Hari ini Aisyah
menangis lagi. Bukan kerana bersedih, tetapi dek kerana rasa gembira yang
bertandang dilubuk hati. Si kembar datang berlari mendapatkan Aisyah yang
tersedu disudut ruang tamu. Tangan kecil Zaliqh dan Bakish menyapu airmata yang
gugur di kiri dan kanan pipi milik uminya.
“Umi, kenapa
menangis? Umi sakit di mana?” Zaliqh, si abang menyoal.
Ibu muda itu menggarit
senyum lebar. Pantas menggeleng, dan mengusap kepala putera dan puterinya.
Kemudian, airmata yang masih bersisa, di seka perlahan.
“ Umi tak sakit,
sayang. Umi ada berita gembira. Nak tahu?” Aisyah menyoal.
Si kembar mengangguk
laju dan menunjuk riak teruja.
“ Abi akan
pulang dua minggu dari sekarang. Abi akan pulang!” Aisyah bersuara teruja.
Si
kecil juga begitu. Melompat kegirangan dan memeluk tubuh uminya erat. Ibu itu
mengerti akan kerinduan mereka pada si ayah. Kerinduan menggunung pada ayah
yang berjuang di medan perang.
“ Bakish mahu
menuntut hadiah dari abi. Soalnya, abi selalu mungkir janji.Katanya mahu
pulang sebulan yang lalu. Eh, malah ngak
jadi. Benci deh sama abi” Bakish menarik muka masam.
Aisyah mengeluh
kecil. Tidak senang dengan cara anak bongsunya meluahkan perasaannya sebegitu.
Belum sempat dia membuka mulut, Zaliqh terlebih dahulu bersuara.
“ Bakish! Kenapa
sih bilang begitu. Kita kan tahu abi ke sana buat menolong saudara kita. Untung
aja kita bisa tenang hidup di sini, sama umi dan abi. Tanpa mereka, kita ngak
mungkin bisa terus-terusan hidup dengan tenang dan aman seperti hari ini, dik!”
Bakish terdiam.
Kesal dengan kata-katanya mungkin. Bibir diketap menahan tangis. Saat mengesan airmata
yang mula bergenang, Aisyah menarik Bakish dalam dakapannya.
“ Kakak tidak
marah, cuma menegur. Terimanya dengan hati yang terbuka, dik” Zaliqh bersuara
lagi.
Bakish sekadar mengangguk. Dia memeluk leher Aisyah erat dan segera
meminta maaf. Aisyah sekadar tersenyum dan mengusap kepala Bakish , memujuknya.
“ Aduh, Zaliqh
sakit kepala ni umi, melihat kaum hawa. Kenapa perlu menangis setiap masa dan
waktu. Gembira menangis, takut menangis. Aduh-aduh” Zaliqh bersuara sambil
memegang kepalanya. Aisyah dan Bakish sama-sama ketawa melihat perlakuan Zaliqh.
17 TAHUN
KEMUDIAN
“ Dah balik anak
umi?”
Aisyah lekas menyeka airmata yang menyinggah ditubir mata. Malu jika anak
terunanya melihat. Mujur hanya Zaliqh pulang sendirian. Jika tidak pasti
empangan airmatanya pecah menyambut Bakish yang manja dan mudah menangis itu.
“ Assalamualaikum.
Umi sihat?” Zaliqh meniti anak tangga dan menghulur tangan. Tangan uminya
dikucup hormat sebelum menarik Puan Aisyah dalam dakapan. Segala rindu yang tertanggung
dilepaskan. Pipi uminya dikucup berkali-kali.
Aisyah sekadar
mengangguk dan mengusap kepala Zaliqh perlahan.
“ Jom masuk, umi
panaskan lauk , ya?”
Zaliqh ukir
senyum. Dia menggeleng.
“ Umi masuk
dululah. Liqh nak duduk luar sekejap”
Aisyah sekadar
mengangguk dan menapak masuk ke dalam rumah.Zaliqh menghantar uminya dengan
pandangan mata, sebelum bangkit dan melabuhkan punggung di dewah berhadapan
dengan permatang. Nafas ditarik menikmati udara kampung yang segar.
“Abi....” tidak semena bibir Zaliqh menyeru arwah abinya.
Seakan semalam semua itu terjadi. Dalam tidak sedar, sudah hampir 17 tahun abi
meninggalkan keluarganya. Peristiwa kehilangan abi kembali terlakar diminda.
“YA ALLAH!”
“ Umi! Umi kenapa, umi! Abi dimana umi?!”
Bakish dan
Zaliqh memeluk erat umi mereka yang rebah berteman airmata pilu. Puan Aisyah
tidak menjawab sebaliknya berterus-terusan beristigfar bersama airmata yang
tidak henti mengalir.
“ Umi.....” Zaliqh menggenggam tangan uminya.
Aisyah
membalas genggaman tangan Zaliqh.
“ Abimu.... abimu syahid,nak....” perlahan Aisyah
menuturkannya.
Zaliqh diam, begitu juga Bakish. Mereka mengerti apa itu syahid.
Bererti abi tidak akan pulang, sebaliknya menunggu mereka dipintu syurga, sama dengan arwah ayah dan ibu kandung mereka.
“ Zaliqh!”
Tersentak dia
dari lamunan. Senyuman digaritkan buat uminya yang menggeleng kepala
dihadapannya.
“ Termenung apa
anak umi ni?”
Zaliqh sekadar
menggeleng.
Dia menolak sedikit tangan Aisyah, dan merebahkan kepala diribaan
ibunya. Begitulah dia dari kecil dahulu. Ribaan ibu menjadi kegemarannya. Waktu
mula-mula diambil menjadi anak angkat keluarga Umi Aisyah dan Abi Firdaus,
dirinya masih diselubung ketakutan dan kesedihan ekoran kehilangan keluarga
yang lain. Setiap malam, dia akan tidur diribaan Umi Aisyah, agar rasa tenang
dan dilindungi.
“ Liqh rindu
pada abi, umi” Zaliqh bersuara perlahan.
Aisyah hanya mendengarnya tenang.
Kepala puteranya itu diusap penuh kasih.
“ umi juga,
rindu dengan abi.Setiap hari, setiap detik” Aisyah menjawab.
Zaliqh senyum
tawar. Tangan ibunya yang mengusap rambut digenggam dan dikucup lembut.
Izinkan umi menangis, malam ini saja. Umi janji, ini
yang terakhir
Kata-kata umi pada
malam ketiga abi meninggalkan mereka sekeluarga kembali terngiang. Ya, umi
mengotakan janji. Selepas malam itu, umi menjadi wanita yang paling tabah dalam
membesarkan mereka dua beradik. Setiap keringat dan lelah umi menjadi saksi
pengorbanan besar wanita itu , sehingga Zaliqh dan Bakish meniti puncak menara
gading.
“ Andai saja abi
masih ada, pasti umi tidak perlu sekeras ini berkerja, mencari rezeki untuk kami.Kan
, umi?”
Aisyah
menggeleng. Kepala anaknya diusap lagi.
“Tidak. Jangan
menyalahkan takdir. Aturan Allah itu pastinya yang terbaik buat kita. Umi tidak
pernah merungut, apatahlagi merasa terbeban dengan anugerah yang Allah kirimkan
buat umi. Kalian permata yang berharga , yang paling umi sayang dan cinta”
Zaliqh mengukir
senyum. Benar, semua kata-kata yang lahir dari mulut umi , tidak pernah
menyakitkan. Semua bicaranya lembut menusuk jiwa. Umi adalah wanita yang pandai
menjaga hati dan lembut tuturnya.
“ Umi Liqh
memang kuat. Wanita paling tabah, teguh iman, dan penyayang. Liqh sangat yakin,
belum ada wanita yang lebih baik dari umi. You are the best mom in the world!”
Aisyah mencuit
hidung Zaliqh.
“ Kamu salah.
Zaman terdahulu juga sudah ada wanita yang lebih baik dari umi. Isteri nabi,
anak-anak nabi, para pejuang Islam dan wanita-wanita yang jihad di jalan Allah.
Semuanya yang terbaik”
“ Tetap aja, umi
yang terbaik dalam hati Liqh” Zaliqh mengukir senyum dan lantas memeluk erat
tubuh Aisyah. Terasa batang tubuh tua itu semakin kurus dan tidak berisi. Tanpa
sedar airmata Zaliqh bergenang. Letihkah umi? Penatkah umi membesarkan kami?
“ Eh, anak umi
menangis?” soal Aisyah saat terasa bahunya basah.
Zaliqh ketawa kecil dan
menyeka airmata. Mata Aisyah dipandang lama.
“ Dulu, bila umi
menangis, Liqh tak faham. Kenapa mesti airmata jadi peneman dalam segala hal?
Kenapa mesti wanita begitu lemah dan menangis tanpa alasan?”
Terhenti
seketika. Airmata Zaliqh gugur lagi.
“ Tapi semakin
menginjak usia dewasa, Liqh mulai faham. Wanita seperti umi adalah wanita yang
paling kuat, bukannya lemah. Umi ada bahu yang kuat menopang beban dunia, tapi
sebaliknya menjadi bahu yang lembut untuk tempat Liqh melentok manja.Umi punyai
kesabaran jiwa yang tinggi, mengasuh dan menjaga keperluan kami walaupun umi
sendiri letih , penat. Tapi umi lakukan semua itu tanpa keluh dan kesah”
Aisyah
tersenyum. Airmatanya turut gugur mendengar kata-kata Zaliqh.
“ Airmata umi,
bukan sekadar teman, tapi satu luahan perasaan, yang selamanya mungkin sukar
untuk dimengertikan. Tapi Liqh faham, segala perasaan umi, sedih, marah,
kecewa, gembira, mengalir dalam satu rasa, pergi bersama airmata yang gugur.
Sebab tu....” Zaliqh terhenti lagi.
Dia kembali memeluk tubuh Aisyah erat.
“ Liqh janji,
Liqh akan pastikan airmata yang gugur hanyalah airmata kegembiraan, bukan lagi
kesedihan.Redhakan Liqh menjadi anak yang akan membahagiakan umi, suatu hari
nanti. Insya Allah”
Aisyah
mengangguk laju, dan pantas mengucup dahi dan pipi anaknya. Benar-benar terharu
dengan kata-kata Zaliqh.
‘Umi mendoakan kamu, nak. InsyaAllah, kamu akan
memimpin umi bertemu abi disyurga nanti’