Misi Mencari cinta 2







Nylea tersenyum gembira melihat laman web yang sudah siap dibangunkan oleh Qis teman baiknya. Qis Nurraishah Roslan. Nama seunik orangnya. Qis seorang yang pintar and sangat celik IT.Hasilnya sangat memuaskan. Tidak sia-sia dia menggunakan khidmat Qis secara percuma.. hihi….

“ Amacam , ok?” soal Qis. Naylea mengangguk laju. 

“ Nylea Filza Aihara ::  cupcake house. Fuyooo…. Glemer nama aku weyh. Hahaha”  Nylea ketawa gamat melihat namanya terpampang besar di header lama web itu. Qis hanya mencebik dan mencuit pinggang temannya. Nak bangga lah tu~ 

“ Eiii, gedik minah ni tau. Ni kau jangan nak membangga sangat. From now on, kerja kau dah bertambah, berdouble-double. Kau bukan je kena uruskan kedai kau yang comel molek ni, tapi kau kena jugak ambil tempahan online, dan kelas buat cupcake every weekend. Faham?” 

Nylea tersengih dan mengangguk faham.

“ Ni kau ajar aku kalau nak ambil tempahan online ni macam mana? Aku blur sikit pasal blog, email ape semua. Harap Maklongg lah aku ni buta IT “ 

“ Deyh, taukeh! Macam mana kau ni nak jadi usahawan berjaya, guna internet pun tak geti. Cepodahh~ sini. Tengok. Order form ni, klik sini.. lepas tu nampak ni keluar link ni. Kau klik sini lepas tu pergi sini”

Nylea terangguk-angguk dan focus pada Qis. Entah faham entah tidak.

“ Kau ni dari tadi angguk je, tak tanya apa-apa pun. Faham ke tak sebenarnya ni?” 

Nylea menggaru kepalanya. Kemudian dia tersengih macam kerang busuk. Qis menjeling geram. 

“ Sabar jelah dapat kawan spesis macam ni. Langsung tak boleh pakai. Esok jelah aku ajar kau. Sekarang biar aku advertise dulu page ni. Dalam seminggu Insya Allah kau akan dapat first klient kau”

“ Wah, macam hebat je bunyi tuh. Ada feel dapat projek juta-juta jek” Nylea berseloroh. Qis  mencerlungkan mata dan membaling kusyen pada Nylea yang sudah berlari dan menghilang di sebalik dapur kedai.




Hampir 7 bulan sudah , semuanya berjalan lancar. Setiap minggu pasti ada tempahan cupcake tidak kira untuk hari lahir, pertunangan, termasuk perkahwinan. Tidak menang tangan Naylea dibuatnya. Mujur dengan rezeki yang melimpah ruah masuk, membolehkan dia untuk menggaji dua orang pekerja untuk membantunya. Cukuplah sebagai permulaan. Dia bercadang untuk menambah lagi pekerja dalam masa terdekat. 

“ Kak Lea, hari ni ada dua orang baru daftar kelas kak Lea. Seorang perempuan dan seorang lelaki” 

Nylea hanya mengangguk, dan seketika kemudian dia mengangkat kepala. 

“ Lelaki?? Daftar kelas cupcake??” 

Nylea nyata terkejut. Mizaki Esha anak melayu berdarah kacukan jepun itu ketawa melihat wajah bosnya yang bagai diserak heart attack je lagaknya. Yelah, tak pernah seumur hidup Nylea kot, ada lelaki yang datang belajar di kelasnya. 

“ Saya pun terkejut kak semalam masa dia call. Dia cakap dia nak attend kelas akak full sabtu ahad, sesi pagi and petang. And kelas hias kek pon sama. Dia nak attend” 

“ Eh, biar betul kau dik?? Scary nya. Mesti mamat awww, eii, tak kuasa mak noksss~ “ beriya-iya Nylea meniru gaya mak nyah bercakap. Mizaki ketawa kuat. 

“ Akak ni, tak baik tau. Kecik hati dia kalau dengar” 

Nylea hanya tersengih. 

“ Mak ok jerrrrr. Oklah. Akak nak pergi bank kejap. Nanti student-student semua dah sampai, suruh tunggu kejap ea. Maybe akak lambat sikit petang ni” 

“Baik bos!”  Mizaki Esha menunjuk tabik hormat dengan senyuman yang melebar.






 Nylea memandang geram semua student yang mengikuti kelasnya hari ini. Semangat bukan main. Sebelum-sebelum ni, nak tak nak je belajar. Buat asyik tak jadi je. Tapi hari ni, automatic semua berkobar-kobar, siap nak belajar kek perisa baru lagi. 

“ Ni mintak perhatian, mintak perhatian!” Nylea mengetuk Loyang, mengenjutkan semua yang ada di situ, yang sedang asyik memberi tumpuan pada pelajar ‘baru’ yang berjaya mencuri perhatian mereka 200%! 

“ Nak tanyalah kan, dekat muka encik….. siapa tadi namanya?” Nylea bertanya pada pemuda itu yang sedari tadi tidak mati senyumannya. 

“ Aqram Filhaz “ jawab pemuda itu , sopan. Naylea mengangguk. 

“ Ok. Di muka saudara Arqam tu agaknya ada tertulis resepi ye? Ada tunjuk cara-cara buat kek? Bukan main tenung macam boleh dapat resepi kan?” perli Nylea . Semua pelajarnya tersengih malu. Mujur yang datang itu semua lebih muda dari Nylea, jadi tiada masalah untuk dia menegur mereka. 

Aqram ketawa perlahan, melihat wajah masing-masing yang sudah merah dan menunduk. 

“ Ok. Pada yang dah sampai step 4 tu, biar  Mizaki sambung step seterusnya. Aqram dengan  Ida Lyanna, kita pindah meja sebelah. Saya ajar step by step. Jom” Nylea kembali memaniskan wajah. Marah tak boleh lama-lama, nanti anak murid lari. Huhu.. Arqam dan yana selaku pelajar baru menurut sahaja tanpa bantahan.






Nylea menepuk dahinya geram tatkala melihat kek yang dibuat Aqram. Ya Allah sabar jelah. Percubaan kali ke berapa puluh, dia sendiri tidak mengerti. Sudah lebih dari dua bulan dia mengajar lelaki ini, tetapi tak lulus sampai sekarang. 

“ Ni bukan kek ni, dah macam roti canai saya tengok. Awak ni ikut tak saya ajar. Kenapa kek tak naik?” soal Nylea geram. Mana tidak, pelajar yang datang kemudian pun dah habis kursus, mamat sekor ni yang tak pas lagi. 

Aqram Filhaz senyum. Ya itulah kerjanya sejak hari pertama datang ke kelas. Seyum memanjang. Naik tensyen Nylea dibuatnya. 

“ Sorry Lea. Saya pun tak tahulah. Tangan saya ni tak berseni langsung lah. Asyik fail memanjang” 

“ Nak buat  ni, biar dengan hati. Ikhlas nak belajar. Mungkin awak belajar sebab rasa’terpaksa’. That’s why lah kot kek ni merajuk, tak nak ‘menjadikan diri dia” hambek. Bermacam-macam perumpamaan dah diberi.
Aqram menggaru kepalanya yang tidak gatal. 

“ Saya dah sehabis ikhlas dah rasanya ni. Kesian lah mama saya. Kempunan nak makan cupcake anak dia buat “ Arqam bersungut. Mengenangkan mamanya hatinya diruntun rasa kesal. 

“ Mama? Kenapa dengan mama awak?” soal Nylea pelik. 

Aqram tersenyum hambar. 

“ Erm, takpelah. Panjang kalau nak cerita. Lagipun dah habis kan? Saya minta maaf sangat-sangat menyusahkan awak” 

“ Eh, its ok. …. Erm….. jap ea” Nylea bergerak ke kaunter dan menitip pesan pada Mizaki agar menjaga kedai. 

“ Awak nak ke mana-mana lagi ke lepas ni?” soal Nylea. Lelaki itu sekadar menggeleng. 

“ Ok. Kalau tak keberatan, kita ke kedai depan tu, boleh? Saya belanja minum. Sambil tu boleh awak cerita pasal mama awak. Nak tahu juga saya apa kena mengenanya dengan cupcake ni. Itupun kalau awak sudi nak bercerita” 

“ Eh, takpe ke Lea? Buang masa awak je nanti dengar cerita saya” 

“ Lah, mana ada. Saya free je ni. Jomlah, kita cerita kat sana ea” Nylea sudah mengambil beg dompetnya dan mendahului melangkah keluar dari kedai.






“ Macam tu lah Lea ceritanya. Mama dulu aktif sangat buat semua tu. Tapi sejak dah terlantar sebab cancer ni, mama dah tak mampu. Jadi, saya nak sangat belajar buat cupcake ni. Biarlah dapat saya berkongsi hobi mama , saya nak tengok mama saya ceria semula macam dulu” 

Nylea menyimpan sebak dalam hatinya. Mendengarkan cerita Aqram  menyebabkan kepiluan kembali menyengat dirinya. Arwah ibunya juga salah seorang pesakit cancer. Hampir enam tahun ibunya menderita, akhirnya ibu dijemput illahi hujung tahun lepas. 

“ Lea… awak ok ke?” agak terkejut melihat airmata yang gugur di pipi mulus itu. Mungkin cerita mengenai mama membuat dia sebak kot. Aqram membuat andaian. 

Lea tersenyum tawar , menyeka airmata yang masih gugur. 

“ Saya cuma… terkenangkan arwah ibu saya… dia.. dia pun ada cancer. Sama macam mama awak” Nylea bersuara perlahan. Aqram terdiam. Perasaan bersalah menghurung hatinya. 

“ Ya Allah. Innnalillah. Saya minta maaf Lea. Saya tak ada niat nak buat awak sedih” Aqram bersuara kesal.

“ No, its ok. Urm.. mama awak dah berapa tahun sakit?” soal Nylea , cuba menghidupkan semula suasana yang agak suram sebentar tadi. 

“ About 2 years jugak lah”  

Nylea mengangguk. Seketika kemudian suasana jadi sepi. 

“ Awak……..” hampir serentak Aqram dan Nylea bersuara. Kemudian mereka sama-sama tertawa. 

“ Ladies first…” ujar Aqram sambil tersenyum. Nylea menggeleng dan mengunjuk pada Aqram agar dia bercakap dahulu. 

“ Ok. Saya nak cakap tadi. If awak ada masa hujung minggu ni, nak ajak awak ke rumah. Jumpa mama saya. Maybe mama ceria dapat jumpa awak, sebab awak dengan mama berkongsi minat yang sama kan. Buat kek” 

Nylea ketawa kecil dan mengangguk. 

“ Saya memang nak cakap pasal tu tadi. Pandai awak. Baca hati saya ek?” Nylea berseloroh. Aqram hanya ketawa mendengarnya. 

“ Urm.. so, boleh lah ya? “ 

“ Insya Allah.. Saya free sebelah petang, dalam pukul 3 lebih macam tu. Awak bagi alamat rumah awak, nanti saya datang” 

“ Ada pulak macam tu. Biar saya jemput awaklah. Urm, pukul 4, saya ambil awak dekat kedai.Boleh?” 

“ Ok, deal” Nylea menjawab senang. Jimat minyak kete… huhuhuhu…… 

“ Ok, rasanya dah boleh beransur lah ea? Dah petang ni. Kejap saya pergi bayar” 

Nylea pantas menahan. 

“ eh, jangan-jangan. Kan saya yang nak belanja tadi. Dah biar saya bayar” 

“ Its ok Lea. Awak dah sudi dengar cerita saya tadi, biarlah saya bayar ok. Next time kalau ada rezeki, awak belanja saya pulak “ Aqram tersenyum dan bergerak ke kaunter pembayaran. Nylea menguntum senyum. Hai, macho lah pulak lelaki ni. Eh tetibe!


“ Assalamualaikum…. “ Nylea memberi salam sopan sebelum melangkah masuk ke bilik besar itu. Baru dia tahu Aqram Filhaz merupakan seorang pemilik syarikat pembinaan gergasi yang diwarisi oleh arwah ayahnya. Anak orang kaya rupanya. Patutlah pergi kelas cupcake pun pakai baju mahal. 

“ Waalaikummusalam…” seorang wanita yang sedang berbaring memandang ke pintu. Nylea melempar senyuman manis. Aqram di sisinya bergerak dahulu ke depan dan duduk di sisi katil. Pipi wanita itu dicium kiri dan kanan sebelum sebuah kucupan dihadiahkan di dahi mamanya. Nylea hanya memandang. Ada rasa cemburu. Dia dan arwah ibu dahulu pun tidak semesra itu. 

“ Mama,.. ni kawan yang abang cakap tu. Nylea nama dia. Panggil Lea je” Aqram memperkenalkan Nylea. Nylea tersenyum lagi dan mengucup hormat tangan wanita itu yang agak kurus dan tidak bermaya. Sayu hatinya melihat wajah mama Aqram yang pucat. Mengingatkan dia pada penderitaan arwah ibu. 

“ Terima kasih Lea. Sudi melawat makcik. Susah payah datang dari jauh” Puan Hayati  bersuara perlahan. Nylea mengambil tempat di birai katil. Tangan wanita itu digenggam dan dielus perlahan. 

“ Mana ada menyusahkan makcik. Lea seronok dapat datang lawat makcik hari ni. Maaflah baru berkesempatan. Kedai tu, sibuk sikit minggu lepas, banyak tempahan. Maklumlah cuti sekolah” 

“ Tak apa. Dah datang ni, syukur Alhamdulillah. Lea buka kedai kek ya? Aqram selalu cerita pasal kamu. Seronok makcik dengar” 

“ Cerita pasal saya? Awak mesti megumpat saya ni kan? Apa dia cerita makcik? Mesti yang buruk-buruk ni” ucap Nylea sambil menjeling Aqram. Puan Hayati hanya tersenyum dan menggeleng.

“ Mana ada . Dia puji selalu adalah. Asyik nama Lea je disebut hari-hari. Dia kata kek Lea buat sedap” puji Puan Hayati sambil memandang anaknya. Aqram hanya tersengih. 

“ Eishh, mana ada. Kedai kek tu, saya teruskan perniagaan ibu saya . Lepas ibu meninggal dunia, memang niat nak kembangkan pasaran. Alhamdulillah, saya belajar sikit-sikit. Tak pandai mana pun” jawab Nylea jujur. Aqram tersenyum melihat Nylea. Sejak akhir-akhir ini wajah lembut itu sangat indah dipandangan matanya. 

“ Hah, ni.. saya bawakan cupcake untuk makcik. Dear mama, get well soon! Nylea membaca tulisan yang terbentuk di atas cupcake itu dan diunjuk pada Puan Hayati. Terpancar kegembiraan di wajahnya. 

“ Terima kasih. Cantik sangat. Lea buat ya?” 

Nylea memandang Aqram sekilas kemudian dia menggeleng. Aqram berkerut kening. 


“ Taklah, Lea tolong tengok je. Kek ni anak makcik yang buat. Dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Dia sayang makcik tau. Dia nak sangat makcik cepat sihat, cepat sembuh, biar dia dapat buat kek ni sama-sama dengan mama dia. Kan awak?” soal Nylea pada Aqram yang jelas terkejut. Kemudian lelaki itu perlahan mengangguk .
Puan Haryati memeluk tubuh anaknya dan mengucup pipi Aqram penuh kasih. Hatinya benar-benar terharu.
  
“ Terima kasih abang. Mama tak sangka abang belajar buat kek ni, semata-mata nak gembirakan hati mama. Terima kasih sayang” sekali lagi pipi anaknya dikucup. Wajahnya tersenyum ceria. Aqram tertegun melihat wajah mamanya. Hilang pucat, dan kemerah-merahan. Wajah itu begitu gembira dan bahagia. 

Aqram memandang wajah Nylea yang turut sama memandangnya. Mereka berbalas senyuman. Dalam diam Aqram menghantar ucapan terima  kasih melalui suara hatinya. ‘sama-sama’ Nylea menjawab, bagai mendengar bisikan hati itu.


“ Kenapa awak tipu mama tadi?” soal Aqram sewaktu mereka sudah bergerak pulang. Nylea tersenyum. 

“ Bukan tipu, bohong sunat. Awak sendiri kan cakap, mama awak teringin nak makan cupcake awak buat. Saya tak berniat nak menipu dia, cuma saya nak tengok mama awak tersenyum. Awak sendiri kan tengok tadi, betapa happynya mama awak” 

“ Sangat betul awak. Saya berterima kasih sangat-sangat pada awak, sebab cakap cupcake tu saya yang buat. Dah lama saya tak tengok mama happy macam tu sekali. Saya terhutang budi dengan awak” 

“ Ish.. janganlah macam tu sekali. Pertolongan saya cuma sebesar hama saja. Lepas ni saya gerenti awak akan dapat buat cupcake dengan betul. Penuh keikhlasan , kasih sayang dan cinta pada mama awak. Semua tu awak kumpul menjadi satu, dan curahkan semasa awak buat kek tu. InsyaAllah, kalau kita happy buat sesuatu kerja, hasilnya juga tak akan mengecewakan, dan mungkin akan lebih baik dari yang kita jangkakan” 

Aqram tersenyum dan mengangguk. Setuju dengan kata-kata Nylea. 

“ InsyaAllah , saya akan cuba lagi. Tapi saya harap sifu saya tak akan mengalah nak mengajar anak murid dia yang satu ni” 

Nylea ketawa ceria. 

“ Sifu tak mengalah, Cuma kena bayar elaun lebih sikit lah, ye dak?” 

“ haha.. boleh-boleh. Saraan pencen seumur hidup pun boleh” Aqram berseloroh. Nylea menjeling saat diperli namun akhirnya mereka sama-sama ketawa.





“ Qis!!!! Kau kena tolong aku kali ni. Masak-masak. Gila weyh, tak nak. Aku tak rela. Aduh.. kerja gila ! “

 Qis yang sedang menghirup Nescafe tersembur dan tersedak-sedak. Nylea menjerit kecil dan meluru mendapatkan Qis. Dia menepuk perlahan bahu Qis. 

“ Eh, kau ok ke?” soal Nylea . Qis memberi jelingan maut pada Nylea. 

“ Weyh minah, aku taulah rumah aku ni kau buat macam rumah kau sendiri. Keluar masuk sesuka hati. Tapi atleast bila masuk tu kau beri salam boleh tak??? Ke kau memang nak aku bagi kau kerakyatan  warga Nepal ke ape ni??” 

Nylea tersengih dan menggaru kepala. 

“ Alooo, kau ni dengan aku pun  nak feeling lebih lah. Sentap hati mak tau! Okeh, tuan rumah duduk dekat depan, biar cek pi dapor, buat air baru naa… jangan marah… ala ucuk-ucuk “ Nylea mencuit dagu Qis sebelum hilang disebalik dapur.



“ Dah tu, maksud kau. Mama dia suruh kau kahwin dengan si Aqram tu?”  Nylea mengangguk laju. Sampai basah-basah airmata dia bercerita. Tapi Qis hanya beriak selamba. Dia setuju sebenarnya.. huhu.. 

“ Ala kahwin jelah, apa susah? Kau dengan dia sama-sama tak ada calon, and dah TUA , layak sangat kahwin” sengaja menekan perkataan tua itu. ANDARTU.. hahaha… yelah dah 26 tahun, si Aqram tahun depan 30, ok sangat dah tu!

“ Hello, sapa tua?? Aku dah matang untuk jadi isteri. Hah, tu ayat yang sopan sikit. Eish.. nak kawin dengan dia? Dahlah aku kenal dengan dia baru nak dua bulan kau tahu tak? Entah ade perangai pelik-pelik ke, terlebih hormon, mana aku nak tau??” 

“ Hamboi, kalau kau dah kenal lama dengan dia, boleh tau ke dia terlebih hormon ke tak? Mengarutlah kau ni. Ala standardlah sekarang. Orang bercinta lepas kawen. Kau tak bace ek novel-novel melayu tu? Best ape kawin paksa ni. Nanti mesti romentik-romentik”  Qis mula tersengih-sengih saat membayangkan kembali novel melayu kini yang banyak berkisar hal kawin paksa.  Hehe.. so sweet~ 

“ Alahhhh, cerita melayu tu propa je lebih. Lalang semua tu. Mana ade kawin paksa yang bahagia. Aku berani kerat jari lah!” 

“ Eiii,, mulut kauuu.. tak sayang mulut! Aku cili sat gi baru tau.. kau jangan nak kerat-kerat, kang termakan kata-kata sendiri, nak jugak aku potong buat sup .. hahaha “ 

“ Dah, cukup! Sekarang fikir macam mana aku nak lari ni? Aku tak nak weyh!” 

“ Dah tak nak , cakap je tak nak. Apa yang susah sangat? Dari kau jadi gila fikir pasal ni, baik kau jujur je. Jumpa mama Aqram cakap kau tak nak” 

Nylea bertukar muram. Mengingatkan wajah Puan Hayati, dadanya dihurung sebak. Wanita itu sangat berharap untuk melihat dia dan Aqram disatukan sebelum matanya tertutup.

“ Aku… tak sampai hati lah…. 

“ Dah pulak….” Qis mengeluh bosan. Faham dengan sikap Nylea yang mudah simpati pada orang. Naseb kau lah Lea~  . Melihatkan wajah Nylea yang kembali bergenang dengan airmata, Qis bertindak memeluk sahabatnya. Bahu Nylea diusap perlahan. 

“ Kau sendiri tahu kan.. hajat ibu aku.. nak tengok aku naik pelamin.. tapi.. aku tak sempat tunaikan permintaan dia… aku takut…. Mama Aqram nanti…. “ 

“ Syhhh… tak baik kau cakap macam tu. Ajal maut semua ditangan tuhan” 

Nylea memandang wajah Qis sayu. Dia buntu ingin mencari jawapan. Apakah perlu dia mengikut kehendak wanita itu sebelum ajal menjemputnya?






Nylea  Filza Aihara duduk termenung di kaunter kedainya. Kedai sudah lama tutup, hari juga sudah jauh malam. Dia tiada tempat untuk dituju. Mahu ke rumah Qis, nanti apa pula kata temannya itu. Baru dua malam berkahwin, sudah lari rumah. Rumah dia sendiri sudah disewakan pada orang lain, kerana ibu mertuanya mahu dia tinggal bersama dirumah besar mereka.Nylea mengesat airmatanya yang jadi teman setia sedari tadi.

“ Apa erti pengorbanan kau ni Lea? Semuanya sia-sia. Apa kau nak buat lepas ni? Minta cerai? Arghh, kusut!”  Nylea bermonolog sendiri. 

Dia benar-benar terasa bodoh mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aqram. Usai sahaja sesi pembatalan air sembahyang semalam, mama Aqram pergi dijemput Ilahi. Nylea hanya mampu melihat senyuman di bibir mama sesaat sahaja sebelum wanita itu rebah. Bagai tidak percaya apa yang terjadi. 

“ Nak jaga hati mama, tak sampai hati. Sekarang, hati siapa yang merana? Mama dah tiada, dank au? Terjerat dalam perkahwinan atas dasar simpati ini. Ah, bodohnya kau Lea!”  Nylea terus-terusan berbicara sendirian tanpa sedar ada mata yang memerhati tingkah lakunya sejak dari tadi. 

Aqram bersandar diluar kedai. Dinding yang agak tersorok membolehkan dia melihat Nylea dengan jelas tanpa disedari isterinya itu. Aqram mengeluh. Rambutnya dikuak perlahan. Simpati dengan isteri yang baru dua hari dinikahi itu. Lea berkorban untuk berkahwin dengannya bagi membahagiakan mama. Namun, semuanya jadi sia-sia bila mama pergi untuk selamanya. 

Hampir satu jam menunggu di luar, Aqram melangkah masuk ke kedai menggunakan kunci pendua yang diberikan oleh Mizaki Esha, pembantu Nylea. Perlahan dia mendapatkan isterinya yang sudah lena di sofa kedai. Dia berteleku di sebelah Nylea. 

“ Abang minta maaf , sayang. Salah abang…pengorbanan sayang sia-sia..”






Nylea menggigit bibirnya geram. Sudahlah dia turutkan permintaan Aqram untuk pulang ke rumah, sekarang terpaksa masak untuk kawan-kawan dia pulak. Ingat aku ni apa? MAID dia? Eiii,, sabarnyaaa!!

“ Nak sangat bini masak kan. Kita tengok nanti, siapa kenakan siapa. Pandai nak menyusahkan aku, masaklah, apalah.. jemput kawan buat housewarminglah. Dah bagus sangat lah tu? Siap, siap! Ni Nylealah. Aku kalau dah marah, bunuh orang pun aku sanggup tau!” Nylea terus-terusan membebel sambil menyiapkan juadah ‘istimewa’ buat tetamu tidak diundang mereka. 

Satu jam di dapur, Nylea naik ke bilik. Tak berminat hendak turun sama ke bawah. Usai mandi dan solat, Nylea merebahkan diri di atas katil. Sekejap sahaja dia sudah tertidur. 

“ Lea… bangun sayang…”  Nylea bersungut saat ada yang menganggu tidurnya. Dia menolak dan menarik selimut menutupi wajahnya. Aqram ketawa kecil. Comel benar isterinya itu ketika tidur. Dia menarik selimut dan menanggalkan earphone di telinga isterinya. Sudah masak dengan tebiat Nylea yang satu itu. Isterinya tidak boleh tidur tanpa ada muzik yang mendodoinya. 

“ Lea… abang tahu sayang penat. Tapi sekejap je. Turun lah. Nanti apa pulak cakap kawan abang dekat bawah tu….” 

Nylea bangun memandang tajam suaminya. Ikutkan hati mahu sahaja lelaki itu disepak biar tersungkur jatuh dari katil ini. Bingit mengalahkan stereo. Tanpa bicara Nylea bangkit dan mencuci muka sekadar perlu. Kemudian dia terus menyarung tudung. Baju tidak ditukar. Hanya tsihrt merah hati lengan panjang dan kain batik. Biarlah orang nak kata bini ahli perniagaan yang ternama, tak ubah seperti pembantu rumah. Dia tidak peduli! 

“ Sham, Fizi. Mari jemput sini makan. Isteri aku masak dah ni” Aqram menggamit temannya ke dapur. Sham dan Fizi tersenyum dan bergerak ke meja makan. Selera mereka datang tatkala melihat lauk yang terhidang. Sesekali mencari-cari isteri sahabatnya itu, namun tidak kelihatan. 

“ Wife kau tak makan sekali ?” soal Sham. Namun belum sempat Aqram menjawab, Nylea sudah menyertai mereka dengan seyuman melebar. Berlakonlah, apa lagi. 

“ Jemputlah makan, penat saya masak. Jangan segan-segan” Nylea memaniskan bicara. Dia mencedok lauk ‘istimewa’ buat suaminya. Aqram tersenyum mesra tanpa dapat menghidu apa-apa. Usai membaca doa, masing-masing menjamu selera. 

“ Uhuk uhuk!” Aqram tersedak saat menyuap nasi. Wajahnya bertukar merah dan tekaknya terasa perit. Segera dia mengambil air dan habis segelas diteguknya. Wajah Nylea dipandang bagai tidak percaya. Aqram memejam mata menahan kepedasan yang menyengat. Ni bukan asam pedas power ni , ni tumpah lada namanya! 

“ Fizi ! “ Aqram menegah saat sahabatnya itu mahu mencedok kuah asam pedas maut itu. Terkejut Fizi dibuatnya.

“ Yang lain kau boleh makan, yang ni special untuk aku sorang. Wife aku masak untuk aku je, kan sayang”  ucap Aqram sambil mengusap perlahan tangan Nylea. Nylea hanya menjeling sekilas dan tersenyum sinis. 

“ ah, kau, jemput kiteorang boleh pilih-pilih pulak. Apa lah” perli Fizi sambil ketawa. Dia tidak jadi menyenduk asam pedas, sebaliknya mengambil ayam masak merah. Nylea memandang suaminya yang sedang mengawal pedas. Huh, padan muka! 



Nylea keluar dari bilik saat mendengar bunyi bising di luar. Terkejut dia melihat seseorang yang sedang menggeledah almari dihadapan biliknya. 

“ Woi! Kau buat apa hah? Mencuri ea???” Nylea berteriak kuat. Namun saat lampu terpasang, dia terkejut. Aqram rupanya. 

“ Abang ganggu Lea tidur ke? Sory, abang cari minyak ni, tak jumpa” Aqram bersuara dengan dahi yang berkerut-kerut. Wajah itu turut dibasahi peluh dan agak pucat. 

“ Minyak apa?” 

“ Minyak nak sapu perut ni, sakit” 

Nylea jadi serba salah. Pasti penangan asam pedas berapinya tadi. 

“ Awak pergi masuk biliklah. Saya carikan. Nanti saya bagi” ujar Nylea. Aqram hanya menurut dan menghilang disebalik pintu bilik. 

Nylea menapak masuk ke bilik Aqram dengan sebotol minyak ditangan. Luluh pula hatinya saat melihat suaminya itu yang sedang menahan kesakitan. 

“ Awak ok ke ni?” soal Nylea sambil menghulurkan minyak kepada Aqram. Lelaki itu hanya tersenyum hambar dan mengangguk. 

“ Sinilah , saya buatkan” Nylea mengambil botol minyak dan dituang ke tapak tangan. Perlahan dia mengurut perut suaminya. Rasa debar pun ada. Ini kali pertama dia bersentuhan dengan lelaki itu atas kerelaan dia sendiri. 

“ Tak pelah. Lea pergi tidur dah malam ni. Abang sakit sikit je” Aqram menolak saat Nylea masih mahu mengurut perutnya. Nylea hanya diam dan meneruskan kerjanya. 

“ Kenapa awak habiskan jugak lauk tu? Saja nak bunuh diri ke ape?” soal Nylea. Terkejut jugak dia tadi saat Aqram membedal asam pedas maut itu sampai licin. Macam mana tekak dia telan pun  tak tahulah. Nylea nak rasa dengan hujung jari pun dah tak sanggup, bukan pedas biasa, silap-silap boleh keluar api dari mulut.

“ Isteri abang masak, mestilah abang makan. Abang hargai isteri abang dah penat , bertukus lumus masak untuk meraikan tetamu. Nak tolong abang tak pandai, jadi cara tu jelah abang nak gembirakan hati isteri abang sorang ni” ucap Aqram sambil menguntum senyum. Pipi Nylea dicuit perlahan. 

“ Happy apa kalau sakit macam ni. Saya tak fahamlah dengan awak ni. Dah macam –macam cara saya buat biar awak sakit hati, marah dekat saya. Tapi awak ni, semua benda senyum je memanjang. Awak ni tak ada perasaan ke?” 

Aqram ketawa kecil. Kelakar melihat wajah isterinya yang berkerut-kerut seakan marah. 

“ Dalam rumahtangga kena give and take, sayang. Kalau dua-dua kepala angin, macam mana nak bahagia dalam rumahtangga. Abang tahu sayang sengaja buat semua ni, supaya abang lepaskan sayang. But, abang minta maaf. I will never let you go. Sincerely, memang dari mula kita kenal abang dah simpan hasrat untuk ambil sayang jadi isteri abang” 

Nylea mengeluh buat kesekian kalinya. Ya, dia tahu itu. Dah banyak kali suaminya membuat pengakuan. Pengakuan bahawa Aqram mencintai dirinya. Tapi Nylea? 

“ Tak akan ada bahagia jika cinta itu hanya dari sebelah pihak awak. Saya dah katakan, saya tak mampu nak jadi isteri yang baik.  Let me go and find your love. Ramai lagi perempuan lain yang gilakan awak” 

“ Abang tak akan beralah , untuk meraih cinta sayang. Beri abang peluang, ok? “ 

Nylea mengeluh lagi. Sudah letih berbicara soal hati dan perasaan dengan suaminya ini. Dia tidak akan menang. 

“ Awak tidurlah. Rehat. Kalau sakit tak hilang, esok kita pergi klinik” Nylea sudah mahu bangun namun tangannya pantas diraih Aqram dan digenggam kejab. 

“ Sayang teman abang malam ni , boleh? Abang janji tak buat apa-apa. Please, malam ni je” pinta Aqram seakan merayu. Nylea menarik muka. Ni pantang ni orang buat muka kesian. Punah2! Aku dahlah cepat cair. 

“ erm.. yelah. Saya teman awak. Tapi promise jangan buat apa-apa. Kalau tak saya tak maafkan awak sampai bila-bila” 

Aqram tersenyum gembira. Dia mengangkat tangan tanda berjanji. Bantal peluk diletakkan dan ditengah-tengah . 

“ sini, baring sebelah abang” Aqram menepuk ruang kosong disebelahnya. Nylea hanya mencebik dan baring di sisi Aqram. Selimut ditarik menyelubungi separuh badan. 

Saat bilik sudah bergelap, Aqram bersuara. 

“ Sayang…. Dah tidur ke?” Diam tiada jawapan. Aqram mendekatkan wajanya pada Nylea.
“ Awak nak apa ni??” Nylea tiba-tiba membuka mata. Aqram sedikit terkejut , kemudian dia tersenyum. 

“ Ingat dah tidur tadi. Sayang boleh tidur ke? Kan tak ada lagu?” soal Aqram saat melihat tiada earphone di telinga isterinya. Nylea hanya diam. Memanglah, mana boleh nak tidur! Tapi nak buat macam mana, handphonenya rosak, dan mp3 miliknya kehabisan bateri kerana sudah digunakan petang tadi” 

“ suka hati sayalah, nak tidur ke apa. Sibuklah awak ni. Tidur jelah” rungut Nylea. 

“ Mana boleh, kesian isteri abang ni. Tapi dalam iphone abang tak ada lagu sayang selalu dengar tu. Abang download kejap ea” Aqram mahu bangkit, namun Nylea menegah. 

“ Awak ni, tak payah. Saya ok je. Nanti ngantuk saya tidur jelah. Awak tak sihat buat cara tak sihat. Dahlah tidur je” Nylea menarik selimut dan menyelimuti tubuh Aqram. Aqram sudah tersenyum. 

“ Abang nyanyi ea? Tapi suara abang tak sedap macam penyanyi tu” 

“ Tak nak lah….” Nylea jadi malu. Dia nak nyanyi? Eh tak yah nak sweet sangatlah kannnn….

“ Sayang pejam lah mata, abang nyanyi” Nylea sudah tidak mampu menolak saat Aqram sudah menarik selimut untuknya. Sebelah tangannya digenggam Aqram dan sebentar sahaja dia sudah terbuai ke alam mimpi saat mendengar suara Aqram yang mendodoinya.




Qis Nurraishah memandang Nylea yang sedang bersiap dengan rasa marah. Biar betul kawannya itu senekad ini. 

“ Lea, kau sedar tak apa kau buat ni? “ 

“ Yes, Qis. Aku sedar. Berapa kali aku nak cakap?” ujar Nylea bosan sambil melilit pashmina di kepalanya. Setelah selesai, dia kembali membelek, membetulkan bahagian yang tampak tidak kemas. 

“ Kau tak patut buat macam ni, aku tak setuju. Zack tu entah ada niat jahat ke , apa. Kau jangan percaya sangat lah kawan-kawan internet ni . Lagi satu, kau nak keluar ni , kau tak beritahu suami kau kan? Dosa Lea keluar rumah tanpa izin suami, pergi jumpa lelaki lain pulak tu”  

Nylea berdiri dihadapan Qis dan memegang bahu temannya kejab. 

“ Listen, aku tau apa aku buat. Dan, aku buat ni semua adalah untuk masa depan aku jugak.Ini je cara yang aku nampak untuk buat Aqram lepaskan aku. Lagipun aku keluar dengan Zack sekadar makan je. Aku ambik dua tiga keping gambar dengan dia, itu je. Biar Aqram anggap aku isteri yang curang, aku sanggup Qis, asalkan dia lepaskan aku” Nylea sudah nekad. Dia akan buat seperti yang dirancang. 

“ Apa kurangnya Aqram Lea? Dia dah cuba jadi terbaik buat kau. Kau sendiri cakap dia tak pernah marah, naik tangan jauh sekali. Apalagi yang kau nak?” 

“ Sebab sifat dia tu yang buat aku semakin tak faham dengan perkahwinan aku Qis. Dia berlagak seolah malaikat sedangkan aku terus-terusan menjadi isteri yang derhaka . Aku dah tak sanggup Qis. Apa guna bertahan dalam rumahtangga ni, kalau setiap hari tercatat berpuluh dosa dibahu aku kerana melayan suami dengan buruk dan menidakkan haknya. Aku dah penat Qis” 

“ Tapi semua tu kau boleh bincang baik-baik dengan suami kau Lea, bukan dengan cara macam ni. Aku takut akan makan kau je nanti” 

“ Its ok Qis. Aku tahu nak jaga diri aku. Jangan risau ok. Aku pergi dulu, assalamualaikum” 




“ Hai, Nylea Filza Aihara?” satu suara menyapa Nylea yang sedang termanggu-manggu dihadapan pintu sebuah cafĂ©. Nylea tersenyum dan mengangguk. 

“ Cantik secantik namanya. Saya Zack. Jom, saya dah reserved meja untuk kita” ucap Zack. Nylea menurut dan mengambil tempat. Dia cuba untuk memaniskan wajah dan menghilang kan debar. Entah kenapa saat ini dia baru berasa takut. Berjanji temu dengan seseorang yang tidak dikenali. 

“ Urm, so. Saya nak panggil apa ya?” 

“ Lea. Just call me Lea” 

“ Owh, ok. Lea kerja ke study lagi?” 

“ Kerja dah. Ada kedai kek sendiri” 

“ Ouh , really. I’m impressed. Tak sangka gadis secantik awak ni usahawan yang berjaya” 

“ Hehe,. Takdelah. Saya masih baru nak bertatih. Awak pulak , kerja apa?” 

“ Adalah, kerja biasa-biasa. Eh,minumlah. Kita ni berborak je, dah sejuk makanan ni”
Nylea ketawa kecil dan mengangguk. 



Nylea memegang kepalanya yang terasa sakit. Tubunya terasa sakit bagai dihempap sesuatu. Dia sukar untuk bernafas. Perlahan Nylea membuka mata dan terkejut melihat Zack yang berada di atas badannya. 

“ Zack, apa kau buat ni? Lepaskan aku! Lepaskan aku!” Nylea menjerit sekuat yang boleh namun hampir tidak kedengaran kerana kepalanya masih berpinar dan terasa khayal. 

“ Shitt!! Cepat pulak kau bangun. Diamlah! Kau nak semua orang dengar ke kita dalam bilik ni.Diam!” Zack menekup mulut Nylea dan cuba melepaskan hajat yang tidak tertunai sebentar tadi. Nylea terus-terusan meronta saat tubuhnya sudah mula digomol Zack. Namun rontaannya lemah saat satu tamparan kuat hinggap di pipinya. Nylea sudah tidak mampu melawan. 

“ Celaka kau! Setan! Lepaskan isteri aku! Dasar binatang kau!” entah bila Aqram menyerbu masuk bilik itu, Zack dan Nylea masing-masing tidak sedar. Satu tumbukan padu diberikan pada Zack hingga lelaki itu tersungkur di sudut bilik. Zack dibelasah separuh mati sebelum diserahkan pada polis yang datang beberapa minit kemudian. 

Aqram menerpa mendapatkan Nylea yang terbaring lesu. Kepala Nylea dipangku. Darah pekat di tepi bibir isterinya dikesat perlahan. 

“ Sayang, bangun sayang…. Jangan buat abang takut.. please.. bukak mata..” Aqram menampar perlahan pipi Nylea. 

“ Awak…… “ Nylea membuka mata dan menyeru suaminya perlahan. Ada airmata yang mengalir di pipinya. Airmata penyesalan. Arqam mengucap syukur dalam hati. Tubuh isterinya didakap erat dan dahi Nylea dikucup penuh kasih. Dia tidak akan dapat memaafkan dirinya andai sesuatu terjadi pad isterinya tadi.




Nylea termenung sendirian di dalam kamarnya. Peristiwa hitam itu sudah hampir seminggu berlalu, namun Nylea masih tidak dapat melupakannya. Dia mengutuk dirinya sendiri kerana terlalu bodoh dan mempercayai lelaki durjana itu. Saat  terkenangkan Aqram, hatinya diruntun sayu. Andai sahaja, Aqram tidak menyelamatkannya malam itu, pasti Nylea tidak terlepas menjadi mangsa kekejaman Zack. 

“ Sayang…..” Aqram menghampiri Nylea yang sedang memeluk lutut dibirai katil. Wajah itu masih basah dengan airmata. Sama seperti hari hari sebelumnya. Airmata itu tidak pernah hilang. Aqram mengeluh dan turut sama duduk di sebelah isterinya. Kepala Nylea diusap perlahan. 

“ Kenapa sayang abang ni. Marah pada abang lagi ke?” soal Aqram. Nylea mengangkat wajah dan menggeleng. 

“ Habis tu, sayang sakit?”  sekali lagi Nylea menggeleng. Hanya tangisan yang berlagu. Aqram mengeluh dan menarik Nylea ke dalam dakapannya. Bahu Nylea di usap perlahan. 

“ Saya minta maaf…. “ Nylea bersuara begitu perlahan. 

“ Sayang tak salah. Abang tak pernah marah sayang. Salah abang, tak jadi suami yang baik. Abang cuma pentingkan diri sendiri” 

Nylea mengangkat wajahnya dan meleraikan pelukan. Mata suaminya ditatap dalam. 

“ Saya isteri derhaka. Saya curang dengan awak. Saya jahat… saya dah dapat balasannya… saya minta maaf… saya…..” 

Aqram meletakkan jari dibibir Nylea, tidak mahu isterinya meneruskan kata-kata lagi. Butir bicara yang penuh sayu itu menjentik tangkai hatinya. Tidak sanggup melihat isterinya terus bersedih. 

“ Kita sama-sama salah sayang . Abang terlalu ingin mengejar cinta sayang, tapi abang tak pernah fikirkan hati dan perasaan sayang. Abang minta maaf ya. Mulai hari ni, kita sama-sama cuba, mula dari awal. Boleh?” 

Nylea perlahan mengangguk. Tangan suaminya dipegang dan dikucup lembut. Dadanya kembali dihurung sebak. Sepanjang perkahwinannya, baru hari ini dia merasa rugi tidak menjalankan rutin itu. Ada satu perasaan halus yang menerpa ruang hatinya. 

“ Terima kasih sayang “ bisik Aqram perlahan dan kembali menarik Nylea dalam dakapannya. Seketika mereka begitu. 

“ Tidurlah jom. Dah malam ni. Sayang tak sihat lagi  kan,” Aqram sudah meregangkan pelukan. Nylea tersenyum dan mengangguk. Dia bangun memanjat katil, namun saat melihat Aqram yang ingin berlalu, Nylea segera menggamit tangan suaminya. 

“ Ab..abang….tidurlah sini” bisik Nylea perlahan, malu. Aqram tersenyum, dan duduk di atas katil menghadap Nylea.

“ Apa dia sayang, abang tak dengar?” 

Nylea mengetap bibir. Pipinya merah. Siut lah laki aku ni. Buat-buat pekak pulak. 

“ Tak de apelah!” 

Aqram   ketawa kecil dan mencuit pipi Nylea. 

“ Comel isteri abang ni merajuk. Thank dah ubah panggilan ‘abang’ . Urm, betul ke nak abang tidur sini?”

Nylea hanya mencebik. Tak nak sudah! Dia menarik selimut dan ingin baring. Namun Aqram menahan. 

“ abang tanya ni sayang, betul nak abang tidur sini?” 

“ Suka abanglah. Nak tidur mana-mana pun. Tak kesah. Malas nak layan” suara Nylea berbaur rajuk. Aqram ketawa lagi. Alahai apalah nasib dapat bini kuat merajuk macam ni. Nasib comel. 

“ Sayang, kata nak tidur dengan abang. Kenapa baring jauh tu. Sinilah” Aqram menarik Nylea agar baring dilengannya. Nylea mengeraskan badan. Tidak endah panggilan Aqram. 

“ Alahai isteri abang ni. Merajuk mengalahkan budak kecik tau. Sinilah sayang. Kesian abang tak ada sapa nak peluk. Sinilah… “  

Nylea tidak tahan tatkala pinggangnya dicuit berkali-kali. Geli lah abang! Eiii. Akhirnya dia terpaksa beralah dan meletakkan kepala di lengan Aqram . Aqram tersenyum dan memeluk erat tubuh isterinya. 

“ Takmau pakai earphone ni. Start dari hari ni, biar abang je nyanyi untuk sayang. Suara abang lagi macho tau “ ujar Aqram dan menarik earphone ditelinga Nylea. Isterinya itu hanya mencebik namun tidak melarang. Matanya dipejam dan membiarkan suara suaminya menjadi halwa telinga buatnya untuk lena. 


Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu






Nylea ketawa besar melihat surprise yang disediakan oleh suaminya. Terharu ada, kelakar dan sweet pun ada. Melihatkan susunan cupcake yang membentuk hati dan nama mereka berdua di atas meja. Nylea mengira dalam hati. 50 biji semuanya. 

“ Abang buat ke ni? Sejak bila dah pandai buat cupcake?” soal Nylea, masih tidak percaya. Aqram tersenyum dan memeluk tubuh isterinya erat. Pipi Nylea dikucup mesra. 

“ Abang memang dah pro buat, lama dah. Cuma abang pura-pura tak pandai, nak jumpa sayang hari-hari punya pasal. Sanggup biar diri tak lulus ujian buat cupcake masa dekat kelas sayang dulu” 

Nylea mencerlung matanya. Kuang asam jawa! Patutlah pelik benar, cupcake punyalah senang, step satu pun tak lepas lepas. Ada agenda lain rupanya. 

“ Abang ni, mengada tau. Nakal”  Nylea menjeling manja suaminya . Pipi Aqram dicuit perlahan. Aqram hanya tersengih. 

“ Kalau abang tak buat macam tu, tak adalah mama depan papa sekarang, kan baby kan” ucap Aqram sambil mengusap perut Nylea yang semakin membesar. Nylea hanya mencebik, namun seketika kemudian dia menguntum senyum. 

“ Thanks abang, buat semua ni” 

“ Welcome, happy first anniversary sayang. I love you so much” ciuman kasih didaratkan di dahi Naylea. Naylea membalas dengan mengucup pipi suaminya. Mereka tersenyum bahagia. Berharap kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhirnya. 


No comments:

Post a Comment

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.