Jam
ditangan di lirik. Ada masa satu jam lagi sebelum bas tiba. Mata
diliarkan pada deretan kedai di seberang jalan. Mata tertacap pada
sebuah kedai roti dan kek. Bibir menguntum senyum. Beg kerja disandang
ke bahu dan perlahan langkah diatur menuju ke kedai tersebut.
" Hai ,selamat datang,"
Bibir mengukir senyum dan mengangguk. tubuhnya dibawa ke susunan
kek yang pelbagai jenis dan warna. Hatinya mencongak perlahan. Setelah
beberapa ketika, wajah jurujual yang menyapanya sebentar tadi dipandang.
" Saya nak kek ni ya,"
Jurujual itu mengangguk. Kek tersebut dibawa ke kaunter bayaran.
" Nak tulis apa-apa tak di atas kek ni, cik?"
Kepalanya mengangguk. Jurujual itu melempar senyum. Sehelai kertas nota kecil dihulur bersama sebatang pen.
" Tapi boleh tunggu 10 minit ya cik? Pekerja kami sedang solat,"
"Oh...," tangan melirik jam. Sempat ke?
Setelah mencongak waktu untuk berjalan ke tempat menunggu bas semula, kepala dianggukkan.
" Ok saya tunggu,"
" Ok, cik duduk dulu ya," ucap jurujual tersebut setelah pen dan kertas bertukar tangan.
Nafas dihembus perlahan. Masa terasa lambat berlalu. Baru lima
minit dia menanti, punggungnya sudah terasa panas. Dentingan loceng
dipintu menandakan ada pelanggan yang masuk, menarik perhatiannya.
Wajahya dipalingkan ke arah pintu. Seorang lelaki bersama seorang
kanak-kanak. Comel! Eh, si anak tu comel, bukan si bapak!
" Hai, selamat datang," Jurujual tadi bersuara seperti menyambut dirinya sebentar tadi.
" Hai , erm dekat sini ada jual chocholate indulgence tak?"
" Oh ada,tapi...,"
Kening diangkat.Bukan niat mahu mencuri dengar, tapi, Kek tu?
" Tapi?" lelaki itu menyoal kembali.
" Tapi kek tu dah habis encik. Baru je tadi dah ada pelanggan yang tempah"
" Oh, yeke. Urm, tak ada rezeki sayalah," ucap lelaki itu,
hampa. Namun bibirnya masih melempar senyuman tanda terima kasih.
" Papa...,"
Lelaki itu tunduk. Menghadap si kecil dihadapannya.
" Papa... nak alik...," si kecil bersuara sambil menggosok
matanya. Lelaki itu mengeluh perlahan. Bahu anak kecil itu diusap.
" Jangan macam ni sayang. Kita cari kek mama dulu, lepas tu papa janji. Kita balik, ok?"
Si kecil mencebik. Kepalanya digelengkan. Kakinya dihentak perlahan.
" Nak alikkk....," dia terus merengek. Semakin lama semakin kuat dan airmata sudah mulai bergenang ditubir matanya.
" Syhh... ala janganlah nangis. Papa bukan
marahlah...syhhh...," anak kecil itu cuba dipujuk dan dibawa dalam
dakapan.
"ermmm.. ehem...,"
Lelaki itu berhenti memujuk. Wajahnya diangkat , memandang gerangan yang bersuara.
" Adik...," dia bersuara. Dia bertinggung, duduk sama tinggi
dengan si kecil itu.Tangan comel itu disentuh perlahan.
" Nama siapa?"
" Aikal...," anak kecil itu menjawab dengan wajah masam. Airmata jelas kelihatan dipipinya.
" Kakak ada gula-gula. Nak tak?" soalnya.
Anak kecil itu mengangguk, namun masih takut-takut. Sebelah
tangannya memegang lutut ayahnya kejab. Iman mengukir senyum dibibir.
Genggaman tangannya dibuka, dan lolipop dihulurkan kepada anak kecil
itu.
" Nah, ambillah...," ucapnya. Anak kecil itu hanya memandang
gula-gula itu. Kemudian wajah ayahnya dipandang, seakan meminta izin.
Lelaki itu mengangguk.
" Hah, macam ni baru comel. Tak mo nangis lagi, ok?"
Haikal mengangguk, kemudian senyum menayangkan baris
giginya yang memutih. Iman tersenyum senang. Pipi anak kecil itu dicuit
perlahan.
" Thanks. Dia penat agaknya dari pagi tadi belum tidur
lagi," ucap lelaki yang sedari tadi menjadi pemerhati. Iman sekadar
tersenyum, sama-sama bangkit saat lelaki itu bangkit. Dia memang alah
dengan budak kecil. Pantang jumpa, mesti jatuh cinta dengan kecomelan
mereka.
" Takpe, biasalah budak-budak kan, " ucap Iman.
" Err, dik. Kek akak tadi dah buat ke?" soal Iman pada
jurujual yang sedari tadi tersenyum melihat mereka. Dia menggeleng.
Gelengan itu melegakan hati Iman.
" Ok, macam ni. Akak tukar kek lainlah. Urm... akak ambil kek bluberry cheese. Kek tadi adik bagi dekat encik ni,"
" eh, cik. Jangan... tak apa, terima kasih banyak-banyak.
Saya boleh pergi cari dekat kedai lain," lelaki itu menolak. Iman
mengukir senyum dan menggeleng.
" Tak apa encik. saya ikhlas. Lagipun kesian Haikal ni.
Kedai lain belum tentu ada kek chocolate indulgence tu. Haikal dah penat
berjalan dah tu, kan sayang?" ucap Iman. Rambut Haikal yang berada
dalam dokongan papanya diusap perlahan. Anak kecil itu tersenyum manja
dan melentokkan kepala malu.
" Ya Allah jangan cik. Cik dah menunggu dari tadi. Takpa, takpa,"
" Sedih hati saya kalau encik menolak ni. Saya dah ikhlas
nak membantu," Iman berbahasa. Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak
gatal.
" Kek mama...," Haikal tiba-tiba bersuara. Jari comelnya
menunjuk pada kek coklat yang berada di atas kaunter. Iman tersenyum dan
angkat bahu. Lelaki itu turut sama tersenyum, dan kemudian mengangguk.
" Ok, saya ambil. Tapi sebagai tanda terima kasih saya,
kek awak biar saya bayarkan , ya?" ucap lelaki itu. Tangannya sudah
diselok ke dalam poket dan mengeluarkan dua keping not 50. Iman pantas
menggeleng.
" Eh, jangan encik! Saya ikhlas, betul. Saya tak harapkan apa-apa balasan pun. Betul ni,"
" Tapi...,"
" Tapi takpe. Hari ni hari encik. Nanti-nanti Insya
Allah dengan pertolongan saya yang sekecil ni, mungkin Allah sediakan
sesuatu yang baik buat saya nanti. Mudah-mudahan. Saya minta diri dulu
ya,Assalamualaikum," ucap Iman . Usai membayar harga kek, kakinya
menapak keluar dari kedai. Dia perlu segera ke pondok bas, bimbang akan
terlepas.
" Ya Allah, hujanlah pulak," keluh Iman. Kakinya bergerak
pantas ke deretan kedai. Pondok bas hanya beberapa meter di depan.
Hatinya mencongak mahu berlari ke sana atau tunggu saja di sini? Tapi
kalau tunggu sini, memang terlepas lah bas. Dahlah bas terakhir!
" Cik!"
Iman menoleh menghadap suara yang menegur. Lelaki tadi. Iman melempar senyum dan menunggu lelaki itu datang menghampirinya.
" Tunggu someone ke?" soalnya dengan nada suara yang tinggi .
Mungkin bimbang suaranya tenggelam dalam bunyi hujan . Iman menggeleng.
Tangannya diarahkan ke tempat menunggu bas. Lelaki itu mengangguk faham.
" Nak balik mana?"
" Taman Perdana,"
Lelaki itu mengangguk.
" Kita one way. Saya stay area situ jugak. Mari, saya hantarkan,"
" Eh takpelah. Saya boleh naik bas,"
Lelaki itu menggeleng. Dia menyerahkan Haikal kepada Iman. Beg dan kek ditangan Iman diambil.
" Tunggu, saya ambil kereta," ucap lelaki itu sebelum berlari ke tengah jalan meredah hujan.
"Assalamualaikum. Awalnya hari ni?" soal Iman pada Qiara
,receptionist di pejabat Althemis Holding.Pelik saat melihat ruang
pejabat yang sudah dipenuhi para pekerja, sedangkan baru jam 8.15 pagi.
Selalu batang hidung semua tak nampak lagi.
Qiara tersengih.
" Dato masuk pejabat hari ni. Nak kenalkan pengurus baru,"
Mulut Iman membulat membentuk huruf 'O'. Patutlah semua baik
je hari ni. Dasar kaki bodek. Cisss. Langkah kaki diatur memasuki ruang
pejabat. Sesekali dia berbalas senyuman dengan pekerjanya yang lain.
Lampu bilik dinyalakan dan tubuh disandar pada kerusi.
Pintu bilik diketuk. " Come in,"
" Morning cik Iman,"
" Morning Bella. Have a seat. Hari ni jadual saya pack tak?"
soal Iman. Bella menguntum senyum dan menarik kerusi. Planner dibuka dan
dibacakan dihadapan bosnya.
" Urm, nothing much cik Iman. Pukul 10 nanti ada meeting
dengan pihak pembekal dari Aswira , and cik Iman ada lunch dengan Dato
dan encik Adam Hazrin, pukul 12 tengah hari di hotel Reneview. Itu
sahaja. Sebelah petang cik Iman free,"
" Adam what?"
Bella tersengih. Dahinya ditepuk perlahan. " Maaf saya lupa nak
inform. Encik Adam Hazrin, pengurus baru yang menggantikan Puan Anita.
Dia masuk kerja hari ni,"
" Oh ok. I see," Iman mengangguk.
Bibirnya tersenyum. Kemudian kepala digelengkan. Terasa lucu.
" Ada apa-apa lagi cik Iman?"
" urm... tak ada apa kot. Awak boleh keluar," ucap Iman dengan senyuman yang masih meniti dibibir.
" Nice to meet you again, cik Iman," ucap Adam Hazrin. Iman
sekadar ketawa kecil dan mengangguk. Tidak dihirau mata-mata para
pekerja yang memandang mereka berdua dengan pandangan pelik. Mungkin
tidak menyangka, bos kecil dan bos besar itu sudah saling mengenali
antara satu sama lain.
" Anak awak...,"
Adam Hazrin menjengilkan mata saat Iman menyebut tentang
anak. Wajah pekerja dipandang satu persatu. Isyarat dihantar pada Iman
agar tidak menyambung bicara. Iman berkerut dahi. Namun seakan faham
dengan isyarat itu, dia mengeluarkan ketawa yang sengaja dibuat-buat.
" Err...haha...hhaha.. maksud saya... erm... anak... anak buah awak... sihat tak?"
Adam tersengih. Kemudian dia mengangguk. Lega.
" Haikal sihat. Dia rindu sangat nak jumpa aunty Iman,"
Iman mencebik.
" Hello, saya muda lagi. I am 'kakak' ok,"
Adam meletuskan tawa mendengarnya. Senang dengan sikap Iman yang mesra.
" Well, oklah encik Adam. Saya ada meeting kejap lagi. So, kita jumpa lunch nanti, ok?"
Adam mengangguk dan memberi laluan pada Iman. Iman sekadar
tersengih. Belum jauh kakinya melangkah, tubuhnya dipusingkan kembali.
Rasa mahu pitam saat melihat para pekerjanya sedang terliuk lentuk
tergedik-gedik cuba nak approach si Adam. Hello kawan, orang tu dah
kahwin lah!
Iman sekadar menjeling telefon bimbitnya yang masih
berdering sedari tadi. Penyakit apalah si mamat ni duk call dari tadi.
Dah orang kata tak nak, maknanya tak naklah. Nak kena cakap bahasa Urdu
baru nak faham gamaknya.
" Masuk," Iman bersuara saat pintu pejabatnya diketuk. Terpancul wajah Bella, setiausahanya.
" Ya, ada apa Bella?"
" Erm, Encik Adam minta saya panggilkan cik Iman ke biliknya.
Ada masalah tentang projek rumah kedai di Setia Jaya katanya. Erm..
URGENT," Bella menekankan perkataan penting supaya bosnya itu faham.
Senyuman dilemparkan sehabis manis, walau dia agak gementar melihat
wajah bosnya yang tidak ceria sejak pagi tadi.
" Saya tak nak," ringkas jawapan Iman. Jawapan yang membuatkan
Bella memicit kepalanya. Gagal. Dia gagal memujuk Iman. Bererti...
" Cik Iman... saya bukan apa... tapi dah tiga kali encik Adam
interkom saya. Saya... saya takut encik Adam turun bawah je. Encik Adam
kata , kalau sampai dia kena turun bawah, cuti raya saya dibekukan cik
Iman. Kesianlah saya cik Iman...,"
Iman kerut dahi. Ah sudah. Dia pulak yang sakit kepala
mendengarnya. Mentang-mentang bos, suka-suka nak guna kuasa veto! Iman
melonjak bangun dari kerusinya.Kakinya dihempas geram tanda protes
sebelum planner dan beg tangan dicapai, melangkah keluar dari biliknya
dengan perasaan sebal.
Iman moody! Memang dia sakit hati sangat kerana Adam
menggunakan Haikal sebagai senjata untuk memujuknya. Sangat tidak
berperikemanusiaan. Tahulah hati aku ni alah dengan budak kecik. Mana
tahan dengar suara Haikal merengek suruh aku datang sekolah dia, tengok
dia buat persembahan.
" Ada apa yang penting sangat encik Adam nak jumpa saya ni?
Saya dah kata saya tak boleh nak teman encik Adam. Susah ke nak faham
cakap saya tu. Nak saya cakap bahasa Urdu ke baru encik nak faham? Lagi
satu, encik mana boleh gunakan kuasa encik nak ugut-ugut pekerja saya
macam tu. Saya tahulah encik tu bos, tapi encik...," belum sempat Iman
menghabiskan bicara, telefon dihulurkan padanya.
" Haikal on the line...," ujar Adam. Teragak-agak Iman
menyambutnya. Adam tersenyum.Dia tunduk menyambung kerja, memberi ruang
untuk Iman bercakap dengan Haikal.
" Ye Haikal. Oh Haikal nak nyanyi? Tapi akak banyak kerja.
... Ala... papa kan ada? Nak kakak jugak? Erm... tapi...," Iman
menjeling Adam yang sedang menghadap kerja. Pura-pura busy pulak dia ni.
Telinganya masih mendengar rengekan Haikal. Satu keluhan berat
dilepaskan.
" Ok sayang. Nanti kakak datang dengan papa, ok? Ok, akak promise.
Ok love you too. Waalaikummusalam," Talian dimatikan. Nafas dihembus
perlahan. Telefon dikembalikan kepada Adam dengan jelingan lipatan maut.
Adam sekadar tersenyum, wajahnya tidak diangkat.
" Pukul 3 jumpa dekat bawah ye. You may leave now, cik
Iman," ucap Adam dengan senyuman meleret. Iman mengetap bibir geram.
Malas mahu bertekak lagi, tubuhnya dibawa melangkah keluar dari bilik
lelaki itu.
Adam mengangkat wajah. Sebaik sahaja pintu biliknya
tertutup rapat, Adam melepaskan tawa semahunya. Suka hatinya saat
melihat wajah comel itu yang sedang marah.
" Awak marah lagi ke dekat saya ni?" Soal Adam sewaktu
kereta sudah meluncur di atas jalan raya. Iman sekadar diam dan
menebarkan pandangan ke luar jendela. Sakit hatinya masih belum hilang.
Namun ditambah dengan cara layanan Adam pada Qiara sebentar tadi. Tak
ubah seperti orang tua gatal!
" Cik Iman, saya bercakap dengan awak ni,"
Iman melepaskan keluhan . Menyampah!
" Kenapa encik Adam mesti nak ajak saya tiap kali ada
event and tiap kali buat sesuatu yang melibatkan Haikal? Encik Adam kena
sedar, encik dah ada isteri. Saya tak orang cop saya perempuan gatal,
berkepit dengan suami orang!"
" Tak salah pun saya nak ajak awak. Kebanyakkan event
pun atas dasar kerja. Soal Haikal tu... nak buat macam mana, dah awak
sorang je yang tahu pasal anak saya tu,"
" Dasar gatal. Anak isteri tinggal dekat rumah, dia dok
mengeyam dekat pejabat," bisik Iman perlahan. Namun masih didengari oleh
Adam. Lelaki itu mengerling temannya disisi.
" Ooo...jadi awak marahlah ni saya layan pekerja saya
macam tu? Saya cuma nak eratkan hubungan dengan pekerja. Tak lebih dari
tu cik Iman. Kalau saya serius je, stress pekerja saya nanti,"
Iman menjeling wajah Adam.
" Encik Adam, tadi tu bukan layanan antara pekerja dengan
bos tau. Encik tak perasan ke macam mana Qiara tu pandang encik? Eiii
tolonglah. Kalaulah dia tahu encik dah ada isteri, anak satu..jangan
haraplah ...," ujar Iman. Dia cukup kenal dengan Qiara tu. Pantang bos
hensem sikit, mula nak jual minyak.
" Well, ok apa. Qiara tu pun boleh tahan saya tengok.
Lagipun cik Iman, lelaki ni quotanya empat. Awak nak masuk pun ada ruang
lagi. Nak?" soal Adam dengan sengihan nakal. Iman tayang muka jerk.
Pleaselah!
" Lepas habis persembahan Haikal ni, kita balik makan
dekat rumah saya ya? Saya kenalkan awak dengan isteri saya," bisik Adam
perlahan. Iman ternganga mendengarnya. Hilang akal ke apa nak bawa aku
balik rumah dia. Nak aku kena tetak dengan parang kat isteri dia tu?
" Tapi...,"
" Syhh...dah start tu," ucap Adam , mematikan bicara
Iman. Iman menyilang tangan ke dada, tidak puas hati. Namun hatinya jadi
sejuk saat melihat Haikal muncul di atas pentas dengan costume penguin.
Bibirnya mengukir senyum. Comel sangat!
" Que sera sera...
whatever will be, will be...,"
Iman paling wajah kesisi. Nyanyian halus itu menangkap
deria telinganya. Adam sedang turut sama menyanyikan lagu yang dimainkan
di atas pentas. Bibirnya bergerak senada dengan senyuman ceria dan
bahagia. Iman tatap lama wajah lelaki itu. Satu perasaan halus meresap
dalam jiwanya. Iman memegang dada yang tiba-tiba berdebar kencang.
Dan saat yang sama , Adam memalingkan wajah kearahnya.
" When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart, "What lies ahead?
Will we have rainbows, day after day?"
Here's what my sweetheart said...
DUP DAP DUP DAP... jantung Iman... terasa hendak pecah!
Que sera sera
whatever will be, will be
the future 's not our to see...,"
Usai
Adam menyanyikan rangkap akhir itu, tepukan bergempita seluruh dewan.
Adam tersenyum. Dia turut sama bangkit, bertepuk tangan. Iman bagaikan
baru tersedar dari mimpi. Dadanya masih tidak berhenti berdegup, malah
semakin kencang saat melihat senyuman Adam tadi. Bala apa ni!!
" Macam mana hari ni?"
" Ok je," bibir mengukir senyum.
Adam tersenyum. Rambut wanita yang sedang berbaring itu diusap
perlahan, dan dia tunduk mengucup dahinya. Iman hanya memerhati
kemesraan pasangan itu. Jadi malu pula berada di dalam bilik ini. Namun
jauh disudut hati, Iman rasa bersalah dan kasihan. Patutlah Adam tidak
pernah bercerita tentang isterinya. Melihat keadaan wanita muda yang
sedang terlantar itu, pasti sakitnya kritikal.
" Iman...,"
" Ah , ye saya," Iman terkejut saat namanya diseru. Gilakk. Isteri dia tahu nama aku?
" Terima kasih temankan abang Adam pergi sekolah Haikal. Maaf menyusahkan Iman,"
" Eh, takpe. Saya free, so tak menyusahkan pun,"
Adam tersenyum menyimpan tawa. Masih terbayang wajah marah
Iman pagi tadi. Dia melabuhkan punggungnya ditepi katil. Bahu Azlin
didakap. Sebelah tangannya mengusap tangan kanan Azlin. Tangan kurus itu
seakan bengkak.Diurut perlahan.
" Abang dah makan belum?" soal Azlin.
Adam sekadar menggeleng. Tangannya masih mengusap tangan
Azlin. Iman memalingkan wajah ke arah lain. Entah mengapa hatinya seakan
sakit. Jantung yang berdebar kencang disentuh perlahan.
" Lah, kenapa tak makan luar tadi. Lupa nak beritahu,
hari ni bibik cuti. Mana ada lauk dekat dapur tu," ucap Azlin, dengan
rasa bersalah. Dahi Adam berkerut.
" Lah, sayang belum makan lah ni? Kenapa tak call
abang tadi. pukul berapa dah ni, tak makan lagi. Nanti sakit lagi macam
mana. Abang jugak yang susah," Adam mengomel. Azlin sekadar tersengih.
" Abang pergi beli lauk boleh? Iman biar tinggal
sinilah, nanti kita makan sama-sama. Boleh Iman?" Iman tersentak.
Perlahan dia mengangguk dengan senyuman hambar.
" abang selalu cerita pasal Iman dekat saya," Azlin
memulakan bicara setelah mereka ditinggalkan berdua. Iman kaget. ah
sudah!
" Erm saya...," Iman melepaskan keluhan.
" Macam nilah puan Azlin, saya tak ada niat pun nak ke sana
sini dengan suami puan. Saya dengan dia pun atas urusan kerja. Tak lebih
dari tu. Saya... saya dah cuba...,"
Azlin kerut dahi dan tertawa kecil.
" Suami?" soalnya.
" Yelah. Puan, encik Adam tu baik sebenarnya. Dia sayangkan
puan. Macam yang puan tengok, cara dia layan puan baik sangat. Puan
jangan risaulah. Saya dengan encik Adam tak ada apa-apa. Hanya sebatas
bos dengan pekerja je. Saya jugak akan pastikan encik Adam tak akan
menggatal dekat office tu. Orang lelaki biasa lah puan, pantang sikit
nampak dengan budak muda ni"
" Awak dah salah faham ni, cik Iman.Saya tak marah langsung pada awak mahupun abang Adam"
Iman menghela nafas.
"Puan, walaupun keadaan puan terlantar macam ni, tak
bermaksud puan boleh benarkan suami puan dengan perempuan lain dekat
luar tu. Saya pun kadang-kadang geram dengan encik Adam. Patutnya dalam
keadaan puan macam ni, dia kenalah jadi suami yang bertanggungjawab.
Mana boleh dia buat puan macam ni. Puan kena pertahankan rumahtangga
puan... saya...,"
Azlin memegang tangan Iman. Dia melepaskan tawa perlahan.
" Apa yang abang saya dah buat dengan awak ni, cik Iman?"
Heh, abang? Maksudnya suami dialah kan?
" Adam Hazrin , bos awak tu... abang kandung saya. Bukan
suami saya, cik Iman," ucap Azlin dalam tawanya yang masih bersisa. Iman
sudah terlopong mendengarnya. Eh, jangan nak berguraulah!
" Err.. tapi... Haikal... kan .. bukan encik Adam papa Haikal ke?" soal Iman keliru.
Azlin tersenyum. Dia menggeleng perlahan.
" Haikal tu anak saya, dengan arwah suami. Dari kecil abang
Adam jaga Haikal, sebab tu dia dah terbiasa panggil papa. Awak salah
faham ni, Iman. Abang Adam memang tak cerita yang sebenarnya dekat awak
ke?"
Iman tersengih, kemudian kepalanya digelengkan. Wajahnya
jangan ditanya, sudah diserbu malu kuasa lapan! Kalaulah dapat dia
benamkan kepalanya bawah katil sekarang ni!
Azlin menggeleng lagi. Ketawa masih bersisa.
" Adam...Adam...," bisik Azlin perlahan. Wajah Iman yang
masih kebingungan dipandang dengan senyuman mekar. Patutlah abang Adam
tak tidur malam dibuatnya. Memang betul-betul istimewa Iman ni.
" eherm.... jauh termenung,"
Iman tersentak. Mati segala khayalannya. Senyuman diukir
pada Adam yang sudah melabuhkan punggung disebelahnya. Mereka duduk di
atas buaian menghadap pancuran air terjun mini buatan. Tenang dirasakan
hati malam ini.
" Erm.. encik Adam.. saya nak minta maaf," Iman memulakan bicara.
Adam mengukir senyum, keningnya diangkat menghadap Iman.
" Atas sebab apa ya?" Adam sengaja menduga.
" Yelah, saya tuduh encik Adam lelaki miang la, orang tua
gatal lah...padahal.. encik Adam bujang trang tang tang lagi," ujar
Iman dengan sengihan memanjang. Adam ketawa mendengar istilah yang
diberi Iman. Dia menyilangkan tangan ke dada.
" Ok dimaafkan," Adam senyum. Iman juga senyum.
" Tapi kenapa encik Adam tipu saya macam tu. Nasib saya
ni bukan jenis 'radio bergerak'. Kalau tak habis satu ofis saya canang
cerita yang encik Adam dah kahwin tau,"
Adam menguntum senyum. Dia menebarkan pandangan di dada langit.
" Sebab saya tahu cik Iman bukan jenis macam tu. I put my trust on you,"
" Heh?" Iman respon singkat.
" Saya senang dengan sikap awak Iman, Jujur. Sepanjang
kita kenal, awak jaga hubungan antara kita, antara saya. Awak
membataskan sekadar antara bos dan pekerja dan diri saya yang memegang
status suami orang. Selama ni, saya ada cuba mendekati perempuan, tapi
semua lekat dengan saya sebab duit walaupun tahu saya suami orang. Awak
lain, Iman"
" Oh, banyak skandal rupanya encik Adam ni," Iman
berseloroh. Adam menyambutnya dengan tawa senang. Adam menggeleng. Wajah
Iman dipandang penuh makna.
" Saya bukan cari skandal mahupun teman wanita. Saya
mencari isteri yang boleh terima saya, Azlin dan Haikal," bicara Adam
jujur. Iman diam. Jantungnya buat hal lagi. Berdegup kencang. Iman
pegang dada.
" Azlin dengan Haikal tu nyawa saya , Iman. Sejak suami
dia meninggal dan dia disahkan menghidap barah tulang tahap empat, dia
bagaikan putus harapan. Sebab tu saya korbankan segalanya untuk mereka.
Saya kena kuat untuk Azlin, untuk Haikal. Tapi...,"
Iman diam. Menanti bicara lelaki itu.
" Haikal dah semakin besar. Saya tak mampu nak besarkan
dia sorang-sorang. Saya takut kalau ditakdirkan Azlin pergi dulu, saya
akan abaikan tanggungjawab saya pada Haikal. Saya perlukan ibu yang
boleh bantu saya , jaga Haikal," ucap Adam.
" Saya nak seorang isteri dan ibu yang mampu jaga
Haikal, pujuk dia bila merajuk, boleh buat Haikal ketawa... dan semua
tu, ada pada awak , Iman"
Iman tersentak. Aku? Dia baru lepas sebut nama aku kan? Dada dipegang. ah, degupannya semakin parah!
" Dan yang paling penting, awak dah curi hati papa Haikal,"
Iman pegang kepala. Seakan mahu pitam. Dadanya semakin
sakit. Wajah Adam dipandang, pandangan berbalam , dan akhirnya Iman
rebah.
Iman memegang dahi yang masih terasa panas. Dia masih
demam. Ya, dia demam selepas Adam meluahkan isi hatinya. Dua hari dia
ambil MC, bukan semata-mata sebab demam, tetapi kerana malu mahu
berhadapan dengan lelaki itu. Gila apa confess depan-depan macam tu.
Lagi gila bila Iman boleh pengsan depan Adam! Ahh gilakkkk!
Sejambak bunga. Sekeping kad. kotak baldu merah.
Si Bella jadi posmen Adam sewaktu datang melawatnya
pagi tadi. ketiga-tiga kiriman itu ditenung. Takut mahu disentuh. Nafas
dihela perlahan. Telefon bimbit dicapai. 3 misscall dan 1 pesanan
ringkas. Semua dari Adam. Kad kiriman Adam dicapai.
Que sera sera. Adam cuma meluahkan apa yg Adam rasa.
Maaf klu mgejutkn Iman. Get well soon. Miss you- Adam.
Tanpa sedar Iman mengukir senyum. Bunga ros merah dicapai
dan dikucup perlahan. Kotak baldu merah pula diambil. Dibuka perlahan.
Iman mengetap bibir.
Que sera sera
whatever will be, will be
the future 's not our to see...
" Hello, assalamualaikum ma. Kakak balik minggu ni. Erm... ada orang berhajat,"
Iman mendekati suaminya yang baru selesai membaca Al Mathurat.
Tubuhnya dibawa bersimpuh di sisi Adam. Wajah suaminya itu masih
mendung. Baru semalam Azlin pergi meninggalkan mereka. Iman dapat
mengesan kesedihan dan kelukaan yang dalam pada wajah Adam.
" Haikal ok ke?" soal Adam. Anak kecil itu sudah seminggu
demamnya berlarutan. Mungkin dapat merasa mamanya mahu pergi
meninggalkan dia selamanya.
Iman menguntum senyum hambar, dia mengangguk kecil.Usai
diberi susu tadi, Haikal kembali tidur. Iman memandang mata Adam, Wajah
Adam diusap perlahan. Cuba mencari kedukaan yang disembunyikan Adam.
Adam senyum hambar.
Adam merebahkan kepalanya di ribaan Iman. Tangan Iman
dibawa rapat ke dada. Dipeluk erat. Sesaat kemudian Iman terasa ribanya
basah. Terdengar esakan dari bibir Adam. Hati Iman dihurung sebak.
Sepanjang hari , mungkin Adam menahan perasaan. Mendengar esakan hiba
itu, hati Iman jadi runtun. Airmata yang mengalir diseka perlahan.
Iman mengangkat tangannya, dibawa ke bahu Adam. Bahu itu
ditepuk lembut. Menenangkan Adam yang sedang tenggelam dalam kesedihan.
" Pinjamkan kekuatan Iman pada abang... abang tak kuat,"
bisik Adam perlahan. Airmata Iman mengalir deras mendengar bicara itu.
Dia mengangguk perlahan. Adam dan Haikal, permata hatinya yang dia
sayang. Dia akan cuba menjadi yang terbaik , buat amanah yang
ditinggalkan Allah dan Azlin padanya.
Iman menelek dirinya di cermin. Blous biru muda,
dipadankan dengan skirt labuh berona sedondon. Simple and cute! Iman
tersenyum puas hati. Jam dinding dilirik. Tersenyum kerana suaminya
hampir pulang dari kerja. Langkah di atur turun ke bawah. Hari ini dia
mengambil cuti kerana ibu angkat yang menjaga Haikal pulang ke kampung.
" Anak ibu main apa ni? Tak maulah.. comot baju baru
ni. Meh sini," Anaknya itu ditarik dalam dakapan. Baju baru Haikal
dirapikan. Rambut dikemaskan. Ok, dah comel!
Bunyi hon kereta mengukir senyum dibibir Iman. Dia
mendokong Haikal dan menanti di depan pintu rumah. Adam tersenyum senang
keluar dari perut kereta.
Iman mencapai beg kerja Adam, dan tangan suaminya dikucup
penuh hormat. Haikal sudah bertukar tangan, berada dalam dokongan
papanya. Adam mengucup pipi Iman, kemudian beralih kepada Haikal.
" Wanginya anak papa hari ni...," ucap Adam. Pipi Haikal
dikucup lagi penuh kasih. Iman sekadar tersenyum, dan menghilang
disebalik dapur. Dia menanti dengan penuh debar. Abang tak perasan ke?
" Sayanggg!!" jeritan Adam diruang tamu membuatkan Iman
tersenyum lebar. Hatinya masih berdebar. Bagaimana penerimaan Adam
agaknya? Sesaat kemudian suaminya muncul didapur bersama Haikal.
" is it true, sayang?" soal Adam. Iman sekadar tersenyum.
" What?" soal Iman kembali.
" Here... is it true?" Adam menunjukkan tulisan yang tertera dibaju Haikal.i'm gonna be a big brother.
Iman ketawa kecil dan mengangguk. Langkah diatur ke almari dan alat
penguji kehamilan dihulurkan pada Adam. Adam ketawa melihatnya.
" Alhamdulillah. Terima kasih sayang," ucap Adam. pipi
Iman dikucup penuh kasih, dan tubuh isterinya dibawa erat dalam dakapan.
Haikal dipandang gembira.
"Suka tak nak dapat adik?" soal Adam. Haikal mengangguk.
Pipi papa dan ibu dikucup manja. Adam dan Iman sama-sama tertawa,
bahagia.
que sera sera
whatever will be, will be...
the future's not our to see...
No comments:
Post a Comment
♫ assalamualaikum ♫
terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.