MOSHI_MOSHI!!!!
baiklah....
ini adalah special edition of Misi Mencari Cinta.... dibuka kepada
beberapa orang kawan2 untuk request cerpen khas untuk mereka... so here
we go... first cerpen untuk Nurul Arina Sayuthi. enjoy reading ya.
(maybe agak panjang) huhuhuu..... ~
Arina
menarik nafas perlahan. Hatinya resah dan tidak keruan. Perasaan takut
menyelubungi dirinya. ‘Macam mana kalau selamanya aku akan berada di
sini? Nanti orang akan jumpa mayat aku, tinggal tengkorak, berulat,
busuk……..’
“ Ah, tanakk!!!!!!!!!!!!!!!”
KUKKKK!
Arina
memegang kepalanya. Terasa pedih . Dia memandang ke sisi. Bulat matanya
memandang lelaki itu. Oh, terlupa! Dia tidak berseorangan di sini.
Mereka sama-sama tersesat. Eh, tersesat ke sengaja menyesatkan diri?
Entah lah labu~
“
What the hell is wrong with you? Nak menjerit mintak tolong sekalipun,
bagi signal dulu boleh tak? Kalau aku ada sakit jantung tadi macam mana?
Sia-sia mampos dalam hutan ni!”
Hazwan
Amirrudin bersuara geram. Arina Sayuthi dihadapannya itu terlihat kecil
dimatanya. Mahu saja dia picit-picit macam semut. Arina mengetap
bibirnya.
“ Err.. ss..sory… aku lupa.. kau… ada sini.. “
“
Lupa? Kau dah buat aku tercampak dekat sini, kau boleh cakap kau lupa?
LOL, very funny. Ohsem!” Hazwan bertepuk tangan kuat sambil ketawa yang
jelas dibuat-buat. Arina hanya menunduk wajahnya. Terasa bersalah.
Memang
salah dia sebab tak ikut arahan yang diberikan ketua pasukan. Dia jalan
ikut suka hati sebab sibuk nak snap gambar sana sini. Disebabkan
kedegilan itu, kaki Arina tersangkut pada akar dan hampir terjunam ke
jurang. Mujur ada Hazwan yang merupakan ahli terakhir bergerak di
belakang. Namun disebabkan hilang imbangan dan keadaan tanah yang licin,
mereka sama-sama jatuh dan menggelongsor ke bawah.
“ Errr.. kaki kau… ok ke?” soal Arina. Dia melirik kaki Hazwan
yang sudah berbalut dengan jaket milik lelaki itu. Sebatang kayu diikat
sama pada kakinya, bagi menampung kaki yang patah. Hazwan hanya
menjungkit bahu tanda dia tidak tahu.
“ Patah je pun, belum nak mati lagi”
Terdiam
Arina mendengar kata-kata lelaki itu. Tidak semena airmatanya mengalir.
Salah dia, semua salah dia. Kalau bukan kerana hendak melindungi
dirinya dari cedera, Hazwan pasti tidak akan patah kaki.
“
Dah, kau menangis ni kenapa? Ada luka ke? Sini aku tengok” Hazwan
bersuara. Arina hanya menggeleng. Airmata yang berjuraian diseka
perlahan. Dia bermohon dalam hati agar ada rakan lain yang akan
menjumpai mereka.
“
Aku takut tak ada orang jumpa kita… aku tak nak mati dekat sini.. kau
cedera.. nanti kalau….” Arina tersedu-sedu menahan tangis , hampir tidak
kedengaran butir bicaranya. Hazwan mengeluh perlahan. Dia mengengsot
dan bersandar di pokok bersebelahan Arina.
“
Kita tak akan mati. Sekarang ni dah hampir 2 jam kita hilang. Diaorang
akan cari kita. Jangan risau. Kaki aku ni terseliuh sikit je. Kau nak
takut apa, Allah kan ada. Sekarang lebih baik kau doa, daripada nangis
macam ni, apa kau dapat?” Hazwan sekadar memujuk dan menenangkan Arina
walau kala ini kakinya benar-benar sakit.
“ Aku minta maaf….” Arina menundukkan wajah.
“ Its ok Arina. Nothing to worried ok” Arina mengangguk perlahan. Hatinya tidak putus berdoa agar bantuan segera sampai.
3
hari sudah mereka terperangkap dalam hutan tebal itu. Bekalan makanan
yang ada pun sudah habis. Arina kematian akal. Keadaan Hazwan yang
semakin lemah membuatkan hatinya bertambah risau.
“
Wan, kau ok ke ni? Jangan buat aku risau” bisik Arina perlahan melihat
Hazwan yang bersandar lemah di pokok. Wajahnya basah dengan peluh dan
pucat lesi. Airmata Arina mengalir lagi. Teragak-agak Arina meletakkan
tangan di dahi lelaki itu. Ini darurat, dia bukan sengaja mahu bersentuh
dengan bukan muhrimnya. Tudung yang dipakai dijadikan lapik sebelum
tangan didaratkan di dahi Hazwan.
“
Ya Allah, panasnya. Kau demam ni Wan. Apa aku nak buat ni. Ya Allah”
tangisan Arina semakin menjadi-jadi. Hazwan mendesah lemah dan perlahan
membuka matanya.
“
Aku ok….” Suaranya begitu lemah. Namun seiring dengan itu dahinya
berkerut menahan sakit yang sudah menyengat seluruh badannya. Hendak
bergerak sedikit pun dia tak terdaya.
“
No! kau tak ok! Kau sakit Wan. Aku tahu. Ya Allah, bantulah aku Ya
Allah. Aku tak nak buat apa Wan. Aku tak ada ubat nak bagi kau. Air pun
dah habis, makanan tak ada. Ya Allah…..” Arina terus-terusan menangis.
Hazwan menyentuh perlahan bahu Arina.
“ Kau pergi cari jalan keluar. Tinggalkan aku dekat sini. Hanya kau yang boleh cari jalannya….”
“ Aku? Aku takut Wan. Aku tak berani”
“ Insya Allah kau boleh. Pergilah”
“ tapi… takkan aku nak tinggalkan kau kat sini? Kau tengah sakit Wan”
“
Pergi. Insya Allah aku boleh bertahan. Aku tunggu kau dekat sini” ucap
Hazwan. Dia mencapai beg sandang miliknya dan mengeluarkan sehelai kain.
Dengan tenaga yang masih bersisa, kain itu direntap kuat dan dikoyak
kepada beberapa bahagian.
“
Ambil kain ni, ikat pada pokok sebagai checkpoint , untuk pastikan kau
tak akan sesat dan dapat patah balik ke sini semula pada aku. Pisau ni…
gunakan sebagai senjata, kalau-kalau ada gangguan” Arina mengangguk
faham walau hatinya berdebar dan takut.
“
Bila kau rasa takut, rasa gelisah dan putus asa nak bergerak, kau baca
ayat ni. Insya Allah, Allah akan tunjuk jalan keluar pada kau” Hazwan
membaca sepotong ayat berkali-kali agar Arina dapat menghafalnya. Arina
mengulang baca. Setelah yakin dapat mengingati ayat itu sepenuhnya,
Arina bangkit.
“
Aku pergi dulu. Kau janji dengan aku, kau akan bertahan. Aku akan
datang balik selamatkan kau. Janji dengan aku” Arina menuntut janji.
Hazwan mengukir senyum lemah.
“ Insya Allah, dengan izin Allah. Kita akan jumpa lagi”
Nurul
Arina mengetap-ngetap bibirnya. Dia menjeling Hazwan dan rakan-rakannya
dari jauh. Sejak peristiwa sesat beberapa bulan yang lalu, dia dan
Hazwan sudah jarang bertegur sapa. Kalau sebelum peristiwa itu dulu,
sering sahaja Hazwan dan rakannya mengusik dia.
“
Kenapa kau suka sangat usik aku dekat sekolah, Wan? Setiap hari. Ada je
kau nak kenakan aku. Aku malu tau, rasa loser gila” Arina memulakan
perbualan saat masing-masing bersetuju untuk berjaga sahaja pada malam
pertama mereka sesat. Mereka tiada keinginan untuk tidur, memikirkan
nasib esok yang entah bagaimana.
“
Kau tak loser, tapi kau comel” ucap Hazwan sambil tersenyum. Arina
membuntangkan mata , namun dalam hatinya berdebar dan bercampur malu.
“ Mengarut lah kau”
“ Seriuslah. Kau comel, sebab tu aku suka usik kau. Kau adalah makhluk ciptaan Allah yang tersangat comel bila marah”
“
Masa marah je? Masa biasa tak comel lah?” Arina bertanya berani. Hazwan
tersenyum lagi. Arina menyimpan debar. Sebetulnya sejak dari hari
pertama mereka ditempatkan sekelas, Arina sudah jatuh cinta dengan
senyuman itu. Hensem!
“
Tak. Masa biasa bukan comel, tapi cantik” Arina terdiam. Wajahnya
diserbu malu. Hazwan ketawa kuat melihat perubahan wajah Arina.
“
Start lah tu perasan? Perempuan ni kan, memang pantang kena puji.
Patutlah senang jadi mangsa lelaki mulut manis” selamba Hazwan
melemparkan kata. Arina menggigit bibir geram. Ciss, saja nak kenakan
aku rupanya!
“
Woi!! Berangan!!” Arina tersentak saat bahunya ditepuk kuat teman
sekelas, Zalika. Arina mengurut dadanya. Zalika dijeling sekilas.
“ Kau ni, terkejut aku tau. Buatnya sakit jantung tadi….”
“
eleh… kau sakit jantung, bukan sebab kena sergah, tapi jantung tu
berdegup .. dup dap dup dap…. Hah~ kau usha Hazwan ek? Eiii, tak
malu…tak malu” Zalika galak menyakat Arina. Arina sudah mencerlungkan
mata. Bibir Zalika ditekup kuat, bimbang didengari orang lain. Lengan
Zalika dicubit.
“ Kau ni volume tu boleh perlahan sikit? Orang dengarlah!”
Zalika tersengih. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Arina. Matanya turut sama dihala pada Hazwan dihujung dewan.
“
Kenyataan kan. Apa kau nak malu? Rina, aku rasa baik jujur dengan diri
sendiri. Pergi beritahu dia tentang perasaan kau tu. Make a confession”
“ Hah? Kau gila ke? Nak suruh perigi cari timba? Tak nak aku!”
“
Hello kawan. Sekarang zaman moden. Tak ada istilah perigi cari timba
lagi. Ni soal hati dan perasaan. Faham? Hari ni last tau kita semua
jumpa. Lepas ni tak ada dah. Nanti masing-masing dah bawa diri, kau ke
mana, dia kemana. Hah, yang merana sapa? Kau jugak!”
“
Ah, malulah!” Arina sudah menyembamkan mukanya di meja. Namun seketika
kemudian dia mengangkat wajah. Wajah Hazwan ditenung lama. Yes, betul.
Aku kena berani. Lepas ni tak jumpa lagi dah. Try jelah. Kalau dia tak
suka takpe. At least aku cuba.
“
Aku pergi ea?” Arina menyoal Zalika. Temannya mengangguk laju walau
tidak percaya Arina secepat itu nekad. Dia hanya memandang Arina yang
sudah bergerak ke Hazwan.
“ Ehem….” Arina berdehem perlahan. Hazwan dan kawan-kawannya berpaling.
“
Yes Arina?” Afiq yang berdiri berhampiran Arina bertanya. Arina
tersenyum. Matanya tidak lepas memandang Hazwan yang masih leka
berbual.
“ Err.. aku nak cakap dengan Hazwan sekejap… boleh?”
Hazwan berpaling. Keningnya sedikit terangkat.
“
Oh, boleh sangat. Maklumlah, best student, semua orang nak cakap dengan
kau ea Wan. Sila-sila. Jom guys” Afiq bersuara dan memberi laluan pada
Arina dan Hazwan.
“ Ada apa? “ Hazwan bersuara namun matanya memandang iphone.
“
Boleh tak pandang aku kejap. Focus, aku nak cakap ni” Arina bersuara
geram. Hazwan mengeluh dan menyimpan iphone nya dalam poket. Bersedia
memberikan sepenuh perhatian pada Arina.
“ Ok….” Arina menarik nafas perlahan dan berselawat dalam hati.
“
Aku tau apa yang aku buat ni satu kerja gila. Tapi aku tak kisah. Aku
nak buat satu pengakuan. Ehem…. Ermm… aku.. “ tiba-tiba terasa ada
sesuatu yang tersekat dikerongkong, sukar pula untuk meluahkan kata.
“ Nak cakap apa sebenarnya. Aku dah lambat ni” Hazwan bersuara bosan.
“
Ok. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh rasa macam ni. Tapi sejak dari
hari pertama kita kenal, kau selalu usik aku. Mulanya aku rasa macam
annoying gila, benci! Tapi lama-lama baru perasan yang sebenarnya aku
suka kau usik aku. Aku happy sangat. And sepanjang kita sesat di hutan.
Aku semakin mengenali kau. Kau sangat caring, baik, kau special. Kau
sangat istimewa buat aku. What I want to say is, aku…. aku dah jatuh
cinta dengan kau.Aku sayang kau”
Arina
terasa mukanya diserbu malu saat mengucap kata-kata itu. Dia mengetap
bibir menahan malu. Wajahnya ditundukkan. Tidak mahu memandang wajah
Hazwan dan melihat reaksi lelaki itu. Lama menanti akhirnya Hazwan
bersuara.
“ So?” seringkas itu jawapannya. Arina mengangkat wajah.
“
So? Apa maksud kau ‘so’? Punyalah panjang lebar aku cakap tadi, jawapan
kau macam tu je??” Arina bertanya geram. Terasa mahu menangis pon ada.
Macam diperbodohkan pulak.
Hazwan ketawa sinis.
“
Then, what did you expect for me to say, cik Nurul Arina Sayuthi? Kau
nak aku cakap, yes I love you too? Or kau harap aku akan cakap, will you
marry me? “ Hazwan bertanya sinis.
Arina terlopong tidak percaya. Terasa maruah dirinya diinjak-injak. Airmatanya tidak semena gugur. Arina menahan perasaan.
“
Aku tak sangka kau macam ni sekali Hazwan. Selama ni…. Aku…. its ok.
Aku tau aku tak layak. Tapi aku juga ada harga diri, dan hari ni aku
buang ego aku, aku buang malu aku, untuk confess depan kau tentang
perasaan aku. Aku cuba untuk jujur. Tapi… ini yang aku dapat, tak lebih
dari sebuah penghinaan. Thanks a lot. Its was such a great gift for me.
Aku harap aku perempuan terakhir yang akan kau sakiti. Hati kami begitu
lembut dan cepat terluka, Wan. Aku minta maaf kalau pengakuan aku tadi
keterlaluan. Aku harap kau lupakan dan anggap ia tak pernah kau dengar.
Assalamualaikum”
Arina
berlalu dan tidak berpaling lagi. Airmata yang laju membasahi pipi
diseka perlahan. Hatinya luka parah bagai dihiris sembilu. Zalika yang
mengejarnya dari belakang langsung tidak dihirau. Dia hanya mahu pulang,
lari dari sebuah kenyataan yang begitu menyakitkan.
Arina
terpana dimuka pintu rumahnya. Kakinya kaku tidak bergerak melihat
gerangan tetamu yang datang. Hatinya dihurung debar dan waktu yang sama,
ada rasa marah yang bertandang.
“
Ina, siapa yang datang tu? Kenapa tak jemput masuk?” ibu Arina menyahut
dari dapur. Tidak lama kemudian ibu dan ayahnya turut sama menjenguk
dimuka pintu.
“ Assalamualaikum” tetamu itu menyapa.
“ Waalaikummusalam. Ye cari siapa?” ayah Arina bertanya. Hazwan tersenyum dan memperkenalkan diri.
“
Kau baliklah! Buat apa datang sini? Aku tak suka” Arina bersuara
perlahan, bimbang didengari kedua orang tua Hazwan yang berdiri tidak
jauh dibelakang.
“
Ina! Apa cakap macam tu, tak baik menghalau tetamu tau tak? Apa buat
perangai ni, ibu tak pernah ajar Ina macam ni tau! Dah, pergi masuk!”
ibu Arina bersuara keras. Arina menarik muka masam dan berlalu ke dapur.
Ayah Arina menjemput tetamu masuk.
“
Abah, izinkan Wan cakap dulu, boleh?” Hazwan bertanya pada abahnya.
Lelaki itu mengangguk dan tersenyum. Hazwan memandang Arina yang diam
dihujung kerusi. Wajah itu langsung tidak menguntum senyum.
“
Pakcik, makcik. Saya sebenarnya datang berhajat. Sebenarnya, saya dah
lama simpan perasaan pada Arina. Sebetulnya, dari kami tingkatan 6 bawah
lagi. Cuma waktu tu, saya fikirkan yang kami masih lagi bergelar
pelajar, pelajaran tu lebih penting. Jadi saya pendamkan dulu hasrat
saya” Hazwan bersuara tenang. Arina mengangkat wajah mendengar pengakuan
lelaki itu. Hazwan memandangnya sambil tersenyum. Dia menarik nafas
sebelum menyambung bicara.
“
Selama beberapa bulan ni, saya cuba mencari diri saya. Fikirkan masa
depan, apakah layak saya untuk anak pakcik, Arina. Saya bermuhasabah
diri, tunggu hingga keputusan biasiswa keluar. Alhamdulillah, saya
berjaya dan Insya Allah akan sambung study ke luar negara bulan depan.
Setelah saya fikirkan, minta pendapat mak dan abah saya, serta
istikharah 3 malam berturut-turut , saya dapat jawapannya”
Hazwan sekali lagi berhenti bicara. Dia mengucap selawat dalam hati.
“
Bismillahirrahmannirahim. Saya Hazwan Amiruddin ingin menjadikan Nurul
Arina sebagai bakal teman hidup saya. Insya Allah jika pakcik dan makcik
memberi keizinan pada saya dan semestinya jika dizinkan Allah” begitu
tenang Hazwan mengucapkannya. Kemudian dia melepaskan keluhan lega,
bagai hilang beban di bahu.
Arina
tergamam. Terasa panas wajahnya dengan airmata yang gugur tanpa
dipinta. Dia dapat merasai ketulusan bicara Hazwan. Keikhlasannya
menyentuh tangkai hati Arina. Ayah dan ibu Arina serentak memandang
puterinya. Melihatkan airmata Arina, mereka sama-sama mengangguk dan
tersenyum.
“
Kami tiada halangan , jika tuan punya badan sendiri setuju. Rasanya,
Arina memang dah setuju dah tu kan?” Arina tersipu malu memandang
ayahnya. Wajahnya ditunduk menahan malu. Masing-masing ketawa melihat
Arina.
“
Insya Allah, niat murni begini, baik untuk laksanakan. Kami cadang
untuk mereka bertunang dahulu untuk suatu tempoh hingga Hazwan tamat
pengajian di luar negara. Bukan apa, cuma takut budak-budak ni tak dapat
nak beri komitmen kalau kita terus langsung perkahwinan. Maklum mereka
masih muda” ayah Hazwan pula bersuara. Kedua ibu bapa Arina mengangguk
setuju.
“
Saya setuju juga macam tu. Kita pun tak perlu nak risau. Sepanjang
bertunang, masing-masing jauh. Dugaannya itu mungkin cuba rindu, tapi
mereka terpelihara dari perkara tak sepatutnya. Takut juga budak
sekarang, jiwa muda katakan” kata-kata ayah Arina disambut ketawa yang
lain. Hazwan mencuri pandang
Arina dan kemudian mereka berbalas senyum. Ada bahagia dalam diri
mereka. ‘akan ku jadikan kau yang halal buatku ‘
Arina
termenung di hadapan komputer riba miliknya. Hampir sebulan lamanya
Hazwan tidak mengutus khabar berita. Risau dan rindu bercampur menjadi
satu. Gambar terakhir yang dikirim Hazwan ditatap lama. Wajah itu begitu
ceria. Arina mengukir senyum. Melihatkan wajah tunangnya itu sahaja
sudah membuatkan hati Arina berbunga bahagia.
BUZZZ!!
Arina terkejut. Ikon di Yahoo Messeger berkelip tanda ada pesanan baru. Arina menguntum senyum. Arina membalas pesanan itu.
Putra Haz : Assalamualaikum.
Pu3 Arina : Waalaikummusalam.Lamanya x on9. Sy risau tau. :’(
Putra Haz : risau ke rindu? Hehe…. Maaf3… saya busy final exam. Sorry awak.
Pu3 Arina : erm… its ok. So how ur exam? Boleh buat?
Putra Haz: Alhamdulillah. Semua paper sy blh buat. Sy dh usaha, skrang berdoa n pray 4 the result jelah.
Pu3 Arina : Insya Allah. Awk kan pandai.
Putra
Haz : hehe.. thanks. Ats doa awak n parents kita jgak. Awk, saya balik
dua minggu lagi. X sabar nak jumpa awk. Miss you. Hehe…
Pu3 Arina : eleyh. Tak rindu dia pun. Wekks. =P . urm, awk balik tu brape hari bulan?
Putra Haz : ceh. Takpelah tk rindu. Erm, 17 haribulan. Knp?
Pu3 Arina : oh. 18 haribulan ada reunion, budak kelas kita dulu. Nk pergi x?
Putra
Haz : Yup, iknow. Afiq ada beritahu. And that day bufday awak kan. Ada
alasan lah saya nak ajak awak keluar.. hehehe… kite celeb sama2 k….
Pu3 Arina : hehe.. awk ingat jgk bufday saya. Ingat lupa. Erm…. Celeb? Its ok. Pergi reunion tu pn dah ckup happy utk saya.
Putra Haz : erm, yelah. Awk saya x blh lama ni. Bnyk brang belum packing. Tunggu saya balik k. Jgn nakal2. Bye Assalamualaikum.
Belum
sempat Arina membalas chat, Hazwan sudah offline. Arina mengeluh
perlahan. Namun seketika kemudian dia tersenyum. Kalendar dipandang.
Berdebar menunggu kepulangan tunangnya.
Hazwan
tersenyum memandang Arina yang baru keluar dari rumah. Tunangnya itu
sungguh anggun dengan busana muslimah berona sedondon dengan kemeja yang
dipakai Hazwan. Bagai berjanji-janji pula.
“
Assalamualaikum” Arina bersuara perlahan. Malu saat Hazwan asyik
merenung wajahnya sedari tadi. Hari ini mereka pertama kali bertemu
setelah Hazwan tiba di Malaysia semalam.
Waalaikummusalam.
Shall we?” soal Hazwan. Arina mengangguk perlahan. Dia menapak masuk ke
dalam kereta tatkala Hazwan sudah membuka pintu untuknya. Romantik!
Hehhe….
“
Awak sangat cantik malam ni tau. Tengok tu, ramai classmate kita
jeling-jeling awak. Jeles saya” Hazwan berbisik perlahan ketika mereka
bersantai di sebuah meja. Arina tersenyum malu dan menjeling tunangnya.
“ Awak ni, ke situ pulak. Dieorang kan tahu, saya tunang awak. Mengada tau nak jeles-jeles”
Hazwan
ketawa perlahan. Andai sahaja dia dan Arina sudah halal bersentuhan,
pasti dia akan mencuit pipi Arina. Comel sungguh muka tunangnya itu saat
marah.
“
Awak tahu tak, saya bersyukur kita berjauhan sepanjang tempoh bertunang
ni. Rasa rindu, sabar , kesetiaan dan kejujuran. Semua tu menguji kita
bersama. Kalau kita berada dekat, mesti kita tak akan bahagia macam ni
kan? Yelah hadap muka hari-hari, mesti bosan. Lepas tu mesti selalu
bergaduh, cemburu. Macam-macam lah”
Arina
mengangguk. Setuju dengan kata-kata Hazwan itu. Dugaan sepanjang
bertunang walau agak berat, namun dia bersyukur mereka dipelihara
hubungan. Arina menguntum senyum . Begitu juga Hazwan.
“
Awak tunggu sekejap ea. Saya nak ke sana” Hazwan bangkit dan menuju ke
arah pentas. Dia berbicara sesuatu pada Afiq yang menjaga bahagian sound
system. Kemudian Hazwan naik ke atas pentas. Ditangannya terdapat
sebuah gitar. Arina berkerut dahi pelik.
“
Ehem… testing.. testing… one two three…. “ Hazwan mencuba mike, dan
selebihnya mahu menarik rakan lain agar memandangnya. Arina menumpukan
perhatian ke arah pentas. Saat itu juga mata dia dan Hazwan bersatu.
Mereka saling berbalas senyuman.
“
Assalamualaikum. Ehem… ok, hari ni aku nak buat special performance. As
semua orang tahu, hari ni, merupakan hari lahir Arina, my fiancée. So,
ada hadiah yang tak seberapa dari tunang awak ni. Hope you like and
enjoy it” Hazwan bersuara tenang walau kala itu seluruh dewan sudah
gamat dengan tepukan dan sorakan dari rakan yang lain. Arina mengetap
bibir menahan malu.
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Arina
Happy birthday to you
Arina
tersenyum. Walau hanya lagu seringkas itu, dia sudah terharu. Lagu itu
menjadi lebih istimewa kerana di nyanyikan HAzwan dengan petikan gitar
akustik. Usai menyanyikannya dalam 3 versi, Hazwan berhenti. Tepukan
gamat berbunyi. Arina fikir itu pengakhirannya. Namun Hazwan masih tidak
berganjak. Sebaliknya dia menggamit Arina agar naik pentas bersamanya.
“
Eishh.. tak naklah” Arina pantas menggeleng. Malu! Namun Zalika sudah
terlebih dahulu menolak tubuhnya disertai sorakan dari teman yang lain.
Arina mengetap bibir malu.
“
Awak ni….” Arina merungut saat dia melabuhkan diri di kerusi yang
disediakan untuknya. Hazwan hanya tersenyum dan mengenyitkan mata. Dia
kembali memetik gitar. Perlahan. Suasana begitu sepi. Lampu utama
dipadam, dan hanya spotlight yang menerangi mereka berdua. Hati Arina
berdebar.
Kasihku, ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya………
Terdiam
Arina mendengar suara Hazwan yang begitu lembut dan perlahan mendayu
halwa telinganya. Dia tersenyum bahagia. Keikhlasan Hazwan menyanyi
menjentik tangkai hati Arina. Dia benar-benar terharu. Hazwan mengakhiri
lagu dengan senyuman. Gitar diletakkan di sisi. Sebentuk kotak baldu
merah dikeluarkan dari kocek seluarnya dan dia melutut di hadapan
Arina.
“
Awak.. apa ni? Bangunlah” bisik Arina perlahan. Hazwan hanya mempamer
riak selamba. Kotak kecil itu dibuka perlahan dan diunjuk pada Arina.
“
dengan lafaz bismillahirrahmannirahim. Nurul Arina Sayuthi, sudikah
awak menerima saya Hazwan Amirrudin, sebagai teman hidup awak dan
menjadi yang halal buat saya” sekali
lafaz Hazwan mengutarakan hasratnya. Arina tergamam. Airmatanya
mengalir tanpa dapat dibendung. Bukan schawal jek yang romentik macam
ni, Hazwan pun sama . Huhuhu….
“
Saya….. “ Arina takut untuk menjawab. Rakan lain sudah bersorak supaya
dia menerima. Arina jadi serba salah. Kena terima ke ni? Hukhuk….
“
Awak…. Kaki saya dah sakit ni” Hazwan bersuara sambil tersengih. Arina
mengetap bibirnya geram. Kasihan pula melihat tunangnya yang melutut
begitu. Perlahan Arina mengangguk dan mengambil kotak cincin dari tangan
Hazwan.
“ Alhamdulillah….” Hazwan mengucap syukur dan bangkit. Arina hanya diam dan berkecamuk dengan perasaannya kala ini.
“
Kenapa diam je ni. Macam tak happy je” Hazwan bersuara saat mereka
dalam perjalanan pulang. Arina hanya melempar senyuman hambar.
“
Urm. Saya happy. Gembira sangat dengan surprise tu. Cuma… erm.. kalau
saya cakap awak jangan marah ok?” Hazwan hanya mengangguk.
“ Erm… apa yang awak buat tadi tu.. ermm.. maksud saya.. kita kan orang islam, orang melayu.. cara awak propose saya.. “
Hazwan ketawa kecil. Faham dengan apa yang bermain di fikiran tunangnya itu.
“
Ok saya faham. Sebenarnya, tadi tu bukan official pun. Itu Cuma kejutan
dan hadiah buat hari lahir awak. Saya masih waras Arina, masih ingat
hukum dan adat. Saya dah pun minta persetujuan mak dan ayah awak untuk
buat surprise tadi. Parents awak dah izinkan, tarikh nikah kita pun dah
ditetapkan”
Arina tercengang.
“ Hah? Bila awak jumpa parents saya??”
“ Erm… petang tadi. Parents awak datang rumah”
Arina mengetap bibirnya. Patutlah seharian mak dan ayahnya menghilang, ada agenda rupanya! Huh,, jahatnyeeeeee~
“ So, saya minta maaf kalau buat awak tak senang. Saya tak sangka pulak awak tak suka. Maaf ok? “
Arina
tersenyum dan mengangguk. Dia bahagia sebenarnya. Hazwan seorang yang
romantik dan memahami. Cintanya pada Hazwan semakin mekar dan utuh.
Arina
mengelap airmata yang sudah gugur kali keberapa, entah dia tidak tahu.
Sudah tidak sanggup mengangkat wajah lagi, memandang wajah sesiapa.
Hatinya benar-benar terluka.
“
Arina, sumpah saya tak buat semua ni. Saya teraniaya. Maafkan saya
Arina. Tolong percaya pada saya” Hazwan masih berusaha memujuk Arina.
Namun gadis dihadapannya itu seperti sudah nekad dengan keputusan yang
dibuat.
“
Saya minta maaf. Saya memilih untuk tidak mahu mendengar lagi sama ada
kebenaran atau pendustaan. Bagi saya , penangkapan itu sudah membuktikan
segalanya. Mungkin awak memang melakukan perbuatan keji itu, dan
mungkin awak mangsa aniaya. Antara titik benar ataupun tidak, saya dah
pun buat keputusan. Mungkin memang tiada jodoh antara kita. Jadi saya
mohon , pertunangan kita diputuskan dan perkahwinan serta merta batal.
Mak, ayah. Arina minta maaf dah kecewakan mak dan ayah. Tapi Arina dah
bulat hati. Harap semua faham” Arina mengakhiri kata-katanya dan berlalu
ke bilik. Wajah Hazwan langsung tidak dipandang.
Wajahnya
disembamkan ke atas katil. Arina melepaskan tangisan semahunya.
Melepaskan seseorang yang amat dicintai sepenuh hati merupakan satu
penyiksaan. Hatinya disayat pilu. Walau berkali-kali Hazwan menidakkan
kebenaran, Arina tetap mengeraskan hatinya. Hazwan ditangkap basah
bersama perempuan lain di dalam rumah sewanya, dalam keadaan
masing-masing tidak berbaju. Apakah itu satu penganiayaan bila bukti
jelas-jelas di depan mata?
“ Ya Allah, tabahkan hati hambaMu menerima ujian yang engkau berikan. Sesungguhnya aku hambaMu
yang lemah Ya Allah. Redhailah hatiku agar tidak tenggelam dalam
kesedihan dan terikut-ikut dengan perasaan Ya Allah. Amin Ya Rabbal
Alamin”
Arina
memandang hairan tempat itu yang sunyi tanpa pengunjung. Walaupun hari
itu adalah waktu bekerja , namun selalunya masih penuh dengan pengunjung
dari negara luar. Arina berkerut dahi hairan.
“
Asal kau ni, berkerut seribu dahi tu?” Zalika bertanya pelik. Arina
tersengih memandang sahabatnya itu. Zalika sememangnya sahabat yang
baik. Sanggup mengikut Arina berhijrah ke kota ini , semata-mata mahu
membantu Arina mencari semangat baru setelah peristiwa pahit yang
berlaku dalam hidupnya. Mereka sama-sama menyambung pelajaran di negara
sonata musim salju ini. Korea menjadi pilihan kerana dari kecil mereka
menyimpan impian untuk berada di sini.
“
Ni apasal kosong semacam ni? Pelik gak. Yang kau ajak aku datang buat
apa? Buang tebiat?” soal Arina. Giliran Zalika pula tersengih. Benar N Seoul Tower Observatory hari ini kosong, tiada seorang pun pengunjung kecuali mereka berdua.
“
Entah ek. Maybe adalah ni function kot. Sebab tu ditutup pada
pengunjung luar. Aku nak ambil gambar , ada budak ukm mintak. Nak buat
proposal katanya untuk minta kelulusan pihak U untuk buat lawatan ke
sini”
“ Aik, kalau ada function, macam mana kita boleh lepas masuk?” soal Arina, bertambah pelik.
“
Eh, aku kan orang penting dekat Korea ni, kau tak tahu ke? Berani dia
tak bagi aku masuk, nak kena karate dengan aku??” Zalika berseloroh.
Arina hanya mencebik. Dia bergerak ke deretan padlock yang terdapat di
situ. Tempat yang dikatakan romantik buat pasangan bercinta. ‘kunci cintamu di seoul tower’
. Kepercayaan masyarakat Korea yang mengatakan dengan memasang padlock
di sini, dan kuncinya dibuang jauh, maka cinta mereka akan berkekalan.
Huhu , tahyul-tahyul.
“ Kau tunggu kejap boleh? Bateri aku habis lah. Aku try pinjam camera kat bawah. Kejap je”
Arina hanya mengangguk. Dia juga malas untuk turun. Lebih selesa berada di sini menikmati keindahan dari puncak menara.
“
Assalamualaikum” Arina berpaling. Terkejut melihat insan yang berdiri
dihadapannya kini. Insan yang dirindui bertahun-tahun lamanya.
“ Waalaikummusalam” jawab Arina perlahan. Segera sahaja dia ingin berlalu dari situ , namun Hazwan menghalang laluannya.
“ Awak……”
“
Awak nak apa lagi Wan. Cukuplah. Saya dah lupakan awak. Tolong jangan
buat saya macam ni. Awak buat saya serba salah. Saya tak nak .. saya tak
nak jumpa awak lagi. Kenapa perlu awak datang? Tolonglah pergi.
Tolong….” Arina sudah tersedu.
Airmatanya mengalir laju. Memang dia bersalah kerana memutuskan
pertunangan mereka dan lari ke sini. Dia sudah tahu semuanya. Semua
kebenaran bahawa Hazwan sememangnya mangsa yang dianiaya. Tapi semua itu
tiada ertinya lagi. Arina sendiri yang ego dengan perasaan sendiri.
“
Jangan tipu diri awak Arina. Saya tahu dihati awak cuma ada saya.
Cukuplah kita terseksa dengan perpisahan bertahun-tahun ini. Saya masih
cintakan awak Arina. Cinta saya tak pernah padam. Saya sayangkan awak”
“
Jangan Wan. Saya tak layak, tak layak untuk lelaki sebaik awak. Saya
bodoh.. terlalu ikut perasaan dan menuduh awak dengan tuduhan melulu.
Saya jahat Wan….”
“
Tak awak. Saya tak pernah salahkan awak. Saya tahu awak juga tersiksa
dengan perpisahan kita. Kita lupakan semuanya Arina, kita sambung semula
apa yang terputus. Saya ikhlas awak. Saya tak berbohong dengan cinta
dan perasaan saya”
“
Tapi saya….. “ kata-kata Arina terhenti tatkala melihat ahli keluarga
yang lain sudah berada di situ, termasuk Zalika. Mereka tersenyum dan
mengangguk agar Arina menerima Hazwan kembali. Arina berperang dengan
perasaannya sendiri. Antara mahu dan tidak.
“
Nurul Arina Sayuthi, bersaksi keluarga kita , saya Hazwan Amirrudin,
sekali lagi ingin melamar awak untuk menjadi suri di hati saya dan
isteri yang halal buat selama-lamanya. Sudikah awak menerima saya
sebagai bakal suami dan imammu?” Hazwan bersuara tenang dan mengeluarkan
cincin. Cincin yang pernah dipulangkan dahulu.
Arina perlahan mengangguk.
“
dengan lafaz bismillah, saya Nurul Arina Sayuthi menerima lamaran
Hazwan Amiruddin untuk mengambil saya sebagai isteri dan menjadikan saya
yang halal buatnya, Insya Allah”
Seiring
dengan kata-kata itu, airmata gembira dan syukur menitis di pipi
Hazwan. Dia tunduk mengucap syukur pada Allah. Doanya agar perhubungan
kali ini dan niat baiknya untuk mendirikan masjid bersama bakal
isterinya akan terlaksana dengan izin dan rahmat Allah. Begitu juga
dengan Arina, menara cinta ini menjadi saksi keihkhlasan dua hati dalam
mengungkap cinta. Doanya seiring melewati perjalanan hati, agar semuanya
dijalani dengan barakah .
‘
Atas restu Allah, aku mencintaimu, jadikan aku yang halal buatmu, agar
kita dapat bersama meniti bahagia sepanjang jalan menuju syurga. Amin Ya
Rabbal alamin’
ok dah habis! huhu... panjang sangat ek? maaf~
camne .. ok tak? ni dah ikut sebijik-sebijik macam yang direquest tuan punya badan ...
sorry if banyak kekurangan... maklum.. saye budak baru belajar... kuikui....
hope ley komen , kasik semangat saye up sikit. ahaks.. okbai~
No comments:
Post a Comment
♫ assalamualaikum ♫
terima kasih sudi komen.
nanti datang komen lagi ea.