Saranghae,Tengku!










Qaseh Irdina merenung iklan jawatan kosong di tangannya itu. Kemudian dia mengurut-ngurut dagunya dengan penuh kemusykilan.

“ Boleh caya ke ni Hana?”

Hana mengangguk perlahan. Dia bangkit dan duduk di sebelah Qaseh.

“ Bos aku ni dah 49 kali tukar PA kau tau tak? So, untuk percubaan kali ke 50 ni, aku cadangkan kau pergi. Kalau ikut firasat akulah, Tengku tu, orang terpilih macam kau je boleh handle”

“ Ceh, ape maksud kau sebenarnya ni?”

“ Just wait n see” ucap Hana sambil tersengih-sengih. Qaseh menggeleng tidak faham. Tapi dia memang nak pekerjaan ini. Gaji enam angka tak termasuk elaun n overtime. Gila best! Kalau sekadar jadik orang kanan Tengku, ikut dia pi sana sini, dah ada gaji besar macam ni, sape tak nak kan?

***********************************

Perlahan Qaseh menapak masuk ke rumah mewah itu. Fuhh, besar tak hengat! Ni kalau main lari-lari kompem putus nyawa. Ok, aku merepek lagi.

“ cik Qaseh. Tengku dah tunggu di dalam. Silakan”  seorang wanita lengkap bersut hitam menyapa Qaseh dengan senyuman manis. Qaseh hanya melempar senyum, namun dalam hati dia menahan debar. Entah macam mana rupa tengku tu. Muda ke, tua ke. Fuhh… ~
“ Assalamualaikum” Qaseh masuk ke bilik yang seakan pejabat itu dengan sopan dan langkah penuh teratur. Al Maklum, nak kena interview, haruslah tunjuk ciri-ciri gadis melayu. Cittt!

“ Have a seat”

Qaseh mengangguk dan duduk di sofa tidak jauh dari seorang lelaki. Tu ke Tengku nya? Qaseh tidak begitu yakin sebab lelaki itu menunduk seakan sedang menulis sesuatu di atas meja. Qaseh menanti dengan penuh sabar. Hampir sepuluh minit, baru lelaki itu bangun dan duduk dihadapan Qaseh. Qaseh menyimpul senyum.

3 word. Kacak, hensem. Adorable. Eh?

“ So, apa istimewanya awak untuk saya ambil sebagai pekerja saya?”

Tergamam Qaseh dengan soalan itu. Ceh harap muka hensem, tapi belagak je. Patutlah berpuluh PA lari. Qaseh menguntum senyum lagi.

“ Urm, kena lah bagi saya kerja dulu, baru Tengku tahu betapa istimewanya saya ni” hehe. Bijak tak jawapan aku? Tapi for sure, kalau itu yang dia jawab, pasti akan berjaya buat Tengku berubah wajah. Qaseh masih menguntum senyum walau jantungnya berdegup laju macam nak pecah bila tengok muka Tengku yang serius. 

"Saya...

"Its okay. Saya tak perlukan jawapan itu sekarang."

Qaseh mahu sahaja mencebik. Kerek duh!
 
“ Resume?” Qaseh mengangguk. Fail  biru ditangannya dihulur pada Tengku Syaheed Iskandar. Seketika lelaki itu menelitinya.

“ Hurm, I’m Impressed. Dah ada kelulusan yang baik macam ni, kenapa perlu apply jadi PA?”

“ Saja, mencuba sesuatu yang baru. Lagipun, syarikat Tengku merupakan syarikat pembinaan yang berjaya. Mungkin saya boleh timba pengalaman sebelum menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang sesuai dengan saya” 

Tengku Iskandar tersenyum sinis. Dia bersandar di sofa dan kaki disilangkan.

“ Sound like awak ada cita-cita nak berhenti cepat je. Cadangnya nak kerja dengan saya berapa lama? Setahun, sebulan. Or, seminggu?”

“ errr.. takk.. bukan tu maksud saya… “

“ Well. I don’t care. Cik Qaseh Irdina, awak dilantik menjadi PA saya, starting now. Setuju?"

Qaseh terkebil-kebil. Macam itu saja?

"Setuju?" Soal Tengku Iskandar lagi.

Qaseh mengangguk. "Setuju tengku."

Kelihatan lelaki itu mengukir senyum dan mengangguk. 

"Awak nak berhenti kerja, or whatsoever, saya tak kisah. Tapi dari contract yang telah awak tandatangani semalam dengan setiausaha syarikat, saya rasa awak dah tahu syaratnya kan?”

Qaseh berkerut dahi. Eh, kontrak? Qaseh membuka failnya dan menyelak kembali borang yang ditandatangani semalam. Mencari-cari kontrak yang dimaksudkan. Kemudian dia terlopong. Kenapa aku tak baca syarat dan kontrak  ini semalam???

“ Looks like you tak aware dengan syarat tu. Awak diikat satu tahun untuk bekerja dengan saya. If dalam tempoh satu tahun itu awak tarik diri, awak perlu membayar 50ribu ringgit sekurang-kurangnya dengan sekali bayaran. Itu lawyer yang cakap. Bukan saya”   ucap Tengku Iskandar sambil tersenyum dan ketawa sinis. 

"Mm...mana boleh Tengku buat syarat macam ini? Saya tak mahulah!"

Tengku Iskandar menghela nafas perlahan. Dia mengeluarkan telefon pintarnya, kemudian meletakkannya di atas meja. Mata diarah kepada Qaseh.

"Saya ada bukti yang awak bersetuju untuk bekerja dengan saya. Jadi, tiada sebarang paksaan. Sama ada awak teruskan bekerja atau ingin berhenti, terpulang kepada awak. Saya tak rugi apa-apa."

Habis sahaja ayatnya, Tengku Iskandar bangun dan dan membutang kot yang tersarung pada tubuhnya. Wajah Qaseh dipandang dengan senyuman lebar.

"Jika awak pilih untuk terus bekerja dengan saya, esok jam 7.30 pagi saya nak awak dah sampai. Kita ada meeting di Putrajaya. Don't be late. Jangan buat perkara yang saya benci."

Kemudian, dia berlalu. Meninggalkan Qaseh yang masih terpinga-pinga.

Qaseh pula masih terlopong tatkala mendengar rakaman suara mereka berdua dari telefon pintar itu. Ah, tak guna. Qaseh mengetap bibirnya geram. Patutlah! Patutlah tak pernah ada pekerja yang tahan dengan kau Tengku! Eiiiii, menyampahnya aku!

*************************************

Qaseh Irdina mempamer riak bosan. Hari ini dia menemani Tengku Iskandar dalam satu majlis bersama pelabur dan pemilik syarikat gergasi dari dalam dan luar negara. Semuanya bergaya korporat. Wanita-wanitanya juga tidak kurang yang seksi. Macam tak pakai baju pun ada.

“ Aduh , bosannyaaa!” Qaseh menjerit dalam hati. Sejak dari tadi dia ditinggalkan bersendirian di meja itu. Lenguh kaki mahu berdiri disamping Tengku Iskandar. Dia meminta izin untuk makan, dan dizinkan. Sudahnya, dia melepak sahaja apabila Tengku Iskandar tidak kisah dia tidak ada disisi. Makanan yang ada pun sudah tidak mampu ditelan. Sejak dari tadi dia mengunyah. Qaseh memerhati Tengku Iskandar yang sedang bergelak tawa dengan seorang pelabur.

“ Handsomenya bos aku ni” detik Qaseh dalam hati. Kemudian dia tersenyum sendiri. Antara sedar dan tidak, sudah masuk sebulan 5 hari dia bergelar PA pada Tengku Iskandar. Azabnya Tuhan sahaja lah yang tahu. Memang bosnya itu tergolong dalam insan2 yang deadlist! Kalau tak cukup kesabaran dalam hati, dah lama arwah dia kerjakan agaknya lelaki itu.

“ Hai….” Satu suara menyapa. Qaseh hanya melempar senyum, namun tidak berminat untuk beramah mesra.

“ I Fareez Haikal. You?” lelaki itu menghulur tangan, namun sekali lagi Qaseh menjawab dengan senyuman dan kepalanya diangguk sedikit tanda perkenalan.

“ Qaseh” dia menjawab ringkas. Lelaki itu mengangguk.

“ Tak silap I, you PA Tengku Iskandar right?”

Angguk lagi. Heishh.

“ Untung Tengku dapat PA secantik awak. Manis, sejuk mata memandang”

Qaseh menjeling lelaki itu sekilas. Eish, miangnya! Gerun Qaseh melihat pandangan mata lelaki itu yang begitu tajam, macam nak tembus pada tubuhnya.

“ Err, sorry. Excuse me. I nak pergi ladies” ucap Qaseh dan cepat-cepat bangun. Dia mengurut dada menarik nafas lega dapat menjauhi lelaki gatal itu.

**********************************

“Arghhhh!!”

Qaseh menjerit sekuat hati tatkala tubuhnya di seret ke satu sudut kecil. Namun mulutnya pantas ditekup. Tubuhnya dihimpit kuat. Tadi sewaktu keluar dari tandas, dia terkejut kerana Fareez Haikal menanti dihadapan pintu. Lelaki itu cuba memeluk pinggangnya , namun Qaseh pantas menepis. Mungkin kerana berang, lelaki itu nekad menarik Qaseh secara paksa begini.

Qaseh meronta cuba melepaskan diri. Rasa lemas tatkala seluruh wajahnya dijelajahi dan dicumbui lelaki durjana itu.

“ Stay away from her!”

Satu teriakan dari belakang mematikan perbuatan Fareez Haikal. Dia pantas berpaling. Tanpa amaran wajahnya ditumbuk. Fareez tersungkur dilantai. Qaseh tertegun melihat Tengku Iskandar yang tiba-tiba muncul. Namun dalam hati dia berterima kasih.

Tengku Iskandar membuka sut miliknya dan disarungkan ke tubuh Qaseh. Qaseh terpaksa menyambutnya memandangkan baju miliknya sudah terkoyak di bahagian bahu akibat rentapan kasar Fareez Haikal sebentar tadi.

“ Kau silap nak bermain api dengan aku , Iskandar!”  Fareez Haikal mara dan melepaskan tumbukan padu di muka Tengku Iskandar. Tidak cukup dengan itu, Perut lelaki itu ditumbuk kuat.

Qaseh terkejut. Melihatkan bosnya yang dibelasah, Qaseh jadi hilang pertimbangan. Dia mencapai kasut tinggi miliknya dan mengetuk kepala Fareez Haikal. Lelaki itu menyeringai. Wajah Qaseh ditenung dengan penuh amarah.

“ Kau main-main dengan aku?? Sesuka hati kau nak pukul bos aku kan?? Ambik kau!” dengan ilmu taekwando yang ada Qaseh melepaskan tendangan ninja di celah kaki Fareez Haikal, lebih tepat di tabung buat anak-anaknya nanti. Hah, kurang hajar lagi dengan aku, ni makan dia!!

“ Ughhfff” Fareez Haikal terduduk senak. Qaseh menarik nafas puas dan leka. Pantas dia mendapatkan Tengku Iskandar yang sedang dalam kesakitan.

“ Tengku, bangun . Sakit ke? Saya minta maaf. Salah saya … “ Qaseh mengutarakan risau. Tengku Iskandar bangkit dengan berpaut pada bahu Qaseh. Qaseh berkerut kening. Rasa semacam je walaupun beralas. Woi, sesuka hati pegang aku. Ni dikira darurat tak? Qaseh mengomel dalam hati namun dia tetap membantu Tengku Iskandar hingga ke kereta.


******************************

Qaseh Irdina membasuh luka di wajah Tengku Iskandar dengan penuh berhati-hati. Sudah puas dia mengajak lelaki itu untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik, namun lelaki itu menegah. Dia bimbang sekiranya perkara itu sampai ke pihak media. Maklumlah, orang femes!

“ Tengku tak ada doktor peribadi ke? Macam selalu saya tengok dalam tv tu, orang kaya-kaya ni doktor selalu datang rumah”

Tengku Iskandar mengangguk kemudian menggeleng. Eh, mana satu ni?

“ Ada, saya ada doktor panel. Tapi tak relevan rasanya saya nak panggil dia datang dalam waktu macam ni, semata-mata nak rawat luka kecil macam ni”

“ Ohh... betul jugak!" 

Kapas kotor di buang ke dalam plastik. Perlahan dia mengambil plaster dan menampal di tulang pipi Tengku Iskandar. Kemudian luka dibahagian bibir Tengku Iskandar pula dibersihkan. Disebabkan posisi duduknya yang bertentangan dengan luka itu, Qaseh terpaksa mendekatkan wajahnya.

Tengku Iskandar menahan gelora dihatinya. Wajah bujur sirih dan putih milik Qaseh begitu dekat dengannya. Tercium haruman yang dipakai wanita itu. Hatinya bergetar.

Qaseh yang perasan mata Tengku Iskandar yang asyik merenungnya, pantas menjarakkan diri. Dia berdehem beberapa kali bagi mengembalikan bosnya itu yang seakan terleka.

“ Erm.. dah sudah?” soal Tengku Iskandar sedikit tergagap. Qaseh tersenyum dan mengangguk. Ubat mencuci luka dan barang-barang lain dikemas. Kemudian di letakkan di atas meja. Dia berkira-kira untuk keluar dari bilik lelaki itu, namun dia tersedar.

“ Err tengku. Actually, saya nak say thanks pada tengku sebab tolong saya tadi. Kalau tak mesti dah selamat dah saya” ucap Qaseh seraya tersengih malu.

“ Welcome… but….”

But? But what? Sedikit pelik Qaseh melihat wajah lelaki itu yang seakan menyembunyikan tawa. Jelas senyuman yang cuba dikawal.

“ Dari mana awak belajar skill tendangan tu ya? Silap hari bulan boleh maut tu” terhambur juga ketawa Tengku Iskandar saat mengingati insiden tadi. Dia sendiri terkejut melihat tindakan Qaseh yang menendang Fareez Haikal.

Qaseh menggingit bibirnya. Malu bercampur geram.

“ Err… tengku ni. Perli saya pulak. Saya bukan apa , saya geram je tadi. Suka hati dia nak belasah tengku macam tu. Sebab tu lost control tadi. Selayaknya lelaki gila macam tu dapat habuan. Tu kira baik saya tak heret dia pergi balai. Buat report kan, senang. Biar masuk jail terus” Qaseh terus meluahkan perasaan , terlupa sebentar dengan siapa dia berbicara sekarang. Dengan gaya tangannya menumbuk dan dahi berkerut-kerut, serius betul!

Tengku Iskandar ketawa lagi.

“ Tak sangka PA saya ni garang. Lepas ni saya tak perlukan bodyguard kot. PA saya pun dah menggerunkan”  Tengku Iskandar berseloroh. Qaseh tersengih namun dalam hatinya malu , geram, marah semua ada. Terkesan dengan sindiran itu.

“ Heh, tengku jangan main-main dengan saya. Tu baru sikit skill saya tunjuk. Betul tu tengku, tak payah hire bodyguard. Saya boleh jadi pengawal tengku. Tapi dengan syarat, gaji saya dinaikkan tiga kali ganda. Ada bran?”

Qaseh tersengih. Malam ni dia jadi mesra pulak dengan bosnya yang satu ni. Macam berbual dengan best friend. Tengku pun boleh bergurau rupanya, siap ketawa lagi. Qaseh fikirkan selama ini lelaki itu tidak berperasaan. Tengku Iskandar ketawa dan menjentik dahi Qaseh.

“ Awak ni makin dilayan makin mengarut kan? Dahlah, saya nak tidur. Awak nak balik ke? Kalau nak balik suruh driver saya hantar”

Qaseh mengetap bibir. Dia mengerling jam ditangan. Sudah melepasi angka 12 malam.

“ Err, saya nak tidur sini boleh? Housemate saya belum balik dari kampung dia. Saya scary sikitlah nak tinggal rumah tu sorang-sorang. Lagipun dah malam sangat ni, kesian uncle nak kena hantar saya, jauh tu”

Tengku Iskandar hanya mengangguk. Dia tidak kisah. Qaseh sudah sering tidur di sini, terutama bila mereka perlu berurusan sabtu dan ahad. Di rumah Tengku Iskandar mereka tidak hanya mereka berdua. Terdapat uncle sebagai driver, mat tukang kebun, dilla pembantu rumah dan rosnah tukang masak. Jadi tiada masalah untuk Qaseh menumpang tidur.

Qaseh tersenyum lega. Dia bangkit dari sofa dan bergerak ingin keluar dari bilik.

“ Nak pergi mana tu?” soal Tengku Iskandar.

“ Err.,,, tidurlah. Kenapa tengku?”

“ Kata nak tidur sini? Jomlah tidur. Katil saya luas tu” Tengku Iskandar sudah tersenyum nakal. Qaseh membeliakkan mata dengan gurauan kurang pandai itu.

“ Eihh, tengku ni!!” Qaseh menjerit tidak puas hati dan membaling kusyen kecil tepat ke arah Tengku Iskandar. Mujur lelaki itu menangkapnya.

“ Dah pandai lawan bos ea?” soal Tengku Iskandar. Qaseh mengetap bibir. Terlupa dihadapannya itu adalah bos. Qaseh hanya tersengih dan mencicit lari keluar dari bilik. Tengku Iskandar tersenyum. Dia tidak marah, tetapi terhibur dengan gelagat PA nya itu. ‘Qaseh..Qaseh..’
******************************

Qaseh mempamer riak bosan. Jadual Tengku Iskandar yang terhidang dihadapan matanya kini dipandang lama. Teater? Peh, bosan! Memang sejak dari azali, dia tak berminat dengan teater. Tengok wayang pun dia boleh tidur, inikan pula layan teater. Teater bangsawan pulak tu! masak, masak.

“eii,, tak nak pergi” rungut Qaseh dalam hati. Ingin menyuarakan hasrat hati pada Tengku, dia tidak berani. Dari pagi tadi lelaki itu asyik saja marah. Moody. Datang bulan agaknya! Eh?

“ Qaseh, cepat, tengku dah turun” uncle menegur Qaseh yang masih bersantai di pantry. Qaseh terkocoh-kocoh bangun dan berlari anak bersama uncle. Diwaktu mood tengku yang tak baik ni, kena jaga hati dia. Kalau tak, sia-sia kena tengking free.

Sepanjang perjalanan masing-masing mendiamkan diri. Angin apa yang menyerang bosnya itu, Qaseh tidak tahu. Pagi tadi, setelah kehadiran seorang wanita dipejabat, mood Tengku Iskandar serta merta berubah.

“ Stop uncle! “ tengku Iskandar tiba-tiba bersuara. Uncle memberhentikan kenderaan di bahu jalan. Majikannya di kerusi belakang dikerling. Begitu juga dengan Qaseh. Dia memandang Iskandar.

“ Cancel pergi teater tu. Saya tak ada mood nak pergi” ucap Iskandar. Wajahnya bagai tersembunyi seribu satu kedukaan dan keresahan. Iskandar meraup wajahnya berkali-kali.

“ Kita balik tengku?” soal uncle mendapatkan kepastian . Lama Iskandar diam sebelum kembali bersuara.

“ Saya nak jumpa ibu” jawab Iskandar ringkas. Dia bersandar dan memejamkan mata. Uncle mengangguk faham sementara Qaseh kebingungan. Ibu? Siapa?

***************************

Qaseh Irdina tertegun melihat Tengku Iskandar yang benar-benar berubah karekter ketika ini. Lelaki itu bertukar ceria dan gembira berada di teratak raudhah. Hilang raut wajah yang serius, kesedihan, kedukaan, segalanya hilang. Hanya senyuman yang terukir di wajah lelaki itu sedari tadi.

“ Qaseh, kenapa termenung ni?” sentuhan lembut dibahunya menyentakkan lamunan Qaseh. Qaseh menguntum senyum.

“ Seronok tengok tengku tu mak engku. Happy je dia”

“ Panggil ibu saja”

Qaseh tersenyum lagi dan mengangguk.

“ Is memang macam tu. Kalau datang sini, suka bermain dengan anak-anak ibu tu. Tengoklah tu, macam budak-budak” ketawa Engku Mariam melihat Tengku Iskandar yang sedang berebut bola dengan salah seorang penghuni rumah anak yatim ini.

“ Dah lama rumah ni dibuka?”

“ Adalah 8 tahun. Rumah ni atas nama Is, ibu uruskan saja. Lagipun, ibu memang sukakan budak-budak”

Qaseh mengangguk faham. Seketika masing-masing diam melayan perasaan.

“ Qaseh nak tahu sesuatu?” Qaseh berkerut dahi namun mengangguk. Mak Engku tersenyum.

“ Dalam berpuluh-puluh PA is, Qaseh je yang pernah sampai ke rumah ni tau. PA lain semua tak pernah bertahan lebih dari seminggu”

Terkejut Qaseh mendengarnya.

“ Tak lebih seminggu? Habis tu kena bayar ganti rugi lah?”

“ Ganti rugi apa?”

“ Yelah, dalam contract , if nak berhenti dalam tempoh masa kurang dari setahun, kena bayar 50ribu pada tengku”

Engku Mariam ketawa besar mendengarnya. Kemudian dia menggeleng kepalanya.

“ Is, is. .. mana ada Qaseh. Dulu PA dia kerja tak pernah ada sign kontrak macam itu. Mungkin dengan Qaseh je dia buat macam tu kot”

Qaseh mencebik. Ceh, kurang asam punya tengku. Berani dia buat syarat macam tu. Mungkin tengku dah serik bertukar ganti PA.

“ Hurm. Siapa je yang tahan dengan Tengku tu, ibu. Perangai dia nauzubillah. Tuhan jelah tahu betapa horrornya kena jadi orang kanan dia ibu. Qaseh ni disebabkan terikat dengan kontrak je, kalau tak dah lama cabut”

Mak Engku kembali ketawa. Dia mengusap tangan Qaseh perlahan.

“ Is tu baik Qaseh. Percayalah cakap ibu. Bila Qaseh kenal dia lagi lama, mesti Qaseh akan faham. Lagipun dia tu baru putus kasih. Sebab tu agak prejudis sikit dengan perempuan”

Qaseh mengangguk tanda faham. Dia tahu akan cerita tengku Iskandar putus tunang. Bahkan satu Malaysia sudah tahu. Berita itu sudah tersebar di mana-mana.

“ Oh, maybe Engku Arissya yang datang pejabat pagi tadi. Rasanya lah. Sebab tu tengku bad mood” Qaseh membuat andaian. Engku Mariam hanya menjungkit bahu.

“ Ibu, nak air” Tengku Iskandar menyertai mereka dengan nafas seakan lelah. Wajahnya basah dengan peluh. Engku Mariam tersenyum dan menuang segelas jus mangga dan dihulur pada Tengku Iskandar. Sekali teguk air itu licin. Eii, rakus!

“ Anak ibu tidur sini boleh? Malam ni ada aktiviti. Adik-adik mesti suka kalau Is ada”

“ Is kerjalah ibu” jawab Is ringkas. Dia merebahkan kepala di ribaan Engku Mariam. Qaseh menguntum senyum melihat bosnya yang manja dengan wanita itu. Terkejut pun ada. Tak sangka!

Engku Mariam mencebik dan mengelus perlahan rambut Iskandar.

“ Alah, nak fikir kerja, sambil bila-bila tak habis Is. Tidurlah sini. Qaseh boleh kan? “

“ Errr.. Qaseh ikut Tengku je”

“ Ha…. Tengok. Qaseh pun tak kisah. Is pun….” Engku Mariam tidak menghabiskan kata-katanya. Dia tertawa kecil.

“ tengok Qaseh, bertuah punya budak. Kita bercakap dia tidur pulak” ucap Engku Mariam. Qaseh turut mengerling pada Tengku Iskandar yang sudah lena diribaan wanita itu. Qaseh hanya mampu tersenyum.

*******************************

Pagi lagi Qaseh sudah turun. Cadangnya mahu berjalan di pantai sebelum pulang tengah hari nanti.Saat menapak hingga ke hujung tanjung, Qaseh tersenyum melihat kelibat Tengku Iskandar yang sedang bertenggek di atas batu , dengan gitar ditangan. Lelaki itu di sapa dan mereka berbalas senyuman. Tanpa menunggu di pelawa, Qaseh melabuhkan punggung di sisi Tengku Iskandar.

“ Tak sangka bos saya ni berhati kapas juga”

Dahi Tengku Iskandar bertaut. Pelik dengan kata-kata orang kanannya itu.

“ Maksudnya?”

“ Yelah, selama sebulan lebih saya berkhidmat untuk Tengku, baru dua hari ni saya nampak perwatakan Tengku yang … ermm.. yang apa ya?”

Qaseh diam seketika, seakan berfikir. Tengku Iskandar sekadar menggeleng. Malas mahu melayan PA nya itu. Gitar dipetik lagi, namun rentaknya kelaut. Nafas dihela kuat. Kekusutan yang terubat , kembali menerjah pelupuk hatinya.

“ Kalau diberi peluang untuk kembali menyintai orang yang pernah buat hati awak sengsara, apa pilihan yang awak buat, Qaseh? Terima atau tolak?”

Giliran Qaseh berkerut dahi.

“ Hurm… depends. Actually Tengku, menyintai dan dicintai tu, lain maksudnya. Correct me if I wrong. Tengku sedang bercakap soal hubungan tengku dengan Engku Arissya, right?”

Tengku Iskandar memandang Qaseh , kemudian mengangguk. Qaseh sekadar menguntum senyum hambar. Pepasir dikuis dengan hujung kaki. Kemudian, langit malam dipandang lama.

“ Seluruh Malaysia, bahkan seluruh dunia mungkin tahu, yang Tengku dan Engku Arissya bertunang atas dasar aturan keluarga. Kalau boleh saya tahu, Engku dengan dia memang betul-betul in love or sekadar berpura-pura depan media?”

“ Tu bukan masalah awak. Awak tak ada hak nak campur urusan peribadi saya!” Tengku Iskandar bersuara tegas.

“ Hurm.. kalau itu jawapan tengku, saya tak bolehlah nak beri jawapan pada soalan tengku tadi. Mencintai seseorang tu, kita tak akan rasa sakit bila melihat dia bahagia dengan orang lain. Kebahagiaan dia, bahagia kita juga. Tapi kalau kita tidak mencintai dan hanya membiarkan diri kita dicintai, kita akan rasa terbeban, serba salah, dan terikat antara cinta atau simpati”

“ Simpati? Maksudnya Arissya terima cinta saya hanya atas simpati, dan hanya kerana dia terikat dengan permintaan Tengku Hazran. Macam tu?”

“ Saya tahu Tengku dah cukup dewasa untuk faham semua ni”

Tengku Iskandar diam. Tidak membalas kata-kata Qaseh. Pandangan dilempar ke tengah laut. Gelora hatinya kala ini, hanya dia yang tahu. Qaseh berkeluh kecil. Perlahan dia bangkit, mahu membiarkan bosnya itu sendirian melayan perasaan.

************************************

“ Perempuan tak sedar diri!!”

Qaseh tersungkur dihujung meja. Entah nasib apa hari ini. Pagi tadi baru diherdik Tengku Iskandar, kini dia menerima tamparan pula dari Engku Arissya. Drama apa pula ni. Pipi yang terasa pedih dan panas dipegang lama. Kepalanya ditala pada Engku Arissya yang merenung tajam wajahnya. Qaseh bingkas bangun. Renungan dibalas.

“ Apa masalah Engku ni? Datang-datang nak serang saya macam ni? Datang bulan ke apa?!” serbu Qaseh. Namun soalan Qaseh tidak bersambut, sebaliknya beberapa keping gambar dilempar tepat ke wajah Qaseh.

Qaseh memejam mata , cuba menahan sabar. Jika tak sabar, dah lama perempuan di hadapannya itu makan kasut tumit tingginya. Gambar yang dilempar sebentar tadi dikutip. Huh? Gambar sewaktu dia dan Tengku Iskandar di Melaka. Pasal gambar ni ke minah senget ni mengamuk?

“ Kau jangan ingat, kau boleh ambil alih tempat aku. Tengku Iskandar milik aku sorang, faham?? Dasar perempuan murah!”

Qaseh mengangkat wajah. Berdesing telinganya mendengar kata-kata Engku Arissya sebentar tadi. Pardon?

“ Kau ulang balik apa kau cakap tadi? Aku kurang dengar” Qaseh sudah mula menunjukkan taringnya. Jangan berani nak main-main dengan Qaseh Irdina anak Haji Halim ni. Kes mulut tak ada insurans macam ni, memang patut dihadiahkan penambar barang sebijik dua.

“ What? Kau dah pekak? Aku kata kau perempuan murah, tak ada maruah! Merebut hak orang, pencacai macam kau ni, layak…aaahhhh!!”

Engku Arissya terhenti berkata-kata saat rambut mahalnya ditarik kuat oleh Qaseh. Qaseh tersenyum sinis.

“ Layak apa?  Kau cakap sekarang! Aku kau kata perempuan murah?? Habis kau ni, tang mana mahalnya tergedik-gedik cari lelaki? Nak banding maruah kau dengan kucing tepi jalan tu, aku lagi respek pada kucing , tahu tak?? Sengal!”

Qaseh menolak kuat Engku Arissya hingga terdorong ke belakang. Puas hatinya. Berani nak main kasar dengan Qaseh? Memang silap oranglah.

“ Kurang ajar!” Engku Arissya mara ingin menampar wajah Qaseh buat kesekiankalinya, namun terhenti saat tangannya direntap kasar dari belakang.

“ What the hell did you think you are doing, Arissya? Apa lagi you nak? Please, jangan buat kecoh dekat office I. Baliklah!”

Arissya tiba-tiba jadi serba salah. Bimbang sekiranya Iskandar mendengar segala caciannya sebentar tadi. Wajahnya yang menyinga, kembali dimaniskan. Aksi manja dipamer bagi melembutkan hati Iskandar.

“ Is… I tak buat apa pun. I just tanya dia, you busy ke tak sekarang. Tapi dia tu, kurang ajar dengan I. Dia cakap I perempuan murah Is. Sebab tu I naik angin. I tak salah sayang, dia yang salah!” tanpa segan silu Engku Arissya memeluk erat tangan Tengku Iskandar. Qaseh membuat aksi hendak termuntah melihatnya.

“ Enough Ris. I dah letih dengan perangai you ni. I dah cakap, antara kita dah tak ada apa-apa. Its over. Susah sangat ke you nak faham?”

“ I sayangkan you Is. Salah I sebab tak nampak cinta you selama ni. I janji lepas ni I akan jaga you baik-baik. Promise!”

“ Baliklah Ris. Tak payah nak mengemis cari cinta palsu you tu. I tak akan ubah pendirian I. Cukuplah selama ni I jadi mangsa untuk kepentingan you dan Tengku Hazran”

Qaseh tertawa kecil mendengar perkataan ‘mengemis’ yang digunakan oleh Tengku Iskandar. Ohsem boss!!  Engku Arissya mengetap bibir geram. Wajah Tengku Iskandar direnung tajam, kemudian beralih pada Qaseh.

“ Fine. I akan pastikan you menyesal seumur hidup sebab buat I macam ni. You tunggu Tengku Iskandar. Tunggu!”

Iskandar menahan Arissya daripada melangkah pergi. Arissya sudah menguntum senyum. Mudah sahaja mahu menundukkan lelaki bodoh ini. Segera dia berpaling dengan senyuman manis, menghadap wajah Iskandar.


“ Just nak remind you. Don’t y0u ever dare, nak sentuh Qaseh Irdina. For your information, she’s my girl. Ok?”

Sedikit terangkat kening Tengku Iskandar saat menuturkannya. Wajah Engku Arissya berubah merah, menahan kemarahan. Kakinya dihentak kuat sebelum berlalu pergi. Iskandar tersenyum lebar. Puas hatinya. Namun, tidak bagi Qaseh. Dia sudah kaku bagaikan patung tak bernyawa.

Eh, GILAA KE APAAA?? 





 


" What a joke?? Dia ingat dia tu bos, sesuka hati nak lantik aku ni jadi dia punya? Apa badan aku ni ada cop rasmi kepunyaan Tengku Iskandar ke apa? Sengal betul!" 

Qaseh berleter di pantry pejabat. Sengaja dia melarikan diri ke situ, tambahan kala ini tiada siapa di pejabat. Waktu makan tengah hari begini, memang satu kemungkinan yang nipislah untuk budak ofis menolak untuk pergi lunch. 

" Aduh, sakitnya" Qaseh mengurut perlahan pipinya yang dihambat penampar Engku Arissya pagi tadi.Cermin kecil ditangannya ditala ke muka. Jelas kesan lebam ditulang pipinya. Juga terdapat kesan calar. Mungkin waktu Engku Arissya bergelut mahu melepaskan diri dari cengkaman tangannya tadi.

" Dasyat betul minah tu. Sampai luka pipi aku ni dibuatnya" omel Qaseh lagi. Seketika pipinya ditelek lagi. 




Tengku Iskandar menyimpul senyum di balik pintu pantry. Sedari tadi dia sudah berdiri di situ, hanya Qaseh yang tidak menyedarinya.Rasa kasihan dan bersalah menggunung dalam dirinya. Dek kerana salahnya, Qaseh menjadi mangsa Tengku Arissya. Perlahan dia menapak masuk ke dalam pantry, mendekati Qaseh yang masih leka membelek cermin.

" Sakit lagi ke?" Tengku Iskandar menyapa Qaseh. Kerusi ditarik dan dia duduk dekat dengan Qaseh. Qaseh memalingkan wajah. Namun hanya seketika. Marahnya masih ada. Pipi yang bengkak kembali ditelek. 

" Sini saya tengok" 

Tengku Iskandar memegang kerusi Qaseh dan dipusingkan menghadapnya. Pipi Qaseh yang bengkak ditelek lama. Berkerut dahi Qaseh dengan keprihatinan bosnya itu. Tapi nak prihatin pun agak-agaklah bos. Suka hati pegang-pegang orang. Nak makan penampar jugak ke apa?! 

" Saya oklah" Qaseh menjarakkan diri. Namun niatnya ingin bangun dihalang Tengku Iskandar. Lelaki itu mengarahkannya untuk tunggu sebentar. Qaseh hanya menurut. Nanti kalau melawan, ada can kena maki. Sia-sia je. 




" Saya boleh buat sendirilah , bos!" 

Qaseh menjauhkan pipinya yang mahu dituam oleh Tengku Iskandar. Namun, tangannya ditepis kuat. Tengku Iskandar merenung tajam Qaseh agar tidak melawan. Fine, sepanjang kerja dengan bos ni, mata tu paling buat dia gerun. Tajam benar , macam nak telan orang je gayanya! 

" Bos ni suka tengok cite Korea ea?" 

Berkerut dahi Tengku Iskandar dengan soalan itu. 

" Kenapa?"

" Ni, tuam lebam pakai telur rebus. Benda ni selalu saya tengok dalam cerita Korea je tau!" 

Tengku Iskandar ketawa kuat. Kemudian dia menggeleng kepala. Perempuan dengan Korea memang tak boleh dipisahkan agaknya.

" Taklah, mak engku ajar saya. Petua dari mana, saya pun tak tahu. Sakit lagi tak ni?" soal Iskandar. Tangannya masih setia mengurut pipi Qaseh menggunakan telur. 

" Urm, ok dah. Cukuplah tu. Kang lama-lama, bau telur pulak pipi saya ni" Qaseh berseloroh. Kulit telur yang bersepah di atas meja dikemas. Kemudian dia mencapai mug dan membancuh kopi susu untuk Tengku Iskandar. 

" Jemput minum" ujar Qaseh dengan senyuman manis. 

"Thanks. Awak tak nak minum sekali ke?" 

Qaseh sekadar menggeleng. Namun, Tengku Iskandar pula menyimpul senyum. Tanpa banyak soal dia bangkit ke arah pantry dan mencapai mug. 

" coffee or tea?" 

" Hah?" soal Qaseh bingung. Bos nak buatkan aku air ke ni? Tengku Iskandar nak buatkan aku air?!

" Tea should be fine, right?" ujar Tengku Iskandar saat tiada jawapan yang diberikan oleh pembantu peribadinya itu. Segelas teh panas diletakkan dihadapan Qaseh. Tidak berkelip Qaseh memandangnya. 

" Apa? Ingat saya tak pandai buat air ke? Belum rasa belum tau. Minum!" mug disua tepat ke bibir Qaseh. Qaseh menjeling dengan pandangan tidak puas hati. Minum pun nak paksa! 

" Saya ada tanganlah, bos" perli Qaseh seraya mencapai mug ditangan Tengku Iskandar. Lelaki itu hanya tersenyum. Seketika mereka senyap. Tengku Iskandar sibuk meneliti ipadnya, manakala Qaseh menikmati airtangan bosnya. Sedap! 

" Saya respect dengan wartawan ni. Hurm.... tak sampai...." Tengku Iskandar melirik jam ditangannya, kemudian seakan mencongak sesuatu. 

" Baru dua jam berlalu. Nampaknya kita berdua trending sekarang ni"

Dahi Qaseh berkerut. Trending? dua jam? Kita berdua? Eh ape ni, tak pahamlah! 

" Apa bos?" 

Tengku Iskandar tidak menjawab, sebaliknya menghulurkan Ipad untuk Qaseh melihatnya sendiri. Buntang mata Qaseh saat melihat gambarnya terpampang besar di laman sosial. Video 'drama' dirinya dan Engku Arissya sebentar tadi juga, sudah dimuat naik ke dalam n-tube. Ya Allah, bala apa pulak ni?? 

" Kenapa bos senyum?? Bala ni, bala! Apa nak buat ni??"  Qaseh sudah tidak senang duduk. Macam mana kalau perkara ni sampai pada ibu , adik beradik? Tu belum campur mak jemah yang kepoh sebelah rumah tu. Arghhh, tidak!! 

" Buat selamba jelah. Esok kita buat press conference, declare hubungan kita. Or, lagi senang. Umumkan terus tarikh perkahwinan kita. Hurm, menarik jugak kan?" 

" Hubungan apa? Bos jangan nak buat kerja gila lah!" api kemarahan Qaseh tidak semena meriak naik. Aku serius, kau nak main-main pulak ye? 

" Listen. As long as awak bergelar PA saya, awak tak boleh nak bantah sebarang permintaan saya. Lupa dengan contract kita ke?"  Tengku Iskandar mengingatkan. Qaseh mengetap bibir geram. Dia ingat contract sengal tu sampai mati. Gila apa? Kalau aku tak follow , kena bayar 50ribu. Mati tak hidup nak bayar woiii!!

" Gila lah tengku ni!" bentak Qaseh . Dia bangkit dan meninggalkan ruang pantry dengan hati yang membuku. 



*******************************


" Mia macam mana ibu?"  

Qaseh menyentuh lembut bahu ibunya. Sejak mendapat panggilan dari pejabat tadi lagi, hatinya sudah tidak senang. Khuatir akan keadaan adik bongsunya itu. Puan Hasmah yang sedang membaca Yaasin, mendongakkan kepala. Airmata yang bergenang diseka perlahan. Senyuman hambar terukir di wajah tua itu. 

" Macam tulah Qas. Tak ada perubahan. Qas jumpa doktor, ibu tak tau nak terangkan macam mana" luruh suara Puan Hasmah. Wajah anak bongsunya ditatap lama. Qaseh mengeluh kecil. Dia menapak keluar dari bilik wad yang menempatkan adiknya. 

" Apa Qas nak buat ayah. Qas tak tahu. Allahuakhbar....." Qaseh merintih dibalik dinding. Wajahnya ditekup, cuba mengawal kesedihan yang bersarang. Andai sahaja arwah ayah masih ada, pasti dia tidak akan sedih dan tertekan begini. 

" Qas......" 

Sapaan itu mengejutkan Qaseh. Dia mengangkat wajah. Saat dua mata bersatu, pantas airmata yang gugur diseka laju. 

" Abang Zam... bila sampai?" soal Qaseh dengan suara yang agak serak. Zamril tersenyum dan mengambil tempat bersebelahan Qaseh. Nafasnya dihela sebentar. 

" Abang yang bawa ibu ke sini. Qas ok ke ni?"

Qaseh tersenyum hambar, kemudian mengangguk perlahan. Namun sendu yang sudah surut kembali berlagu. Kesedihan dan tekanan yang dihadapi tidak mampu dibendung. Teresak juga dia dihadapan lelaki itu. 

" Sabar Qas. Abang akan cuba bantu..." 

" Kosnya bukan kecil bang. Qas tak tahu nak cari dekat mana duit tu. Kalau tak cepat operate, Qas takut...." Qaseh tidak sanggup meneruskan kata-katanya. Tidak mahu memikirkan kemungkinan adiknya akan pergi buat selama-lamanya. 

" Setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada jalannya Qas. Abang janji abang akan bantu. Satu Qas kena ingat, mati itu pasti. Kalau dah ditakdirkan Mia akan..." 

" Tak bang! Qas tak boleh. Mia masih muda bang untuk semua ni bang. Dia ada cita-cita yang dia ingin kejar. Qas tak nak semua tu hancur. Tidak!" 

Qas! Jangan bercakap bagaikan orang tiada iman. Hidup mati ditangan Allah. Siapa kita mahu menghalang andai ajalnya dah tiba? Memang kita berusaha selagi terdaya, tapi jangan pernah menidakkan takdir, faham tu?" 

Qaseh diam. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Mungkin kerana kesedihan yang menggunung, dia berbicara seolah-olah orang hilang akal. Buntu, dia benar-benar buntu! 



*********************************

" Masuk" 

Qaseh menapak masuk ke bilik pejabat Tengku Iskandar. Pagi ini mereka perlu hadir mensyuarat dengan pelabur dari Brunei. Namun dari tampak wajah Qaseh pagi ini, benar-benar sugul dan tidak bermaya. 

" Kita dah boleh gerak sekarang, Tengku" Ujar Qaseh perlahan. Tengku Iskandar yang masih leka menghadap komputer ribanya, mengangkat wajah. Lain benar tone suara pembantu peribadinya itu hari ini. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Masih marah lagi tentang gosip itu ke? Perkara itu sudah lebih sebulan berlalu. 

'Ah , tak mungkin. Elok je dia semalam. Ceria je' desis Tengku Iskandar dalam hati. 

" Ok. Lepas meeting, kita pergi makan ya?" 

Qaseh sekadar mengangguk. Tiada senyuman seperti selalu. Berkerut dahi Tengku Iskandar dengan reaksi Qaseh namun hanya dibiarkan. Meeting pagi ini lebih penting daripada memikirkan pembantu peribadinya itu. 



" Jom turun" Tengku Iskandar menegur Qaseh yang sedari tadi hanya termenung. 'Entah kenapa dengan dia ni' . Dari habis meeting sampai sekarang, diam je. Selalu becok mulut memberi komen setiap kali mereka habis menghadiri mesyuarat.

" Nak pergi mana?" soal Qaseh malas. Fikirnya sudah sampai di rumah, tapi rupanya mereka tidak. entah ke mana Tengku Iskandar bawanya hari ini, dia tidak ambil tahu. Macam mana nak ambil tahu, kalau hati dan fikirannya kini hanya tertumpu dikampung halaman. 

" Kita release tension!" Tengku Iskandar bersuara dengan nada ceria. Selamba dia berjalan mendahului Qaseh yang masih termanggu di sisi kereta. Nafas dihela perlahan. Mahu tidak mahu, langkah bosnya dituruti. 




" Aduh!!" 

Qaseh mengurut punggungnya yang terasa sakit. Entah kali ke berapa puluh dia jatuh terduduk. Naik berang pula melayan aktiviti 'release tension' bosnya ini. Makin tensen adalah! 

" Orang nak ajar tak nak, sombong!" ujar Tengku Iskandar saat menghampiri Qaseh yang sudah bersila di atas gelanggang ais. Hari ni, dia jadi penat gelak je, melihat telatah Qaseh. Dengan ketawa yang masih bersisa, Tengku Iskandar  mencangkung di hadapan Qaseh dan tangan dihulurkan, mahu membantu Qaseh bangun. 

" Tak nak, penat!" Qaseh menggeleng. Tengku Iskandar ketawa lagi. Ditarik juga tangan Qaseh agar bangun. 

" Saya ajar ya?" soal Tengku Iskandar lembut. Namun Qaseh menggeleng laju. Sesedap rasa nak berpegang tangan pulak. Walaupun beralas, matlamat tak menghalalkan cara , ok! 

" Mana boleh. Ni bos pegang-pegang saya ni, berdosa, tahu tak?" sembur Qaseh direct. Jika bukan kerana dia hilang imbangan untuk bangun sebentar tadi, memang taklah dia nak sambut tangan bosnya itu. 

" Ingat saya ni hadap sangat nak pegang tangan awak? Tu, saya dah upah dua budak tu, pimpin tangan awak. Saya jaga depan je. Faham?" 

Qaseh menggigit bibir. Aduh malu, tersalah sembur pulak. citt! 

" Pegang tangan akak kuat-kuat tau. Akak jatuh lagi, siap korang!" Qaseh memberi amaran. Kedua budak kecil itu mencebik. Namun kemudian mereka ketawa mengekek dengan cara Qaseh berdiri menggunakan kasut roda. Terhujung hayang ke kiri dan kanan. 

" Ok, dah boleh tu. Saya kira sampai tiga, nanti dieorang lepas tangan awak. Ok? Ready.. satu... dua....tiga!" 

" Ehhhh.. ehhh.. tak boleh! aaaaa... tolong bos!!" Qaseh berteriak kuat tatkala kakinya mula hilang imbangan saat genggaman dilepaskan. Mujur ada Tengku Iskandar dihadapannya. Itu pun bala jugak, sebab dia tersembam jatuh ke atas tubuh lelaki itu.

" Aduhhhhhhhhhh............" Tengku Iskandar bersuara perlahan menahan berat tubuh Qaseh. Erangan itu menyedarkan Qaseh, dan dia cepat-cepat bangun. Err, cam mana boleh jatuh atas dia ni. Malunya!



" Makanlah. Tenung nasi tu, boleh kenyang ke?" soal Tengku Iskandar. Qaseh hanya mencebik. Seleranya hilang dek badan yang sakit dan sengal. Semua penangan jatuh berkali-kali digelanggang ais tadi. 

" Boslah, ajak saya buat aktiviti tak sihat tu, sakit satu badan ni, tau tak?" omel Qaseh. Tengku Iskandar ketawa kuat. Langsung tidak marah. Qaseh memandang pelik . Demam ke apa mamat ni? 

" Ni baru Qaseh yang saya kenal. Qaseh pagi tadi tu tak best, monyok je" 

Qaseh terdiam. 'Huh, obvious sangat ke perangai aku? Patutlah nak ajak release tension bagai. Haihh, baik pulak bos aku ni'

" Ermm.. maaflah kalau pagi tadi saya moody sikit" 

" Its ok. Kalau ada masalah, share je dengan saya. Saya ok " 

Qaseh menggeleng perlahan. Tidak wajar pula mahu berkongsi cerita dan masalah dengan bosnya itu. Lagi soal besar begini. Kerja baru dua bulan lebih, kalau dah bertahun-tahun tak apa lah jugak. 

" Actually, saya selesa bekerja dengan awak Qaseh. Awak tak macam pekerja saya yang lain. Senang cakap, awak macam kawan saya. Saya tak perlu pura-pura. Bila saya nak ketawa, marah, sedih . semua saya boleh buat depan awak. Best!" 

Qaseh berkerut dahi. Heh, ikhlas ke bos ni? 

" Betul ke bos anggap saya macam kawan?" 

" Yup. Kenapa , tak suka berkawan dengan saya ke?" 

" Suka. Ermm.. kalau kawan, mesti sanggup tolong kawan bila kesusahan kan?" 

Tengku Iskandar diam seketika, tidak segera menjawab. Kemudian dia mengangkat bahu. 

" Its depend. Nak kena tengok jugak bentuk pertolongannya" 

" Oh, kalau macam tu, saya nak pinjam 100 ribu, boleh?" 

Tengku Iskandar membulatkan mata. Walau jumlah itu bukanlah besar buat dia, namun terlalu besar buat Qaseh. Nak buat apa duit banyak tu? 

" Awak nak buat apa?" 

" Err... saya.............. nak....." Qaseh cuba mencari alasan yang bernas, daripada terpaksa menceritakan perkara sebenar. 

" Adalah bos. Tapi benda ni penting sangat. Saya kena dapatkan dalam minggu ni jugak" 

" Awak hutang along ek?" teka Tengku Iskandar. Pantas Qaseh menggeleng laju. Gila nak pinjam along? Tu serah nyawa namanya. 

" Tak, bukan. Saya tak boleh nak beritahu sebabnya. Erm.. takpelah kalau bos tak boleh tolong. Saya cuba-cuba je tanya. Takpelah, lupakan" Qaseh cuba menguntum senyum, menghadang rasa sebak dari bertandang. Tiap kali mengingatkan wang, pasti wajah Mia terlayar di ruang mata. 

" Ok.... saya boleh tolong. Tapi dengan syarat" ujar Tengku Iskandar dengan senyuman penuh makna. 



**********************


" Kau gila ke apa Qaseh? Ni soal masa depan kau tau. Kau ingat kawin ni boleh sehari dua ke?" 

Suara Hana melengking kuat saat mendengar keputusan yang dibuat teman serumahnya itu. Qaseh mengeluh panjang. Dia tahu keputusan ini adalah keputusan gila. Tapi dia tahu pilihannya tidak salah. Sudah 3 malam dia berfikir dan mohon petunjuk dari Allah. 

" Aku masih waras Hana. Aku ada sebab buat semua ni. Demi kepentingan adik aku, dan Tengku Iskandar sendiri" 

" Kepentingan orang lain yang kau fikir? Habis diri kau? Kalau alasan nak bantu adik kau tampung kos pembedahan dan rawatan kanser dia tu, aku boleh terima. Tapi perlu ke sampai kau kena kawin dengan tengku tu? Apa pentingnya?"

" Atau kau memang dah kemaruk nak kahwin dengan orang kaya?" pedas kata-kata yang meluncur dari bibir Hana, membuatkan Qaseh tertegun. 

" Sampai hati kau tuduh aku macam tu. Kau tak kan faham" luruh suara Qaseh. Fikirnya dia dapat berkongsi rasa dengan Hana bagi menenangkan hati yang kesedihan, namun sebaliknya ini pula yang diterima. 

" Memang aku tak faham, dan tak nak faham. Aku dah tak kenal kau, Qaseh. Apa yang kau buat ni, tak ubah macam jual maruah sendiri, kau tahu tak? Kau pentingkan duit!" 

Hana sudah bangkit, meninggalkan Qaseh sendirian di ruang tamu. Qaseh tunduk meraup muka. Airmata yang ditahan sedari tadi gugur jua. Teresak dia sendirian dalam kepekatan malam. 'apakah salah jalan aku pilih, Ya Allah' bisik Qaseh perlahan. Kepalanya dilentokkan ke sofa, melayan sendu yang tak berkesudahan. 


******************************


Qaseh mengecilkan sedikit mata tatkala flash camera terang dihadapannya. Pening pun ada. Susah betul kahwin dengan orang kenamaan ni. Media sana sini. Qaseh langsung tidak menyangka perkahwinan antara dia dan Tengku Iskandar akan dilangsungkan se gah ini. Dewan besar yang menempatkan hampir 3000 jemputan, itu belum dicampur dengan tetamu kehormat dari seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Memang wedding of the year lah! 

" Sayang, pandanglah camera tu" Tengku Iskandar memeluk pinggang isterinya mesra. Qaseh mempamer riak kurang senang. Bukan dia benci atau apa, cuma rasa nak termuntah tatkala bosnya itu membahasakan dirinya 'sayang' . Pleaseee lahhhhhhhhhhhh. 

" Bos, tak rasa pelik ke nak sebut perkataan 'sayang' tu? Eiii, gelilah!" 

Tengku Iskandar berkerut dahi. Pantas pipi Qaseh dicubit kuat. 

" Geli? Kita dah sah suami isteri tau? Awak jangan mimpi nak panggil saya bos. Panggil abang!Kanda pun boleh " 

Qaseh mencebir bibir. Meluat . Tengku Iskandar ni memang tak boleh lari dari sifat menggedik, gelenyar, bossy, mengada-ngada dan perkataan yang sewaktu dengannya. Sabar jelah hati wei. 

" Tengku, minta cium pipi isteri boleh? Nampak mesra sikit" pinta salah seorang anggota media. Tengku Iskandar menerimanya dengan senang hati, namun tidak Qaseh. Semakin suaminya ingin mendekati wajahnya, semakin dia menjarakkan muka. 

" Baik duduk diam-diam. Degil, abang cium mulut tu nanti!" ugut Tengku Iskandar. Ugutan itu membuatkan Qaseh terdiam statik dan tidak bergerak. Tengku Iskandar ketawa menang. Mudah sahaja dia mendekatkan wajah dan mengucup pipi Qaseh lama. 

" Mengada!" omel Qaseh saat sesi memotong kek dan bergambar selesai. Tengku Iskandar ketawa kecil. Tiada apa yang perlu dimarahkan. Malam ini dia bahagia. 

" Mengada dengan isteri abang je, takpe kut?" ucap Tengku Iskandar sambil tersengih sumbing.

Qaseh sekadar mencebik. Malas mahu melayan. Pandangan dilempar pada ribuan tetamu yang hadir. Mencari kelibat ibu dan adiknya. Namun tidak kelihatan. Saat mata diliarkan, pandangannya jatuh pada Hana. Sahabatnya itu sedang merenung tajam ke arahnya. Qaseh mengusap dada yang tidak semena dihurung debar. 

'Kau bukan Qaseh yang aku kenal dulu'
' Kau dah kemaruk nak berlakikan orang kaya? Kau pentingkan duit!' 

Qaseh menekup telinganya. Kata-kata Hana terngiang-ngiang ditelinga dan menganggu fikiran Qaseh. Airmata gugur dan mengalir deras. Qaseh bagai kehilangan arah. Dia mengatur langkah laju turun dari podium. 

" Qaseh!" Tengku Iskandar mengejar isterinya dan sempat mencempung tubuh Qaseh yang tiba-tiba rebah ke lantai dewan. 

" Sayang.. kenapa ni. Wake up" Tengku Iskandar menampar lembut pipi Qaseh yang terkulai layu dalam dakapannya. Pipi isterinya yang basah dengan airmata diusap perlahan. 

" Tengku, kita bawa ke bilik Tengku"  

Tengku Iskandar mengangguk. Tubuh Qaseh diangkat dan langkah laju di atur ke kamar. Kumpulan media yang mengejarnya dari belakang dihalang oleh pengawal peribadi Tengku Iskandar. Langsung lupa pada tetamu yang menanti, majlis resepsi yang masih berjalan. Keselamatan isterinya yang lebih utama. 



*********************************


Kak Qas, jauhnya menung" 

Sapaan Damia mengejutkan Qaseh yang sedang jauh mengelamun. Qaseh mengurut dadanya perlahan. Kemudian senyum dilempar pada Mia. Kepala adiknya diusap perlahan. 

" Mana ada menung, berangan je" seloroh Qaseh. 

" Hurm....... kak Qas nampak tak happy je sejak balik kampung ni. Mesti ada apa-apa berlaku kan dengan abang Is?" 

Qaseh ketawa kecil. 

" Mia pun percaya cakap paper ya? Dah pandai bergossip adik akak sekarang ni kan?"

" Alah kak, apalagi Mia ni boleh buat, selain baca gosip dekat internet tu hari-hari. Dah dekat seminggu dah kak, berita pasal rumahtangga akak jadi trending tau!" 

" Mujur rumah kita ni tak diserang reporter ya?" Qaseh masih mahu bergurau. Namun dari raut wajahnya, langsung tidak menampakkan keceriaan. 

" Akak ni, Mia serius lah. Erm.. akak ok ke? Tak nak share cerita dengan adik?" 

Qaseh menguntum senyum hambar, kemudian dia menggeleng. Tiada apa yang mahu dikongsikan. Biarlah duka ini ditanggung sendiri. Dia yang memilih jalan ini, biar dia menempuhinya sendiri juga. 

" Akak ok je. Mia jangan risaulah. Ni pukul berapa nak pergi?" 

Mia melempar pandangan ke jam dinding. 

" Lagi sepuluh minit, sampailah kut" ujar Damia. Qaseh mengangguk faham. Selang dua minggu sekali, petugas hospital akan datang menjemput Damia untuk menjalani terapi susulan selepas sebelah kaki dipotong akibat cancer tulang yang dihidapinya. Sel cancer sudah merebak ke saluran darah dan memerlukan rawatan dan pemantauan yang berterusan. 

" Kesian adik akak ni. Mesti penat kena buat rawatan selalu" 

Damia menarik nafas perlahan, kemudian menguntum senyum. 

" Penat memanglah penat kak. Tapi Mia bersyukur, Allah masih beri kesempatan untuk Mia hidup, bersama dengan akak dan ibu. Mia banyak menyusahkan dari menyenangkan kak" 

Suara Damia bertukar sayu.Qaseh berkerut dahi. Tangan adik bongsunya itu diusap perlahan.

" Akak tak pernah rasa susah atau terbeban dik. Tanggungjawab akak untuk bantu Mia. Nanti kalau akak sakit, Mia pulak jaga akak, ye dak?"

Damia tersenyum hambar. Kepalanya dilentokkan ke bahu Qaseh.

" Mia tahu akak tak bahagia. Kenapa akak mesti korbankan kebahagiaan akak , untuk Mia yang dah cacat ni. Sia-sia kak. Entah bila Mia akan sembuh. Mia lebih rela ditarik nyawa, daripada jadi punca sengsara akak"

" Mia...." Qaseh mengusap bahu adiknya perlahan.

" Siapa kata akak tak bahagia. Akak bahagia sangat. Tengku Iskandar layan akak dengan baik. Dia suami yang penyayang, memahami akak. Cuma adat berumahtangga, ada pasang surutnya. Tapi InsyaAllah, Mia doakan akak ya" perlahan suara Qaseh , cuba mengawal sebak yang mendatang. Airmata yang gugur diseka perlahan. Bahagiakah aku?


************************************

sebulan lalu . . . .


" Abang demam lagi ni. Kita pergi klinik nak?"

Lembut Qaseh menyapa Tengku Iskandar yang sedang istirehat di ruang kamar. Tengku Iskandar hanya membuka mata sesaat dua. Kemudian tubuhnya diiring, membelakangi Qaseh.

" Abang..........."

" Pleaselah. Saya nak rehat. Awak menganggu saya, faham tak?" walau perlahan bisikan itu, cukup menyentapkan hati Qaseh. Keluhan berat dilepaskan. Faham suaminya mahu berehat, Qaseh mengundurkan diri. Perlahan dia turun dari katil, namun tangannya diraih.

" Kenapa bang?" soal Qaseh. Wajah Tengku Iskandar yang bening ditatap lama. Tengku Iskandar bangkit dan bersandar di kepala katil. Tangan Qaseh dielus perlahan.

" Kenapa awak kahwin dengan saya?"

Soalan Tengku Iskandar membuatkan dahi Qaseh berkerut. Tiada angin, tiada ribut, mengapa pula soalan itu yang ditanya.

" Abang rehatlah, kenapa tiba-tiba tanya soalan macam ni?"

" Jawab soalan saya!" suara Tengku Iskandar tegas. Qaseh jadi serba salah. Baru sebulan usia perkahwinan mereka, dugaan apa yang engkau datangkan ini Ya Allah.

" Abang... Qaseh ....

" Jawab! Kenapa kau terima bila aku minta kau kahwin dengan aku?? Kau gilakan harta aku ke apa?!"

" Astagfirullahaladzim... abang , kenapa cakap macam ni. Qaseh ikhlas kahwin dengan abang. Tak pernah terlintas pun nak kikis harta abang"

Tengku Iskandar meraup mukanya berkali-kali. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kala ini hatinya benar-benar kecewa. Antara cinta dan dusta, dia tidak tahu apa yang ada dalam hati Qaseh.

" Awak tipu . Kenapa awak ambil duit seratus ribu yang saya bagi, kalau benar awak ikhlas kahwin dengan saya? Duit gaji, duit belanja setiap bulan, kemana perginya?" 

" Duit tu........." serba salah Qaseh mahu menjawabnya. Tengku Iskandar menghela nafas. Dari awal perkahwinan mereka, terlalu banyak perkara yang disembunyikan Qaseh. 

" Saya tak paksa awak kahwin dengan saya. Awak pun tahu contract tu cuma tipu. Saya dah terangkan pada awak sebelum kita kahwin kan? Kenapa awak terima saya, kalau hati awak tak pernah cintakan saya, Qaseh?" 

Qaseh diam. Tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan. Wajahnya ditunduk , rasa bersalah. 

" Saya dah tak ada apa-apa Qaseh. Syarikat saya hampir muflis. Client saya dah banyak yang lari. Hanya awak yang ada, yang dapat membahagiakan hati saya. Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Tapi kenapa awak buat macam ni Qaseh?" 

" Saya minta maaf. Saya...." 

" Awak pergilah Qaseh. Kalau perkahwinan ni cuma satu beban buat awak, saya lepaskan awak. Saya bukan lagi Tengku Iskandar yang dulu. Saya dah tak ada apa-apa. Saya tak nak awak terusan berada dekat dengan saya. Saya tak mahu rasa cinta ini semakin dalam"


***************************************


" Hai , mimpi apa adik abang datang ofis abang ni, tak pernah-pernah?" Zamril tersenyum pada Qaseh yang tersengih dihadapannya. 

" Ada hal sikit nak cakap" ucap Qaseh seraya mengambil tempat dihadapan abang sepupunya. 

" Tentang apa? Nak upah peguam ke?" 

" Ermm.. tak . Nak tanya sikit, soal khianat " terangkat kening Zamril mendengarnya. Qaseh memulakan cerita tentang tujuannya ke sini. Hampir satu jam berbincang, Zamril memberi kata putus. 

" Ok, kes macam ni, kena siasat dengan telus. Selalunya orang dalam" 

" Oh, tulah, Qas pun rasa macam tu. Sebab kontrak besar, jutaan ringgit. Pelik jugak macam mana boleh terlepas ke tangan syarikat Tengku Hazran. Qas syak, mesti ada kaitan dengan Engku Arissya" Qaseh membuat perkiraan. Masih terngiang ugutan Engku Arissya yang mahu menjatuhkan empayar keluarga Tengku Iskandar yang telah dibina sekian lama, akibat cintanya ditolak.

" Qas ni, tak baik menuduh. Kalau salah, tak memasal dapat dosa free" 

Qaseh tersengih lebar. Bukan menuduh, teka je.

" Ok, kita lupakan dulu hal ni. Nanti abang akan ambil kes ni. So, macam mana your life? Hangat betul nama Qaseh sekarang dekat media" 

" Hurm.. tulah kan? Pening betul. Ni pun Qas keluar nyorok-nyorok. Takut kena kejar paparazi" Qaseh berseloroh. Sejak konflik rumah tangga dengan Tengku Iskandar, Qaseh pulang terus ke kampung. Bodyguard yang selama ini mengekorinya ke sana ke mari juga sudah tidak berkhidmat lagi untuknya. Senang cerita, dia sudah mendapat kehidupan normalnya kembali. 

" Adik abang ni, macam tak happy je lepas kahwin. Ada apa-apa nak share dengan abang?" 

" Ish, mana ada abang ni, memandai je. Kahwin dengan keturunan Tengku, mana boleh tak bahagia!" 

" Bahagia tak pandang pada harta dan pangkat , Qas. Abang bukan baru kenal Qas. Kita dari kecil dah bersama. Abang cukup faham dengan sifat Qas. Depan media Qas boleh tipu, tapi depan abang, jangan haraplah" 

Qaseh ketawa kecil. Benar, sejak dari dulu, tiada apa yang disembunyikan dari lelaki ini. Antara mereka tiada rahsia. Tapi bila berkait hal rumahtangga, tidak wajar jika berkongsi pekung rumahtangga sendiri. 

" I'll be fine. Abang tak usah lah bimbang. Abang tu, asyik nak risaukan Qas. Bila Qas nak makan nasi minyak abang pulak" 

Zamril ketawa kuat. Kepalanya digelengkan. 

" Pengantin perempuan abang dah larilah. Apalah sangat abang ni nak dibandingkan dengan Tengku" 

" Mengada!" Qaseh membidas. Zamril menguntum senyum. 

" Abang akan tunggu Qaseh" ucap Zamril perlahan. Qaseh menghela nafas. Lupakan Qaseh bang. Hati Qaseh hanya buat dia! 


*********************************


Qaseh Irdina termenung di jendela kamar. Masuk hari ini , genap dua bulan usia perkahwinan antara Qaseh dan Tengku Iskandar. Sejak pulang ke kampung, langsung tiada khabar dari suaminya. Jangankan call, mesej pun tidak. 

" Semua kau punya pasal!" Qaseh mencampak diari miliknya ke atas katil. Diari itu punca keretakan rumahtangga mereka yang baru dibina. Salah dia juga, menulis ikut kata hati. Dah pandai buat, tak pandai simpan.Entah macam mana diari itu boleh sampai ke tangan Tengku Iskandar.  Qaseh mengeluh perlahan. Diari itu kembali dicapai, dan diselak dengan rasa sebak. Luahan isi hati yang tercatat dalam diari itu, semua atas apa yang dirasakan , dari hari pertama dia menjadi PA Tengku Iskandar hingga bergelar isteri. 

" I miss you abang. Maafkan Qaseh" rintih Qaseh penuh sayu. Memang cintanya tidak pernah ada buat Tengku Iskandar. Benarlah kata Hana. Dia cuma mementingkan diri sendiri. Pentingkan harta dan duit. 

" Tapi kenapa hati ni sakit kehilangan abang" bisik Qaseh dengan sendu yang berlagu. Airmata yang gugur dibiarkan mengalir, seiring dengan hatinya yang luluh. 

Qaseh pantas menyeka airmata saat pintu kamarnya diketuk dari luar. Tersembul wajah ibunya dimuka pintu. 

" Ada apa bu?" 

" Iskandar, dia dekat luar" 

" Hah??" Qaseh tergamam.


***********************************

" Kenapa pandang abang macam tu?" 

Qaseh berkerut dahi. Wajah Tengku Iskandar yang ceria ditatap lama. Pelik, memang pelik. Menghilang diri , tak ada khabar berita, alih-alih muncul di kampungnya. Apa kes? 

" Abang tak jawab soalan Qaseh. Macam mana tahu rumah Qaseh ni?" 

Tengku Iskandar sekadar ketawa kecil. Aiskrim malaysia yang sudah separuh dimakan disedut lagi. Sedap! Seumur hidup, ini kali pertama dia merasai asikrim sesedap itu. Seharian ini dia dan Qaseh berjalan sekitar kampung. Itu pun puas dia memaksa Qaseh. 

" Teruklah abang kalau rumah isteri sendiri tak tahu. Nampak macam menantu yang kejam tau!" 

Qaseh mencebik. 

" Er... abang tak marah Qaseh lagi ke?"

" Hurm... marah..."

Qaseh Irdina menggigit bibir. Er, marah? So, kena pujuk ke apa ni.

" Oh...."

" Oh je?" soal Tengku Iskandar. Qaseh menjeling suaminya sekilas.

" Dah tu?"

" Suami marah, pujuklah!"

" Bos, you should know me better kan?" ujar Qaseh sambil tersengih. Dia sudah bangkit , malas mahu melayan rajuk suaminya. Tapi dalam hati, dia masih tertanya-tanya mengapa Tengku Iskandar berubah begini drastik.

" Perangai sayang ni yang buat abang rindu tau" bisik Tengku Iskandar yang entah bila sudah berdiri disebelah Qaseh. Pinggang isterinya dipeluk erat. Qaseh menepis tangan suaminya.

" Eisshh, ni kampunglah. Tak malu ke peluk-peluk orang?" marah Qaseh dengan jelingan tajam. Tengku Iskandar hanya tersengih. Tidak dihirau mata-mata orang kampung yang memandang mereka, lebih tepat yang menjadi paparazi. Tunggulah , beberapa minit saja lagi, pasti gambar kemesraan mereka sudah dimuat naik ke laman sosial. 


*************************************

" Mia dah tidur?" soal Tengku Iskandar saat Qaseh menghampirinya. Qaseh menyimpul senyum dan mengangguk.Punggung dilabuhkan di sebelah suaminya yang sedang duduk bersandar di anjung rumah. Secawan kopi o panas dihulurkan kepada suaminya.

" Sayang ni, memang tak nak bagi abang tidur ke?"

" Memang. Saja buat air kaw kaw. Sebab banyak benda nak kena siasat ni!" ucap Qaseh sambil mengurut dagu. Wajah suaminya dijeling. Tengku Iskandar ketawa kecil. Qaseh ditarik agar bersandar ditubuhnya.

" Rindu sangat sayang abang nieeeeeeee"

Tubuh Qaseh dipeluk erat, dan pipi isterinya dikucup bertalu-talu.

" Ya Allah, meroyan ke apa Tengku Iskandar ni??" omel Qaseh. Wajah suaminya ditolak agar berhenti mengucup pipinya.

" eleh, sayang nak buat macam tu jugak. Cuma malu kan? Cium je, abang lagi suka. Sini cepat" Tengku Iskandar mendekatkan wajahnya. Qaseh mencebik dan menampar lembut pipi suaminya.

" Main-mainlah abang ni!"

Suaminya ketawa lagi. Dagunya didaratkan di bahu Qaseh.

" Ok. Abang serius. Apa yang sayang nak tanya?"

" Herm..........tapi abang jangan marah tau"

" Depends. Satu soalan satu kiss tau!" Tengku Iskandar masih mahu bergurau. Jelingan mata Qaseh membuatkan Iskandar ketawa kuat . " Ok. sorry. Carry on"

" First, macam mana abang boleh jumpa dairi tu?"

" Abang curi masa sayang keluar lunch dengan Hana. Ok, next question"

" Apa perasaan abang masa baca diari tu?"

" Tertipu" jawapan Tengku Iskandar begitu ringkas namun menyentap tangkai hati Qaseh. Dia terdiam. Airmuka dan riak wajah nyata berubah. Tengku Iskandar perasan akan perubahan itu, pantas mengusap perlahan tangan isterinya dengan senyuman yang menguntum.

" Tapi abang tahu, sayang abang ni , ihklas. Sentiasa fikirkan kebaikan orang lain, tak fikirkan perasaan sendiri. Abang minta maaf ya, abang salah anggap pada sayang"

" Tapi macam mana.... duit tu..........."

" Hurm......... abang dah tahu duit tu sayang guna untuk apa. Ibu dah cerita semuanya. Abang terlalu ikutkan perasaan. Masa tu fikiran abang ni kusut dengan kerja. Maafkan abang ya?"

Qaseh menguntum senyum. Lengan suaminya diusap penuh kasih.

" Tak pernah pun rasa marah dekat abang. Cuma sedih je. Hurm.. Nak minta maaf jugak, sebab selama ni rahsiakan pasal Mia pada abang. Bukan apa, abang tu orang kenamaan. Tak naklah hal keluarga sayang ni, menjejaskan nama abang. Sayang penatlah tengok abang, tak sudah jadi berita front page"

" Sayang jugak dekat abang ye?" ucap Tengku Iskandar sambil tersengih. Qaseh mencebik.

" Hurm, sayanglah. Cuma bos Qaseh ni je kepala batu. Buta matanya, tak nampak. Tau nak marah je. Sampai orang kena halau dari rumah"

" Nak mengungkit lah tu. Abang pejam mata je tau apa yang sayang tulis dalam diari sepanjang jadi PA abang. Bukan main mengutuk lagi kan?"

Qaseh sudah tersengih malu.

" Alah, tu kira kes terpencil. Buat-buat tak nampak jelah kes kutuk mengutuk tu. Adatlah dapat bos poyo macam Tengku Iskandar. PA ke-50 ni dah tahap sabar yang maksima , tulah pasal tertulis dalam diari"

" Padanlah tu. Bos poyo, dengan PA sengal. Dah kenalah tu!"

" Abang cakap sayang sengal?? Nak kena ek?" Qaseh menunjukkan buku lima yang tak berapa nak besar. Tengku Iskandar ketawa besar. Tangan Qaseh digenggam erat , kedua-dua belah. Tanpa bicara, dia tunduk dan mengucup bibir isterinya lama. Qaseh diam terkunci dan tergamam.

" Best tak?" soal Tengku Iskandar usai menjarakkan kembali wajah. Matanya dikenyitkan pada Qaseh yang sudah mengetap bibir malu. Lengan Tengku Iskandar dipukul geram.

" Mane aci! cium curik!"

Tengku Iskandar melepaskan ketawa besar.

" Dah tu cium tak curi macam mana? cuba tunjuk sikit"

" Abang pejam mata dulu"

" Kena ke?"

" Alah, cepatlah. Sayang nak kiss  ni!"

Tengku Iskandar mengeluh perlahan, namun diturutkan juga. Mata dipejam rapat.Qaseh tersenyum penuh makna. Perlahan dia bangkit dan berundur.

Beep. Beep.

Tengku Iskandar membuka mata saat telefon tangannya berbunyi. Dia bersendirian di beranda. Mata diliarkan ke kiri kanan, namun isterinya tiada.

gud nite abang. tidur luar ea malam ni. mainlah kiss2 dengan nyamuk. weksss. =P


" Sayang ni.........." bisik Tengku Iskandar perlahan , dan tertawa kecil. Bahagia hatinya.


***********************************

" Tahniah abang Zam. Jaga kak Suri baik-baik tau. Kalau abang sakitkan dia, siap kena katuk dengan adik" seloroh Qaseh. Zamril ketawa kuat, begitu juga dengan isterinya yang sedari tadi hanya menguntum senyum. Perkenalan antara mereka sewaktu menguruskan kes antara Tengku Iskandar dan Engku Arissya membuatkan mereka menjadi rapat dan memutuskan untuk berumah tangga.

" Abang Qas tu kena jaga Qas baik-baik. Kalau lepas ni balik kampung , muka macam ayam berak kapur, siaplah" 

Giliran Tengku Iskandar dan Qaseh pula tersengih. 

":Baik boss!!" Qaseh dan Iskandar menjawab serentak. 

" Oklah, abang dah kena panggil tu. Nak buat outdoor. Nak ikut tak?" 

Qaseh menggeleng. Cuaca panas begini, memang taklah dia nak ikut photoshoot outdoor nun. Qaseh berlalu dan duduk di meja makan tetamu. Tengku Iskandar turut melabuhkan punggung di sisi isterinya. 

" Comel kan dieorang. sepadan je" Qaseh bersuara dengan senyuman lebar. 

" Hurm....comel. Tapi abang jeles"

" Lah. Nak jeles apanya?"

" Sayang tu lah. Rapat sangat dengan Zam. Mesra semacam je"

Ya Allah abang ni. Dia tu cuma macam abang je, sayang ni adik dia. Jangan nak jeles-jeles lah. Dalam hati saya ni ada nama Tengku Iskandar sorang je tau"

" Really? " Tengku Iskandar menduga. Qaseh mencebik. " Tak caya sudah"

" eleh, dia pulak nak merajuk. Oklah, Abang pun admit. Sayang sorang je dalam hati abang ni. Tak ada perempuan lain"

" Hurm yelah tu....

" Lah, tak caya kat abang?"

" Nope. Sayang percaya abang. Tapi , sayang tak percaya perempuan dekat luar sana. Terutama yang spesies Engku Arissya. Desperate!"

Tengku Iskandar ketawa kecil. Pipi isterinya dicuit perlahan.

" No worry. Hati abang tertutup buat dieorang. Kunci cinta abang , sayang yang pegang" ucap Tengku Iskandar, begitu romantik dipendengaran Qaseh hingga membuatkan pipinya merah.

" Eii, poyo!" Qaseh bangkit dan melarikan diri. Malu hendak menghadap wajah suaminya kala ini. Tengah-tengah hari buta ni nak rementik-rementik pulak. Haishhh, malu!





*********************************


 " Abang janji tak lepas tangan?"
" Ye, abang janji. Trust me. Come" Tengku Iskandar memeluk pinggang Qaseh dan mereka bergerak seiringan. Skill meluncur Qaseh semakin baik, itupun kerana suaminya memeluk pinggangnya erat. Jika dilepas, entahlah. 

" Ok, dah boleh imbang?" soal Tengku Iskandar. Perlahan Qaseh mengangguk walau hatinya masih belum 100 peratus yakin. 

" Abang lepas ya? Sayang jangan fikir takut. Just fikir nak sampai pada abang je, ok? You can do it!" 

Tengku Iskandar memberi kata semangat. Sekali lagi Qaseh mengangguk dan memandang Tengku Iskandar yang bergerak beberapa meter ke hadapan. Qaseh menarik nafas perlahan. 

'i can do it, i can do it!' bisik Qaseh dalam hati. Debar dalam hati bertambah saat semakin ramai orang yang menyaksikan mereka. Malu , takut, gentar . Semua bercampur satu. Qaseh menumpukan perhatian. Cuba membayangkan hanya dia dan Tengku Iskandar di situ. 

" Ok, ready. Tape 2, scene 4 , an action!!" 

Qaseh memulakan luncuran dan mengelilingi gelanggang ais sebanyak dua pusingan. Hilang debar saat kaki sudah mula berayun. Usai dua pusingan, luncuran menjadi semakin perlahan, dan dia berpusing mengelilingi Tengku Iskandar pula. Mata mereka bertatapan lama. Qaseh mati debar serta merta saat Tengku Iskandar menguntum senyum. 

" I love you , sayang" bisik Tengku Iskandar perlahan. Tubuh Qaseh ditarik ke dalam dakapan. 

" Saranghae , Tengku" Qaseh membalas. 

" Cutt!!" Pengarah menghentikan adengan romantis antara mereka. Tepukan gemuruh bergempita. Flash camera di sana sini. Qaseh menarik nafas lega. Dia ketawa kecil.Selamat sudah satu pengambaran travelog cinta antara mereka yang akan disiarkan aidilfitri nanti. 

" You did it well, sayang. I'm impressed" ucap Tengku Iskandar. Sebuah kucupan dihadiahkan ke pipi isterinya. Qaseh tersengih manja. 

" See the leglah. You did well too, abang" balas Qaseh, turut sama memberi kucupan laju di pipi suaminya.

" Cium curik!" ujar Tengku Iskandar. Qaseh ketawa kuat dan menjelir lidah. Tubuhnya dilarikan dan dia meluncur ke tengah gelanggang ais, membiarkan Tengku Iskandar mengejarnya. Kedua pasangan itu ketawa gembira.Bahagia dengan cinta ini.


fuhhh fuhhh fuhhhh.... perang jiwa betul nak siapkan cerpen kali ni. Entahlah... mood kelaut betul!!! Maaf kalau endingnya tak macam yang diharap-harapkan. Maaf jika konflik tak menarik. aigoooo.. penat. Nak tidur. kbai. >_<

19 comments:

  1. best la cite ny...cma ade bebrpa keslpn sikit..biasa la 2,tp mmng best..truskn lg coi...-iezahtakuya

    ReplyDelete
  2. Best lab cerite nie

    ReplyDelete
  3. i like it!p/s:nk sambungan please

    ReplyDelete
  4. Best Gila...cerpen ni..gudluck...dlm mnghsilkan karya yg lbh baik lg...

    ReplyDelete
  5. Best lah cerita ini.. laen dr yg laien

    ReplyDelete
  6. Best cerpen ni!!!I like!!!Very likeπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜†

    ReplyDelete
  7. SWEET gileee...nanti buat lagi ye sisπŸ€—πŸ€—πŸ€—

    ReplyDelete

♫ assalamualaikum ♫

terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.