Jujur Aku Cinta




" bisikku pada Tuhan,
Kembalikanlah temanku, 
Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku,
sepi memelukku

Jangan biar siang, biar alam kelam..
biar sepi sepertiku... "




Selendang biru kundang dua tone ditarik kemas, terletak di atas kepala. Sebelah tangan mengambil pin berbetuk reben kecil dan disemat penuh cermat di tepi selendang. Bibir mengukir senyum dengan penataan rias terakhir. Kemas, selesa dan yang pentingnya, comel! 

              " Najah, dah siap ke? Kita dah lambat ni!" 

            Sahutan suara dari tingkat bawah mengejutkan tuan empunya badan. Amira Najah menarik nafas perlahan. Sekali lagi wajahnya dipandang di hadapan cermin. Dadanya dihurung debar yang menggila. Dada diusap perlahan. Mata dipejam seketika. Setelah kembali tenang, dia bangkit dari meja solek. Kotak bewarna emas ditepi meja solek dicapai. Berteman senyuman yang masih meniti di bibir, Najah melangkah turun ke bawah dengan hati tenang. 





            " Assalamualaikum!!" 

           Najah terjungkit bahu. Dek kerana terkejut dengan sapaan yang entah dari siapa. Tubuhnya dipalingkan ke belakang. Wajah along yang tersengih kerang busuk menjamah matanya. Pantas dia bangkit, dan bahu abangnya itu dipukul geram. 

             " Hah, buat lagi! Kalau adik ada sakit jantung, dah lama blackout tau!" 

          Along tersengih lagi. Tangannya dibawa ke atas kepala Najah dan ditepuk lembut. 

          " 5 years and you still the same lah adik. Garang!" 

          Najah sekadar mencebik.Kak Najwa menyimpul senyum dan menggeleng. Faham dengan sifat tunangnya yang suka menyakat itu. Azri Farhan, lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya, itupun melalui Najah. Nak tunggu Azri yang mulakan, jangan haraplah.

         " Ok dah. Jom, mesti dah penat berejam-jam dalam flight kan? Sekarang kita balik rumah dulu, rehat and buat apa yang patut," Along bersuara. 

    Najah sekadar angkat bahu. Baru tangannya mahu mencapai bagasi, ada tangan yang mencapainya terlebih dahulu. Najah kerut dahi. Pahal lak mamat ni? Sedari tadi sebenarnya dia sudah memerhatikan pemuda yang datang bersama along itu. Tengok muka tak ada muka melayu. 

      " Hey...my bag," Najah bersuara. Dia tidak memerlukan tenaga lelaki itu untuk membawa bagasinya itu. Lebih tepat lagi, dia tidak suka barang miliknya disentuh sesuka hati. 

        " Its ok. I'll help you," pemuda itu bersuara. Najah menghela nafas. Dia berjalan ke hadapan memotong jalan pemuda itu, menghalangnya dari terus melangkah.Bagasi dari tangan pemuda tersebut ditarik kasar. 

        " Thanks, but NO THANKS!" Yes. Fullstop. Big NO untuk pemuda itu. Biar faham dan tau rasa. Pemuda itu angkat kening, dan sekaligus angkat tangan, gaya menyerah diri sahaja. Najah sekadar tunjuk muka jerk, dan berjalan mendahuluinya. 

      " Whoahh...," komen ringkas yang terbit dari bibirnya. Azri dan Najwa tertawa kecil dibelakang. Bahu sahabatnya ditepuk oleh Azri. Dia menguntum senyum. 

            " She is... really ...something...," ucapnya. Azri ketawa, dia mengangguk setuju. 

         " dia SINGA , tapi dekat dalam...kapas" Azri membalas , tangannya diletakkan didada, merujuk kepada hati milik Najah. Sahabatnya tersenyum, mengangguk faham. Matanya ditala pada si 'singa' yang sudah jauh ke hadapan.  






Najah menghela nafas. Penat! Seharian berjalan mengelilingi bandar Moscow. Bukan ke mana pun, sekadar berjalan di sekitar Red square. Najah menebarkan pandangan ke arah cathedral yang menjadi kemegahan dan melambangkan identiti kota Moscow.

                   " Tak nak bergambar ke?"

              Sapaan suara itu begitu menganggu. Hah, ni satu lagi langau yang membuatkan dia penat, letih, geram dan menyampah!

                " Tak suka," Najah menjawab ringkas. Dia baru tahu yang mamat ni memang Malaysia truly asia. Takde campur darah mana-mana. Tapi apahal muka dia ada chinese look?

                " Ruginya, datang jauh-jauh tak nak bergambar. Sekeping pon ok ape. Buat kenangan,"

              Najah sekadar menjeling. Malas mahu menjawab. Along ni pun satu. Kot ye pun nak dating ajaklah adik ni hah. Ada ke patut adik kena jalan berdua dengan mamat tak semengah ni? blerghhh~

              " awak duduk diam-diam je dekat situ boleh tak? Pening kepala saya dengar awak membebel,"

Dia angkat kening. Kemudian tertawa kecil.

            " awak ni, semedang nak marah je. Saya tanya sikit pun tak boleh? Oklah, awak rehatlah. Saya nak pergi sana kejap. Nanti dah puas berehat, awak panggil saya, ok?"

        " Hrmm...," Najah menjawab ringkas. Headphone yang terletak di atas kepala ditarik. Menjamah halwa telinga dengan Capital E adunan Bittersweet.



            Najah mengerling jam di tangannya. Sudah sejam rupanya dia melangut di sini. Dia berdiri, dan pandangan ditebarkan ke sekeliling. Namun bayangan lelaki itu tiada. Najah mengetap hujung bibir. Aduh, manalah dia ni? Tadi dia suruh cari dia dekat mana?

              Kaki diatur perlahan. Namun langkah Najah terhenti. Matanya kaku pada sekumpulan manusia yang sedang berjalan ke arahnya. Najah memegang dadanya yang terasa sakit. Kaki sudah menggigil. Kaki yang semakin terasa lemah untuk berdiri membuatkan Najah jatuh terduduk ditengah orang ramai. Desahan nafasnya sudah tidak teratur. Airmata sudah merembes keluar.

            " Aw...awak... aww...awak dd dekatt mm ma mana...," bergetar suara Najah saat menghubungi lelaki itu. Dadanya semakin sakit akibat menahan tangis.Seluruh tubuh sudah menggigil, dan bila-bila masa sahaja dia akan rebah. Telefon sudah jatuh di atas jalan. Mata Najah semakin berbalam. Along... tolong adik...along...

              " Najah! Awak, kenapa ni? Najah!"

            Najah seakan tersedar saat bahunya digoncang kuat. Najah membuka matanya yang dipejam rapat sebentar tadi. Saat wajah itu hadir di benak matanya. Najah menarik tubuh itu dalam dakapan.

          " Adik takut along... adik takut," esakannya kedengaran. Sayu. Lelaki yang berada dalam dakapannya itu kaku. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Seketika, dia membiarkan Najah yang tenggelam dalam tangisan.




        " Panic disorder. Dari dia darjah 6,"

       Khadari mengusap rambutnya yang sudah kusut. Rasa serba salah dalam dirinya sangat menebal. Sungguh, dia menyesal kerana meninggalkan Najah sendirian. Jika dia tahu seteruk ini kesannya, pasti dia tidak menguji Najah siang tadi. Niatnya hanya mahu bergurau. Sungguh, bukan niat dia.

         " Aku minta maaf bro. Aku cuma...," Tergantung. Tidak tahu apa yang harus diucapkan. Azri sekadar tersenyum hambar. Bahu Khadari ditepuk perlahan.

         " Jom , borak dekat luar. Biar dia rehat," ucap Azri. Khadari mengangguk. Matanya dilorotkan pada Najah yang sedang tidur, sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu dengan keluhan hampa.

         " Boleh aku tahu kenapa dia jadi macam tu? Kau kata tadi sejak darjah 6 kan, bukan sejak lahir?" soal Khadari saat mereka melepak di luar rumah. Azri menghela nafas berat.

         " Kau tahu parents aku dah tak ada kan?"

       Khadari mengangguk.

         " Sebenarnya parents aku meninggal kena bunuh. Masa tu aku dekat asrama penuh. Najah saksikan mak dengan ayah aku kena bunuh dengan perompak, depan mata dia sendiri. Sejak tu, dia jadi takut ditinggalkan sorang-sorang. Lepas peristiwa tu, aku tak duduk asrama dah. Kemana-mana dia nak pergi, aku kena teman. Kalau tak, jadi macam tadi tulah,"

         " Astagfirullahaladzim.Aku mintak maaf bro, aku tak tahu. Aku ingatkan masa kau pesan tu , kau main-main je," ucap Khadari kesal. Memang Azri ada berpesan padanya agar memantau Najah, jangan biarkan dia keseorangan. Ah, bodohnya aku!

       Azri menepuk bahu Khadari lagi, tanda dia tidak marah.

         " Dori...," Azri bersuara.Khadari mengangkat kening tanda dia mendengar.

        " Aku dah beritahu Najwa...pasal aku," ucap Azri. Wajahnya ditundukkan.

        Khadari memandang wajah sahabatnya itu.

        " Dia macam mana?"

       Azri senyum hambar.

        "Perit bro... perit sangat bila tengok dia menangis," Azri bersuara perlahan. Dia tunduk menahan sebak. Khadari memeluk bahu Azri , ditepuk perlahan.

         " Insya Allah, semuanya akan baik. Allah itu adil, Allah tak kejam,"

     Azri menarik nafas perlahan. Wajah Khadari dipandang.

        " Aku boleh percayakan kau kan, Dori?"





                 " Is it funny , along?" Suara Najah melengking. Airmatanya sudah lama merembes keluar sudah tidak mampu diseka lagi. Najwa dan Dori sekadar diam dihujung katil. Tiada niat mahu masuk campur.

                " Adik...," Azri menenangkan Najah. Tubuh adiknya itu cuba ditarik dalam dakapan, namun Najah meronta minta dilepaskan. Dada Azri dipukul semahunya.

              " Along jahat! Adik benci along! Benci!"

           " Adik, jangan macam ni....," Azri juga sudah basah dengan airmata. Dia sudah redha. Membiarkan sahaja Najah memukulnya. Biar adiknya itu puas. Pukulan Najah semakin lama semakin lemah, dan dia melorot, layu dalam pelukan Azri. Esakannya semakin kuat,sayu.

          " Adik benci along... along janji nak jaga adik...along jahat...," Najah merintih dalam esakan dan dakapan Azri. Azri mengeratkan pelukan. Dia juga sudah tenggelam dalam tangisan. Ubun-ubun Najah dikucup penuh kasih. Tidak dapat dibayangkan jika dia benar-benar ditakdirkan untuk pergi dulu.





                " Dah 3 tahun dia jalani kimoterapi. Tapi kebelakangan ni terlalu banyak pendarahan yang berlaku. Mungkin badan dia dah tak kuat nak terima semua proses ni lagi," ucap Khadari. Najah sekadar diam. Airmatanya sudah lama kering,namun dia masih begitu. Diam tidak bercakap sejak tiga hari lalu. Semalam Azri dimasukkan ke unit rawatan rapi. Keadaannya benar-benar kritikal.

              " Kita doakan yang terbaik untuk dia, Najah," ucap Khadari lagi. Risau pula dia melihat Najah yang bagaikan patung tidak bernyawa. Disuruh makan tidak mahu,hanya diam dan menangis.

             " Adik jenis apa saya ni, awak? Along menderita selama 3 tahun, tapi saya langsung tak tahu. Along banyak berkorban untuk saya, tapi saya...," Najah membuka mulut, dengan airmata yang kembali membasahi pipinya.

               Khadari menghela nafas. Dia mengambil tempat disebelah Najah.

              " Awak jangan cakap macam tu. Azri rahsiakan semua ni sebab dia sayangkan awak. Dia tak nak awak sedih. Awak segala-galanya buat dia , Najah,"

           Najah tunduk. Bagaimana mungkin dia tidak sedih mendapat khabar bahawa Azri menderita kanser tahap akhir, dan harapan untuk dia hidup begitu tipis.

         " Saya tak ada sesiapa dekat dunia ni. Saya cuma ada along. Saya tak boleh hidup tanpa along,"

          Nafas dihela lagi. Sukar mahu memujuk Najah.

          " Awak tak boleh putus harap macam ni. Kita sama-sama doakan Azri. Doktor hanya buat prediction atas apa yang mereka tahu. Tapi ajal maut ditangan Allah. Awak masih ada Allah. Bergantung harap pada dia, Najah,"

          Najah mengangkat wajahnya. airmata yang gugur diseka perlahan. Khadari menguntum senyum, dan mengangguk.

          " Awak ada Allah. Awak ada saya,"






            Najah menolak pintu bilik Azri yang sunyi. 3 tahun. Dah 3 tahun along pergi. Pergi dengan senyuman dan kasih seorang abang. Najah menguntum senyum hambar. Bilik Azri masih dikemas, setiap hari. Supaya dia ingat, along tak tinggalkan dia. Along masih ada dalam hati.

          " Along menang," Along bersuara pada malam sehari sebelum dia dijemput Ilahi. Najah yang baring disebelahnya, angkat kepala. Kening bercantum, tidak mengerti.

         " Menang apa?" soal Najah.

       " Yelah, along dapat jumpa mak dengan ayah dulu. Adik lambat lagi," ucap Azri tenang. Najah diam. Wajahnya berubah sayu. Dia baring dalam pelukan Azri.

         " Janji dengan along ea. Adik boleh jaga diri bila along dah tak ada,"

        Najah diam. Tiada respon. Namun airmatanya sudah bergenang. Azri mengusap kepala Najah perlahan.

         " Adik ada Allah," Najah menjawab tenang.

        " Najah...,"

         Seruan itu mengejutkan Najah dari lamunan. Hilang bayangan along. Airmata yang merembes dipipi diseka perlahan. Entah bila dia baring di katil milik Azri, dia tidak sedar. Najah menalakan pandangan ke arah pintu. Senyuman diukir pada kak Najwa.

         " Bila akak balik?" soal Najah. Najwa sekadar menguntum senyum dan melabuhkan duduk di atas katil. Selendang yang membaluti kepala ditanggalkan.

        " Baru je sampai. Akak cari Najah tadi tak ada. Dekat sini rupanya,"

        Najah menguntum senyum. Wajah kak Najwa dipandang. Nafas dihela perlahan.

        " Kak, semalam Najah berbual dengan makcik. Akak tolak pinangan orang lagi ea?"

        Najwa menjungkit bahu, senyuman diukir lagi.

        " Sampai bila kak? Along dah tak ada. Akak berhak cari bahagia akak sendiri,"

        Najwa menarik tangan Najah dalam gengamannya.

       " Ini kebahagiaan akak, dik. Susah nak cari pengganti arwah. Hati akak belum terbuka untuk orang lain,"

       Najah memandang kak Najwa. Memang, sejak pemergian along, tiada kesedihan diraut wajah kakaknya itu.  Seolah-olah dia bahagia. Tapi, Najah tahu. Jauh disudut hati kak Najwa, ada kedukaan yang tersimpan.

        " Kalau satu hari ada lelaki yang berjaya buka hati akak, jangan ragu-ragu nak terima ya? Along sendiri dah redhakan akak untuk orang lain kan? Akak jangan simpan rasa bersalah pada arwah along ,ya? Najah nak tengok akak bahagia,"

         Najwa mengangguk perlahan. Najah ditarik dalam dakapan, erat penuh kasih.





          Najah menghela nafas perlahan. Kalendar dicapai. Seminggu sahaja lagi sebelum lelaki itu pulang. Seminggu juga tempoh masa yang tinggal untuk dia membuat keputusan. Seminggu out of 3 years, huh? Najah tersenyum dan menggeleng kepala.

           " Semua orang sedih dengan pemergian arwah, Najah. Tapi tak elok kita meratap macam ni,Allah tak suka,"

          Najah diam. Airmatanya masih gugur. Dia berteleku di sisi katil arwah Azri. Baju milik along dibawa erat ke dada. Dikucup lama.

         " Awak cuma kehilangan sahabat . Awak tak rasa apa yang saya rasa," ucap Najah.

         " Apa bezanya? Kita sama-sama merasa kehilangan,"

    Najah diam. Tidak mahu berdebat. Khadari menghela nafas perlahan. Dia tunduk dan meletakkan kotak baldu merah di atas katil. Wajah Najah dipandang.

        " Saya membawa amanat yang besar dari arwah. Saya tak minta jawapannya sekarang. Esok saya akan fly balik ke Moscow. Tolong janji dengan saya, awak boleh jaga diri, ya?"

    " Awak bukan sesiapa ... awak tak layak ambil berat tentang saya," ucap Najah, tanpa memandang lelaki itu. Khadari menghela nafas lagi. Payah mahu melembutkan hati Najah untuknya. dia berpaling memandang Najwa. Wanita itu mengangguk. Khadari menapak keluar dari bilik itu , memberi ruang pada Najwa untuk memujuk Najah.

        Setelah pasti Kadhari sudah keluar dari bilik itu, Najah menghamburkan tangisan semahunya. Tidak mengerti mengapa arwah along meninggalkan amanat ini padanya. Dia buntu. Kepalanya dilabuhkan dalam dakapan Najwa.

       " Wasiat atau amanat dari arwah yang melibatkan kepentingan orang lain memang tidak wajib diturut. tapi Najah, akak percaya along buat semua ni sebab dia sayangkan adik. Dori tu baik, dik. Kalau dia tak ikhlas, masakan dia bersama dengan Najah uruskan semuanya, dan teman Najah dekat sini. Dia sanggup extend satu sem , nak pastikan Najah pulih dari merasa kehilangan arwah along? Dia dah banyak berkorban, dik,"

         Najah diam dalam tangisan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Buntu.

          Dentuman guruh dilangit mengejutkan Najah dari khayalan. Dia beristigfar perlahan. Kalendar yang berada ditangannya diletakkan kembali di atas meja. Matanya melirik ke arah jam dinding. Segera dia bangkit menuju ke kamar mandi. Niatnya mahu mengerjakan solat sunat tahajud.




              " Ya,ya. Dah siap dah ni. Sorry, tudung tadi buat hal. Tu tukar selendang ni. Ok tak kak?" soal Najah. Kak Najwa sekadar tersenyum dan mengangguk. Selendang biru kundang tu setahunya kiriman orang dari Moscow sebelum ramadhan hari tu. Seakan dapat menghidu sesuatu, Najwa melebarkan senyuman.

               " Dah akak ni kenapa tersenyum-senyum dari tadi. Jomlah, tadi kata dah lambat!" ucap Najah sambil menyarung kasut. Najwa sekadar ketawa dan menarik anak kunci dibelakang pintu rumah.

              " Yelah, dia pulak yang tak sabar. Jom,"

             " Kak, mana ni? tak ada pun. Bukan sepatutnya dah sampai ke?" soal Najah sewaktu mereka tiba dilapangan terbang. Mata ditebarkan disekeliling platform ketibaan antarabangsa, namun orang yang dicari tidak ketemu.

           Najwa mengangkat bahu " flight delay kot"

          Najah kerut dahi.

         " Tak kanlah kak, tengok board tu. Kan dah tulis arrived tu," Najah menjawab yakin. Najwa sekadar angkat bahu. Matanya diliarkan ke sekeliling.

          " Najah tunggu sini sekejap, boleh? Akak nak pergi tandas kejap,"

         Najah sekadar mengangguk.

        " Jangan lama sangat tau, Najah tunggu dekat sini je,"




             Najah mengusap dadanya yang dihurung debar. Cuba menahan agar tidak terlalu gemuruh. Tiga tahun ini dia sudah mempraktikkan untuk menghalang dirinya daripada panik. Dia sudah mampu untuk berseorangan. Namun kadangkala, berada ditempat yang sesak begini, rasa itu kembali menghurung dirinya.

         " Lamanya akak ni," ucap Najah perlahan. Kaki dan tangannya sudah menggeletar. Namun masih mampu dikawal. Bibirnya beristigfar perlahan. Lama kelamaan Najah kembali tenang. Dada sudah tidak berdebar dan tubuh sudah tidak menggigil.

         " Assalamualaikum," sapaan suara menarik Najah untuk mengangkat muka. Najah kaget. Ah sudah, ni debar lain pulak yang datang. Najah menundukkan muka. Tangannya memegang dada yang terasa sakit.

         " Waa...waalaikum.. waalaikummusalam," Najah menjawab,perlahan. Khadari melabuhkan punggung di sisi Najah. Dia memandang Najah yang menduduk.

          " Awak ok ke ni? Awak datang sorang je ke?" soal Khadari, khuatir. Bimbang jika penyakit Najah kembali lagi. Najah mengangguk kemudian menggeleng.

           " Saya ok... ok... tak.. saya dengan kak Najwa. Dia pergi tandas,"

         Khadari mengangguk dan menguntum senyum.

          " Awak malu nak jumpa saya ea?" soal Khadari, sekadar menguji. Sedari tadi lagi dia sudah memerhati Najah dari jauh. Hampir tidak percaya melihat gadis itu yang sudah bertudung litup. Bukan sekadar bertudung, tetapi bertudung labuh, dan berjubah. Manis, sangat manis.

         " Eh mana ada. Jangan nak perasan," Najah sudah menegakkan badannya. Namun matanya masih tidak berani memandang Khadari. Khadari ketawa kecil.

          " Garang awak masih tak hilang kan? Malu-malu pun still garang," ucap Khadari. Najah sekadar mencebik. Seketika sunyi menghambat mereka. Najah mengetap bibir perlahan. Dia membuka beg tangan miliknya, dan mengeluarkan kotak kecil yang dibawa bersama, diserahkan pada Khadari.

           Lelaki itu menyambutnya tenang.

         " Boleh buka ke ni?" soal Khadari. Najah sekadar mengangguk kecil.

          Dengan lafaz bismillah, hadiah kecil itu dibuka. Khadari terpana. Di dalamnya terdapat kotak baldu merah pemberiannya dahulu, dan sekeping kad. Khadari mengeluh perlahan. Penantiannya selama 3 tahun ini berakhir dan terjawab. Dia tersenyum hampa. Apalagi yang hendak diharapkan apabila Najah sudah memulangkan semula cincin padanya.

        " Eh?" Khadari terpana lagi. Kosong? Kotak baldu merah itu kosong. Wajah Najah dipandang bagaikan tidak percaya. Najah sekadar tersengih dan melarikan wajah ke arah lain. Malu. Khadari menguntum senyum lebar. Kad yang diletakkan bersama bekas cincin itu, dibuka.


Bila ditanya hati ini, adakah cinta ada buatnya? Jawapannya belum. Cinta, bukan mudah. Nak membinanya payah. Tapi saya percaya. Cinta Allah itu benar. Dan cinta yang dikirimkan Allah juga benar. Cincin ini saya terima sebagai tanda cinta saya pada Allah, pada along... dan Insya Allah untuk bakal suami saya. Muhammad Khadari bin Arshad. Amin. 

             Khadari menarik nafas lega. Senyuman semakin melebar. Dia mengangguk. Wajah Najah dipandang dan bibirnya mengucap terima kasih.

          " Kenapa sampai 3 tahun?" soal Khadari. 3 tahun. Bukan tempoh yang sekejap. Dia bersabar menanti jawapan dari Najah. Jawapan yang dia sendiri tidak tahu pengakhirannya.

          " Untuk saya cari diri saya," jawab Najah tenang. Kening Khadari bercantum. Najah senyum.

           " Bukan mudah awak. Saya mencari kembali diri saya setelah apa yang berlaku. Kehilangan along sangat berat untuk saya terima. Tapi Allah tu tak pernah jauh. Mungkin Allah rindukan rintihan saya, Allah uji saya sebegini berat" ucap Najah. Airmata yang bergenang diseka perlahan.

          " Pemergian along banyak mengubah hidup saya. Saya belajar erti redha. Saya belajar terima kehilangan. Dulu saya tak boleh terima bila mak ayah saya pergi, kemudian along. Saya rasa Allah tak adil pada saya"

           Khadari mengangguk faham.

            " Tapi Allah tu sangat adil. Pemergian along, mak dan ayah dibayar dengan penghijrahan diri saya yang tiada terhingga kemanisannya. Hidayah Allah itu tersangat manis, awak"

           Khadari mengangguk lagi. Setuju.

            " Saya minta maaf atas kata-kata saya pada awak dulu. Saya takut awak. Takut nak terima lelaki sebaik awak untuk hidup bersama saya. Saya rasa diri saya ni tak layak,"

             " Sekarang?" soal Khadari. Najah senyum.

           " Saya tak kata saya baik, dan saya tak kata saya dah sempurna. Tapi 3 tahun dah cukup saya buat awak menunggu. Kesabaran awak itu membuka hati saya untuk mencuba. Insya Allah, saya perlukan bimbingan awak juga,"

         Khadari ketawa kecil. Dia mengangguk.

           " Saya juga bukan sempurna, awak. Tapi kita cuba, ya?"






            " Abang, apa bau hangit ni?"

           Najah muncul di tirai yang memisahkan antara ruang tamu dan dapur. Kepalanya menggeleng melihat kuali yang berasap. Khadari dah macam nak pergi berperang je gayanya. Dengan sudip di tangan kanan dan penutup periuk di tangan kiri.

             " Err, ayang. Abang rasa fail jugaklah hari ni,"ucap Khadari sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak buat ikan goreng, tapi dah jadi ikan garing. Hangit dan hangus.

            Najah menjengah ke dalam kuali. Tawanya terhambur keluar. Hidung suaminya dicuit manja. Dah dua hari Khadari cuba memasak untuk juadah berbuka. Tapi gagal. Semalam nasi goreng hangit, hari ni goreng ikan pun sama, fail.

            " Sori sayang,"

         Najah ketawa lagi.

          " Tu lah, ayang nak tolong abang tak bagi. Dah, kita masak sama-sama ek?"

             Khadari senyum . "Ok boss!"

            " aduh duh duh," Najah mengerang perlahan sewaktu membalikkan ikan dikuali. Khadari yang sedang memotong sayur segera bangkit.

           " Kenapa sayang? Sakit dekat mana?" soal Khadari risau. Najah sekadar ketawa kecil. Dia menggeleng perlahan.

            " Tak ada apa lah. anak abang ni. Nak tolong ibu masak jugak,dok berperang dalam perut nih,"

            " Ha,kan. abang dah cakap sayang tak boleh diri lama-lama. Kan baby dah marah. Sayang pergi duduk, biar abang goreng ikan ni. Kali ni abang janji, tak hangus dah,"

              Najah ketawa.
 
           " Boleh caya ke ni?" soalnya ragu-ragu. Suaminya tersengih.

           " alah, boleh je. Tadi saje je tak nak tunjuk skill abang memasak,"

         Najah mencebik. Namun dia tetap juga beredar, memberi ruang untuk Khadari menunjukkan 'skill' memasaknya.





                Khadari tersenyum puas. Hidangan pertama yang berjaya dimasak. Ikan goreng, sambal tumis dan sayur campur. Najah ketawa melihat reaksi bangga yang terbit diwajah suaminya itu. Namun hatinya jadi terharu. Beriya iya Khadari memasak, semata-mata tidak mahu Najah penat. almaklum, kandungannya dah melewati 8 bulan.

             " Assalamualaikum,"

       " Waalaikummusalam," Najah dan Khadari menjawab serentak. Pintu rumah dibuka, menyambut kak Najwa yang tersenyum ceria. Adib,anak angkat Najwa yang sudah menjangkau usia 5 tahun berpimpin tangan dengan uminya masuk ke rumah. Kesetiaan kak Najwa pada arwah along tiada siapa yang dapat menandinginya. Hingga kini dia hidup seorang, mencurah bakti dan kasih hanya pada Adib.

            " Wah, makin montel lah Adib ni!Makan apa ni?"

           " Makan nasi lah uncle. Ape lah," jawab Adib petah.Mereka sama-sama ketawa mendengar jawapan dari mulut comel itu. Khadari mendokong Adib dan mereka sama-sama bergerak ke meja makan.

          " Kak Najwa jangan tak percaya, semua ni abang Dori yang masak tau," ucap Najah, memuji suaminya. Najwa jengil mata, tidak percaya. Khadari sekadar tersengih dan mengangguk.

           " Wah untung badanlah Najah.Dapat Dori rajin ke dapur,"

          " Itu pun nasib baik tak terbakar dapur kak, asyik hangit je," Najah membuka rahsia. Khadari jengil pada Najah. Pipi isterinya dicuit geram. Jatuh saham depan Najwa.

             Najwa tersenyum senang. Suka melihat pasangan bahagia itu. Dia tahu pilihan arwah Azri untuk adiknya tidak salah. Awak, Najah bahagia sekarang. Saya pun bahagia, awak...


           

      

No comments:

Post a Comment

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.