Misi Mencari Cinta 6



Puteri Qaseh Asyikin memandang  skrin komputer di hadapannya. Bosan menerjah diri. Hendak menulis, tiada idea yang datang. Sejak tamat persekolahan tingkatan 5, Puteri hanya duduk dirumah sementara menunggu keputusan peperiksaan. Hendak bekerja, ibu bapanya tidak benarkan. Kata ibu, nanti dah seronok pegang duit, dah malas nak belajar. 


BUZZZ!! 


Tiba-tiba ikon Yahoo Messeger berkelip tanda ada chat baru. Puteri menggerakkan mouse pada ikon itu. Terpampang chat dari rakan YM barunya, Zack. 

‘Hurm, dia lagi’  Puteri mengeluh bosan. 


Zack zH : hai, awak =)


Puteri mempamer riak jelik. Malas mahu melayan. Entah bila Zack termasuk dalam friendlist, dia tidak sedar. Tahu-tahu sahaja sudah hampir sebulan, Zack menganggunya. 

Puteri pantas menekan ikon offline, dan memadam skrin komputer. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. Handphone Sony Ericcson dicapai. Mencari nombor buah hatinya, Irfan Rahimi.Kekasih hati yang sudah bersama dengannya sejak tingkatan 3 lagi. Lama engaged, barulah talian bersambut. 

“ Hello Assalamualaikum” Irfan terlebih dahulu menyapa. Puteri tersenyum. Hatinya jadi berbunga dengan mendengar suara buah hatinya sahaja. 

“ Waalaikummusalam. Erm.. Ir tengah buat apa tu?” 

“ Tak buat apa . Lepak-lepak minum je ni. Baru lepas kerja. Puteri dah makan?” 

“ Erm.. dah, baru lepas makan. Puteri nak tanya, esok Ir free tak?” 

“ Tak sure lah sayang. Kenapa?”

“ Oh, kawan ada ajak tengok wayang. Ir nak follow?” 

“ Urm, esok Ir ingat nak rehat jelah. Sayang pergi jelah ea. Ir penat lah” 

“ Urm, oklah. Takpa macam tu. Oklah, nak cakap tu je, bye Ir. Assalamualaikum” 

“ Ok. Have fun tomorrow. Jangan nakal-nakal. Waalaikummusalam” 






Puteri menekan butang online. Berdebar hatinya ingin melihat keputusan panggilan ke universiti. Nafasnya ditarik perlahan. No kad pengenalan di isi seperti yang di arahkan. Mata dipejam. Dia berselawat dalam hati sebelum melihat keputusan yang keluar. 

“ Alhamdulillah! Ya Allah! Terima kasih Ya Allah!!” Puteri melonjak riang di dalam kamarnya, hingga ibu Puteri masuk ke bilik anaknya dengan wajah cemas. 

“ Puteri, kenapa ni? Kenapa?” Puteri berhenti melompat, tercengang memandang ibunya yang kerisauan. Kemudian dia tersengih. Puteri meluru memeluk ibunya dengan rasa gembira. 

“ Puteri dapat masuk U ibu!! Happy sangat! Thanks ibu, ibu banyak doakan Puteri, sayang ibu!” Puteri bersuara ceria dan mengucup pipi ibunya gembira. 

“ Yeke? Alhamdulillah. Tahniah anak ibu. Haa, study rajin-rajin. Jangan ingat nak bercinta je. Ir dapat mana?” Soalan itu membuatkan Puteri tersengih. Kemudian dia mengangkat bahu tanda tidak tahu. 

“ Urm, dah, ibu nak masak. Nanti turun tolong ibu” 

“ Ok mem!” 

Puteri tersenyum menghantar ibunya yang sudah keluar dari bilik. Dia kembali menghadap skrin komputer, kalau-kalau ada kawan lain yang online. Tersenyum melihat kawan baiknya online di YM. Pantas sahaja Puteri menekan ikon chat. 


Zack zH : Hai! Camne result? Awk dpt mana? 


Berkerut dahi Puteri. Geram pula mamat ni sentiasa ada setiap kali dia online. Puteri hanya membiarkan pesanan itu tidak berjawab, seperti selalu. Dia terus berbual dengan teman baiknya. 


Yaya Dina : Eh, aku nak out. Bak nombor kau. Enset aku hilang lah. Huhu. Nnty kite calling2.


Puteri ketawa kecil dan menggeleng. Dina.. dina.. Cuai betullah, dari dulu asyik hilang handphone je. Puteri pantas memberi nombor telefonnya. Seketika kemudian icon chat kembali berkelip. 


Zack zH : Nombor awak ke tu? Awak bagi saya?? Wah, tak sangka. Ok nanti saya call awak. Tq. 

Puteri menekup mulutnya. Arghhh stressss!! Macam mana boleh salah bagi ni? Dia mengetap bibirnya geram. Ah, mati aku! Beberapa ketika kemudian, handpone miliknya bergetar tanda ada panggilan masuk. 

“ nombor baru… sapa ek?” Puteri ingin mengangkat , namun seketika kemudian dia tersedar. Skrin komputer dipandang. Kemudian , Puteri mengeluh. Sudah tahu dengan gerangan yang menelefon. Busy tone dihantar pada pemanggil sebelah sana. Kemudian, Puteri menekan butang off. Handphone di campak ke atas katil dengan perasaan geram.







Puteri sibuk dengan dunia di kolej. Sebagai pelajar tahun akhir, dia terlalu sibuk dengan final exam dan assignment yang bertimbun . Hingga hubungan dia dan Irfan semakin dirasakan renggang. Irfan sudah jarang menghubunginya, dan Puteri juga tidak ambil pusing. Dia berharap Irfan faham dengan keadaanya yang sibuk buat masa ini. 

“ Kau ni, orang lain pun busy nak final, tapi takdelah macam kau ni , Put. Sepanjang masa hadap buku. Makan ke mana, rehat ke mana. Bawak-bawak berehat sikit” Dina menegur Puteri yang tekun menghadap komputer. Puteri hanya tersengih. 

“ Memanglah kena serius. Kesian ibu ayah aku , habis duit semua. Nanti kalau kantoi study, hah, naya jek”

“ Erm, yelah sayangku. Eh, esok takde planning ke? Kan birthday Ir?” 

“ Hah, ni aku nak discuss dengan kau ni. Esok aku ingat nak buat surpriselah. Kau follow ea?” 

Wah, surprise ape?” Dina bertanya dengan penuh minat. Puteri tersengih dan mengangkat kening. 

“ Adalah. Just wait and see” 






Perlahan Puteri dan rakan-rakan Irfan yang lain menapak ke bilik kuliah B. Mereka sudah merancang supaya Irfan pelajar pertama yang datang ke kelas ganti , kononnya….. semua sudah dirancang. Puteri mendahului rakan lain memegang sebiji kek ditangan. 

“ Okeh, yang lain masuk lepas aku tau. Aku follow belakang Puteri dulu” Zahim memberi arahan, kerana dia selaku perancang program hari ini dan merangkap videographer. 

“ 1, 2…3……. Surprise!!!!!!!!!” Zahim menolak daun pintu dan suasana dewan kuliah yang gelap jadi terang benderang. 

“ Astagfirullahalazim!” Puteri tergamam di muka pintu. Kek ditangannya terlepas ke lantai. 

Zahim dan lain-lainnya juga turut sama terdiam. Irfan pantas bangun dan membetulkan butang bajunya. Si kekasih yang sudah separuh baju terbuka pantas melindung diri dengan beg. Bajunya dikemaskan. 

“ Puteri……” Irfan bergerak ke arah Puteri. Puteri memandang wajah Irfan bagai tidak percaya dengan apa yang baru disaksikan sebentar tadi. Tangannya di angkat tinggi dan didaratkan di pipi Irfan. 

“ Kalaupun awak tak malu dengan saya, dengan kawan-kawan lain. Malulah dengan Allah. Jijik saya dengan lelaki macam awak!” usai berkata-kata , Puteri melangkah keluar dari dewan kuliah itu dengan perasaan sebal.






Sudah sebulan Puteri menamatkan pengajiannya. Dia pulang ke kampung dengan menjeruk rasa. Berita perpisahan antara dia dan Irfan sudah dikhabarkan pada keluarganya. Bila ditanya mengapa, Puteri hanya katakan, sudah tiada jodoh. Malas dia mahu membuka buruk orang lain. Biarlah dia sorang yang tahu sebab sebenarnya. 

“ Ibu , lepas ni kalau sesiapa masuk minang orang, ibu terima jelah. Malas nak fikir lagi” Puteri bersuara ketika mereka menikmati minum petang. Ibu bapa Puteri saling berpandangan. 

“ Lah, pulak? Betul ni, sesiapa pun?” 

Puteri hanya mengangguk lemah. Ibu Puteri tersenyum dan mengusap kepala anaknya perlahan. 

“ Jangan kerana seorang lelaki, anak ibu ni kecewa sampai macam ni sekali. Tak kanlah ibu nak terima sembarangan. Buatnya orang tua ganyut yang merisik, tak ke naya tu?” 

“ Oklah tu ibu. Package, ibu dapat menantu lanjut usia, botak, buncit.. untung-untung billionaire. Nanti menantu ibu tu panggil ibu mak.. hahahahahaa” Puteri ketawa kuat disambut oleh ayahnya. 

“ Eishhh, mengarutlah. Janganlah.,. eii geli” ibu Puteri sudah membuat muka loya. Puteri tersengih. 

“ Oklah ibu, Puteri serius tadi. Terima je sesiapa yang merisik anak ibu ni, kalau ibu rasa dah berkenan ok? Sekarang tuan Puteri nak masuk ke bilik, dan beradu. Selamat malam” 

Puteri mengucup pipi ibunya sebelum bangkit dan menyalami tangan ayahnya. Kemudian dia menghilang disebalik pintu bilik. Saat menghempaskan tubuh di atas katil, hatinya tidak semena dirudung sebak. Entah mengapa sukar benar dia membuang Irfan dari hatinya. Percintaan selama hampir 7 tahun, siapa yang tak sedih. Hurm..






“ Awak tak jemu ke call saya hari-hari?” 

Terdengar ketawa Zack dihujung talian sana. Bertahun-tahun lelaki itu tidak pernah jemu menghulurkan salam persahabatan pada Puteri. Sudahnya, hujung tahun lepas , Puteri akur. Sekadar berkawan, tidak lebih dari itu.
Nope. I’m deadly happy to hear your voice” Zack bersuara ceria. Puteri mencebik. 

“ Urm… yelah…” 

“ Kenapa ni, macam moody je? Suara pun lain. Qaseh nangis ea?” 

Terkejut Puteri dengan tekaan Zack yang tepat. Tapi dia lebih terkejut tatkala lelaki itu memanggilnya Qaseh.
“ Erm.. taklah. Kenapa panggil saya Qaseh?” 

“ Saja. Tak boleh ke?” 

“ Erm.. pelik. Nama saya kan Puteri? Tak pernah ada orang panggil saya Qaseh” 

“ Entah, tiba-tiba terasa nak panggil awak Qaseh.Saya ikut kata hati.Lagipun, tak melambangkan apa-apa. Cuma lambang kasih pada seorang sahabat. Tak salah kan?”  

Puteri menarik nafas lega. Dia fikir lelaki itu tahu bahawa nama penuhnya Puteri Qaseh. Herm..tepat pulak kata hati mamat ni.  

“ Urm, ok. Up to you. Oklah, saya nak tidur, dah malam” 

“ Ok, Qaseh. Good night. Esok kita chat ym ok?” 

“ Ok” Jawab Puteri ringkas sebelum masing-masing berutus salam dan talian dimatikan. Puteri memandang telefonnya kemudian tersenyum. Selesa dia  berkawan dengan lelaki bernama Zack ini. Baik, dan memahami.






“ Betul ni sayang nak terima pinangan tu?” soal ibu lagi buat kali ke sepuluh rasanya. Puteri tersenyum tawar. Kemudian mengangguk perlahan. Hatinya sudah redha, benar-benar redha. 

“ Ibu terima jelah ya. Puteri ikut je. Puteri kan dah cakap, siapa yang baik di mata ibu, baiklah di mata Puteri. Oklah, Puteri naik bilik dulu ya” 

Puteri bersandar lemah di kepala katil. Dirinya sudah dilamar, dan dia pun sudah bersetuju, namun tiada rasa bahagia dalam hatinya. Mengapa? 

“ Mana awak pergi Zack?” bisik hati Puteri saat dia menghidupkan icon Yahoo Messeger yang sepi tanpa sebarang pesanan baru. Hampir sebulan sudah Zack menghilang tanpa khabar berita. Hatinya tiba-tiba dijentik rasa rindu pada lelaki itu. Tidak dapat dinafikan, selama hampir setahun mengenali Zack, hati Puteri semakin terpaut. 

Puteri mengeluh berat. Yahoo Messenger ditutup dan pautan blog dibuka. Dia ingin mencurahkan isi hati. 


Hari ini ibu khabarkan pada aku bahawa ada seorang pria yang melamar aku buat dijadikan suri untuknya. Aku? apa lagi yang boleh aku katakan. Itu sudah janjiku. Siapapun yang baik di mata ibu, akan aku terima.

Tapi, hati ini bagai tidak rela. Mimpi ku diharap menjadi nyata. Pria yang ku kenali selama setahun ini, ku harap akan datang melamar aku. Pasti akan ku terima pinangannya. Dia pria yang baik, mengisi hari-hari duka ku dengan sejuta kegembiraan. Sungguh, aku mencintainya.

Tapi mimpi hanya mimpi. Kurang sebulan sahaja lagi aku akan diijab kabulkan. Si dia? Entah kemana menghilang. Terus lesap bersama angan-anganku bersama semilir angin lalu. Doakan aku, akan bahagia bersama bakal suamiku nanti. Insyaa Allah.Amin.





“ Kak Puteri. Senyumlah sikit. Tak pernah dibuat orang pengantin masam macam ni tau” Qairina menegur sepupunya yang langsung tidak ceria di hari bahagianya. Puteri hanya tersenyum tawar. Mana ada bahagia dik, bila hati tak pernah rela? 

“ Assalamualaikum” Dina menyapa saat masuk ke bilik pengantin. Puteri sekali lagi tersenyum, kali ini lebih ikhlas. 

“ Ingat kau tak datang?” 

“ Datanglah, mana boleh tak datang, kawan baik aku nak menikah kan. Eh, hensem dak suami kau tu?” 

Puteri hanya mencebik dan mengangkat bahu. Entah, ibu ada memberi gambar padanya seminggu yang lalu, namun sebelah mata pun Puteri tidak pandang. Terus dimasukkan ke dalam kotak dan disimpan dalam stor. 

“ Apalah kau ni, suami sendiri pun tak tahu. Takpe , biar aku pergi siasat sendiri. Pengantin lelaki dah sampai tu. Aku keluar dulu ea” 

Puteri hanya tersenyum dan menggeleng. Meriah betul temannya sorang ini. Puteri menanti dengan sabar majlis akad, hinggalah tiba upacara pembatalan air sembahyang. Dadanya dihurung debar. 

“ Assalamualaikum” pengantin lelaki menyapa. Puteri mengangkat wajah. Suara itu kedengaran familiar ditelinganya, namun tatkala melihat wajah lelaki itu, dia tidak pasti. Di mana mereka pernah bertemu?




Puteri masih malu untuk berduaan dengan suaminya. Segalanya pergerakannya seakan terganggu, kerana sedari tadi suami yang baru dinikahi itu tidak lepas memandangnya. Usai solat berjemaah, Puteri ingin melangkah ke luar bilik, malu untuk terus berada di situ bersama suaminya. Namun, suaminya menarik tangan Puteri agar duduk bersamanya. Puteri mengeluh, terpaksa akur. 

“ Gelisah je isteri abang ni. Kenapa, takut dengan abang ya?” 

Puteri mengetap bibirnya. Dia benar-benar malu. Wajahnya ditundukkan. 

“ Sayang mesti belum tahu nama abang kan? Ibu kata , sayang langsung tak ambil tahu semua persiapan. Tahu-tahu je kawin” 

Puteri mengangkat wajahnya, dan menguntum senyuman hambar. Terasa bersalah pula. 

“ Err.. nama awak.. apa?” 

“ Awak?” suami Puteri mengulang soalan. 

“ Erm.. ab…abang..” malu-malu Puteri menyebutnya. Suami Puteri tertawa kecil. 

“ Baru sedap dengar. Nama abang Zainal Haris” 

“ Oh…..” Puteri mengangguk perlahan. Sedap jugak nama suami aku… huhu….. 

“ Sayang ni betul ke tak kenal abang? Suara abang ni, tak dapat cam ke?” soal Zainal Haris. Puteri berkerut kening. Jadi betullah mereka saling mengenali. Tapi siapa dia? Puteri menggeleng kepala perlahan. 

Short term memory lost kot sayang ni. Atau memang dah lupakan abang, hurm Qaseh?” 

Buntang mata Puteri mendengar panggilan itu. Dia menekup mulut. Wajah suaminya ditelek. Dipusing ke kiri dan ke kanan. Biar betul. Zack?? 

“ Abang… betul ke ni? Zack?” 

Zack tersenyum dan mengangguk. Pipi isterinya dicuit dan dielus perlahan. Puteri memegang dadanya yang berdebar. 

“ Tapi…. Macam mana… abang boleh … nanti kejap. Mana abang menghilang selama sebulan? Langsung tak ada khabar berita?”

Zack ketawa lagi. 

“ Abang pergi membawa diri kot? Hehe.. tak.. saja abang hilangkan diri. Ada je sebenarnya. Hari-hari abang baca blog sayang. Baca semua luahan hati sayang” 

Puteri menjeling suaminya. Lengan Zack dicubit geram. Aduh, malunya! 

“ Jahatlah abang ni. Buat malu je….” 

“ Abang sebenarnya hilangkan diri , untuk cari jawapan pada hati abang ni. Abang nak pastikan yang abang betul-betul cintakan sayang dengan ikhlas. Memang, selama sebulan kita tak berhubung, tuhan jelah tahu betapa rindunya abang pada sayang. Dan, abang sangat-sangat tak sangka, sayang juga ada perasaan yang sama pada abang” 

Puteri tertunduk malu. Benar, dia mencintai lelaki ini. 
 
“ Erm… malunya… abang ni, tak baik tau. Puteri dah pasrah je, entah siapa-siapa calon yang ibu terima. Buatlah lagi macam ni, naya je kalau Puteri terima pinangan orang lain tau!” 

Zack ketawa kuat. Isterinya ditarik dalam dakapan dan pipi Puteri dikucup penuh kasih. 

“ Abang tak risau dah, Qaseh abang ni dah jadi milik abang pun. I love you sayang” 

Puteri mencuit hidung suaminya geram. Namun hatinya bahagia. Akhirnya impian dan mimpi menjadi nyata. Si pria yang diidamkan sudah berada di depan mata. 

“ Love you too. Jap ea, nak update blog!” Puteri sudah melonjak bangun dan mencapai latop miliknya. Zack berkerut dahi namun hanya membiarkan. 

“ Sayang ni, first night kita pun nak update blog. Tak syok lah” 

Puteri sudah tersengih dan bersandar ditubuh suaminya. Laman blog dibuka. Zack hanya menggeleng. Tubuh isterinya dipeluk erat, dan membiarkan Puteri menaip di blog kesayangan.

Si Puteri sudah tidak bermuram durja, kerana segala impian menjadi kenyataan. Pria idaman sudah berada didepan mata, sah sebagai suami dan teman hidup selamanya. Terima kasih atas doa semua. Qaseh dan Pria idaman sudah bersatu hati, bertemu jiwa dan raga. Doakan kebahagiaan kami, Insyaa Allah. Amin.

“ Ok done!” ucap Puteri sambil tersengih. Zack tersenyum. Latop diribaan isterinya di ambil dan ditutup. Kemudian ditolak ke atas meja di sisi katil. Wajah isterinya kembali dipandang. 

“ Sesi perkenalkan diri dah, luah perasaan dah, update blog dah, sekarang apa sayang rasa we should do?” soal Zack begitu perlahan di telinga Puteri. Pelukan ditubuh isterinya semakin kejab. Wajahnya begitu dekat. 

“ Hurm… tidurlah. Apa lagi. Good Night abang” Puteri pura-pura tidak mengerti dan terus menutup wajahnya dengan bantal. Zack ketawa kuat. Lampu tidur dipadam , bantal diwajah isterinya di alih. Mata mereka bersatu. Puteri menggigit bibir menahan malu. Zack tersenyum dan mengucap salam sebelum melayari bahagia bersama isteri yang tercinta.

1 comment:

  1. Assalamualaikum....saya dah baca semua cerpen awak...
    best sesangat....
    ada sedih...
    sampai saya menangis....
    huhu....
    terasa sampai ke dalam hati....hahaha...
    paling best part sweet dia tu...
    Allahu....best sngt2...
    tersenyum sorang2 bila baca....
    saya doakan awak terus maju dalam bidang penulisan ini ya...
    Aamiinnn.....:)

    ReplyDelete

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.