisi. Sebentuk kotak baldu merah dikeluarkan dari kocek seluarnya dan dia melutut di hadapan Arina. 

“ Awak.. apa ni? Bangunlah” bisik Arina perlahan. Hazwan hanya mempamer riak selamba. Kotak kecil itu dibuka perlahan dan diunjuk pada Arina. 

“ dengan lafaz bismillahirrahmannirahim. Nurul Arina Sayuthi, sudikah awak menerima saya Hazwan Amirrudin, sebagai teman hidup awak dan menjadi yang halal buat saya”  sekali lafaz Hazwan mengutarakan hasratnya. Arina tergamam. Airmatanya mengalir tanpa dapat dibendung. Bukan schawal jek yang romentik macam ni, Hazwan pun sama . Huhuhu…. 

“ Saya….. “ Arina takut untuk menjawab. Rakan lain sudah bersorak supaya dia menerima. Arina jadi serba salah. Kena terima ke ni? Hukhuk…. 

“ Awak…. Kaki saya dah sakit ni” Hazwan bersuara sambil tersengih. Arina mengetap bibirnya geram. Kasihan pula melihat tunangnya yang melutut begitu. Perlahan Arina mengangguk dan mengambil kotak cincin dari tangan Hazwan. 

“ Alhamdulillah….” Hazwan mengucap syukur dan bangkit. Arina hanya diam dan berkecamuk dengan perasaannya kala ini.


“ Kenapa diam je ni. Macam tak happy je” Hazwan bersuara saat mereka dalam perjalanan pulang. Arina hanya melempar senyuman hambar. 

“ Urm. Saya happy. Gembira sangat dengan surprise tu. Cuma… erm.. kalau saya cakap awak jangan marah ok?” Hazwan hanya mengangguk. 

“ Erm… apa yang awak buat tadi tu.. ermm.. maksud saya.. kita kan orang islam, orang melayu.. cara awak propose saya.. “ 

Hazwan ketawa kecil. Faham dengan apa yang bermain di fikiran tunangnya itu. 

“ Ok saya faham. Sebenarnya, tadi tu bukan official pun. Itu Cuma kejutan dan hadiah buat hari lahir awak. Saya masih waras Arina, masih ingat hukum dan adat. Saya dah pun minta persetujuan mak dan ayah awak untuk buat surprise tadi. Parents awak dah izinkan, tarikh nikah kita pun dah ditetapkan” 

Arina tercengang. 

“ Hah? Bila awak jumpa parents saya??” 

“ Erm… petang tadi. Parents awak datang rumah” 

Arina mengetap bibirnya. Patutlah seharian mak dan ayahnya menghilang, ada agenda rupanya! Huh,, jahatnyeeeeee~ 

“ So, saya minta maaf kalau buat awak tak senang. Saya tak sangka pulak awak tak suka. Maaf ok? “ 

Arina tersenyum dan mengangguk. Dia bahagia sebenarnya. Hazwan seorang yang romantik dan memahami. Cintanya pada Hazwan semakin mekar dan utuh.






Arina mengelap airmata yang sudah gugur kali keberapa, entah dia tidak tahu. Sudah tidak sanggup mengangkat wajah lagi, memandang wajah sesiapa. Hatinya benar-benar terluka. 

“ Arina, sumpah saya tak buat semua ni. Saya teraniaya. Maafkan saya Arina. Tolong percaya pada saya” Hazwan masih berusaha memujuk Arina. Namun gadis dihadapannya itu seperti sudah nekad dengan keputusan yang dibuat. 

“ Saya minta maaf. Saya memilih untuk tidak mahu mendengar lagi sama ada kebenaran atau pendustaan. Bagi saya , penangkapan itu sudah membuktikan segalanya. Mungkin awak memang melakukan perbuatan keji itu, dan mungkin awak mangsa aniaya. Antara titik benar ataupun tidak, saya dah pun buat keputusan. Mungkin memang tiada jodoh antara kita. Jadi saya mohon , pertunangan kita diputuskan dan perkahwinan serta merta batal. Mak, ayah. Arina minta maaf dah kecewakan mak dan ayah. Tapi Arina dah bulat hati. Harap semua faham” Arina mengakhiri kata-katanya dan berlalu ke bilik. Wajah Hazwan langsung tidak dipandang. 

Wajahnya disembamkan ke atas katil. Arina melepaskan tangisan semahunya. Melepaskan seseorang yang amat dicintai sepenuh hati merupakan satu penyiksaan. Hatinya disayat pilu. Walau berkali-kali Hazwan menidakkan kebenaran, Arina tetap mengeraskan hatinya. Hazwan ditangkap basah bersama perempuan lain di dalam rumah sewanya, dalam keadaan masing-masing tidak berbaju. Apakah itu satu penganiayaan bila bukti jelas-jelas di depan mata? 

“ Ya Allah, tabahkan hati hambaMu menerima ujian yang engkau berikan. Sesungguhnya aku  hambaMu yang lemah Ya Allah. Redhailah hatiku agar tidak tenggelam dalam kesedihan dan terikut-ikut dengan perasaan Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin”






 Arina memandang hairan tempat itu yang sunyi tanpa pengunjung. Walaupun hari itu adalah waktu bekerja , namun selalunya masih penuh dengan pengunjung dari negara luar. Arina berkerut dahi hairan. 

“ Asal kau ni, berkerut seribu dahi tu?” Zalika bertanya pelik. Arina tersengih memandang sahabatnya itu. Zalika sememangnya sahabat yang baik. Sanggup mengikut Arina berhijrah ke kota ini , semata-mata mahu membantu Arina mencari semangat baru setelah peristiwa pahit yang berlaku dalam hidupnya. Mereka sama-sama menyambung pelajaran di negara sonata musim salju ini. Korea menjadi pilihan kerana dari kecil mereka menyimpan impian untuk berada di sini. 

“ Ni apasal kosong semacam ni? Pelik gak. Yang kau ajak aku datang buat apa? Buang tebiat?” soal Arina. Giliran Zalika pula tersengih. Benar N Seoul Tower Observatory hari ini kosong, tiada seorang pun pengunjung kecuali mereka berdua. 

“ Entah ek. Maybe adalah ni function kot. Sebab tu ditutup pada pengunjung luar. Aku nak ambil gambar , ada budak ukm mintak. Nak buat proposal katanya untuk minta kelulusan pihak U untuk buat lawatan ke sini” 

“ Aik, kalau ada function, macam mana kita boleh lepas masuk?” soal Arina, bertambah pelik. 

“ Eh, aku kan orang penting dekat Korea ni, kau tak tahu ke? Berani dia tak bagi aku masuk, nak kena karate dengan aku??” Zalika berseloroh. Arina hanya mencebik. Dia bergerak ke deretan padlock yang terdapat di situ. Tempat yang dikatakan romantik buat pasangan bercinta. ‘kunci cintamu di seoul tower’ . Kepercayaan masyarakat Korea yang mengatakan dengan memasang padlock di sini, dan kuncinya dibuang jauh, maka cinta mereka akan berkekalan. Huhu , tahyul-tahyul. 

“ Kau tunggu kejap boleh? Bateri aku habis lah. Aku try pinjam camera kat bawah. Kejap je” 

Arina hanya mengangguk. Dia juga malas untuk turun. Lebih selesa berada di sini menikmati keindahan dari puncak menara. 

“ Assalamualaikum” Arina berpaling. Terkejut melihat insan yang berdiri dihadapannya kini. Insan yang dirindui bertahun-tahun lamanya. 

“ Waalaikummusalam” jawab Arina perlahan. Segera sahaja dia ingin berlalu dari situ , namun Hazwan menghalang laluannya. 

“ Awak……” 

“ Awak nak apa lagi Wan. Cukuplah. Saya dah lupakan awak. Tolong jangan buat saya macam ni. Awak buat saya serba salah. Saya tak nak .. saya tak nak jumpa awak lagi. Kenapa perlu awak datang? Tolonglah pergi. Tolong….”  Arina sudah tersedu. Airmatanya mengalir laju. Memang dia bersalah kerana memutuskan pertunangan mereka dan lari ke sini. Dia sudah tahu semuanya. Semua kebenaran bahawa Hazwan sememangnya mangsa yang dianiaya. Tapi semua itu tiada ertinya lagi. Arina sendiri yang ego dengan perasaan sendiri. 

“ Jangan tipu diri awak Arina. Saya tahu dihati awak cuma ada saya. Cukuplah kita terseksa dengan perpisahan bertahun-tahun ini. Saya masih cintakan awak Arina. Cinta saya tak pernah padam. Saya sayangkan awak” 

“ Jangan Wan. Saya tak layak, tak layak untuk lelaki sebaik awak. Saya bodoh.. terlalu ikut perasaan dan menuduh awak dengan tuduhan melulu. Saya jahat Wan….” 

“ Tak awak. Saya tak pernah salahkan awak. Saya tahu awak juga tersiksa dengan perpisahan kita. Kita lupakan semuanya Arina, kita sambung semula apa yang terputus. Saya ikhlas awak. Saya tak berbohong dengan cinta dan perasaan saya” 

“ Tapi saya….. “ kata-kata Arina terhenti tatkala melihat ahli keluarga yang lain sudah berada di situ, termasuk Zalika. Mereka tersenyum dan mengangguk agar Arina menerima Hazwan kembali. Arina berperang dengan perasaannya sendiri. Antara mahu dan tidak. 

“ Nurul Arina Sayuthi, bersaksi keluarga kita , saya Hazwan Amirrudin, sekali lagi ingin melamar awak untuk menjadi suri di hati saya dan isteri yang halal buat selama-lamanya. Sudikah awak menerima saya sebagai bakal suami dan imammu?” Hazwan bersuara tenang dan mengeluarkan cincin. Cincin yang pernah dipulangkan dahulu. 

Arina perlahan mengangguk. 

“ dengan lafaz bismillah, saya Nurul Arina Sayuthi menerima lamaran Hazwan Amiruddin untuk mengambil saya sebagai isteri dan menjadikan saya yang halal buatnya, Insya Allah” 

Seiring dengan kata-kata itu, airmata gembira dan syukur menitis di pipi Hazwan. Dia tunduk mengucap syukur pada Allah. Doanya agar perhubungan kali ini dan niat baiknya untuk mendirikan masjid bersama bakal isterinya akan terlaksana dengan izin dan rahmat Allah. Begitu juga dengan Arina, menara cinta ini menjadi saksi keihkhlasan dua hati dalam mengungkap cinta. Doanya seiring melewati perjalanan hati, agar semuanya dijalani dengan barakah . 

‘ Atas restu Allah, aku mencintaimu, jadikan aku yang halal buatmu, agar kita dapat bersama meniti bahagia sepanjang jalan menuju syurga. Amin Ya Rabbal alamin’


 ok dah habis! huhu... panjang sangat ek? maaf~ 
camne .. ok tak? ni dah ikut sebijik-sebijik macam yang direquest tuan punya badan ... 
sorry if banyak kekurangan... maklum.. saye budak baru belajar... kuikui.... 
hope ley komen , kasik semangat saye up sikit. ahaks.. okbai~

 

No comments:

Post a Comment

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.