“Yaya, aku sayang kaulah sengal!”
“ Aku tak sayang kaulah bongok!”
Yaya
berlari ke belakang ibunya yang sedang menanti di muka pintu. Wajahnya
disembunyikan. Benci melihat muka A’an yang cuba menariknya keluar.
“ Sudah A’an. Kamu kejar Yaya ni kenapa? Takut dia nanti”
Mak
Munah menarik anak lelakinya yang masih mengintai-ngintai Yaya yang
bersembunyi dibelakang Mak Senah. Yaya mencebik-cebik menahan tangis.
A’an hanya tersengih sambil menggaru kepalanya.
“ A’an sajalah mak ngah, usik Yaya tu. Yaya je yang feeling lebih. Sinilah Yaya”
“
Tak nak! A’an jahat!” Yaya berlari masuk ke dalam rumah.
A’an mencebik. Malas mahu memujuk lagi. Dia berpaling dan pulang ke rumahnya yang hanya selang sebuah rumah dari rumah Yaya.
A’an mencebik. Malas mahu memujuk lagi. Dia berpaling dan pulang ke rumahnya yang hanya selang sebuah rumah dari rumah Yaya.
Aesya Humairah menanti dengan sabar. Satu jam menunggu tunangnya Qaisy Farhan , namun masih tidak kunjung tiba.
“
Assalamualaikum, awak. Sorry, saya lambat” satu suara menyapa dari
belakang dan mengambil tempat di sisi Aesya Humairah. Risya dan Haiyyan
Raziq turut sama menyertai mereka. Ketiga-tiga sahabat itu tersengih.
“ Awak dari mana ni? Sejam dah sya tunggu tau. Sabar jelah” Aesya mempamer riak sedih. Farhan tersengih dan sekali lagi mengucap maaf.
“ Ada hal sikit tadi. Assigment prof Zam tu, ada problem. Kiteorang pergi bilik dia tadi”
Haiyyan
Raziq berkerut dahi mendengar kata-kata Qaisy Farhan itu. Kemudian dia
mengerling Risya. Wanita itu hanya mempamer riak selamba. Haiyyan
menggeleng kepala.
“ Ha,alah Sya. Busy sangat tadi. Banyak kerja. Tak tipu” Risya menyokong kata-kata Farhan.
“
Urm, oklah. Jom order makanlah. Sya dah lapar ni” Aesya sudah bangkit
dan mengajak Farhan agar bangun bersamanya. Namun lelaki itu mempamer
riak serba salah.
“
Err… Sya.. sebenarnya ..kiteorang dah makan tadi. Ingatkan Sya terus
makan tak tunggu kiteorang dulu” Risya menjawab bagi pihak Farhan. Aesya
berkerut dahi. Dia tidak jadi untuk bangkit. Aesya duduk kembali.
Wajahnya bertukar masam.
Risya menyiku lengan Farhan. Farhan mengeluh perlahan.
“
Sya.,. sorry sangat. Tak sengajalah. Pliss, jangan marah. Ok Sya makan,
saya teman . Jom” Farhan ingin menarik tangan Aesya namun, gadis itu
menolak. Rajuk benar hatinya. Yelah, sejam tahan lapar, alih2 semua dah
makan. Huh, menyampah!
“
Takpelah, its ok. Sya dah kenyang” jawab Aesya ringkas. Farhan
tersenyum hambar dan mengangkat bahu. Wajah Risya dan Haiyyan di sisi
dikerling sekilas.
“ Urm.. ok takpelah kalau macam tu. Actually, Saya dengan Risya tak boleh lama. Kiteorang ada kelas lagi lepas ni. Kan Risya?”
Risya sedikit termanggu sebelum perlahan mengangguk.
“ Ok” Aesya
menjawab malas. Entah mengapa sejak akhir-akhir ni, hubungan dia dan
Farhan agak renggang. Mereka sudah tidak semesra dahulu, tidak seperti
sebelum mereka bertunang.
“ Saya pergi dulu ya. Nanti malam saya call, Assalamualaikum” Farhan mengucap salam sebelum bangkit bersama Risya.
“ Ziq, kau nak balik tak? Aku hantar kau dulu” Farhan menepuk bahu Haiyyan Raziq. Lelaki itu menggeleng.
“
Takpe. Aku lepak sekejap” Farhan mengangguk, dan melangkah pergi
bersama Risya. Aesya hanya memandang sekilas sebelum kembali memasamkan
wajahnya.
“
Cukup-cukuplah tu muncung itik tu. Makan nak? Aku laparlah” Aesya hanya
diam. Namun terpaksa menurut sahaja tatkala Haiyyan Raziq sudah menarik
tangannya.
Haiyyan
Raziq menolak sepinggan nasi goreng ayam dihadapan Aesya. Namun gadis
itu tidak menunjuk minta untuk makan. Nasi itu hanya dipandang tidak
bernafsu.
“ Makanlah. Kau ingat buat mogok lapar tu boleh buat Farhan datang sini teman kau makan ke?”
“
Diamlah!” bentak Aesya. Walaupun perlahan jelas amarahnya. Haiyyan
Raziq hanya menguntum senyum. Dia mencapai nasi dan disudu. Kemudian
perlahan di sua pada Aesya.
“
Makanlah, nanti masuk angin perut kau. Kau tu kalau gastric menyusahkan
orang , tahu? Nanti aku jugak jadi mangsa, kena belikan kau burger
malam-malam”
Aesya
menjeling lelaki itu sekilas. Geram kerana diperli. Memang, dalam
seminggu pasti dua tiga kali juga dia menyusahkan lelaki itu kerana
terpaksa menghantar burger padanya di hostel. Yang sebetulnya, dia
mengharapkan Farhan yang datang, tapi setiap kali dia perlukan, Farhan
pasti banyak alasan. Alih-alih, lelaki ini yang akan datang menggantikan
tunangnya itu. Kata Haiyyan Raziq, dia sekadar menolong kawan.
“ Tak ikhlas ke apa tolong aku? Yelah, lepas ni aku tak panggil kau lagi”
“
Ah, mengada kau nak touching dengan aku. Aku ni sayang kau, care pasal
kau. Kau je yang tak sayang aku, pandang sebelah mata pun tak nak” ucap
Haiyyan sambil ketawa kecil. Aesya turut sama ketawa dan mencubit lengan
temannya itu. Lelaki itu memang suka bergurau. Aesya senang dengan
sikapnya, sejak dari dulu lagi.
“
Dahlah kau ni, melayan kau perut aku jadi lapar pulak. Aku makan ea”
Aesya tersengih manja dan menarik nasi dihadapannya, namun lelaki itu
masih tidak mahu menyerahkan sudu ditangannya.
“ Aku suaplah. Buka mulut” sudu kembali disua.
“ Main-mainlah dia ni. Aku lapar ni, jangan sampai aku telan kau nanti”
“ Tu lagi bagus, aku rela kena telan dengan sayang aku ni” ucap Haiyyan sambil ketawa galak. Aesya kembali muncung.
“
Haahaha… start dah muncung itik dia. Ok, silakan tuan puteri”sudu bertukar tangan, dan Aesya mula menyuap nasi ke dalam mulutnya. Tersenyum Haiyyan melihatnya.
“ Rakusnya. Naya buat bini lah kau ni. Botak Farhan dapat bini kuat makan macam kau ni”
Aesya hanya mempamer riak selamba.
“
Farhan tak kisah lah. Makin sayang dia dekat aku adalah. Dia cakap aku
paling comel time makan tau. Cute jek” ucap Aesya sambil tersengih
gedik. Haiyyan mempamer riak hendak termuntah.
“ Dahlah, lagi lama lepak dengan kau, boleh jem otak aku. Tergedik-gedik. Hantar aku balik ea. Ngantuklah”
“ Pahal aku nak hantar kau pulak?Balik lah sendiri ” soal Aesya.
“
Amboi, dah cukup baik aku teman kau makan ni. Tak kenang budi kan. Dah
tu kau nak suruh aku jalan kaki panas-panas macam ni. Takde takde. Aku
nak naik kereta kau jugak. Bak kunci!”
Aesya sekadar mencebik dan menghulur kunci kereta miliknya kepada lelaki itu.
“ Alah, Yaya tak naklah. Asyik kena kawin dengan A’an jek. Boring! Yaya nak kawin dengan orang lain” Yaya merungut. Asal main kawin-kawin je, mesti dipasangkan dengan A’an.
“
Mana boleh, Yaya kan awek A’an. Yaya kena kawin dengan A’an sorang je.
Duduk sini dengan A’an ” A’an menegah. Dia menarik yaya agar duduk rapat
di sisinya. Tersengih A’an ketika wajah Yaya disolek dan dipakaikan
gincu. A’an mengambil selendang milik maknya dan diletakkan di kepala Yaya.
“
Hah, cantik! A’an suka Yaya pakai tudung. Comel. Nanti besar kita dah
kawin, Yaya pakai tudung tau! Nanti A’an sayang Yaya banyak-banyak “ selamba A’an mengucup pipi Yaya. Kala itu budak-budak
memang tidak matang, lagi-lagi lelaki. Belum baligh katakan. Tiada
perasaan malu buat begitu. Namun tidak bagi Yaya. Dia memukul bahu A’an
kuat.
“
A’an jahatlah! Mana boleh cium-cium Yaya! Yaya tak suka!” Yaya
berteriak. Airmatanya berjuraian turun dan dia berlari pulang ke rumah.
A’an termanggu. Tidak mengerti silap apa yang telah dia lakukan.
Aesya
Humairah tersenyum saat terkenang masa kecilnya. Bila difikirkan
kembali , rasa suka, marah, bahagia, semua bercampur menjadi satu.
Alangkah indahnya waktu kecil. Dalam fikiran hanya main sepanjang masa.
Satu perkara yang paling manis sewaktu usia kecilnya, adalah bersama
A’an. Hanya dia kawan yang Aesya ada sewaktu kecil. Kawan yang paling
rapat. Hinggalah kini. A’an menjadi insan yang diperlukan dan penting
dalam hidupnya.
Deringan telefon mengejutkan Aesya. Tersenyum gembira melihat nama yang tertera.
“ Assalamualaikum” Aesya menyambut panggilan ceria. Rindu dengan tunangnya itu.
“ Waalaikummusalam. Sya sihat? Tengah buat apa tu?”
“ Sihat Alhamdulillah. Tak buat apa, termenung, teringatkan awak kut” Aesya ketawa kecil. Gedik!
“
Wah, untungnya ada orang ingatkan saya. Erm, Sya… esok hari lahir saya
kan? Saya ada something nak beritahu awak. Benda yang sangat penting.
Berkaitan masa depan kita”
Jantung Aesya berdebar tiba-tiba. Masa depan? Oh tidak! Jangan kata Qaisy Farhan nak melamar Aesya Humairah! Ya Allah!
“
Errr… penting.. penting macam mana tu ye?” soal Aesya sedikit gagap.
Hatinya tidak semena menjadi tidak keruan dan berbunga bahagia.
“
Erm.. adalah. Just wait and see. Saya nak awak tahu keputusan yang saya
buat ni demi kebahagiaan kita, untuk our future. Saya dah fikirkan
tentang kita berdua”
Jantung
Aesya semakin berdebar. Hampir pasti yang Farhan ingin melamarnya. Mahu
sahaja dia menjerit dan mengatakan ‘yes I do!’ sekarang jugak. Huhu..
sabar Aesya. Esok Farhan akan propose kau . Mesti sweet gilak! Aduhh duh
duh~ Aesya tidak sabar menanti esok.
“ Erm.. ok awak. I’ll wait. Esok kita jumpa k. Saya nak tidur dah ni. Good night. Sweet dream. Assalamualaikum”
“
Ok Sya, good night awak. Sweet dream jugak, Waalaikummusalam” talian
dimatikan sebelum sempat Aesya bersuara lagi. Eh, kenapa tak ada I love
you. Alahhh.. dia lupa kot. Erm, takpelah, Esok beribu-ribu kali cakap I
love you pun boleh. Eeeeee, tak sabarnya!
Aesya
Humairah membelek dirinya di depan cermin. Dia tampil anggun dengan
gaun labuh dipadankan dengan bolero dan pashmina berona sedondon.
Cantik, comel dan anggun. Aesya memuji dirinya sendiri.
“
Amboi cantiknya Sya. Nak ke mana ni?” Hana teman sebiliknya menegur
Aesya yang sedang berpusing-pusing di hadapan cermin. Aesya tersenyum
gembira.
“Sya kan dah cakap,bufday my fiancée. So, nak celebrate”
“ Awalnya siap. Bukan Sya kata pukul 9 janjinya?”
“ Urm, sengaja Sya nak keluar awal sikit. Biar Farhan surprise.. hehe…” Aesya tersengih nakal. Hana turut sama tersenyum.
“
Urm yelah. Enjoy k. Hoping for good news” bisik Hana perlahan sebelum
menghilang disebalik pintu bilik. Aesya tersengih lagi. Petang tadi dia
sudah memberitahu Hana, yang Farhan mungkin ingin melamarnya. Aesya
berdebar saat memikirkan hal itu. Dia tersenyum sendiri.
Aesya
mendail nombor Farhan berkali-kali, namun tiada sahutan. Mujur dia
terserempak dengan teman sekelas Farhan, dan mereka memberitahu lokasi
lelaki itu. Aesya menuju ke tempat yang dikatakan.
Dari jauh dia sudah nampak kelibat Farhan. Wah, propose aku dekat hotel ni ke? Mesti mahal makan dekat sini. Romantik gila tunang aku ni. Hehhee….
Aesya mengekori tunangnya itu dari belakang tanpa lelaki itu sedari. Mana dia nak pergi tu? Namun langkah Aesya terhenti tatkala melihat Farhan berpamitan dengan seorang wanita, yang amat dikenali.
Dari jauh dia sudah nampak kelibat Farhan. Wah, propose aku dekat hotel ni ke? Mesti mahal makan dekat sini. Romantik gila tunang aku ni. Hehhee….
Aesya mengekori tunangnya itu dari belakang tanpa lelaki itu sedari. Mana dia nak pergi tu? Namun langkah Aesya terhenti tatkala melihat Farhan berpamitan dengan seorang wanita, yang amat dikenali.
“ Qaisy Farhan!”
Aesya
Humairah menyahut nama itu kuat saat melihat tangan Farhan melingkari pinggang wanita itu.Risya dan Farhan sama-sama berpaling, dan jelas terpamer riak terkejut di wajah kedua pasangan itu.
“
Sya,. Sebenarnya… sa…salah faham je. Kami cuma.. “ tergagap Farhan cuba
menerangkan, sebetulnya cuba mereka satu pembohongan. Risya sudah
menunduk tidak berani bertentang mata dengan Aesya yang sedang
mencerlung marah. Aesya mara dan melepaskan tamparan di pipi Farhan.
Tangannya menggigil menahan amarah.
“ Sya percaya pada awak. Kenapa buat Sya macam ni. Hina sangat ke Sya sampai awak
sanggup buat saya macam ni..dengan kawan baik saya sendiri..awak..astagfirullahadzim…..” Aesya
mengurut dadanya yang terasa perit. Farhan cuba menyentuh tangan Aesya
namun gadis itu segera menepis.
“
Don’t you ever touch me Qaisy Farhan! Sya bukan semurah perempuan ni!
Kita putus, no more engagement, no more relationship. Semoga awak bahagia!” teriak Aesya sebelum berpaling dan
berlalu pergi. Tidak mahu lagi berpaling. Walau kala itu hatinya
benar-benar sakit dan terhiris luka.
‘I hate you, Farhan. Sya takkan maafkan awak sampai bila-bila’
Aesya tersedu dan terduduk di dalam lif. Sudah tidak mampu menahan kesedihan lagi. Tangisan dilepas semahu-mahunya.
“
Sya… kenapa ni?” saat pintu lif terbuka, muncul Haiyyan Raziq. Aesya
perlahan mengangkat wajah, dia masih tersedu menahan tangis. Wajah
sahabatnya itu dipandang sayu.
“
Nah, minum dulu” Aesya hanya memandang kosong cawan dihadapannya.
Airmata yang gugur hanya dibiar, tidak diseka. Kesedihannya tidak mampu
dibendung. Dia benar-benar kecewa dengan perlakuan Farhan dan Risya.
Terluka kerana dia diperbodohkan oleh dua insan yang benar-benar dia
sayangi.
“
Lepaskan Sya, lepaskan tangisan kau kalau itu boleh buat kau tenang.
Aku ada” ucap Haiyyan.
“
Kenapa dia buat aku macam ni? Apa salah aku. Kenapa aku? Aku sayangkan
dia” Aesya terus mengogoi. Hilang perasaan malunya pada Haiyyan. Haiyyan
hanya diam , tidak berniat ingin membalas. Biarlah Aesya melepaskan
perasaan semahu-mahunya. Hampir setengah jam Aesya menangis, baru
keadaan kembali tenang. Tangisannya sudah surut dan hanya sesekali
kedengaran sendu kecil.
“
Sebenarnya, aku dah lama tahu” Haiyyan membuat pengakuan yang cukup
mengejutkan aesya. Aesya memandang Haiyyan bagai tidak percaya.
“
Kau tahu? Kau tahu semua ni dan kau tak beritahu aku? Kawan jenis apa
kau ni??” Aesya melengking.
“
Dengar dulu Sya. Memang aku dah tahu lama,dah banyak kali dia kantoi
dengan aku. Aku sendiri dah berhadapan dengan Farhan. Dia dah janji akan
terus terang dengan kau dengan cara yang baik, Sya. Aku pegang janji
dia. Aku tak nak kau tahu dari mulut aku, biar dia sendiri yang cakap.
Dan, aku sebenarnya, tak nak hati kau terluka bila kau tahu hakikat ni.
Aku tak sanggup tengok kau sedih”
“ Dah berapa lama dieorang bersama?” soal Aesya serius. Haiyyan mengeluh berat.
“ setahun “
Satu
lagi kejutan. Setahun? Tempoh yang sangat lama. Satu tempoh di mana dia
dan farhan masih belum lagi bertunang. Kenapa mesti Farhan lakukan
semua ini?
“
Farhan memang selalu bertukar pasangan sebelum kenal dengan kau Sya.
Tapi Risya tetap setia dengan dia. Farhan ambil keputusan bertunang
dengan kau bagi ubah sikap dia yang playboy dan dalam masa yang sama dia
nak jauhkan Risya. Tapi … macam yang kau tengok.. dia dengan Risya….”
Haiyyan tidak meneruskan kata-kata tatkala Aesya sudah mengangguk
faham.
“
Aku dipergunakan. Tak adil untuk aku . Aku diperbodohkan dan aku
mencintai seseorang yang tak pernah cintakan aku. Bodohnya aku Ya
Allah!” Aesya memegang kepalanya. Bagai terasa ada satu bebanan yang
terlampau berat.
Haiyyan Raziq menggeleng.
“
Kau tak salah Sya. Farhan yang bodoh sebab tinggalkan seseorang yang
istimewa macam kau. Believe me, Farhan salah sebab tak pilih kau. So,
tak ada guna kau nak hukum sendiri. Dia tak layak untuk ditangisi”
Aesya tersenyum dalam airmata yang masih menitis. Haiyyan mencapai tisu dan dihulurkan kepada Aesya.Lelah sudah dia melihat airmata duka itu.
“
Smile please. Aku boleh jadi gila bila tengok kau menangis macam ni.
Lagi happy aku bila tengok kau merajuk or marah, itu lebih sweet, dear” seloroh
Haiyyan. Aesya tergelak kecil. Senang dengan sikap Haiyyan yang
bersahaja. Sedikit sebanyak terubat luka dihatinya. Aesya cuba menguntum
senyum seikhlasnya. Benar kata Haiyyan , tiada guna dia menangis untuk
lelaki seperti Farhan itu.
“ thanks. Kau selalu ada bila aku memerlukan. Kau memang sahabat aku yang baik”
“ Aik, sahabat je? Bila nak tukar title jadi sayang ni?”
Aesya mencerlung mata. Ketawa besar Haiyyan melihat Aesya yang seakan marah.
“
Dah, stop nangis. Air ni minum, penat aku buat. Special untuk sayang
aku” ucap Haiyyan sambil tersengih. Aesya hanya menjeling. Namun
seketika kemudian dia ketawa melihat cawan itu. Buihan krimer cantik
membentuk smiley. Comel!
“
Smile, coz you’re beautiful” bisik Haiyyan perlahan dan tertawa kecil.
Aesya turut sama melempar senyum. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat
sebaik Haiyyan Raziq.
Aesya
menghempas tubuhnya di atas katil. Lepas satu masalah, satu lagi
masalah mendatang. Dia bungkam di atas katil. Iphone yang sudah gelap
dipandang lama. Perbualan dengan ibunya di kampung membuatkan hati Aesya
berkecamuk.
“
Kenapa kau ni Sya? Kusut semacam je. Takkan kau fikir lagi pasal Farhan
tu?” soal Hana turut sama melabuhkan punggung di katil Aesya. Aesya
menggeleng.
“
Bukanlah! Buat apa aku fikir pasal alien tu. Ni mak aku. Dia bising
suruh aku kawin. Alasannya nak langsung sekali dengan kak Ngah aku tu.
Kusut betul lah”
“
Hah, jangan nak salahkan mak kau. Kau yang memandai janji dengan mak
kau nak kahwin saing kak ngah kau kan. Dah beribu duit mak kau belanja
nak siapkan semua. Memang salah kau pun”
“ Alah kau ni, Jangan buat fikiran aku bertambah kusut boleh tak? Cuba tolong fikirkan masalah aku ni”
“ Apa masalahnya, mak kau suruh kawin, kau kawin jelah”
“
Amboi senangnya cakap, nak kawin dengan apa? Kucing? Aku mana ade
calon. Kau tau tak, mak aku kata kalau hujung bulan ni, aku tak bawak
balik calon menantu, mak aku dah atur majlis aku dengan calon pilihan
dia. Eiiiii, sumpah aku tak nak. Entah siapa-siapa tah dipilihnya tu
nanti”
Hana
terdiam. Betul jugak , sahabatnya tu baru putus cinta. Hana mengurut
dagunya seakan berfikir sesuatu. Kemudian , dia tersenyum-senyum
mendapat idea.
“ Hah, aku tahu!” Hana menjerit kecil . Kemudian dia berbisik sesuatu di telinga Aesya.
“ Ah, kau dah gila ke? tak nak lah aku!”
“
Kau ni bendol lah. Cuba beritahu sekarang pilihan apa lagi yang kau
ada? Choose. Ikut cakap aku, atau kawin dengan pilihan mak kau yang
entah muda ke tua ke tu. Nak?”
Aesya
pantas menggeleng. Tetibe dia terbayang calon suami pilihan maknya
adalah lelaki tua, bermisai tebal, gatal, miang. Eiiiiii,, tanak!!!!
Aesya
Humairah resah menanti Haiyyan Raziq. Tidak pernah lelaki itu lewat,
namun hari ni, sudah hampir setengah jam lelaki itu lewat. Aesya sabar
lagi menanti. Dia perlu melakukan ini. Antara hidup dan mati! Hoho..
“
Assalamualaikum, Sya . Sory, aku lambat. Ada hal sikit tadi” Haiyyan
mendekati Sya yang sedang menunggunya di taman rekreasi. Aesya hanya
tersenyum dan menjawab salam.
“ Urm.. ada apa ni nak jumpa aku? Macam penting je?”
“ Ermm.. sebenarnya.. aku….. “
Aesya
takut untuk meluahkan kata-katanya. Tangannya dielus-elus. Terlihat
resah diwajahnya. Haiyyan berkerut dahi. Dia menyentuh tangan Aesya dan
mengusapnya perlahan. Kenal benar dengan sifat Aesya yang akan
berkelakuan begini sekiranya risau akan sesuatu.
“ Kenapa Sya? Ada sesuatu berlaku ke? Asal kau resah semacam ni?” Haiyyan bertanya risau.
“ Err …. Tak .. Sya… erm.. eishh.,, susahnya nak cakap!” rungut Aesya. Haiyyan ketawa kecil.
“
Rileks sayang. Tarik nafas, cakap perlahan-lahan. Bagi aku faham” Aesya
berpaling saat Haiyyan memanggilnya sayang. Dia merenung mata lelaki
itu.
“
Kau sayang aku?” soalan Aesya itu membuat Haiyyan terpana. Macam kena
sampuk hantu pun ada. Terkejut tak hengat. Haiyyan berdehem beberapa
kali.
“ Sayanglah. Kau kan kawan aku”
“
Tak bukan sayang yang tu. Kau cintakan aku?” soal Aesya. Walau riak
mukanya selamba , namun dalam hatinya bersarang seribu satu keresahan.
Malu pun ada. Huhu…
“ Kenapa kau tiba-tiba tanya macam ni? Kalau aku cintakan kau sekalipun kenapa?”
Aesya
agak terdiam. Adakah tadi itu satu pengakuan. Haiyyan baru sahaja
beritahu yang dia cintakan aku ke? eh, ke itu sekadar soalan? Eh,
pening!
“
Sebenarnya macam ni, last week mak aku…” Aesya mula bercerita tentang
permintaan emaknya dari awal hingga akhir dan sebab mengapa dia ingin
bertemu Haiyyan hari ini. Haiyyan sekadar diam kemudian ketawa sinis.
“
So kau nak suruh aku buat apa? Jadi suami segera, macam tu?” soal
Haiyyan penuh sinis. Sedikit tercabar dengan permintaan Aesya itu.
“
Tak, bukan macam tu.. maksud aku… kau….” Aesya mati kata-kata. Wajah
Haiyyan di pandang sayu. Jelas lelaki itu salah faham, dan mungkin
terasa dipergunakan.
“Aku
bukan patung yang tak ada hati dan perasaan Sya. Selama ni bila aku
cakap yang aku sayang kau, nak jaga kau, aku betul-betul serius. Cuma
kau yang tak pernah serius dengan perasaan aku. Tapi hari ni….. “
Haiyyan ketawa lagi. Marah dan kelakar bercampur satu.
“
Aku minta maaf. Memang aku buta. Buta mata dan hati. Tak nampak insan
sebaik kau…. Maafkan aku” begitu perlahan bisikan Aesya. Hatinya
diruntun sayu.
Haiyyan
mengeluh buat kesekian kalinya. Dia berkalih ke kiri. Kini dia
betul-betul menghadap Aesya.
“ Kau insan pertama yang bertakhta di hati aku, dan selamanya cinta aku takkan padam buat kau…
Aesya mengangkat wajah mendengar kata-kata Haiyyan. Begitu tulus. Mata mereka bertaut dan bersatu “ Haiyyan….” Aesya menyeru nama itu. Benarkah lelaki ini begitu ikhlas menyintaiku?
Haiyyan
bermain dengan perasaannya sendiri. Bibirnya bergetar untuk menyambung
bicara. Matanya terasa panas menahan airmata dari gugur.
“ Aku sayangkan kau.. tapi….”
“
Aku dah jadi hak orang” airmata gugur di pipi Haiyyan saat melafazkan
kata-kata terakhir itu. Aesya tergamam. Hak orang? Apa maksud dia?
“ Kau…. Maksud kau?....
Haiyyan menunjukkan cincin di jarinya. Dia tersenyum hambar. Airmata yang gugur diseka. Satu keluhan berat dilepaskan.
“ Minggu depan aku nikah”
Aesya
terdiam. Bagai tidak percaya apa yang baru didengarinya sebentar tadi.
Tiba-tiba wajahnya diserbu malu yang teramat sangat. Malu dengan
tindakannya hari ini. Merayu dengan bakal suami orang untuk mengahwini
dia. Terasa maruahnya jatuh menjunam-junam ke tanah. Aesya menutup
matanya menghilangkan rasa tidak enak itu.
“
Tahniah. Ak…. Aku… Aku doakan kau bahagia dengan future wife kau. Aku
balik dulu” ucap Aesya dan terus bangkit tanpa berpaling lagi. Langkah
diatur laju seiring dengan airmata yang tidak henti mengalir membasahi
pipinya kala ini. Entah mengapa ada rasa kecewa yang bertandang.
“
Aku malu Hana. Aku malu pada dia” Seharian Aesya menangis. Kalau orang
lain timbul mata panda sebab study, dia pula sebab menangis. Hana
mengeluh perlahan. Bahu Aesya diusap lembut.
“ Dahlah tu. Hurm… salah aku jugak. Bagi idea gila pada aku. Kalau tak mesti tak jadi macam ni”
Aesya memandang Hana dan menggeleng.
“
Bukan salah kau Hana. Salah aku yang buta. Selama ni aku betul-betul
tak pernah hiraukan kehadiran dia. Tapi sekarang bila dia dah jadi milik
orang lain, baru aku terasa kehilangan, Hana. Aku sayangkan dia, aku
tak sanggup lepaskan dia pergi”
“
Aku simpati dengan kau Sya. Tapi semua ni dah takdir Allah. Ketentuan
dia, kita tak boleh sanggah. Dah bukan jodoh kau dengan Raiyyan. Kau
kena redha”
Aesya
menyembamkan mukanya ke bantal. Hatinya begitu perit kehilangan cinta
Raiyyan. Baru kini dia sedar, hatinya sudah lama diserah pada lelaki
itu. Namun semua kini sudah tiada erti. Lelaki itu bukan miliknya lagi.
Aesya terus-terusan menangis. Hana mengeluh. Sudah tidak mampu memujuk
lagi. Aesya dibiarkan melayan perasaan sendirian. Mungkin dia akan lebih
tenang begitu.
Aesya
bangkit malas menuju ke meja study saat iphone miliknya berbunyi
nyaring. Sudah dua hari dia diserang demam. Butang answer ditekan tanpa
melihat pemanggilnya.
“
Helo… “ suara Aesya sedikit serak. Antara dengar dan tidak sahaja kala
pemanggil sebelah sana mengutus salam. Namun seketika kemudian matanya
membulat. Dia kembali memandang skrin telefon. Aesya menekup mulutnya.
Dia sudah tidak berhubung dengan lelaki itu sejak pertemuan terakhir
yang lalu.
“ Sya, still there?”
“ Erm.. yup.. aku dengar”
“ Kenapa suara kau, tak sihat ke?”
“ Erm.. ha.ah.. demam sikit”
“ Hai, macam mana pengantin ni. Lagi berapa hari nak kahwin, demam pulak dia”
Aesya
berkerut kening. Macam mana lelaki ini tahu.
“ Erm…. “ Aesya hanya menjawab ringkas. Tidak berminat untuk berbicara soal perkahwinannya.
“ Actually, aku ada dekat area kampung kau ni. Boleh kita jumpa sekejap?”
“ Erm.. jumpa. Aku tak sihatlah . Lagipun tak elok aku keluar. Majlis aku..
“
Sya… please. Kita mungkin jumpa untuk kali terakhir. Lepas ni kau dah
berkeluarga, aku pun dah ada. Kita akan bawa haluan sendiri. Aku nak
sangat jumpa kau. Please…”
“ Erm… aku… tanya mak dululah. Nanti aku call kau”
“
Ok, aku tunggu kau k. Kalau mak kau tak bagi keluar, biar aku datang
rumah kau je. Aku nak sangat jumpa kau. Aku rindu sangat Sya”
“ Haiyyan… tak elok kau cakap macam tu… kalau wife kau dengar, kecik hati dia”
“ Ok, sory. Aku tunggu k Sya. Bye, Assalamualaikum”
“
Baru 3 minggu kita tak jumpa, kau berubah sangat Sya. Badan kau makin
kurus. Kenapa kau tak jaga kesihatan. Kau kan nak jadi raja sehari.
Nanti tak naik dah seri”
Aesya
hanya tersenyum hambar. Hanya Haiyyan yang menyedari perubahan dirinya
itu. Keluarga yang lain langsung tidak menyedari. Benarlah lelaki ini
sangat mengambil berat akan dirinya. Hati Aesya dirudung sayu. Tidak
semena airmatanya gugur.
“
Sayang… kenapa ni?” tidak tertahan hati Haiyyan tatkala melihat airmata
yang gugur itu.Aesya memalingkan wajah.
“ Stop it . Don’t you ever call me like that. Kau hanya akan buat makin cintakan kau”
Haiyyan terdiam mendengar pengakuan itu. Dia memandang Aesya dengan pandanga tidak percaya.
“
Say it again, Sya. Aku tak salah dengar kan?” Haiyyan meminta
kepastian. Aesya menundukkan wajah. Tangisannya semakin menjadi-jadi.
“
Yes, aku admit. Sejak kau akui yang yang cintakan aku, aku baru sedar
perasaan tu dah lama wujud dalam hati aku. Aku benar-benar rasa
kehilangan bila pergi jauh dari hidup aku, Haiyyan.Bila Farhan tinggalkan aku, aku tak sesedih ini.Tapi kau...kehilangan kau buat hati aku jadi sakit”
“
Apapun perasaan aku pada kau, semuanya dah telambat Haiyyan. Kau dah
pun punya isteri, dan aku akan menjadi hak orang selepas ni. Aku mohon
kau lepaskan aku, jangan biar ada cinta yang tersisa buat aku. Aku
doakan kau dan isteri kau bahagia”
Haiyyan merenung mata Aesya dalam.
“ Aku doakan kau,Sya. Insya
Allah, akan ada senyuman yang terukir saat kau meniti bahagia bersama
suami kau nanti”
Haiyyan
sudah bangkit meninggalkan Aesya. Aesya menutup matanya rapat dan
menarik nafas panjang. ‘pergilah kau wahai kasih, cari cintamu yang
baru. Aku bukan lagi milikmu’
Aesya
termenung di beranda kamarnya. Baru beberapa jam yang lalu dia sah
bergelar isteri pada menantu pilihan ibunya. Ada rasa tenang yang
menghuni hatinya. Bila mengenangkan kembali majlis pernikahan ringkas
tadi, hatinya jadi berbunga dan ada tawa yang terukir di bibirnya.
Siapa
sangka Haiyyan Raziq adalah calon suami yang diatur ibunya. Pada saat
Haiyyan masuk ke kamar untuk sesi pembatalan air sembahyang, Aesya sudah
hampir pengsan.
“
Haiyyan! Kau buat apa dekat sini?” Aesya sedikit berteriak. Namun
langsung tidak mengejutkan seisi keluarga yang ada dibilik itu.
Masing-masing tersenyum melihat Aesya yang kebingungan.
“ Nak jumpa isteri abanglah sayang. Kenapa, tak percaya?”
“ Abang? Eh jangan nak mengarut. Kau suami aku? Habis isteri kau? Mak apa ni??”
“ Sayang… abang….
“
Kau jangan nak kata aku ni bini nombor dua kau?? Kau desperate ke apa
ni? Mak Sya tak nak! Memang Sya sayangkan dia, tapi Sya tak segila ni
jadi bini nombor dua lah mak! Tak nak!”
“
Hisyyy, apa kamu ni Sya. Mana ada bini nombor dua. Kamu suami isteri,
tak adanya isteri lain. Mengarut je. Dah sarung cincin cepat. Nanti
lepas majlis boleh cerita-cerita”
“Sayang……..”
satu kucupan hinggap di pipi Aesya , menghilangkan lamunan dia sebentar
tadi. Aesya hanya menjeling suaminya yang sudah memeluk tubuhnya dari
belakang. Haiyyan tersenyum melihat isterinya yang masih mahu
melancarkan rajuk. Dagunya didaratkan di bahu Aesya. Lega segalanya
telah selesai.
“ You owe me an explaination ,Haiyyan…”
“ Abang, sayang… call me A.B.A.N.G”
“
NOPE. Sya tak akan ubah panggilan Sya selagi tak terangkan semua ni.
Pandaikan , plan dengan mak, satu family komplot. Sya je yang tak tahu”
Haiyyan ketawa. Pipi isterinya dicuit geram. Aesya benar-benar comel saat merajuk begitu.
“ Ok, erm… nak start dari mana ya? Banyak sangat lakonan ni….” Haiyyan masih mahu mengusik isterinya. Aesya mencerlungkan mata dan mencubit pinggang suaminya. Haiyyan ketawa.
“ Before abang cerita, nak hadiah dulu… “ Haiyyan mengunjukkan pipinya. Aesya menayang muncung itik.
“ tak nak!”
“ Ok then, tak ada story lah. Biar sayang tak tahu sampai bila-bila”
Aesya
mengembongkan pipinya. Benar-benar geram dengan Haiyyan Raziq. Mahu
tidak mahu dia mendekatkan bibirnya ke pipi suaminya. Namun belum sempat
landing, dah landing tempat lain. Haiyyan terlebih dahulu berpusing dan
bibir mereka bersatu. Aesya memukul bahu suaminya geram. Haiyyan ketawa
menang.
“ Ok, thanks sayang. Biar abang cerita ok. Actually semua ni start dari cincin”
“ Cincin?”
Haiyyan mengangguk. Dia menarik tangan Aesya dan mengunjuk cincin hari lahir yang dihadiahkan oleh ibu Aesya.
“
This one, abang yang bagi. Bukan mak. Mak jadi orang tengah je. Ni
cincin tanda, abang dah pun ikat sayang sebulan selepas sayang putus
dengan Farhan. Abang tak sanggup nak lepaskan sayang pada orang lain.
Abang terpaksa guna taktik ni, sebab masa tu abang tahu, sayang tak
cintakan abang”
“ eiii,, jahatnye dia….” Aesya membuat muka jengkel. Haiyyan hanya ketawa melihat mimik muka isterinya itu.
“
dan, usaha ini takkan berjaya tanpa bantuan mak sayang. Mak suruh abang
rahsiakan semua ni, hinggalah sayang bertemu abang, minta untuk jadi
suami ekspress. Abang betul-betul tak sangka sayang akan pilih abang.
Walau masa tu pedih lah jugak hati ni. Yelah, orang’terpaksa ‘ kan” ucap
Haiyyan sambil ketawa. Aesya diserbu malu. Dia menepuk perlahan tangan
suaminya. Malu mengingatkan peristiwa itu.
“
Dan, pertemuan terakhir kita, abang betul-betul terharu bila sayang
akui yang sayang cintakan abang. Saat tu bukan lagi lakonan, tapi abang
sangat ikhlas. Abang bersyukur pada Allah, akhirnya pintu hati sayang
terbuka buat abang. And now, sayang jadi isteri abang yang sah. Syukur
Alhamdulillah” Haiyyan mengakhiri ceritanya dengan seukir senyuman.
“
Tak baik tau . Membazir airmata je menangis untuk dia” Aesya bersuara,
sedikit rajuk. Namun dalam hati dia bahagia. Dapat bersama dengan
Haiyyan Raziq, suami yang sangat dicintai.
“ Abang minta maaf ok sayang. Abang janji airmata duka tu, abang akan gantikan dengan kebahagiaan , forever till Jannah.
Sejuk
hati Aesya mendengarnya. Airmatanya gugur. Namun bukan kerana kedukaan,
tapi kerana kebahagiaan yang dikecapi. Dia memeluk tubuh Haiyyan erat.
Haiyyan tersenyum gembira. Ubun-ubun isterinya dikucup perlahan.
“
A’an sayang Yaya” bisik Haiyyan perlahan. Aesya ketawa kecil
mendengarnya. Sudah lama dia tidak mendengar ayat itu. Pipi suaminya
dicuit perlahan. Tangannya dilingkar di leher Haiyyan.
“ Yaya lagi sayangggggg sangattt sangattt dekat A’an”
“ Tak. A’an lagiiiiiiiiiiiiii sayanggggggggggggggg sangattttttt sangattt sangattttt dekat Yaya”
“ Eiii, suka tau abang ni. Tak pernah nak mengalah dengan sayang”
Haiyyan ketawa besar. Pipi isterinya dikucup lama.
“ Sejuk hati abang sayang panggil ‘abang’ . I love you sayang”
“
I love you more” ucap Aesya tidak mahu mengalah. Haiyyan hanya
tersenyum. Haiyyan menarik Aesya masuk ke dalam dan dia berhenti di
birai katil. Tubuh isterinya didakap erat.
“ Sayang……”
“ erm?”
“ Ingat tak A’an buat Yaya nangis dulu, sampai merajuk berminggu-minggu dengan A’an?”
“
Erm…. Yang mana ek? Tak ingatlah” Aesya cuba mengerah ingatannya. Sukar
untuk difikirkan , kerana memang setiap hari suaminya itu akan buat dia
menangis.
“
Kau selalu main kawin-kawin dengan aku. Akak aku cakap, orang kawin,
baru boleh dapat baby. Hah, habislah kau, nanti dalam perut kau ada
baby. Aku tak tau” Haiyyan mengajuk kembali usikannya pada Aesya suatu
ketika dahulu. Kerana usikan itu, Aesya merajuk dengannya dan tidak mahu
keluar rumah. Aesya juga jadi anti untuk bermain kawin-kawin.
HAHAHHAHAHAHAHAHAH…
Aesya
ketawa kuat bila mendegar dialog itu. Ketawanya bersahut-sahutan hingga
keluar airmata. Senak perutnya menahan tawa. Terasa bodoh kerana dia
mempercayainya. Tapi, memanglah. Baru darjah dua, manalah nak tahu.
Lepas Haiyyan berkata begitu padanya, dia menangis dan mogok tidak mahu
sekolah dan keluar rumah selagi baby dalam perutnya hilang.
“
Nak buang baby, nak buang baby” Haiyyan mengajuk kata-kata Aesya sambil
ketawa. Kini giliran dia pula ketawa terbahak-bahak. Aesya mencubit
lengan suaminya geram. Wajahnya diserbu malu.
Haiyyan mengakhiri sisa tawanya. Pipi isterinya di usap dengan senyuman yang mekar.
“ Kenapa abang tiba-tiba ungkit pasal tu? Malu sayang tau”
“ Erm… abang nak buat eksperimen lah sayang. Nak buktikan kesahihannya” ujar Haiyyan perlahan dan menggoda.
“ Hah?” Aesya terlopong tidak faham. Haiyyan tersenyum. Dia tunduk dan mengucup pipi Aesya.
“
Nanti kita tengok ea, ada baby ke tak dalam perut sayang” bisik Haiyyan
sebelum ketawa kecil . Aesya mengetap bibirnya , faham dengan
‘eksperimen’ yang dimaksudkan. Namun seketika kemudian, dia menguntum
senyum. Hatinya bahagia . Benarlah , jika kita mengizinkan orang yang
ikhlas mencintai kita untuk masuk mengisi ruang dalam hati, cinta kita
buat dia akan mekar dan bercambah seiring dengan rasa kecintaan pasangan
pada kita. Insya Allah. Bahagia Forever till Jannah. Amin.
sweet tak cite nieh??? hehehe... (plz kata sweet :p) okbaii~
sweet gile
ReplyDeletesweet n gmpkkkk coiii!!!!!!!!!!-iezahtakuya
ReplyDeletesweeeeeeeeeeeeeeeeet sangaaaat !
ReplyDeleteSweet sgt cerita ni. Ingat A'an ty farhan.
ReplyDelete