Destiny Love




“ Awak nak lari lagi ke?” Syakirah bersuara, namun hampir tidak kedengaran. Bimbang jika ibu atau warden lain mendengar. 


Soalannya tidak berbalas. Sebaliknya orang yang ditegur itu sudah memanjat tembok dan melepasinya dengan mudah. Syakirah ketap bibir. Degil betul budak sorang ni!

Syakirah melabuhkan punggung di atas rumput hijau, menghadap padang. Selang beberapa meter darinya, Adham sedang baring, menutup mata. Tidur atau buat-buat tidur?

“Awak...” Syakirah menyahut. Tiada respon, sebaliknya Adham menarik topi dari kepala dan dibawa ke muka. Tanda dia tidak mahu diganggu. Syakirah mengeluh hampa.Dia mengalah. Buku lukisan saiz A4 miliknya ditarik keluar dari celah beg.Pensel mekanikal pemberian arwah ayah juga dikeluarkan. Pensil mula menari diatas kertas .

“ Kau lukis apa?” Adham tiba-tiba bersuara. Entah bila lelaki itu sudah duduk disebelahnya. Ditangannya terdapat dua batang lolipop. Satu dihulurkan kepada Syakirah, seperti selalu.

“ Random,”Syakirah menjawab ringkas. Sememangnya dia tidak melukis secara spesifik. Dalam satu kertas, boleh jadi dua hingga tiga lukisan akan terhasil. Adham sekadar mencebik dan kembali baring di atas rumput.

“ Kau tak bosan ke hidup dekat rumah tu?” 

Syakirah kerut dahi. Ramah pulak mamat ni. Selalu kalau Syakirah ada disini, dia tidak pernah mahu berbual dengannya. 

“ Taklah, kan ramai kawan”

Adham ketawa sinis. Lolipop yang dihisap separuh dibuang. Sebelah tangannya menyeluk saku seluar. Rokok dan pemetik api dikeluarkan. 

“ Jauh sikit,” Adham menolak bahu Syakirah. Taubat mahu hisap rokok depan minah ni. Teringat waktu pertama kali hisap rokok depan Syakirah, minah tu batuk tak berhenti, sesak nafas kemudian pengsan.

“ Eishh dia ni. Berapa kali orang nak cakap. Rokok tu...

“ Rokok tu tak elok, membahayakan kesihatan,” Adham memotong cakap Syakirah tanpa sempat gadis itu menghabiskan ayatnya. Syakirah tayang muka tak puas hati, tapi Adham buat muka selamba. Asap rokok yang dihembus keluar terasa nikmatnya.

“ aku rasa nak chow terus la dari rumah tu. Takdak life!”

Syakirah kerut dahi. Wajah Adham dipandang dengan rasa geram bercampur marah. Memang nak buat ibu kena heart attack ke dengan idea gila tu?!

“Awak beranilah lari lagi, nanti saya sunat awak buat kali kedua, baru tau!” 

Adham ketawa kuat mendengarnya. Ada hati nak sunat orang. Baru kena rotan sikit dah nangis. Adham mengejek dalam hati. Teringat peristiwa semalam.

Semalam ketika dia sudah terlepas lari dari rumah anak yatim itu, tidak perasan akan syakirah yang mengejarnya dari belakang. Bila dah tertangkap, dua-dua kena rotan. Adham buat muka seposen je sebab dah biasa, tapi Syakirah nangis teruk. Maklumlah pertama kali buat kerja jahat. Spoil betul. Kalau tak semalam mesti dia dah bebas dari penjara ni.

“ Aku nak tanya sikit, boleh?” Adham bersuara lagi, saat sepi menghambat mereka. Syakirah sekadar mengangguk. Matanya tidak beralih dari buku lukisan. 

“ Kenapa kau suka ikut aku?” 

Syakirah angkat kepala. Adham dipandang seketika sebelum kepalanya kembali menunduk menghadap buku lukisan. Terasa pipinya berbahang. 

“ Kau suka aku ek?” 

“ Mana ada!”pantas Syakirah menafikan.

Adham senyum sinis. Keningnya diangkat-angkat.
“ Tipu! Baik ngaku?”

“ Takdelah!”

“ Tipuuuu!” 

“ eiii diamlah! Nak balik!”


“Hoi, jauh mengelamun!” 

Adham tersentak. Poskad ditangannya terlepas. Adham tala kepala. Lahabau betul Zahim ni, bukan nak bagi salam. Dia tunduk dan mengutip poskad yang jatuh dilantai sebentar tadi. Namun, Zahim merampas dari tangannya. 

“ Wah, salam sayang salam rindu...Syakirah” Zahim membaca ayat yang tertulis di poskad itu. Adham merampasnya kembali. 

“ Kau ni memang tak geti nak hormat privasi orang kan?” perli Adham. Poskad kiriman Syakirah dimasukkan ke dalam laci, dan dikunci. Bimbang jika Zahim membacanya lagi. Dia bangkit dari meja belajar dan merebahkan diri di atas katil. Kalendar dicapai.

“ 5 bulan je lagi,” ucap Adham. Tarikh kepulangan Syakirah dari Moscow. Minah sorang tu bakal jadi doktor. Aku pulak tengah berhempas pulas dekat negara matahari terbit ni. Kalau bukan sebab Syakirah yang asyik membebel dekat telinga bagi nasihat, mungkin Adham tak jadi manusia macam sekarang ni. 

-Kalau awak tak nak belajar sungguh-sungguh, mana ada orang nak kahwin dengan awak. Saya pun tak nak tau!

-kita kena buktikan dekat orang luar tu, anak yatim piatu macam kita ni pun boleh berjaya.awak tolonglah sedar. Jangan malas!

Disebabkan bebelan mak nenek tu lah, adham score SPM, tercampaklah dekat Jepun ni ambil kejuruteraan. Dalam 6 bulan lagi, officialy juruteralah. Oh tak lupa, 6 bulan akan datang jugak, Adham officially bertunang dengan Syakirah, dan sebulan selepasnya mereka akan bernikah. 

Nak kata kami bercinta time sekolah dulu, takde lah pun. Tapi bak kata dia jugak, tak ada orang yang nak dekat aku ni.So, lagi baik cari yang dekat, yang depan mata. Hati budi pun kita dah kenal. Ye dak? So, doakan lah kami jadi happy family ever after ya. amin. –Adham

Since first day masuk dalam rumah anak yatim tu, memang dah terpikat hati dengan Adham. Dia cute sebab perangai nakal and poyo tu. Tapi masa tu tak terfikirlah nak cinta monyet tu. Apalah yang best sangat cinta monyet kan? Belajar betul-betul, dah stabil, barulah confess. Untung nasib, dia pun suka kita. Macam akulah. Tapi, Adham yang lamar aku tau, bukan aku lamar dia. Hehe. Doakan kami berkekalan dunia akhirat ye. Amin -Syakirah
 

1 comment:

  1. Kenapa pendek sngt citer nih? Pnjangkan lah lagi. Besttt.

    ReplyDelete

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.