Aku cinta kamu



Dear diary, 
Now :: 7.00 pagi, Malaysia time. 
Baru seminggu balik ‘tanah tumpah darahku ini’ , tapi dah rasa rindu pada mama dengan papa dekat UK. Hurmm. Tulah, degil . Nak berdikari konon. Suasana dekat sini sangat berbeza dengan UK. Help me mama! I want to go back home rite now!!!!

“ Ann, Wake up!”

Ketukan bertalu di pintu mengejutkan Annabella.

“ What??”  sekadar menjerit dari dalam bilik. Tidak berganjak dari katil. Ketukan kuat kedengaran lagi. Annabella merengus geram.

“ Yes, kau nak apa??” soal Anna geram sambil berdiri di depan pintu bilik yang separuh terkuak. 

“ Morning my ugly duck. Breakfast!”  ujar Karl sambil tersengih. Anna hanya menjeling.

“ So?”

“ So? Kau turun bawah sekarang, buat breakfast aku. tak faham ke?” 

“ Perut kau nak makan, masaklah sendiri!” 

“ I am your husband, Annabella. Remember? Tugas isteri melayan suami. Faham?” 

Anabella tersenyum sinis. 

“ Whateva~  “  Anna ingin menutup kembali daun pintu, namun Khairil Rifqi pantas meghalang dan masuk ke dalam bilik Anna. Tubuh Anna ditolak kuat. Anna terpaku di dinding. 

“ Better kau turun buat breakfast sekarang atau….

Karl sudah tersenyum nakal. Jarinya bermain lembut di pipi Annabella. Sengaja wajahnya didekatkan pada wanita itu untuk membuatkan Anna gentar. 

“Fine, aku buat! Tepi!” Anna menolak kuat tubuh Karl yang menghimpit tubuhnya. Panas hatinya diperlakukan begitu. Dengan jiwa yang memberontak , Anna turun ke dapur membuat sarapan.

“ Aku tak minum air ni” ucap Karl selamba dan menuang secawan Nescafe yang baru dibancuh Anna ke dalam sinki. Anna mengetap bibir geram. 

“ Woi! Kau appreciate sikit apa yang aku buat boleh tak?? Tadi bising nak breakfastlah, apa lah, minum jelah apa aku bancuh, susah ke??”

“ Aku dah kata aku tak minum air tu kan. Kau yang sengal tak nak faham. Bancuh teh o” 

“ You know what? Forget it. Aku dah buat kerja aku. Kau yang gedik , mengada tak nak minum. aku masak kau tak nak makan. So, kau buat sendiri! Menyusahkan aku je!”  

Bentak Anna dan berlalu pantas naik ke atas dan hilang disebalik pintu bilik. Pintu dihempas kuat. Nafasnya turun naik menahan marah.

8.00 pagi, my room.
Sakit hati! Macam mana boleh terjebak dengan budak tak cukup akal tu pun aku tak tahu. Memang satu kerja gila bila aku ikut cakap mama supaya kahwin dengan dia. Yeah, Khairil rifqi. Suami terpaksa kahwin.

Pernah dengar tentang penyatuan jodoh sejak dari kecil? Yup, its true. Aku dengan karl ‘kononnya’ dah ditunangkan dari kecik lagi. Mengarutnya! Tapi aku terpaksa turutkan untuk berkahwin dengan dia sebagai syarat untuk aku pulang dan menetap di Malaysia. Fuh, sabarlah hati. 3 bulan je. Tempoh masa yang aku dan dia janji untuk bersama, dan kemudian kami akan beritahu mama yang kami dah tak sehaluan and kami nak cerai!

******************************************************************************
“ Kau nak pergi mana?” langkah Anna terhenti tatkala disergah Karl dari arah dapur. Anna mengurut dadanya. Dia hanya menjeling sekilas. 

“ Keluar ..”

“ Tak boleh”  Karl menghalang dan berdiri dihadapan pintu. Anna mengetap bibirnya geram. 

“ Tepilah. Aku dah lambat…!” 

“ I said , no” Karl menjawab tenang. Tas tangan Anna diambil dan disorok ke belakang badannya. 

“ Kau ni kenapa? Suka hati akulah nak keluar, tepilah!” 

“ Aku suami kau. Kau kena dengar cakap aku. Tahu tak apa hukumnya seorang isteri yang keluar dari rumah tanpa izin suami?” soalan Karl membuatkan Anna terdiam. Aduh, guna hukum pulak dia ni. 

“ Aku nak keluar dengan kawan aku, sekejap je. Please….” Anna separuh merayu. Terpaksa buat begitu agar Karl melepaskan dia pergi. 

“ Aku izinkan… tapi dengan syarat..” senyuman Anna segera mati tatkala Karl meletakkan syarat. 

“ Aku ikut kau sekali” 

“ No way!” 

“ Ok then. Jawapannya, kau tak boleh keluar. Duduk rumah. Layan aku” ucap Karl selamba dan menarik tangan Anna kejap. Anna mengetap bibirnya geram. Layan dia? Apa maksud dia ni? Eh nak pergi mana ni? Bilik dia? Ahhhh, tak nak!! 

“ Ok, ok! Kita keluar. Kau siap, aku tunggu kau dalam kereta” Anna bersuara tatkala Karl sudah hampir menariknya masuk ke bilik. Karl tersenyum sinis. 

“ Nope. Kau ingat aku bodoh. Nak lepaskan kau lepastu kau cabut tinggalkan aku? Jangan harap. Stay here!” Karl menolak tubuh Anna ke atas katil hingga wanita itu terduduk. Anna mendengus geram. Baru saja plan nak lari, bijak pulak mamat ni. 

Matanya dipejam erat, enggan melihat Karl yang sedang menyalin baju. Huh, badan kerempeng. Lainlah badan macam taecyeon, sedap sikit nak pandang. Anna tersengih sendiri tatkala membandingkan tubuh badan milik Karl dan penyanyi korea pujaannya. 

“ Pahal kau tersenyum-senyum ni? Mesti dalam otak tu fikir benda kotor ni” Suara Karl mengejutkan Anna. Anna hanya menjeling Karl yang sudah siap. Eh, hensem pulak dia ni. Siap rayban bagai. Kenapa aku ni? Eish, pergi puji dia kenapa. Huh! 

“ Dahlah cepat. Aku dah lambat ni” Anna segera berlalu keluar dari bilik sementara Karl hanya tersenyum sinis dan mengekori dari belakang.



 “ Boringlah cerita tu. Aku tak nak tengok” Karl menolak saat  Anna ingin menonton movie nongkrong. 

“ Kau ni kenapa. Suka akulah nak tengok cerita apa pun. Kalau kau tak suka, pergi beli tiket kau sendiri. Aku tak kisah!” Anna bersuara geram sambil menarik  Emilia untuk membeli tiket. Karl mengeluh keras. Hazimi hanya ketawa dan menepuk bahu Karl agar bersabar. 

“ Perempuan bro. Layankan je. Aku pun dah banyak kali nak tengok avengers, tak lepas lagi. Emilia tu sama perangai dengan Anna. Pantang tengok action movie. Nak ikut cakap dia je” 

“ Kusutlah. Sebab tu aku prefer forever alone” Adam menyampuk. Karl dan Hazimi ketawa kuat mendengarnya.



“ Nak makan mana ni?” soal Adam saat keluar dari panggung. Karl yang masih mamai mengusap tengkuknya perlahan. Sepanjang tayangan dia tidur, makan, tidur semula. Langsung tidak menonton.Anna menjeling lelaki itu geram. Dia langsung tidak dapat tumpukan perhatian pada cerita tadi. Mana tidaknya, Karl menganggu dia. Sekejap popcorn dirampas, sekejap Karl jadikan bahunya tempat untuk tidur. Ikutkan hati mahu sahaja dia berteriak satu panggung. 

“ Pizza!” Emilia dan Hazimi menjerit serentak. Karl tersenyum mendengarnya. Memang dia sedang mengidam pizza kala itu. 

“ Tak nak lah. Aku nak makan  dekat sana” Anna mengunjuk sebuah stesen western food. Emilia sudah mencebik. Faham sangat dengan Anna yang tidak menggemari pizza. 

“ Jom, pizza! Aku belanja” Karl sudah menonong menuju ke pizza hut tanpa mengendahkan permintaan Anna. Anna menghentak kakinya geram. Sahabat yang lain sudah menurut langkah Karl. Tiada siapa yang bantah. Makan free, siapa tak nak? 

“ tak nak spaggeti. Nak pasta” rungut Anna tatkala Karl membuat pesanan. Karl langsung tidak mengendahkan. 

“ Makan jelah apa aku order” 

“ Kau ni, selfish! Nak ikut tekak kau je” 

“ Dah tu nak ikut tekak kau. Pizza tak nak, spag tak nak. Kusut kepala aku ni layan kau, tau tak?”

Emilia , Hazimi dan Adam hanya diam dan menggeleng kepala melihat pasangan suami isteri. Sehari kalau tak bergaduh, tak sah. Ada sahaja yang dicekaukan . Macam mana boleh berkahwin pun mereka tak faham. Boleh dikatakan dari semua segi dan aspek , langsung tiada persamaan dan persefahaman. Pening2. 




“ Apa cerita bro? Kalau ye pun nak kelek bini, sehati sejiwa lah sikit. Ni sorang utara, sorang selatan” 

Hazimi dan Adam sudah ketawa terbahak-bahak melihat Karl yang berjersi Arsenal dan Anna yang menyarung jersi Chelsea di tubuhnya. Karl beriak selamba , dan menarik kerusi.

“ Chelsea supporter sebelah sana kak” usik Adam sambil menunjuk ke kerusi sebelah yang dipenuhi penyokong Chelsea. Anna hanya mencebik. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Karl. Jelingan mereka bersatu. Sebetulnya dia langsung tiada minat tentang bola. Tapi semata-mata mahu menyakiti hati Karl, dia tekad untuk jadi musuh hari ni. 

“ Minum bang?” 

“ Nescafe ais!” Anna terlebih dahulu menjawab. Karl berkerut kening. Dahi Anna dijentik kuat. 

“ Kau ni Nescafe 24jam. Teh o ais dik” Karl membuat pesanan. Anna hanya mencebik. Seketika kemudian masing-masing menumpukan perhatian pada perlawanan yang sudah bermula. Namun tidak Anna. Dia mula tersenguk menahan kantuk dan bosan. 

“ Weyh, bangunlah!” Karl menampar pipi Anna perlahan. Anna yang sedikit tersengguk pantas membuka mata. 

“ Aku dah cakap tak payah ikut, kau mengada nak ikut. Nak order air lagi tak? Makan nak?” soal Karl. Anna hanya menggeleng. Dia menyisip airnya yang sudah tawar bercampur dengan ais yang cair. Karl menolak gelasnya di hadapan Anna . 

“ Eishh, tak sedap” Anna membuat riak ingin termuntah saat menyisip air teh o milik Karl. Karl tersengih sinis. Dahi Anna dijentik perlahan. 

“ Jomlah balik” ucap Karl seraya bangun dan menarik tangan Anna. Anna termanggu bingung. Perlawanan bola masih belum tamat. Namun Karl sudah melangkah jauh menuju ke kereta. Anna menurut dari belakang. 

“ Kenapa nak balik? Kan belum habis game tu?”

“ Dah kau tersenggok-senggok macam burung, nak tunggu lagi? Kau sehari tak menyusahkan aku, tak boleh kan? Dah jangan banyak cakap. Balik” 

Anna hanya mencebik. Namun dalam hati dia terkesan dengan sifat lelaki itu yang prihatin. Ceh, kau ni Anna. Dia baru buat baik sikit, kau dah gedik nak feeling kan. Huh!



Sabar Anna! Sabar! Dua hari je lagi. Dua hari je lagi. Lepas ni kau akan dapat life kau balik. No more hidup yang terseksa dengan lelaki bernama Khairil rifqi.

“ Esok ikut aku , pergi Melaka” Karl bersuara semasa mereka bersantai di ruang tamu. Anna berkerut kening. 

“ For what?” 

“ Aku ada show” jawab Karl ringkas. Anna mendengus. Show kau, kau lah pergi. Pahal aku kena ikut. Namun hanya terluah dalam hati. 

“ Malas lah” 

“ Kau boleh tak, sekali dalam hidup kau, sekali je, dengar cakap aku. Susah sangat ke?” 

“ Masalahnya permintaan kau tu menyusahkan aku. Esok nak pergi , sekarang baru nak cakap. Kau ingat aku ni tak ada kerja lain, nak ikut kau je” 

“ Esok kau tetap kena ikut aku, tak ada alasan. Faham!” buat pertama kalinya sepanjang perkahwinan mereka, Karl bersuara selantang itu. Tergamam Anna. Tidak berani untuk bersuara.



Anna hanya menurut ketika Karl mengajak ke tepi laut. Suasana di pengkalan balak petang itu agak  ramai dengan pengunjung. Mungkin kerana hujung minggu. Karl berjalan di gigi air dan sesekali menyepak pasir ke arah Anna. 

“ Karl! Tak nak lah” rungut Anna dan sedikit menjauh. Karl tersenyum dan menarik  Anna agar kembali jalan beriringan dengannya. Tangan Anna digenggam erat.

“ First time aku dengar kau sebut nama aku macam tu. Sweet je. Selama ni, panggil aku kau je. Dah macam lembu bunyi nya” ucap Karl perlahan. Anna hanya mencebik. Dia baru perasan akan hakikat itu. Betul jugak. Selama ini tak pernah nama lelaki itu diseru. Ikut mood dia akan panggil kau, hey, hoi jek. 

“ Yang kau tiba-tiba cakap  baik-baik dengan aku ni kenapa?” soal Anna pelik.

“ Saja. Dua hari je lagi kita status kita sebagai suami isteri ni. Aku dah penatlah gaduh je dengan kau. Biarlah hari terakhir ni, kita berpisah dengan cara damai, boleh?” entah mengapa Anna dapat mengesan ada kesayuan dihujung kata Karl itu. Namun dia tidak endah. Dua hari lagi dia akan bebas. Tidak akan terikat lagi dengan perkahwinan ini . Tersiksa jiwa raga! 

Karl tersenyum melihat Anna yang hanya diam membisu. Kesempatan itu diambil untuk bergerak rapat dengan isterinya itu. Perlahan tangannya dilingkari di pinggang Anna dan pipi mulus isterinya dikucup perlahan. 

“ Eii, apa kau ni?” jerit Anna sambil mengelap pipinya kasar. Terkejut bercampur marah dan debar.

 Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang dan wajahnya diserbu malu. Karl ketawa kuat dan mengenyit mata. Selamba dia bergerak ke dalam air dan menarik Anna sama. 

“ Karl!” jerit Anna kuat tatkala seluruh badannya sudah tenggelam ke dalam air. Dia mengetap bibirnya kuat. Bahu Karl dipukul kuat. Karl langsung tidak mengendahkan. Bahkan semakin galak  memercik air pada Anna. 

Anna yang pada mulanya marah segera membuat serangan balas. Bagai anak kecil bermain air. Mereka sama-sama ketawa riang dan gembira. Hampir tidak boleh bernafas menerima serangan dari Anna, Karl segera memeluk wanita itu agar dia berhenti menyerang. Berdegup kencang jantung Anna tatkala wajah mereka begitu dekat kini. Pelukan Karl begitu kejab. 

“ You are beautiful when you smile” Bisik Karl perlahan. Satu kucupan hinggap di pipi Anna dan hairannya dia tidak marah, malah terpegun dengan pujian itu. Anehnya perasaan ni. Kenapa dengan aku ni? 




Anna termenung menghadap laut sementara menunggu Karl mengambil makanan buat dia. Malam terakhir ini mereka  diraikan dengan BBQ oleh pihak chalet kerana Karl merupakan jemputan khas untuk membuat persembahan malam ini. Anna tidak pernah ambil peduli genre muzik yang dibawa suaminya, malah tidak pernah sekali pun dia mendengarnya. Itu semua tidak penting baginya. 

“ Termenung apa?” teguran Karl mengembalikan Anna ke alam nyata. Anna tersenyum. Dia menyambut huluran pinggan dari Karl. Sepanjang dua hari bersama lelaki itu, sudah tiada lagi pergaduhan. Karl melayannya dengan baik sekali. Anna juga sudah tidak marah-marah. Mengapa? Dia sendiri tidak tahu.

“ Aaa..panas..” 

Anna meniup tangannya yang pedih tatkala memegang udang yang masih panas. Karl ketawa kecil. Dia mengambil udang itu dan mengopek kulitnya untuk Anna. Usai, udang itu disua ke mulut Anna. Teragak-agak Anna mengambilnya. Suap-suap pulak dia ni! 

“ Nak lagi?” Soal Karl. Anna menggeleng pantas. Karl mengangguk dan meletakkan pinggan di sisi. Seketika masing-masing berdiam. Lama. Kemudian Karl bersuara. 

“ Esok semuanya akan berakhir. Balik KL, aku dan kau, secara rasminya bukan lagi suami isteri. Mesti kau happy kan?” 

Anna terdiam. Happy? Entah. Mungkin 3 bulan yang lalu, seminggu yang lalu dia tidak tidak sabar menanti hari ini untuk tiba. Namun entah mengapa, kini dia jadi keliru. Esok? Esok mereka akan berpisah. Maknanya …. 

“ Apalah yang aku tanya ni. Mestilah kau happy. Tak perlu siapkan breakfast untuk aku. Berebut pilih tiket wayang. Boleh makan semua feveret kau. Yang paling penting, hari-hari yang kau lalui lepas ni, akan lebih aman, sebab tak perlu bergaduh dengan aku. Kan?”

Anna cuba menguntum senyum, walau kala itu terasa perit. Wajahnya dimaniskan sehabis yang boleh. 

“ Betul! Lepas ni hidup aku akan aman. Sangat aman. Aku boleh buat semua benda yang aku perlu, tanpa perlu fikir nak bergaduh, berebut dengan kau. Happy!” jawab Anna yakin sambil tersenyum lebar. Namun dibalas dengan senyuman hambar dari Karl. 

“ selama ni kau benci aku ke Anna? Kenapa?” 

“ Mana ada aku benci kau… “ jawab Anna perlahan. 

“ Kalau tak benci kita tak mungkin bergaduh. Setiap hari … bukan… setiap saat. Mungkin aku memang tak layak bergelar suami. Aku suami yang teruk, kan?” soal Karl sambil ketawa sinis. Rambutnya dielus perlahan. 

“ Aku cuba Anna. Cuba untuk menjadi suami  yang bertanggungjawab dan baik untuk kau. Tapi aku silap. Semua yang aku buat salah dimata kau. Ada je punca untuk kita bergaduh. Tak pernah berdamai walau sesaat. Kadang-kadang aku frust jugak. Aku nak sangat rasa rumahtangga yang happy, bahagia dengan wife aku. Tapi sayang, aku tak dapat kesempatan tu. Kita cuma akan bergelar suami isteri dalam masa kurang dua jam saja lagi” 

“ Aku… “ Anna terhenti. Kata-kata yang terluah bagai tersekat dikerongkongnya. Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Memang, dalam segala hal, dia yang banyak menentang, dan Karl banyak mengalah. Cuma dia yang keras kepala. Tapi mengapa baru sekarang Karl meluahkan segalanya. Mengapa tidak sebulan yang lalu, malah sejak awal perkahwinan mereka. Mengapa baru sekarang?

“ Anna….aku sebenarnya…….

Ucapan Karl terhenti tatkala  namanya diseru seseorang. Sudah tiba masa untuk Karl membuat persembahan. Karl mengeluh perlahan. Dia perlahan bangkit. 

“ Jom… “ ajak Karl. Namun Anna menggeleng. Dia tiada mood untuk berhibur. Karl mengeluh lemah. Tidak mahu memaksa lagi. Segera melangkah ke penonton yang sudah menunggu. Anna memandang sahaja dari jauh. Kemudian dia melepaskan keluhan berat. Pandangannya dilempar ke laut malam. 

Aku paling suka makan pizza
Kamu paling suka makan pasta
Adakah kamu dan aku
Memang tak sekepala

Aku paling suka minum teh O,
Kamu paling suka minum Nescafe O,
Bila aku hulur sikit kamu kata
“tak sedap doooo…” 

Tersentak Anna mendengar lagu yang sayup-sayup itu. Jarak yang tidak begitu jauh membolehkan dia mendengar bait lirik yang dinyanyikan Karl. Jantung Anna berdegup kencang. Dia pantas bangkit dan berlari ke arah chalet . 

Terhenti langkahnya di hadapan pintu masuk chalet. Pandangan jatuh pada Karl yang sedang memetik gitar di atas pentas kecil. Hatinya jadi terharu saat melihat stage yang dihias indah dan terdapat sebuah kerusi kosong di sebelah Karl. Hampir pasti kerusi itu adalah untuk Anna. Menyesal dia menolak ketika Karl mengajaknya sebentar tadi. 

Di belakang Karl pula terdapat slide show. Gambar –gambar sepanjang perkahwinan mereka ditayangkan. Anna menekup mulutnya menahan tangis yang berlagu. Perlahan dia berundur. Tidak sanggup menyaksikan lagi. 

Apa gunanya semua ini. Mengapa baru kini perasaan ini datang? Mengapa hatinya berat untuk melepaskan Karl pergi. Dia tidak rela untuk berpisah dengan Karl. Hatinya sudah tidak mampu berbohong. Dia akui selama ini dia mencintai Karl, suaminya. Cuma dia ego dan sombong. 

“ Anna…….” Langkah Anna terhenti tatkala namanya diseru. Dia tidak segera berpaling, namun dia kenal dengan suara itu. Airmata semakin deras mengalir. Sudah tidak sanggup untuk membendung perasaan yang mengasak dadanya kala ini. 

“ Please don’t go…I need you..” Karl melangkah perlahan menghampiri Annabella dan meraih tangan isterinya. Digenggam kejap. Pipi Anna dielus perlahan. Dia juga berperang dengan perasaan sendiri. 

“ Jangan tinggalkan Karl. Karl sayangkan Anna. Selamanya Anna isteri Karl. Karl tak sanggup berpisah dengan Anna” bisik Karl perlahan. Anna memberanikan diri menatap wajah lelaki itu. 

“ Its too late, Karl. Kita dah bincang perkara ni. Anna dah buat keputusan untuk kita berpisah. Anna tak akan mungkir janji” ucap Anna  perlahan. Tangan yang digenggam erat Karl ditarik perlahan. Segera dia ingin pergi dari situ, meninggalkan dan melupakan segalanya. Besok dia bakal punya kehidupan baru. 

“ Just go and leave me, but Karl yakin. Hati Anna tak akan dapat tinggalkan Karl sebab Anna juga mencintai Karl sebagaimana Karl mencintai Anna!” lantang jeritan Karl menyelinap masuk memenuhi ruang hati Anna. Langkah kakinya terhenti. 

“ No, I don’t!” 

“ Yes, you are!” 

“ No, I said no!” Anna berteriak kuat. Namun tubuhnya kaku saat Karl sudah menerpa dan mendakap tubuhnya erat. Anna terdiam. Kehangatan tubuh Karl membuatkan hatinya bertambah sayu. Cinta yang sedang mekar bertambah mekar tanpa dapat dinafikan lagi. Perlahan dia melepaskan tangisan di bahu Khairil Rifqi. Karl mengelus perlahan rambut Annabella. 

“ I love you, sayang. Really love you. Please..stay with me” bisik Karl penuh sayu. Airmatanya yang ditahan akhirnya gugur jua demi isteri yang dicintai. Anna perlahan-lahan mengangguk. 

“ I love you too….” Jawab Anna perlahan. Dia membalas pelukan suaminya erat, tidak mahu dilepaskan lagi. Karl tersenyum bahagia. Pipi isterinya dikucup lembut. Anna turut sama tersenyum. Wajahnya merah diserbu malu. Perlahan tangan suaminya dicubit mesra. Karl ketawa kecil.

“ Jom…” Karl menarik Annabella naik ke atas stage. Anna hanya menurut. Dia duduk dikerusi yang disediakan khas buatnya. Karl mengenyit mata nakal sebelum duduk di sisi Anna dan memetik gitar. Anna tersenyum bahagia. 

Arsenal pasukan ku di hati
Kamu pula paling suka Chelsea
Menonton bola tak pernah kita serupa jersi
aku paling suka movie aksi
kamu paling suka kan komedi
bila waktu tengok wayang
ada yang tak puas hati
Walau kita selalu
Tidak pernah setuju
Aku dan kamu selalu merindu
Walau kita selalu
Tidak pernah sebulu
Aku dan kamu masing-masing
Menunggu…..

Kau keju kepada pizza ku
Aku salad kepada pasta mu
Selalu melengkap  hari-hari mu
Kau limau kepada teh O ku
Aku gula kepada Nescafe mu
Selalu menambah warna-warna hidupku
Ku ingin menjadi heromu
Kamu heroin dalam kisahku
Aku akan menjagamu selalu….


tamattttttttttttttttttt  =)))


* cerpen ni di inspirasikan dari lagu  aku dan kamu by encik mimpi... even lirik dia agak kelakar, tapi aku rasa sweet jek.. tak caya pi lah dengar, kompem best and sweet dipendengaran telinga korang tu.. hehe.. maaf if cerpen ni banyak kekurangan .. sesaje jek buang masa buat ... thanks for reading... =)

4 comments:

  1. ada satu part kat lagu tu salah sebelum ku ingin menjadi hero mu tu...sepatutnya tambah ku zola kpd chelsea mu kamu henry kpd arsenalku..tu baru betui

    ReplyDelete
  2. Itu lagu apaan ya? Ada penyanyi aslinyakah atau hanya karangan penulis?

    ReplyDelete
  3. Itu lagu apaan ya? Ada penyanyi aslinyakah atau hanya karangan penulis?

    ReplyDelete

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.